777

Resepi Ayam Masak Kurma

Kalut nak berbuka puasa sebenarnya. Jadilah gambar macam ini. Hanya ada gambar dalam kuali. Memang tiada plating cantik-cantik la dalam blog ni. Gambar yang telah dihidang, lupa pula nak snap. Hihihiih.... 


Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
Santan
Sebiji kentang
Lada merah
Garam

Caranya :
  1. Perap ayam dengan halia dan garam.
  2. Tumis rempah tumis dan halia.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada besar. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
  4. Tunggu pecah minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Apabila ayam nak masak, masukkan santan dan garam.
  7. Tunggu kuah pekat sikit, angkat. 
  8. Siap.
Campakkan juga tomato dan carrot - senang dan berkhasiat.

2 comments:

  1. ooo perap dulu ayam eh? boleh try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually, orang tak perap pun. tapi, konon2 feel masakan lagi sedap.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...