Orang UMNO semuanya, adakah kita
semua sudah tidak lagi nampak bahawa Pak Najib akan terus membunuh UMNO dan
akan terus merosakkan UMNO. Orang UMNO, jangan lah kita dalam UMNO terus buta –
sehingga UMNO terpaksa membayar mahal dengan apa yang berlaku dalam pembunuhan
Altantuya. Ini adalah perkara yang merosakkan UMNO, merosakkan kerajaan Melayu yang
memerintah.
Orang UMNO semua, pembunuhan
Altantuya adalah isu yang memalukan kita. UMNO tidak salah dalam isu ini. UMNO
akan menanggung semua dosa dalam pembunuhan Altantuya.
Dalam kes Altantuya ini, kes ini
berhubung rapa dengan Pak Najib dan Rosmah. Ini menjadikan isu ini amat
menakutkan kita. Bayangkan hari ini tidak ada sesiapa yang membunuh Altantuya.
Polis kita di ragui. Sistem kehakiman kita di ragui, ahli UMNO diketawakan,
parti Melayu kita akan jadi bahan ketawa, semua nya kerana Najib dan Rosmah.
Mana2 yang membaca kes ini sebenarnya
sudah tahu bahawa negara kita akan hancur, UMNO akan hancur kerana Pak Najib
dan isu Altantuya. Aku rasa orang UMNO perlu jadi lebih tegas kerana apa juga
kebaikan yang UMNO ada akan hancur kerana Pak Najib dan Altantuya
Sekali lagi NAJIB MUST GO