Assalamualaikum
Sekarang ni aku tengah rasa kecewa. Again! Aku akan cerita pasal cari kerja lagi kat sini. Susah! Yes! Susah untuk dapat sesuatu pekerjaan. Lebih lebih lagi pada orang yang kurang berkemahiran dan pengalaman macam aku ni ha. Again, aku bakal cukup 2 bulan lagi menganggur kat rumah. Bila difikirkan nasib aku tak lah seteruk mana. Baru berapa bulan je aku menganggur. Mungkin ade yang menerima nasib yang lebih teruk dari aku. Mungkin setahun? dua tahun? yang lebih lama menganggur dari aku. Walaumcamanapon aku tak boleh putus asa dan mengalah. Walau sebenarnye macam nak putus asa dah. haha.
Salah satu sebab aku susah dapat kerja adalah majikan takut nak ambil budak degree. Aku rasa aku pernah cerita pasal ni post yang lepas. tapi aku nak update sikit lagi. Baru-baru ni aku cuba cari kerja yang hanya perlu kelayakan SPM. Aku berhasrat nak tunjuk kelayakan SPM je tapi aku tak berjaya sembunyikan degree. Aku taknak bohong kat dia. Then obviously, as expected majikan tu kata dia fikirkan dulu. Sebab dia takut aku kerja tak lama. Sejujurnya aku dah expect benda tu. Aku pon sedar, macamana kalau aku terima kerja kat situ tapi suddenly aku dapat better offer bila aku dah masuk kerja dalam kurang sebulan. Rekod kerja aku mesti tak cantik sebab asyik berhenti kerja. Tapi kalau dorang tak bagi aku kerja even kerja kerani macamana aku nak dapat experience untuk jawatan yang lebih tinggi? Kenapa tak bagi je peluang untuk aku cari pengalaman. Just accept the risk that I might not work long.
Ada pulak nak fresh graduate tapi they want to choose the best among us. Habis yang kurang best memang tak berpeluang ke? Aku faham setiap orang nakkan yang terbaik. Tapi, berilah kami peluang untuk belajar.
Adakah sementara nak tunggu kerja yang memerlukan degree tu bagi respond permohonan kita, then kita terpaksa menganggur? Berapa lama nak tunggu? Sebulan? 3 bulan? 6 bulan? setahun? Kami bebudak degree ni perlukan kerja. Untuk mulakan hidup baru selepas habis belajar banyak yang kami kena buat. Kami dah mula pikul tanggungjawab untuk membantu keluarga. Aku percaya parents walau sikit mesti ada rasa nak anak dia bantu dia serba sedikit dalam kewangan untuk menyara keluarga. Aku rasa sedih dan serba salah bila aku dapat tahu family ada masalah kewangan ke. Adik adik semua semakin dewasa dan perbelanjaan study dorang semakin besar. Aku sangat nak tolong parents aku. Cuma aku tak faham kenapa susah untuk aku dapat pekerjaan. Ayah cakap takpe, belum ade rezeki. Aku tawu tu. cuma aku sedih dan kecewa.
Jangan la takut nak ambil budak yang ada degree. Kami mungkin tiada pengalaman. Jadi kami berharap untuk diberi peluang untuk mendapat pengalaman bekerja tak kira di bidang apa. Jasa kalian melatih kami bekerja hanya tuhan dapat balas.
Akhir sekali, aku berdoa semoga akan ade rezeki yang melimpah lepas ni. Amin~~
JanganRinduDulu