Friday, September 16, 2011

Hye to my new friends ^^

Last night was awesome. =)
meet again later friends =)

By the way,

Selamat Hari Malaysia

I'm proud to be malaysian.
my lecturer once said that we are 1Malaysia since old time before and not just started nowadays.

*pasang bunga api* KEBABOOMMMM!!


~JanganRinduDulu~

Wednesday, September 14, 2011

Intro aje...

Tok! Tok! Tok!

Assalamualaikum!!!

Saya datang nak raya!!!!!!


Begitulah trend bebudak yang datang beraya kat rumah aku sepanjang musim perayaan ni. Dah berjanji ke ape bebudak kawasan rumah aku tu? Siap cara beri salam pon nak sepesen (sama). kihkihkih =P

Tapi tu cerita masa aku belum balik UTM. Kini, di saat korang membaca entri ini, aku telah pon kembali ke UTM. So, mak lah pulak layan bebudak datang raya ye mak. hehehehehe. 

Apa yang baru di UTM????

Aku duduk kolej lain. Setelah 3 tahun setia di kolej 11, akhirnya aku beralih arah ke kolej 9. Bilik besar thokkkkk.... Tapi nasib baik dalam 4 tahun pengajian sekali ni je aku pindah kolej. Jenuh memindah barang dari kolej ke kolej. Nasib baik ada kengkawan yang baik hati membantu pindahkan barang sampai selesai. Thanks my friends!!!! Memuahhhh! hahaha XD

Bergelar pelajar 4SGS semestinya terasa tua. #EhYeke ? haha. Super senior dah aku nampaknya. Tapi nampak macam junior je. uhukkkkk... *kekenyit mata* . Macam biasa, semester baru datang dengan semangat yang baru dan mind set yang baru. Tapi selalunya setakat awal semester ajela semangat tu. Lepastu semangat tu turun naik macam ombak kat laut tu. Takpelah, berfikiran positif sahaja. Kita kena sentiasa perbaiki diri tak kira awal semester, pertengahan semester mahupun akhir semester. InsyaAllah~~


So kawan kawan, mari berusaha!!!! 



Eh, terbalik pulak pic ni. kehkeh
+
+
+
+
+
Selamat malam Malaysia!!

JanganRinduDulu



Friday, September 2, 2011

Aidilfitri 2011

Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucap kan ucapan hari raya kan. hehehe. Oleh itu, SALAM AIDILFITRI dari Ana Musa sekeluarga. Siapa siapa yang kenal dan dekat tu boleh la berkunjung ke rumah ye.  Yang tak dapat berjumpa dari jauh ku pohon seribu kemaafan sekiranya ada kesilapan atau gurauan yang mengguris hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja. kadang kadang bergurau tu sekadar niat untuk bergelak bersama. hehehe. Halalkan juga makan minum aku selama ni taw. Mane la tawu kalau terover makan makanan korang ke. hehe. Al maklum aku ni kuat makan. =P 

Aku tak boleh cakap panjang sebab aku tak boleh online lama lama. kena balik rumah ni. Oleh itu, aku lampirkan gambar 1 syawal aku bersama keluarga tercinta,










Selamat Hari Raya!!!!


P/S: Berat dah turun. Yeay!

JanganRinduDulu