SEKALUNG BICARA SETITIS TINTA

Rabu, 21 Oktober 2009

TENGKUJUH

Aku nak cerita sikitlah... kisah pengalaman aku masa tu dalam tahun l991 laa.....
tambah sekarang ni kan dah nak masuk bulan november ke disember... maklumlah bila menjelang bulan-bulan akhir tahun ini aku terus teringatkan pengalaman dimusim tengkujuh.Suasana begini memang akan berlaku bila mana hujan akan turun sepanjang waktu dan ada kalanya sampai berhari-hari tidak berhenti...dan ini akan mengakibatkan bumi yang kering akan dilanda badai iaitu banjir...

Aku ingat lagi, pada tarikh 8hb disember l991 iaitu hari ahad.. masa itu di Johor sekolah masih mengamalkan lagi waktu persekolahan pada hari ahad..jadi memanglah anak-anak aku kesekolah seperti biasa,pergi menaiki basikal dalam keadaan hujan yang kadang-kadang lebat dan kadang renyai...seperti biasa rutin harian ku seperti biasa lah.. suri rumah lah katakan....bab membasuh,memasak dan mengemas kerja harianku lakukan..selesai semua tugasku.. aku keluar beranda rumah untuk melihat kalau-kalau anak sudah pulang dari sekolah... maklumlah sekolah dengan rumah tidaklah sejauh mana pun... lebih kurang setenggah kilometer jer....jam menunjukkan hampir pukul 12 tengahari...hujang masih lagi mencurah-curah turun tanpa henti-henti.sudah 3 hari hujan..sampaikan semua pakaian yang dicuci tidak dapat dikeringkan.. rumahku macam dah jadi kedai dobi lagaknya....

Tak lama kemudian terdengar panggilan anak-anak ku telah kembali dari sekolah.. anak pertama ku terus memberitahu bahawa air tasik bersebelahan taman perumahan kami telah mula dinaiki air dan mula melimpah. Aku mula rasa cuak dah.. dan meninjau-ninjau keluar jendela konon nak melihat keadaan diluar.. nampaknya benar lah kata anak-anakku.. apa lagi dengan sepantas kilat aku dan empat orang anak-anak ku yang masih bersekolah rendah ini, tampa lengah-lengah terus mengemas mana yang sepatutnya.Mengangkat barang-barang yang perlu diselamatkan dari terkena air bah..
Huhhh nak kata apa lagi terpaksalah bersusah payah nya aku mengendalikan suasana kelam kabut.. mana nak terangkat barang-barang yang berat.. anak-anakpun yang sulung masa tu baru berumur 8 tahun... bayangkan lah bagaimana aku nak mengangkat barang-barang yang amat berat, seperti petiais,mesin basuh dan lain-lain barang yang perlu diselamatkan dari terkena air..

Tapi aku memang kagum, dengan usaha kudrat bersama anak-anak yang masih kecil dapatlah aku menyelamatkan mana yang perlu dan terdaya untuk diselamatkan..Sudah dijangkakan.... tepat pukul 1.40 tengahari air terus memasuki rumah ku tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Aduhhh tak tahu dah nak buat macam mana... Aku menelepon suami, dia pun tidak dapat pulang kerana air telah naik sedalam 2 meter melalui Jalan Genuang... perhubungan laluan jalan raya terputus... apakan daya, aku dan anak-anak tidak ada cara lain untuk menyelamatkan barang, lagi baik menyelamatkan nyawa...aku dan anak-anak tidak dapat lagi meneruskan kerja-kerja mengangkat barang-barang,,, sebaliknya menyelamatkan diri dan berpindah ketempat yang lebih selamat.

Memang suasana banjir pada ketika itu amat pantas...paras air dengan secepat kilat telah mencecah 2 meter tingginya...tidak sempat mencapai apa barang2 pun untuk dibawa ketempat perpindahan...Nasib aku dan anak-anak selamat dikem perpindahan mangsa-mangsa banjir....hampir 2 hari banjir melanda diseluruh negeri Johor.. boleh dikatakan pada tahun 1991 negara telah mengalami musim banjir yang agak buruk. Kerana kebanyakan negeri-negeri yang selalu dilanda banjir tidak terlepas dari masalah ini.

Masuk hari ketiga iaitu hari selasa 10oktober banjir mulai surut, dan kami mangsa-mangsa banjir pulang kerumah masing-masing, termasuklah aku dan jiran-jiranku..Ya Allah apalah yang telah berlaku ni... barang-barang yang aku selamatkan tempoh hari semuanya habis terendam dalam air...habis kesemua barang-barang elektrik dan perabut rumahku.... rasa sedih dan hampa pun ada.... tapi aku pasrah dan redha jer la.. bukan aku saja yang menerima bencana ini malah jiran-jiran pun sama juga.Rasa macam nak pitam juga, mana lak dikemaskan ni.. dalam keadaan berlumpur dan bermacam-macam sampah sarap didalam rumah...Memang tak lalu dan tak terdaya nak membersihkan kekotoran ini.. namun apakan daya,,, aku dan anak-anak terpaksa melakukan sedaya mungkin...

Kalau diikutkan hati hendak sahaja dibuang kesemua barang-barang yang telah rosak kerana terendam didalam air.. namun ada lagi perasaan sayang dan aku setakat mampu melakukan pembersihan perlahan-lahan, tidak mengapa biarlah lambat sekali pun mujur juga bila perkakas elektrik kita jemur dipanas matahari. lama kelamaan dia boleh digunakan kembali.. Hampir sebulan lamanya aku mengelolakan kemusnahan akibat banjir...kalau badan tak tau nak dikatalah.. aku demam dan sakit selama hampir seminggu disebabkan banjir.....

Kini sejarah mengalami suasana banjir tidak boleh aku lupakan... walaupun kini aku tidak mungkin akan mengalaminya lagi aku tetap akan mengigatinya sampai bila-bila. Dan aku juga akan terkenangkan peristiwa itu jika cuaca mula menampakkan musim hujan.
Jika ada rakan-rakanku yang masih lagi mengalami masaalah serupa, cuma pesanku berhati-hatilah dan lebih baik kita menyelamatkan diri dan anak-anak. Harta boleh dicari tapi nyawa? tidak ada galang gantinya.....

PERJALANAN HIDUP MENUJU PENAMAT RIWAYAT

Hari ini bertarikh 21hb oktober 2009...tarikh ini membawa satu erti pengertian yang amat bermakna bagi aku.. kehidupan kita sementara waktu didunia yang serba fana dan penoh dengan pancaroba dan cabaran..

Tepat jam 7.00 pagi hari rabu satu nyawa meninggalkan jasad menuju kepangkuan Illahi.. jasad yang tidak bernyawa ini telah puas menanggung kesengsaraan dan keperitan. Namun dengan penoh kesabaran pemergian hamba Allah ini dirasai oleh berbagai rasa sahdu dan sedih pilu. Reda dengan kepulangannya kepangkuan yang maha Esa.....

Ya Allah ya Tuhanku... Engkau cucurilah Rahmat dan kasih sayangmu kepada Nenek agar rohnya disemadikan bersama-sama insan dan hambamu yang Engkau kasihi...Sehingga kartu ini ku coretkan nenek telah disemadikan dengan suasana aman dan damai di pusara Mahkam Tuan Haji Mohd Said di Sikamat Seremban... Moga dengan persemadian nenek luputlah segala penderitaan dan kesengsaraan nenek menanggungnya selama lebih kurang dua tahun lamanya.Aku hanya mampu berserah dan redha atas pemergian mu nenek... Itulah jalan terbaik buat mu nenek.. semuga beroleh kemuliaan disisi yang maha Kuasa.... AMIN

Label:

Khamis, 15 Oktober 2009

Hari ini boring sesangat la... duduk termenong mengadap komputer didalam bilik yang sejuk dan sepi.. entah apa yang aku fikirkan pun tak tau... kosong dan tasawwur (pandangan) ku tidak ada titik noktah. aku mengelamun dan menerawang kenangan silam, ohhh bosan nya hidup tanpa sesuatu pekerjaan yang boleh aku lakukan. Sepanjang waktu hanya tugas-tugas house wife jer aku lakukan sampai dah tak de apa yang akan aku buat lagi.

Sedang aku mengelamun sendirian, aku dikejutkan oleh suara jeritan dari luar..aku ingatkan siapa la agaknya.. segera aku menjengah jendela pintu untuk melihat sesuatu apa yang telah berlaku.." Oii sialan ko, apa yang telah anak ko lakukan ha. ko tengok ni, habis tong sampah aku dah kena bakar. anak ko ni memang dah kurang ajo, anak setan, mak bapak tak tau jaga anak, beranak jer pandai, dan bla bla bla lagi pun aku tak paham," ehh ehh senangnya dia kata anak aku macam tu... aku dah ajar dah anak aku, tak kan dia kurang ajar lagi kut... tak tahu hujung pangkal aku keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.. " heiii betina, ko tak nampak ker tong sampah aku terbakar! ni mesti anak ko punya pasal.." ehh apa hal lak ni.. dengan gaya terperanjat dan terpana..aku pun tanya la " kenapa kak.. apa yang telah berlaku ni.. saya tak paham lah" sambil tu mataku melihat asap hasil kebakaran didepan rumah ku dan rumah jiran-jiran yang lain.. memang ada kebakaran, tapi tak lah seteruk mana pun, cuma kebakaran rumput ditepi jalan sahaja. " ha ah ko ni mata buta ker,, tu cuba ko tengok tong sampah aku dah kena bakar.. ni anak ko la punya kerja" Amboi sedapnya bahasa makcik sekor ni....dia ingat aku ni apa! senang-senang jer nak tengking aku...itulah bahananya kalau kita dah ikut telunjuk syaitan... aku salah satu darinya.. sifat pemarah aku tidak dapat dikawal lagi." OOOOIIII cik kak cakap tu jangan ikut sedap mulut jer...fikirlah dulu sebelum nak tuduh-tuduh orang... entah sapa la yang bakar tong sampah awak tu,,,nak kata anak aku yang bakar... eh tolonglah sikit anak aku pun sekarang ni tak de kat umah la... dia ikut bapak dia pergi taman bunga tau tak! jangan nak pakai semborono jer.. ingat anak aku tu jahat sangat ker...apa ko tu punya anak moleh no ker.. tolong jaga bahasa cik kak oiii... Ini kah contoh teladan bahasa dari seorang bekas pesara guru yang mendidik anak muridnya...bercakap kesat pada orang...ko ingat ko dah baik sangat ker... cikgu apa kebenda!... bodoh sombong, berlagak, ko ingat ko besar sangat, terhormat sangat ke" bla bla bla aku pun dah nak sawan...lupa diri sebentar...sampai satu tahap terjelepuk aku terduduk mengeletar seluruh tubuhku menahan kemarahan..

Memang sebelum ini aku tidak pernah melakukan perkara begini kepada orang, aku tidak pernah bersengketa dengan sesiapa pun.. malah kadang-kadang aku lebih mengalah dari terjadi pergaduhan sesama jiran..sampai satu tahap aku terus tersedu menahan tangisan pilu... kenapa terjadi demikian, dan akhirnya sejak peristiwa itu berlaku aku mula kurang bercampur dan mendampingi jiran tetangga.. aku selesa berdiam diri di rumah dan tidak lagi mau mencampuri urusan jiran tetangga ku... aku menjadi seorang pendiam dan memencil diri sendirian... walaupun kadang-kadang tekanan dan kebosanan menguasai diriku.. aku rasa lebih baik begini dari aku melakukan kesilapan...

Ehhhh apa yang aku angan kan ni....kesitu pulak aku mengimbau kenangan lalu... kenangan yang hampir berlalu selama lebih 18 tahun..oooo lama tu...kini aku teringat kan kakak yang aku tengking dulu.. entahlah kenapa yer.. mungkin aku rasa bersalah,,,, maklumlah semasa pertelingkahan itu aku tidak sempat memohon kemaafan darinya.. Sekarang ini aku telah berpindah ke daerah lain dan tidak mungkin dapat menemui beliau lagi... tapi aku pasti suatu hari nanti aku akan bertemu dengannya untuk menjernihkan keadaan. Semoga tuhan memperkenankan doa ku... Aku juga ingin memohon maaf dan aku tahu aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari berbuat silap...

Label:

Selasa, 13 Oktober 2009

KENANGAN

Semalam tamat peperiksaan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah {PMR}.. tapi tu hanyalah
bagi anak-anak yang berumur 15 tahun.. bukan apa.. aku teringatkan kisah semasa anakku
yang nombor tiga... masa itu seingat aku pada tahun 1998. yer umurnya 12 tahun dan sedang
menduduki peperiksaan UPSR darjah 6.
Kisah ini memang tidak boleh aku lupakan walaupun bila-bila. Ketika itu, masih ada lagi
murid-murid sekolah mengambil PTS darjah 3. Jadual peperiksaan selalunya bersaing dengan
jadual peperiksaan upsr.

Nak dijadikan ceritalah... pada hari isnin peperiksaan bermula pukul 9.00 pagi setelah peperiksaan
pts selesai, jadi anak aku ni pun memulakan langkah kesekolah lewat la sedikit. Tetapi bila tiba
hari selasa pula ingatlah peperiksaan upsr bermula seperti semalam, jadi anak ku pun melewatkan
kedatangannya kedewan peperiksaan.. semasa itu aku memang mati-mati ingatkan jadual seperti
semalamnya...

Lebih kurang dalam pukul 9.00 guru yang mengendalikan jadual peperiksaan datang kerumah
dan bertanyakan anak ku...kenapakah dia tak datang periksa.. kerana peperiksaan sudah
bermula dari pukul 8.30 pagi lagi. Gedebuk jantungku bergetar laju, bagai nak pitam kejap,
apa tidaknya,, simamat ni duk lagi berdendang dalam bilik air tengah mandi , macamlah dia
tak kesah... aku memang naik angin satu badan. tak tau dah nak buat ape-ape lagi ni....
apa lagi bila aku memberitahu yang peperiksaan Matematik kertas 2 dah nak
tamat... bagai lipas kudung simamat ni bersiap diri. dengan sabun masih melekat atas kepala,
apa dia kisah, inilah yang nak aku ceritakan.

Akupun menghantarkan simamat ini kesekolah, muga-muga sempatlah dia menduduki pepe
riksaan ini.. sambil mulut berleter dan rasa-rasa nak ku tampar jer anak ku ini.. masih sabar
lagi...didewan peperiksaan aku lihat mamat ni relaks jer menjawab kertas matematik dan
sempat lagi tunjuk tanda good kat aku..heee sabar jer....maklumlah masa habis untuk men
jawab soalan hanya tinggal 20 minit lagi.. bayangkanlah..... memang aku rasakan habislah
mamat ni.. dapat ker dia menjawab kertas soalan tersebut. Last2 aku pasrah jer la pada tuhan
mana tau anak aku dapat melakukan yang terbaik

Bila tamat tempoh peperiksaan,, guru yang menandakan kertas matematik kertas 2 memberi
tahu bahawa jawapan yang simamat ni telah didapati salah hanya satu sahaja......aduiiii memang
sah la anakku ini seorang yang bijak dalam subjek matematik... bukan aku nak membangga diri
tapi itulah kenyataannya dan tatkala keputusan peperiksaan upsr keluar lebih satu bulan kemu
diannya anak ku mendapat keputusan A pada subjek matematik.....

Kini anak ku telah pun berusia 23 tahun dan sekarang ni telah pun menjawat jawatan JuruAudit di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.. aku ceritakan kisah ini bukannya semata-mata untuk
bersikap membangga diri.. tapi aku ingin mengimbas kembali kenangan lalu dan aku masih ingin
melapaskan ucapan terima kasih ku kepada beberapa orang guru-guru yang telah mendidik
dan mengajar anakku semasa bersekolah rendah dahulu.....

Terutama sekali guru yang bernama Cikgu Ding.. beliau mengajar subjek matematik diSekolah
Lelaki Bandar Kluang... dia yang banyak memberi tunjuk ajar kepada anak ku dan selalu men
gambil mamat ini bertanding dalam pertandingan Bijak Sifir antara sekolah-sekolah Daerah
Kluang. Tidak ketinggalan juga ingin aku mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada seorang
lagi guru matematik iaitu Cikgu Hajjah Najidah dari Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa Segamat. Kerana cikgulah Amran Mohd Husni telah menjadi manusia yang berjaya dalam
bidang Perakaunan Professional dalam jurusan ACCA. Kini jasa dan penat jerih cikgu
mengajar dan mendidik anak ku telah membuahkan hasil.... Terima Kasih cikgu dan jasa anda
berdua hanya kepada ALLAH sahaja aku serahkan semuga anda berdua dirahmati dan dilindungi dan dimurahkan rezeki..............

Label:

Isnin, 12 Oktober 2009

INGATAN UNTUK DIRIKU

Seorang lelaki mempunyai tiga orang anak lelaki. Tetapi lelaki ini amat menyangi hanya dua orang
anaknya sahaja. anak yang seorang lagi tidak diperdulikan, dan kadang-kadang selalu diabaikan.
Namun anak ini tahu diri, walaupun dia disisihkan namun kasih dan sayang kepada bapanya
tidak lekang dari ingatannya biarpun dia tidak dipedulikan.

Pada suatu ketika, lelaki ini telah terlibat didalam satu kesalahan jenayah, yang mana dia tidak
melakukannya.Dia harus dibawa kemuka pengadilan untuk dibicarakan. Sedih dan kecewa lelaki
ini mengenangkan nasib.

Dia berfikir, bagaimana jika dia memohon pertolongan dari anak-anak yang disayanginya itu?.
Rasa wajarlah dia meminta bantuan dari kedua-dua anaknya.siapalah tahu mereka dapat
menolong dirinya yang didalam kesulitan ini.

Lelaki ini pergi bertemu dengan anak pertma, dan menyatakan kisah sebenar dan akan tetapi.

" Sianak lantas memberi alasan,, ayah tidak perlu meminta bantuan saya, ayah harus fikir
ayah yang terlibat dan haruslah bertanggungjawab. bukan saya..walau bagaimanapun saya
memang tidak dapat menolong ayah".

Dengan sedih lelaki ini pergi lah pula berjumpa dengan anak keduanya dan menyatakan hasrat
dan menceritakan perihal sebenar apa yang berlaku.

" Anak kedua pun tidak memperdulikan lelaki ini.. ayah jangan mempunyai hati pengecut,
ayah yang dipanggil kemuka pengadilan, dan ayahlah yang seharusnya berani menghadapi
perbicaraan ini. Ianya tidak ada sangkut paut dengan saya".

Kedua-dua anaknya tidak mahu menolong lelaki ini.. tetapi masih ada seorang lagi anaknya
yang dibenci dan diabaikan...Lelaki ini mencuba nasib untuk menceritakan kepada anak ini.
Lelaki ini disambut dengan penoh kasih dan sayang dan secara spontan anak ini menerima
dan akan menolong bapanya.

" Ayah jangan risau dan gundah,,, saya akan menyelesaikan persoalan ini dan saya akan
mencari keadilan untuk ayah. Mudah-mudahan ayah tidak disabitkan kesalahan ini".

Siapakah LELAKI ini? dan siapa pula DUA ANAK LELAKI yang dikasihi serta siapa pula
anak LELAKI yang diabaikan. Lelaki ini umpamanya diri seorang lelaki atau perempuan.
anak lelaki yang dikasihi ini pula umpama seperti isteri dan anak2 kita didunia dan anak
yang diabaikan pula adalah contoh amal dan ibadat kita.

Selalunya kita mengasihi anak dan isteri kita,, tetapi kita selalu abaikan amalan dan ibadat.
Manusia rata-rata cinta kepada anak dan isterinya selagi kita hidup dalam dunia ini.Akan
tetapi kita lupa apabila malaikatul-maut menjemput kita, maka anak dan isteri tidak turut
serta dialam kubur..hanya anak dan isteri sahaja akan bersama kita semasa kita masih hidup
selagi roh masih berada didalam jasad kita... Namun Amalan dan ibadat yang tidak dipedulikan
akan turut serta mengiringi kita di alam barzakh dan kelak membela kita sehingga hari kiamat.

Manusia tidak semua yang menyintai amalan dan ibadat, tetapi lebih banyak melalaikan
diri dari berbuat ibadat. kita sering leka dan sering meninggalkan ibadat solat dan puasa serta
amalan yang lain demi kerana mengejar kemewahan yang tidak kekal lama.Pada hal amalan
yang kita lakukan ini yang akan menolong kita ...



Jadi nukilan ini aku coretkan untuk diriku sebagai peringatan dan panduan. Andainya
terdapat kesilapan harap perbetulkan....Aku hanya hamba yang memohon keredhaan dari
ALLAH , semoga aku dipermudahkan jalan yang lurus....

Jumaat, 9 Oktober 2009

CERMIN DIRI

Dalam Al-quran ada disebut
Dalam hadith juga begitu
Tapi sayang tidak ramai yang mengikut.

Ikut atau tidaknya
Kerana mukmin pasti hendak
Perintah Allah pasti tidak
Kerana syaitan punya kehendak

Dikatakan pakai tudung rimas dan panas
Dikatakan pakai tudung ketinggalan zaman
Tapi kena ingatlah,,api neraka itu lagi
PANASS.

Pakai tudung takut diejek
Tapi....ingatlah pakai tudung
lagi berseri,cantik dan ayu


" INSAFLAH "

Ini hukum Allah bukan hukum manusia
Kepada yang menurut, kabarkan
Berita gembira
Dan
Kepda yang ingkar NERAKA
padahnya..

Orang kata kita syaitan, kita marah,sedangkan kita memang memiliki
sifat-sifat syaitan.Cuba semak dan teliti apakah diri kita

- seorang yang pemarah? cepat marah dan suka marah-marah
- seorang yang pendendam dan menyimpan hasad dengki dalam diri?
- seorang yang bakhil dan sangat cinta kepada harta?
- seorang yang tamak dalam apa jua bahkan makanan dan percakapan?
- seorang yang suka bermegah-megah dengan barang perhiasan,
kecantikan mahupun anak-anak?
- seorang yang alpa kepada suruhan-suruhan agama?

JIKA jawapan kita ya... memanglah kita "SYAITAN"

Mintaklah dijauhi segala gelaran ini.....

Selasa, 6 Oktober 2009

DI MANAKAH CANTIKNYA SEORANG PEREMPUAN

Cermin diri untuk sedar diri....


Mungkin pada sepasang matanya yang bundar,yang selalu menjeling tajam, atau yang kadangkala
malu-malu memberi kerlingan manja..

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu,ayah,suami dan pipi monggel anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tetawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan sekaligus menghangatkan perasaan..

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan..Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu..Panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan kita keindahan-keindahan itu..Namun betapa pun dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi.. wajah akan suram,mata akan kedam.

Satu saja yang tidak akan dimakan usia.... sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan takwa.

Demikian la sebenarnya erti kecantikan perempuan..