Monday, July 29, 2013

Monday, July 22, 2013

Gemuruh hati


Fikiran melayang..

Tidur tak lena..

Makan tak kenyang..

Mandi..tetap basah..

Bukan cinta..

Bukan rindu..

Tapi dek fikiran yang bercelaru..

Hanya teringat yang SATU itu..

Mampukah aku..mampukah aku..

membawa diri ke akhir pelayaran itu..

Terkadang terasa mahu mengalah..

Serius..

Aku pasrah..

Ya Allah..bantulah aku.... :'(




Friday, July 19, 2013

Tanjoubi omedetou!



お誕生日おめでとうございます to Abul-san & Nadia-san!

O tanjō-bi omedetōgozaimasu to both of you!

Happy Birthday!

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & hepy2 selalu di perantauan..

Diorang merupakan teman sekampus saya semasa saya buat attachment di Keio University, Japan. Semoga ketemu lagi neksetaim ye korang~

(^_^)
Nadia-san (tengah)

With Abul-san

Thursday, July 18, 2013

Projek hantu

Assalamualaikum..

Susah kan jadi orang sweet tooth macam saya. Kejap2 teringin makan kek. Kejap2 teringin makan dessert.

Puding marble, puding roti, puding triffle, kek coklat moist, kek red velvet dan segala macam manisan lagi.

Bila macam tu, maka terjadilah projek gila ini..


duduk senyap2 kat dapur..



daaannnn..

red velvet cupcake without creamcheese topping

puding koktel

puding triffle

pavlova

moist choc cupcake

 Eh..tak boleh nak letak gambar lelebih..bulan pose kaannnn..



So, ni antara projek2 hantu kek di dapur yang berjaya di accomplish.



No wonder wedding gift hari tu ada sahabat hamidiah, bride to be Dr. Syafaf yang concern, hadiahkan saya ini...





Walllahhh! memang nak suruh saya bukak bakery nih..hihikk! TQ so much dear!


So, thousands of cakes & desserts more to come..muahahaha! :D



Antibodi lemah

Assalamualaikum..

Beberapa bulan kebelakangan ni, antibodi sangat lemah. 
Asyik kena penyakit tiga serangkai je.
Batuk, selsema, demam.
Bila stress je demam.
Bila banyak keje je demam.
Bila kena hujan sikit je demam.
Bila terlebih sejuk duduk dalam aircond pon boleh demam.

Rasanya sebab dah lama tak buat aktiviti2 meregangkan badan dan penyingkiran peluh.
So badan pun jadi lomaaahhhh je la hai.
kalau dulu masa aktif silat, lari berapa round padang tak kisah.
Bertendang, bertumbuk, tergolek kat padang pun still maintain je tak sakit.
Pastu buat regangan badan.
Badan pun rasa fresh je.
Sekarang ni dah lama tak bersilat tu yang badan lembik je.
Adehh..

Nak kena start balik aktiviti2 yg berpeluh ni.
Bagi badan fit balik macam dulu.
Pegi jog kat tasik celaka cempaka bangi ke..
Panjat Broga ke..
Anyone nak join?
Jom!


p/s: Masa kat jepun tenaga banyak. kemana2 hanya jalan kaki saje tanpa mengeluh. Balik Malaysia ngengade nak drive ajer kalo boleh nak park sampai masuk bangunan fakulti. Punyela malasssss nak jalan. =.=

Tuesday, July 16, 2013

Monday, July 15, 2013

Persoalan

Satu persoalan..


Ada ke yang sudi singgah belog pingitan ni?


kbai.

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa dan selamat beramal. Jadikanlah puasa kali ini seperti puasa terakhir kita. beribadahlah sesungguhnya. Kita tidak tahu samada kita akan dapat menikmati Ramadhan pada tahun hadapan atau tidak.

Puasa juga bukanlah sekadar puasa menahan lapar dan dahaga sahaja. Puasa juga menuntut kita supaya menahan diri dari melihat, mendengar & melakukan perkara2 yang melalaikan. Puasa mata dan juga puasa telinga..

Bulan ramadhan ni juga bulan yg sangat mulia dan penuh dengan kerahmatan. Jom kejar pahala banyak2 sekaligus tingkatkan juga amal ibadah kita dengan memperbanyak sembahyang sunat, dan bertadarus.




Tumpang nyelit!..heheh..
Pesanan untuk diri sendiri dan kengkawan yang lain. Salam Ramadhan uollsss! :)

Yang sebenarnya..

Yang sebenarnya..

mereka hanya lihat pada mata, tidak pada hati..

Yang sebenarnya,

Mereka hanya menilai pada luaran, tidak pada dalaman..

Yang sebenarnya,

Mereka menyangka hidup penuh kesenangan, tapi mereka tidak tahu setiap gejolak yang melanda..

Yang sebenarnya,

mereka nampak yg indah belaka, tidak peduli pada yg lompong disekitarnya..

Yang sebenarnya,

Hidup tak seindah dan semudah yang disangka, 

maka,

persiapkan lah diri & sentiasalah mohon pertolongan dari Rabbulalamin..


(Nisachik, 2013)