Thursday, April 30, 2009

Petua berasaskan islam

Saja nk kongsi petua2 yg da berkurun lama aku jadikn amalan..hehehe..tp sekarang da kurang praktik da..sebahagian petua dtg dr ustazah jamilah and cikgu rokiah masa sekolah..dan sebahagian dr kakaku cikgu zubeidah aka cikgu rubina:

1) kalau jawab exam essay or structure..celah2 ujong2 kertas jawapan..kalau boleh di bottom kertas la..tulis secara layang jer perkataan "khaf thah mim ra"=kithmir dengan baris yg betul,kena tulis jawi yer,kalau x betul nnti x menjadi..mengikut cerita ustazah,kithmir ni adalah seekor anjing yg halal dipegang semasa zaman nabi apa n ada peristiwa sejarahnyer..tp aku lupa lak...(jgn buat kat soklan objective yg jwapn kena transfer kat kertas OMR yer)..cikgu rubina dulu2 selalu gn petua ni tuk kelabukn mata sepet sensei dia..

-->>hikmahnyer supaya pemeriksa akan dikaburi matanya jika terdapat kesilapan minor yg kita lakukan..hehehe..tp sebagai seorg lecturer, aku selalu bgth petua ni sekali jer kat my student untuk setiap sem..tp setakat ni xde sorang pun yg buat bila aku tanda kertas diaorg..ermm xcy rupa2nyer budak2 ni..ker xth tulis jawi..tupun yer jugak tu..hehehe

2)Sebelum apa2 interview, tak kira la interview or presentation apa2 pun, genggam la kedua tangan kuat2 n baca surah tiga qul..yg ni cikgu rubina ajau ms dia g interview nk jd cikgu last year..tupun ada seorg ustazah yg sama2 ngn dia tuk interview yg ajau..

-->>hikmahnyer insyaAllah dipermudahkan segala urusan interview or presentation tu..

3)Semasa nk melangkah masuk dewan exam, letakkn hujung lidah atas lelangit n serentak didalam hati sebut nama mak n abah kita dengan nama penuh sehinggala tiba di tempat duduk..bila da duduk bc la surah tiga qul jugak selain baca doa penerang hati..petua ni dr cikgu sejarah,cikgu rokiah

-->>hikmahnyer insyaAllah dipermudahkn jawab exam tu

4)Kalau nk mudah hafal sesuatu, bc la benda yg nk dihafal tu sebelum tido dan bila buka jer mata selepas tido, bc semula apa yg dibaca sebelum tido td..ni petua dr ustazah.

-->>hikmahnya insyaAllah cpat jer masuk nnti..

Note: semua petua2 ini kena la yakin dengan diri sendiri jugak yer..n kena la berusaha juga..lepas tu br la tawakal..insyaAllah..aminnn...selamat beramal..

Tag from adik

now i've got chances to do this tag..

Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tag them and to read your blog.


1) 1st thing sume org yg mengenali diriku ini mengetahui bahawa tapak tangan dan kakiku(bukan kakaku=price yer) mmg sentiasa basah..even dok sini yg sejuk pun still berair jugak..kuar air bukn sikit2..smpai mcm aku basuh tangan jd nyer..smpaikn ms SPM kertas essay ku jd basah..sib baik dpt cover ngn tuala masa tu..hehehe

2)
kalo aku mkn mee wutever mee la kan...aku akn asingkan dulu toge, sawi, kobis dan segala mcm sayuran sblm aku menjamah mee tersebut(copy ayat adik) dan cara pengasingan nyer cukup tertib coz sekecil2 sayur pun aku boleh asingkn..kalo nk kate tu pelik..adik2 n akak ku pun cm2..even ada jugak rakan ku begitu..ini semua kerana aku x makan segala jenis sayuran...hehehehe

3)ermm mak selalu kata "lie,ko jgn masuk bilik air dulu,bg mak masuk dulu,kalau ko masuk kang org lain xleh masuk daa, berjam2 ko dok dlm tu.." tula skrip yg biasa kedengaran di pg hari...

4)kalo nk g keje mesti kena cium tangan mak abah..kalau x cium kang jd salah besau..balik gumah terus kena sound abis-abisan..tp ni weird ker??ni amalan mulia knn...
kadang2 tu dok syok cium tngn mak abah, tgn abang cik mat pun aku tercium sekali sbb dia selalu pg2 buta da tersembol muka kat beranda depan gumah sbb anto anak dia kat gumah mak..almaklum la cikgu..dala dulu yer2 jer nk bg aku duit setiap buln time study..ermm haprakk takde

5)suka baca apa2 bahan bacaan xkira la journal ker,majalah ker,komik ker even katalog or serpihan2 kertas iklan sebelum aku melelapkn mata di tilam yg empuk sbb tu jer medium untuk aku cepat tido...smpai sekarang pun aku bc journal smbil baring pastu tido terus..ni mmg habit xleh hilang sbb ustazah pernah ajau..cr nk ingat sesuatu dengan cepat ialah dengn membaca sebelum tido n bila bangun terus bc semula..insyaAllah cepat jer serap..

6)xsuka letak wallet kat poket suar belakng sbb mcm kembong semacam jer..tp kalu xde kocek lain ltak gakk..biasa aku akan letak wallet dlm kocek jaket..kalau ada bag, letak dlm bag..opss kantoi kalau penyeluk bag baca..

BOLEH TMBH SATU LAGI TAKK???
7)arini nasi yg ku masak jd buburrrrrr...arghhh terlebih air...tula peristiwa paling weird kot sbb aku mmg xreti masak n xpernah jengah dapur pun dolu2...

sapela yg nk kena tag dgn aku ni...
1)Ya aka Mama HOT
2)Sarah aka Nenek COOL

dala..tu jer..mls aku nk tag2 org lain da sbb sume xhargai tag..hehehe

Monday, April 27, 2009

YA Allah lindungi la diriku ini..

disebabkn td tgh wat jikken tetiba budak jepun ni bercerita tentg selsema babi ni, tp aku blank sbb aku xth menahu pun..hehehe...so dia pun menerangkn dngn detaill..malu jerkk aku xth..so terjumpa lak artikel ni kat blog reen hani koma..so copy n paste jerla...ss

"Menggembarkan seluruh dunia termasuklah berita di Barcelona, Sepanyol. Virus selsema babi makin mengganas terutama di Mexico yang mengorbankan banyak nyawa. Aku berharap agar kami berdua dan seluruh rakyat di dunia ini selamat daripada virus tersebut. Buat sementara waktu, kami perlu ambil tindakan berhati2 agar tidak terlampau terdedah dengan aktiviti luaran (maksudnya tak bole lah selalu merayap...hehehe). Kenalah jaga kesihatan, ambil berat jika ada simptom2 seperti batuk, demam dan sakit badan. Disini, aku nak kongsi sesuatu yg kita semua perlu tahu...sepintas lalu berkenaan..." reen berkata..

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, iafrica.com/ ) Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

"TAPI NAMPAK GAYANYA MACAM SUSAH JER..ORG SPANISH NAK BERHENTI MAKAN BABI NIE AKU TENGOK...HEMMMMMM????" reen berkata lagi...

copyright from reen hani koma

Thursday, April 23, 2009

25 Random Things…tag dr Pn mama Hot

Ermm saya di tag oleh cik YA mak mok aka Mama Hot...saya saja tulis pnjng berjela sbb for sure org xkn baca nyer..ni sume atas desakan mama HOT kita di pagi2 ari buzz soh sy jawab tag dia..ni tuk tatapan mama HOT jer sbb mama HOT jer yg th siapa sy selain my family..

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you.

1. Saya dilahirkan 14 june 1980..so xlama lagi genap 29tahun..mak abah da riso tu sbb sy da pecah sejarah family coz da cecah 29thun pun still bujang..my siblings pun paling lewat kahwin setakat ni 26tahun..my cousin pun da dua org br jer bertunang..tu yg
diorg tercabar tu..hahahaha

2. Saya dok kampung Alai dr azali lagi..so xde pindah randah yerr..sy ada sebuah kereta dan sebuah motor serta sebuah basikal baru

3. Sekolah tadika masa umor 5tahun..tp ms tu sekolah kejap jer sbb bila arwah makwe anto g sekolah, br arwah nk jejak bontot ke bangku, saya da balik nangis xnk g sekolah..akak sy pun sm jugak siap tendang2 pintu lagi..da nk jd cikgu rubina pun kakak sy tu..

4. Masuk umor 6tahun saya bersekolah tadika sekali lagi..tp kali ni mak plak yg anto..so kali ni mmg graduate la sekolah tadika..and masuk standard 1..masa ni kecik lagi so x ingat sangat..

5. Bila masuk stndard 4-6, saya berkawan baik dngn hajar,tijah,man,mus,picot,suhaila..tp sume da lost contact..yg saya tahu man da jd doc kat muar,tijah da kawen ngn classmate kitaorg ms sekolah randah gak..hajar jer still sama sekolah ngn saya smpai form 3..sekelas lagi..tp hajar pun da g jordan kot ikut hubby dia smbg beljor..

6. UPSR saya x membanggakan,so sy masuk SMA Merlimau selama 4 tahun dr Peralihan sampai Form 3..ala2 budak baik la masa ni kan..

7. Saya membalas dendam UPSR dengan kecermelangan PMR..Niata dihati nk masuk MRSM, tp apakan daya xde rexeki coz pengetua masa tu sorok kn borang xbg kitaorg yg cemerlang kuar dr sekolah..so sy terlepas panggilan MRSM..

8. Tapi saya berdegil tuk kuar dr sekolah tu sbb nk masuk aliran sains.So sy pun g la SMKASM. Dok asrama setahun jer.Form 5 saya dok luar.kena naik 2bas tuk tuk smpai gumah. Tp g sekolah ikut my sis yg keje kat kilang depan sekolah jer.Xpun ikut my bro in law yg masa tu keje kat ILP bukit Katil.

9. Ermm masa kat SMKASM, sy budak cemerlang(riak sikit)..
yelakn dr sekolah biasa, terus tukau ke sekolah yg budak2nye dikira genius..so budak asal sekolah tu sume jeles la kn..hehehe..tp saya mmg terkenal la ngn top scorer setiap subjek sains..tp exclude biology sbb sy tak suka..dr form 4-5 biologi dlm 2 3 kali er dpt kredit..sib baik SPM bio dpt 4..hehehe..riak2

10. Ms kat SMKASM,bnyk la kawan n memori...then siap boleh jejak kasih lak tu ngn rakan sekampung alai man n epex..tp xkenal pun sebelum ni..masa kat SMKASM br kenal..sengal tul kan.

11. Masih ingt lagi ms dpt result percubaan SPM kertas bahasa arab tinggi, ustaz saya dngn megah nyr cakap, kelas sy result paling teruk percubaan SPM bahasa Arab seluruh melaka sebab 2 3 org jer yg kredit..seperti biasa sy xkredit..tp still lulus yer..Bahasa Arab sm cam biologi la 2 3 kali jer kredit...

12. Dalam kelas masa tu saya,rahman n epex mmg dok belakng sekali n selalu jer buat bising time cikgu ngajor smpai kn cikgu fizik RAMASWARI pernah gelor kitaorg ngn panggilan rahman & company..hehehe..tp sebab sy selalu score fizik so cikgu xkisah sgt even sy memekak dlm kelas pun..riak lagi..yelah dulu2 impian nk jd doc..pastu sbb bio sy asyik xkredit jer...so sy decide nk jadi ahli astronomy..tp memndang kn bidang tu tak kemana di malaysia..so sy decide nk jd pilot..tu mmg impian sy nk terbang di awan biru and satu lagi sebab sy suka tgk uniform pilot..tp malang jugak sebab sy buta warna..da sah2 fail kalau g inteibiu..Masa Form 4-5, saya xpernah ulangkaji subjek sains pun..just dtg kelas dngr apa cikgu ajau, balik guma humban bag n wat latihan terus..xde la plak nk bc lagi..kalau sekarang otak sy mcm tu lagi kn bagus...

11. Ermm result SPM saya xdela membanggakan sgt..tu yg sedih sikit tu..so ms nk pilih univ borang UPU, saya pilih UTM ambik course electric sbb sy xnk matrikulasi..actually sy nk masuk yg asasi sains UM ke jepun tu..tp atas desakan dan ancaman kakak sy cikgu rubina yg masa tu tgh belajor tahun dua kat Jepun, dia xbg saya g jepun..sy pun xth knp..so sy decide wat local jer..rezeki sy dapat matrix UKM..sib baik dapat UKM induk aliran sains & math sbb sy xminat Bio..masa matrik saya dok kolej rahim kajai..so dpt kenal ngn banyk kawan baik lagi..jpull,naz,osen,im,azmi,azwan..kenanagn matrix paling best sbb kitaorg sume dok satu paras kat kolej..ms tu pnggil kamsis (kampus siswa)..lepas tahun 1 br panggil kolej..

12. Ermm masa tahun1 UKM, geng2 sy sume masuk electric..cuma naz jer manuf..and kitaorg dua sempat sekelas tuk tahun 1 and sebahagian tahun 2 sebab sy mechy..actualy sy minta electric gak..tp sbb kuota tuk budak induk da penuh n CGPA sy x mencukupi tuk budak induk masuk electrik..sbb kuota budak induk n budak luar induk lain..budak luar yg cgpa bawah dr sya pun dpt masuk electric..xadil kn...tp actualy satu lagi reason sy xdpt electric sbb sy nyer medic check up tuk test warna fail..betul 2 3 ketul jer..yg lain salah..ms tahun 1 ni xde kawan sgt..lg pun masa tahun 2 sy dok gumah sewa ngan geng2 mechy n electrik..msan,apis,azmi,jpull,azwan,apex,rahmat,mizi..walaupun kitaorg xdela sekepala sgt tp sume th perangai masing2 n boleh follow masing2...

13. Masa tahun 3 baru la saya ada kawan baik..cik YA kita sebab satu group design project..mcm cik YA or mama HOT kita ckp kan..kitaorg nyer batch, masuk kelas sama2 lepas tu semua berterabur wat hal masing2..so batch kelas kitaorg mmg x union langsung..sume wat kaki masing2..

14. So masuk tahun 4, saya,YA,sawi,cik sarah sume satu group lab thesis bawah PM dr. TUti..tp sy,ya n sawi jer dok satu lab n sempat gosip2 n ngumpat..cik sara g lab kat mana ntah lupa..tp luar UKM..masa ni kitaorg kenal org2 selab termasuk la mat indon wat master DIDIKARNI yg kedekut tu..Kak JUJU serta abg hadzley(geli jerk ms ni pnggil dia abg)..la ni saya,juju n hadzley sm2 keje UTeM & wat Ph.D dalam tahun yg sama..masih saya ingt assignment FEM, cik Ya nk tiru..sanggup sy g kolej UO anto assignment..smpai sume org ingt kitaorg couple..padahal kitaorg couple underground jer..teman tp mesra..tp YA da nk ada baby da..jgn lupa ya bg nm anak ko fadzli..hahahah

15. Abis grad tahun 4, sy terus smbg masters, minta sama2 ngn sarah,emsan,yam n Ya..tp yg masuk cuma yam,saya n emsan jer..Ya n sarah decide nk keje..So time kelas master sy berkawan baik ngn yam n emsan lak.kebetulan sy dan emsan jd housemate..lgpun kitaorg da jd houseate sejak tahun 3 lagi smpai master..tp master dok sewa gumah kat taman tenaga..rumah br n harga dlm rm600 sebulan..dok 3 org..sy,emsan and mat do..osmet sy ni pun sma2 matrix induk UKM..so kitaorg mmg da kenal satu sama lain sbb sama Kamsis rahim kaji dulu...

16. Sempat dok gumah sewa 1 sem jer masa master sbb mcm xlarat nk byr kongsi rumah 3org..so saya decide g dok gumah akak kat nilai 3..so ulang alik g kelas dr nilai ke bangi..tp kali ni pnjam kete wira abah..hehehe naik kete tu..up sikit.masa bachelor naik moto yamaha MAQ..ada lagi motor tu..abah pakai..

17. Abis master saya mengangur 2bulan and dpt keje jd eng kat Vishay semiconductor...walau gj mahal, tp sy xgembira, sbb x best..so lepas 2bulan sy pindah keje ker KUTKM..tp dlm masa 2bulan tu sebenarnyer sy sedang menunggu panggilan KUTKM ni la..sib baik sy cal masa tu..kalau tidak, sy tak th pun sy dapat KUTM sebab org admin sana xplak nk bgth yg diorg tgh tggu surat senat master sy sbb masa sy intebiu sy lum abis master...tp awat diorg xbgth saya masa tu kan..tu yg buat sy membara sekejap ngn org2 gov ni..tp sy xleh la kutuk lebih2 sbb gov bayar gj saya..nnti x berkat lak..

18.Bila keje as a lectr baru la rs heaven and gembira sbb ni la kot keje yg paling sesuai untuk diri sy yg pemalas ni..masa kat UTeM (formerly known KUTKM)..sy dpt la kawan2 sekerja yg sporting..rai,faiz,pot,fid,azmmi,hanum,hajar,rod,gemok,anip,amy..sume kaki otai FKM..

19. sepanjang dok UTem, rasa nyer tahun 2008 paling bes sbb geng2 rapat keje yg kat atas tu telah tubuh kn kelab xtviti luar yg tak berdaftar..pengerusinye reino kandang..mcm2 la kitaorg buat..paling bnyk yela g mkan sama2,buka pose,main bowling dan sebagainyer...yg paling best setiap cadangn azmmi xpernh dpt smbutan..sy pun xth knp sbb keputusan di tangan pengerusi ms tu..ingat lagi time azmmi bg cadangan buka pose kat satu tempat special..tp sebab xdpt smbutan, saya n pengerusi last minit tetapkn perjumpaan ahli di ikan bakar alai yg ada budak cun tu..tp hnya godaan pengerusi jer yg mampu mematah kn semangat budak tu tuk memberi kami diskaun yg begitu hebat setiap kali menjamah ikan bakar..smpai ada satu ms almost 50% deduct..

20. bab sukan lak sy,pot,faiz,amy pernah tubuhkn kelab tennis underground gak..tp sy xla pndai sgt main pun..tp boleh la kan..yg paling bes pengalaman tgh2 hujan sy n pot(kitaorg mmg xreti main sgt pun) dpt kalah kan si amy berpasangn ngn Faiz (diorg teror, faiz wail univ)..tu la saat paling bes sbb sy n pot mmg bersemagat waja tukkalah kn diorg..last2 setelah bertrung selama 1 jam lebih kitaorg menang...

21. Tp perjuangan persatuan tenis kami tergendala smpai sekarang sbb pengerusi amy g ikut bini wat phd kat UK..padahal masa tu sy da pandai sikit la kan main tenis..la ni xth la pandai lagi ker tak...tp masa tu sukan badminton setiap malm isnin dan selasa still sy join..sbb badmntaon my interest...seluruh family sy jaguh kot bdmnton..sume wakil sekola..kecuali sy dan adik2 saya jer..sekarang sukan sy adalah mengayuh basikal dan berjalan ke hulu kehilir..

22. Pasal percintaan nk kena cite gak ker..xperlu kot sbb sy mmg xde daya tarikan..mcm biasa org yg sy nak, dia xnk..org yg saya xnk, nak plak..memilih ker saya ni ker sbb xde daya tarikan ker kena g jumpa bomoh ni???hahaha..yg pasti saya masih anak kepada rosnah dan abdollah..

23. actually masa tahun 2007, sy da apply tuk phd..tp apakn daya dekan tahan xbg pg..so rezeki saya masa tahun 2008..dapat la sy g jepun..tu pun da penuh ranjau n duri saya lalui..cuma kawan2 rapat opis jer yg tahu apa ranjau dan duri yg saya lalui..sehingga saat2 da dlm flight pun still ada lg dugaan yg dtg...alhamdullilah sume da setel..

24. La ni saya tgh bertungkus lumus tuk phd..semalam br meeting ngn company denso japan sbb join phd ngan company tu..n diaorg pun da siapkn planning schedule apa perlu sy buat tuk tahun ni..macam pack jer...

25. So itula kisah n diari saya serba sedikit..sekarang sy nk bersiap g kelas jepun..arini malas nk g lab..yg paling berwap dlm hati sy ialah sy nk balik ryyyyy....

saya tag kepada:
sarah and jihe

p/s:sarah n jihe jer rajin jawab tag...so sy tag diaorg jer..Ya xleh nk tag sbb Ya yg tag saya

Thursday, April 16, 2009

Kena Tag dr Jihe

bayar tag jihe

Instructions:-
-Go to your photos folder in your computer. -Go to the 6th folder of photos (sorted by alphabet or number). -Go to the 6th picture in that folder
(sorted by alphabet or number). -Put the picture on your blog and description of it. -Invite six friends to join the challenge. -Link them in your blog and let them know they have been challenged. This is 6th picture in my 6th folder!

ermmm nmpk nyer gmbr yg sepatutnyer diletakkn dlm tag ni xsesuai tuk dipublish kn sbb 18SX SG XG XL segala2nya...so letak la gmbr hiasan jer yer
Gmbr yg sepatutnya diletakkan ada lah sebuah gmbr kenangan bertarikh 24/6/2006(mengikut tarikh yg tercetak pada gmbr berkenaan) selepas aku bershoping di tesco if i'm not mistaken bersama2 adik beradik ku..gmbr ini menjadi 18SX SG XG XL segala2nya bukan kerana diri ku..tp kerana beberapa manusia di dlam gambar itu yg tidak sesuai untuk dipertonton kan....sekian

TAG ini dituju2 kepada:
1.Ilah
2.Sarah
3.Uji

p/s:3 da la..mlas nk paste kn link tu

Wednesday, April 15, 2009

Medical checkup

Ermm arini pg2 buta da bngun sbb nk g medical check up(MC) kat univ..da la ujan..free jer..ni first time aku buat MC kat luar malaysia..hehehe..smpai je klinik univ, mak dato da ramai manusia jepun beratur..disebab kn oleh aku xth bhasa so aku ajakla budak lab,malangnyer mereka2 itu sume nyer nk g petng..aku lak ptg ada kelas so terpaksa g pg..arghh dlm ati ku berkata "belasah je la(ikut resam padi Man..hehehe)"..ni la first time aku tgk cara pengendalian MC begitu efficient..aku beratur bermula dr level tiga sampai ke level satu kerana setiap level aku perlu jalani pemeriksaan..so tiba kaunter register aku just swept kad student and sib baik bnda2 penting dlm form reg tu sume nyer da siap dicetak oleh komputer..oleh kerana aku xpaham jepun, so nurse kat situ soh aku tulis umur and no tel jer sbb form tu dlm jepun..yg paling best check mata n blood pressure sume nyer kena buat sendiri guna mesin yg ada..hehe dpt gak aku jd doktor sekejap check diri sendiri..tp mcm urine test n x-ray nurse la yg kendalikn..mmg efficient..genap satu jam semua procedure pemeriksaan pun selesai..

so seperti biasa tghari ku g kelas..balik kelas g lab jap tgk2 kalau2 ada mail masuk n cr bahan research sikit..tetiba hajar buzz bgth good news, dia n faiz kpt da luluskn tuk g Ph.D tahun ni ke luar negara..so alhamdullilah..

tgh syok2 chatting ngn rai plak, tetiba sensei masuk..arghh xsempat aku nk cover, tp kecik jer pun windows ym ni..dia xnmpk rsnyer..so aku pun mengmbil kesempatan tnya tentang application form tuk research fund yg dia beri semalam..ermm begitu baik sensei ku..rupanye dia cuma soh aku tulis nama jer kat form tu, content n pembahagian fund setiap tahun dia akan buatkn nnti mybe sebab kena tulis dlm jepun..so Ph.D aku ni kiranya insyaAllah akan dpt fund dr univ la dlm 1 juta yen tuk 3tahun..alhamdulillah sekali lagi..aku pun xth apa nk dibeli sbb sume bnda da ada and specimen pun supplier yg bg..nk g cnference lak xleh guna fund univ tu..kena guna fund sensei..xpe, pandai la tu nnti sensei aku guide soh beli barang..dia asyik soh aku beli komputer jer..padahal komputer yg ada tu pun br lagi..mcm nk soh aku dok lab 24hours jer..huhuhu..

pastu si mamat keiry lak buzz soh komen kete yg dia nk beli..padahal dia tengah tercungap2 tu br balik dr betulkn tayar beskal dia pancit..pastu berjln dlm ujan lebat plak tu..hahaha..tu la sp soh beli beskal murah2 giler..hehehe...sblum ni si keiry ni ada ke dia nk beli kete tin biskut..sib baik kali ni kete yg dia nk beli ngancam (bak kata rai la kan sbb aku bg link gmbr kete tu kat rai gak)..so dia pun proceed kot..weekend ni dia nk g tgk kat gunma...tupun setelah mndngr komen bernas dr aku..hahaha..

Monday, April 13, 2009

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN

(BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
-


Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

-


Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).


-


Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
-


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
-


Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)


Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).


-


Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni... Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
-


Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .
-


Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?)
.
-


Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
(
Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing conditio

Jika
ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan lakukan kira-kira 2 jam , maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu .
( When you are having suicide, please try to closed both of your nostril { right and left side } for about 2 hours, then you feel nothing 'aka' gone.


Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..

Friday, April 10, 2009

aku di tag..dan aku meng "tag"

P/s: sape yang kena tag, sila copy and paste soklan di bawah dan masukkan ke blog anda serta jawab dengan tenang

1. What is the most important thing in your life?

Family,kahwin,Ph.D

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Kippu

3. Where do you wish to get married?
kat gumah mak abah laa.xkn kat hotel kot..our family sederhana jerr

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

ntah..

5. Are you in love?
nak jawab jujur ker??...takkkkkkkkkk..

6. Where was the last restaurant you had dinner?
city halal restaurant with lab members

7. Name the latest book that you bought?

da lama x beli sebab dpt free dr supplier

8. What is your full name?

pg tgk my profile

9. Do you prefer your mother or father

dua2 la..

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
gf and wife..ahakss cam gatal jerr

11. Christina or Britney?
dua2 kapir..so xyah pilih

12. Do you do your own laundry?
xde..pakai kaikan punyer

13. The most exciting place you want to go?

banyk..mekah,UK sbb bnyk kawan kat situ,US,german,spain,aussie..

14. Hugs or kisses?
kalau romantic kiss laaa

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
1.student

2.lelaki
3.kecik jer kot
4.muka cam x bersalah jer
5.yg pasti paper exam aku dia xdpt A..hahaha

16. 3 things I am passionate about
- Ph.D
- Kahwin
- My future own family

17. 3 things I say too often
- "Sumimasen,...."
- "Sensei,...."
- "Ohayo gozaimasu"

18. Book I’ve read recently
Impact wear of materials

19. 8 songs I could listen to over and over again

banyak..tp sume lagu melayu and some of hindi

20. 3 things I learned last year
-Jgn putus asa dengan Allah (kak fid selalu ckp)
-Dikelilingi keluarga dan Rakan sekepala mmg best..indah idupp
-Tulis proceeding

21. 8 people to tag
nama ikut alphabet yer..so jgn kecil2 hati..kalu korang x buat soklan ni..mmg kena bkr sume

Adik
Akak
Aina
Ilah
Jihe
Sara
Uji
Ya

Saturday, April 4, 2009

Hanami 09=Tengok bunga 09

ermm arini aku pg2 buta da bngun siapkn sandwich jem jerr coz nk g hanami ngn bdk2 malysia ni haa..buat kat Tsurumai koen (Tsurumai park)..kitaorg berkumpul dr kul 9.30pg~12.00tghari..Actually ada 2 3 org da tggu kat situ dr kul 2pg kot (dr sumber sahih ni) sbb nk cop tempat berpicnic..so akhirnyer dapat la tepi tasik yg mmg xbersih pun..tu jer yg tggal..ramai giler org..so disertakn bebrapa keping gmbr terbr ku dan video di sekitar tsurumai koen..almaklumla kn aku ni da bebrapa bulan x ambik gmbr sejak dtg aritu..gmbr2 ni diambil selepas picnic ..hehehehe..yg paling bes sandwich aku yg simple tu pun abis disental nyer...biasala kn bebudak muda ni nafsu mkn tgh kuat..
yg putih kiri sebelah atas jer yg pasti bunga sakura..yg lain2 aku main ambik jer sbb aku ni xpernah lak nk hayati bunga2 ni..tp cntik ciptaan TUHAN..

Sekitar tsurumai koen..yg putih2 tu la pokok sakura

Actually walaupun spring..sejuk nyer menusukk tulangg..Gambar2 ni aku mnta tolong org2 jepun yg ada kat sekitar ms tu snapkn..almaklum lakn bebdk lain sume balik naik beskal jer or jln kaki sbb dekat..aku jer yg naik subway..2x transfer lak tu nk smpai ke park ni..so sebelum smpai station aku posing la jap..actually aku sesat, x jumpa station..so smbil2 cr station, snapla gmbr 2 3 keping..hehe

Friday, April 3, 2009

Cucur lemak manis ke tu?

kelakar jer..cucur lemak manisku hangit lagi..da 2 3 la cmni..yelah mn taknye..buat 3 keje dlm satu masa..ms goreng cucur g basuh pinggan n sempat lagi tu menghangatkn ayam dlm microwave...tp takpe la..mkn jela cucur hangit ni..jgn terperanjat tgk rupa cucur ni sbb aku ni mmg mals sikit nk masak 2 3 kali
trip..so cucur ni jd besor2 n takde rupa cucur pun..hehe..aduhh mmg xsuka tul la masak2 ni..sib baik lapau so masak jelaa..

inilah cucur yg paling cantik di dunia..kalu masuk pertndngn king paling x reti masak..mmg sah2 aku menang..hehehe