Hati-hati yang berdetik..

27 Feb 2011

..Still Got The Blues..

As Salam..







Kebetulan-kebetulan yang kita tidak sangka.
Lagu ini mengingatkan sy saat pertama sy jejak kaki ke Terengganu..
Telaga Daeng, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Telaga Batin, Gong Badak, Wakaf Tengah, Mengabang Telipot...

Mengingatkan perselisihan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan-jalan kenangan itu. mengingatkan saya pernah bertego sapa, jika tidak pun berselisih bahu di pintu pagar sekolah. Indah sekali kenangan. indah sekali zaman itu. Putaran waktu yang tak mungkin akan kembali. Namun harus lah sy bersyukur, sy punyai semua itu sewaktu waktu dahulu..walau kini semakin jauh sy tinggal kan bumi Terengganu..

Sebenarnya entah kenapa emosi sy sangat sensitif di hujung minggu ini. Mungkin perbualan dengan seorang kakak di mukabuku yang beliau pernah datang berkhidmat di Terengganu di saat Still Got Blues berkumandang...di saat usianya baru 22 tahun, di mana saat itu juga sy menjejakkan kaki ke Telaga Daeng ..tetapi sebagai murid yang baru berusia 9 tahun !!
kebetulan yang sangat indah bukan..
dan kini kami adalah teman mukabuku yang prihatin dan saling cakna..

Mungkin juga kakak itu adalah bekas guru sy atau mungkin juga kami pernah selisih di mana2. sempitnya dunia ini kan..namun sangat indah kerana peluang puluhan tahun dulu kini berulang tanpa sedar. Terbuai rasa hati.

Begitu juga apabila seorang teman sekolah rendah tahun 1980an dahulu menyampaikan salam seorang guru kepada sy. Alhamdulillah, ingatan seorang guru kepada anak muridnya tidak pernah luput.



Beliau mengajar sy Perdagangan di SK Bukit Tok Beng..Cikgu Mustafa Mahamud. 10 tahun kemudian, sy terserempak beliau sama2 mendaftar sebagai mahasiswa di 1 USM...kami sekuliah, setutorial, malah menjadi kawan rapat ..!!
(tentu sekali cikgu masih ingat bagaimana motor merah itu mengaum di Desasiswa Kembara ..perlahan menuju ke Dataran Budaya utk kita sama-sama mendengar puisi..)
sangat indah bukan...

Saat-saat bahagia bila teman-teman persekolahan dari darjah 1...puluhan tahun terpisah. kembali bertemu walau hanya di alam maya Dunia sangat adil bukan..juga sangat indah jika kita halusi secara positif. Tiap sesuatu yang terjadi didatangkan dengan hikmah yang maha besar dan tak tersangka.

Alhamdulillah..teman2 lama menghubungi..mencari dan mula mengatur pertemuan demi pertemuan. Terimbau segala kenakalan zaman anak-anak dulu..aahhh....sungguh-sungguh saya rindu untuk kembali menyusuri jalan-jalan kenangan dari Telaga Daeng ke Bukit Tok Beng..dari kem askar Sri Pantai menyusuri Pantai teluk Ketapang...sehingga ke Gong Badak..sehingga ke Wakaf Tengah..

Fikiran menerawang pada seorang saudara yang ditimpa musibah baru-baru ini. Anak muda yang baru hendak mengenal dunia luar, akhirnya terperangkap dengan keindahan duniawi. Dengan pekerti terpuji, budi bahasa menjadi ikutan, akhirnya beliau terjebak. Tidak adilkah dunia pada beliau..? atau sememangnya hukum dunia ini begini..ditentukan agar kita tersilap langkah dahulu, bersedih dan berfikir sebelum dianugerah kebahagiaan dan kesenangan..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..



Used to be so easy to give my heart away
But I found out the hard way
There's a price you have to pay
I found out that love, was no friend of mine
I should have known time after time
...
So long, it was so long ago
But I've still got the blues for you

Used to be so easy to fall in love again
But I found out the hard way
It's a road that leads to pain
I found that love, was more than just a game
You're playin' to win, but you lose just the same

So long, it was so long ago
But I've still got the blues for you

So many years, since I've seen your face
But here in my heart, there's an empty space
Where you used to be

So long, it was so long ago
But I've still got the blues for you

Though the days come and go
There is one thing I know
I've still got the blues for you..



..so long, it was so long ago
..but I've still got the blues for you..




22 Feb 2011

Sungguh...Saya Rindu Awak....




As Salam..

Saya tidak boleh tidur. Jarum jam dah pun berputar menghampiri jam 2. Mata masih terkebil-kebil.

Satu blog ke satu blog sy jelajah. Bukan satu entry yang sy baca..tetapi 'berentry entry'...
skrol jauh ke bawah. Baca entry bulan lepas juga tahun lepas..penuh cerita suka duka..penuh kisah penuh emosi sehingga ada kalanya sy tergelak, sy terkedu..sehingga sy menitiskan airmata.

Ada yang telah bertukar tempat kerja, ada yang telah berdua, ada yang kembali sendirian, ada yang dulunya sy tahu hanya seorang diri, kini telah berempat ! wahhhh...

ohh...rupanya sangat banyak yang sy ketinggalan. Sangat banyak yang telah abai kan.
Tiba-tiba rindu menggamit kembali. Sy rindu awk..! Sungguh sy rindu awk..

Rindunya hati ini pada kawan2 blogger sejak sy mula aktif 2006 dan 2008 di blogspot.

Sekian lama menyepi, terasa pulak ralat di hati. Namun sbg manusia biasa, kita punya sebab dan alasan mengapa tindakan itu yg kita ambil. Sy ada sebab tersendiri ..hampir 2 tahun laman hati ini sepi dan sunyi.. Ditambah pula dengan wujud 'mukabuku' yang tampak lebih simple, mudah dan pantas. Blog jd semakin sepi...dan sepi...sungguh sy jd rindu..

Sangat rindu pada teman-teman blogger lama...
saya nak senaraikan semua teman blogger yang dulunya sgt dekat di hati...jika mereka masih mengingati..walau hampir 100% kini menjadi sahabat erat lekat di hati di mukabuku..namun situasi dan ruangnya tidak sama..

usikan di mukabuku tak sama dengan di blog..
senda di mukabuku tak sama dengan di blog..
cakna di mukabuku tak sama dengan di blog..
nasihat di mukabuku tak sama dengan di blog..
perkongsian di mukabuku tak sama dengan di blog..
titisan airmata di mukabuku tak sama dengan di blog..



rindu pada mylaling...cendawanintim yg lebih setahun menyepi di blog tapi sgt aktif d fb..
rindu pada Ct..
pada kak myza..
pada kak tirana..
pada kak hida..(masih sgt aktif)
pada linda my ticer..
shifu..
cikgu oden..
cikgu su..
ruziawati Y..
mamaafiq..
warisku minangrawa..
one z..
kakchik sayangg..
kak idalara..
daddy..
kak zue kembara..
iina glasgow..
mar wales..
Ct..
Abg Am..
Qasih..
Cikgu Azlan Lin..
Cikgu Norish..
Cikgu Ibrahim..
Cikgu PSL..
sisLin..
cikgu Nort..
nashitah..
krasz..
water lily..
uncle mountdweller..
suzi..
papa&mama..
akulah bapak..
dr araz..
cikgu rashid..
zamz..
kak ras..
kak yong..
pak sheikh..
arsaili..
sirD..
kak kamsiah..
lala..
reen..
alia..
nashitah..
lemang..(dugaan utk mu sgt berat tika ini..sabar sayangg...)
cikgu nuee...(tahniah yanggg...telah bertigaa...i likeee...!!)
melo ais..
Dir...(tkasih buatkan akak header yg sgt santekkk...)
krueger a.k.a azman...

maaf jika ada yang sy tidak tersenarai..maklum sahaja jam sudah menunjukkan 2.42am..
sy juga tidak masukkan link utk semua blog saat ini, tapi akan sy update dari masa ke masa..juga sebab dah hampir mencecah jam 3am..

namun...!!

benar sy rindu..
dengan usikan dan gurau senda..
dengan sendu dan rasa yang bertamu..
dengan perkongsian penuh syahdu..
dengan titisan airmata dan pecah ketawa..
sy rindu...

mampukah kita ulangi semua itu..'
menjadikan laman ini tidak lagi kaku dan beku..
berseri berlagu rindu..
bersemangat rasa seperti dulu..?

sy rindu awk...awk dan awk...
sungguh saya rindu..
saat ini..3.02am..
iklan Penanggal la pulak kat tv..haisshhh...~~~




Haiku:
hatiku rindu
delima merah baru
terasa sayu..




...sungguh..sy bisik pada malam..
sy sangat rindukan awk..

16 Feb 2011

Tira Mis U..

Salam..



Sekian lama sesuatu itu menjadi hiasan di dapur sy. Dialas dengan kain pua dari Sabah, dihiasi bakul2 kecil yang indah diatasnya. Kelihatannya sangat cantik namun sepi. Atau sebenarnya.. telah lama ia tidak disentuh..tidak dihangatkan, hanya dipandang sebagai hiasan dan kadangkala menghalang laluan!

Alhamdulillah..entah semangat dari mana..sesuatu itu kembali bermakna.
Kembali panas dan hangat..diselangi dengan warna-warna pelangi yang menceriakan hati sy.
Terasa kembali berbaloi sy memilikinya 7 tahun lepas dengan hasil jualan sesuatu berwarna ungu sewaktu bulan Ramadhan 2003.


inilah hasilnya..
hati kembali berbunga.. ~tira mis u~...





Entry mengenai kek berwarna purple yang masih kini ditanya rakan2 lama sehingga ke hari ini..pernah dimasukkan disini. Namun hati seakan merajuk utk kembali bermain dengan warna yang cantik itu. Entah bila agaknya semangat warna itu kembali tersuntik di jiwa. Masa saja yang akan menentukan.


Moralnya : kita mampu berubah jika kita mahu berubah.



Haiku:
Pelangi hati
membakar dasar loyang
panasnya api


bunga-bunga di hati..
patutkah aku sirami..
atau biarkan titis hujan menghangati..



15 Feb 2011

Hati Berbunga..

sedikit luahan..

Terima kasih..dari PK..
tahniah..orang tak tahu kerja kita..orang ingat kerja kita senang je mengadap laptop..dari Puan GB..
terima kasih..emel dari pihak PPD..
terima kasih..personal dr Ketua Unit ICT..

Hati sy berbunga. Tidak minta dipuji, namun bila dihargai..terasa mekar kembali tunas-tunas yang telah di'bunuh' secara diam di hati ini.
Semangat yang sedikit luntur, dek tajamnya lidah tak bertulang..telinga sedikit pedih dek suara-suara sumbang..

Jujurnya, memang perasaan terkilan dan sedikit memberontak wujud dalam diri bila bermacam hal yang tak terduga timbul.
Badan keletihan, mata berpinar-pinar.
Kadangkala hati berbisik, terasa keseorangan menyelesaikan segala. Tidak seperti dulu sentiasa dibisik kata-kata positif dan dorongan..kini hanya dalam memori, terakam kemas abadi dalam lipatan yang tak akan sy benarkan sesiapapun mengusiknya. Biar ia disitu, titik.




tatkala berselirat di mata dan hati..


suara-suara berbisik..kerlingan mata yang tidak kelihatan mesra, bermanis wajah di depan. semuanya seakan lali bagi sy sejak bertahun menjalankan amanah ini. Tidak mengapa. Cuba positifkan diri, kita menjalankan amanah yang telah diberi. walau sangat terasa keletihan bersarang sejak masuknya tahun baru, mata seakan lebam, tidak ceria kerana terlalu lama mengadap lappy..mencerlung segala data yang berderet-deret di skrin...alhamdulillah..
akhirnya hari ini selesai segala..


selesai..puasnya dapat mencicah biskut 4 segi dan menghirup neskepi panas..


dan saya belajar sesuatu.
Dia Maha Mendengar kan..
akan menemani tatkala hambaNya keseorangan.. alhamdulillah..


Haiku:
Kau pelangiku
sejak mula berdata
kini kau tiada


..hati lebur dalam rindu..



7 Feb 2011

..izinkan aku menjadi bidadarimu..

Salam...

.izin kan aku menjadi bidadarimu..
di dunia juga di syurga..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan sayang..
~4 feb 2000..










Haiku:

ijab dan qabul
ikatan dua hati
hingga ke syurga

..segalanya bagai mimpi..

2 Feb 2011

Saya yang cuai..


Salam..

Cuti baru-baru ini sy berpeluang ke Bangkok secara backpackers bersama abg dan dua orang teman menaiki Tren 36 Ekspress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok.

Gembira, excited dan tentu sekali mengujakan kerana ini kali pertama ke sana. Segala persiapan dan kelengkapan diteliti agar tiada yang tertinggal. Berkali-kali dibelek, diteliti list yang dibuat, sy benar-benar berpuas hati.

Tentu sekali yang paling tidak sy lupakan adalah mypinkish..IXUS 95 IS. Walaupun abg membawa Nikon D90 nya, yang tentu sekali focus utamanya adalah sy, namun sy tetap tidak pernah meninggalkan mypinky..setia menemani di dalam handbag ke mana pergi..hatta ke sekolah.

8Dec ..bermulalah perjalanan kami ke Stesen Keretapi Butterworth…Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok. Mengujakan apabila dua orang teman sibuk merakam foto kami berempat berlatarbelakangkan stesen keretapi ini. Saya juga tidak manu ketinggalan. Mengeluarkan mypinky dengan rasa teruja untuk merakam detik-detik indah sebelum memulakan perjalanan selama 23 jam.

Bila saja mypinky dipetik…


Adesss…tiada memori kad!

Betapa cuainya saya…rupanya memory kad masih lagi terselit dalam lappy di rumah. Apa lagi nak dikata…terkilan benar rasa di hati kerana itu adalah gajet yang penting, yang tidak pernah sy tinggalkan selama ini..

Akhirnya..menumpang D90 abg (yang sememangnya gambar sy beratus..hiks..)..juga kamera dua teman yang ikut serta.

Untuk diri sendiri..memang satu pengajaran.

yang pasti..biar pun memori itu tidak dipetik jari saya untuk diabadi di kad memori...namun memori itu indah dan utuh terpahat..kemas terakam di minda..

~menaiki Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok...23 jam..


~Floating Market yang terbesar di Thailand...Damnoen Saduak, Bangkok..

~Pasar Chatuchak...
pasar terbesar yang mempunyai bilangan gerai melebihi 5 ribu..jenuh..


~Khoa San Road..tempat yang sangat popular di kalangan backpackers dunia..
..menginap di Ben's House, Khoa San..


~Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok..



Bangkok sangat menggamit sy untuk kembali ke sana...
insyaAllah..satu hari nnti..pasti akan sy jejaki lagi..

**Catatan lengkap perjalanan kami boleh dibaca di mytripadventure dan gambar-gambar boleh dilihat di Facebook sy..


Haiku:
Hua Lamphong sepi
bawa ku dalam mimpi
memori hilang



..3.57am..napa mata takleh lelap..


30 Jan 2011

130111..Selamat Ulangtahun Cikgu Azza..

Salam..

~..episod 13 Januari 1976..~

terukir senyum berseri
teralun emosi dalam sepi
ku hulur kuntum kasturi
bagai berlari bersama mimpi..

episod diri di jalur pelangi
terbias cahaya mentari indah
harum kasih kuntum mewangi
syukur ya Rabbi..tangan ditadah..




Terima kasih abg..utk kad yang sgt istimewa...hasil kreativiti sendiri.
Terima kasih utk doa dan sajak indah yang tertera di kad.



Episod 1 ~ tepat jam 12am..13 Jan'11...di katil..


Episod 2 ~ dari katil ke ruang tamu...Triffle Strawberry ku..


Episod 3 ~ di sekolah..bersama teman..Triffle Strawberry mangkuk ke 2..


Episod 4 ~ sejambak mawar merah..dari En Khairul Anuar..terima kasih syg..


Episod 5 ~ kenyang...Jusco...dari mybestff..Chicken Prosperity..tQ...mmuahh..


Episod 6 ~ dinner di Puncak Mutiara Cafe..terima kasih syg..


Episod 7 ~ Gurney Plaza, Penang...merah..?..hikss..


Episod 8 ~ Gurney Plaza dan USM photoshoot..smthing special..


terima kasih untuk segalanya..


~130111~
cepatnya masa berlalu..

Selamat Ulangtahun Cikgu Azza..

Haiku:


Warnamu cantik
hadiah hari lahirku
ku rindu kamu..
terima kasih utk doa itu juga 'hadiah'..