Wednesday, May 29, 2013

KATA YANG BERBALAS

Assalamualaikum ...






Tunggu masa ... kesilapan aku yg akan berbalas. Terima kasih kerana ingat, simpan dan berkias semula. Pandanglah apa semua yang silap itu dari dulu sampai sekarang sebab benda yang silap itu nampak lagi besar dalam segala hal.

Hari ini rasa tiba-tiba wujud perasaan menyesal buat teguran dan nasihat dulu. Orang akan anggap ia satu kata-kata untuk disimpan dalam hati, sampai masa pulangkan balik. Benda dah jadi, takda apa yang boleh ditarik balik melainkan diam untuk semua. Orang akan kenang dan simpan sebagai satu kesilapan … ! Orang nak kita terima mereka seadanya, baik dan buruk. Tapi adakah orang mampu menerima kita seadanya?

Tak perlulah kirim doa, kalau nak ingat segala benda buruk dan kalau hati rasa sentap dan berbekas.





CK : Aku lupa ... tapi mereka masih ingat!

Tuesday, May 28, 2013

10 Cara Berjaya Dalam Induction Atkins

Assalamualaikum ...




Fasa Induksi adalah pengenalan pertama anda untuk Atkins. Ini adalah kali apabila anda mempunyai peluang untuk melonjakkan berat badan anda, dan ia membolehkan badan anda untuk menjadi biasa untuk membakar lemak untuk bahan api dan bukannya karbohidrat. Jika anda berjaya dalam Induksi, Fasa seterusnya Atkins harus menjadi semakin mudah. Berikut adalah 10 cadangan untuk membuat Induksi kejayaan, dan menetapkan peringkat untuk penurunan berat badan yang berterusan dalam tiga Fasa seterusnya Atkins.

1) Count karbohidrat bersih anda. Membuat sebahagian 20 gram anda karbohidrat bersih (gram karbohidrat jumlah tolak gram serat, yang mempunyai hampir tiada kesan pada t darah sugar.Don anda lupa untuk mengira jus lemon dan lain-lain perasa diterima dan termasuk 1 gram karbohidrat bersih bagi pengganti gula. Dan yang paling penting, tidak menggunakan elaun karbohidrat anda untuk makanan yang tinggi gula dan kanji dan rendah serat. Dan dengan cara semua, jangan memotong karbohidrat bersih dan protein pengganti dan lemak.

2) Makan sayur-sayuran anda! Pastikan anda makan 12 hingga 15 gram karbohidrat bersih anda dalam bentuk sayur-sayuran asas. Jika anda tidak, anda mungkin sembelit, yang boleh memberi kesan nombor pada skala anda. Serat dan kelembapan dalam sayur-sayuran juga membantu anda berasa kenyang dan berpuas hati. ). Anda boleh mempunyai salad besar pada waktu makan tengah hari, salad sampingan pada majlis makan malam dan masih mempunyai beberapa hidangan sayur-sayuran kegemaran anda yang dimasak.

3) Minum air anda. Lapan cawan setiap hari adalah syor standard, tetapi anda lebih besar dan lebih aktif, lebih banyak yang anda perlukan. Dua cawan boleh datang dari kopi atau teh (berkafein adalah denda), herba teh, gula-gula soda atau sup. Selagi air kencing anda adalah jelas atau pucat, anda minum cukup. Jangan pernah sedikit sekali pada cecair dalam usaha sesat untuk melihat nombor yang lebih rendah apabila anda melompat pada skala. Tidak minum air yang mencukupi sebenarnya membuat badan anda mengekalkan cecair sebagai mekanisme perlindungan.

4) Ambil sedikit garam (atau sup atau tamari / kicap) untuk mengelakkan mengalami kelemahan, sakit kepala, kekejangan otot atau kepala sebagai peralihan badan anda terutamanya membakar lemak untuk tenaga. Sejak Atkins adalah diet diuretik semulajadi, anda tidak perlu untuk mengelakkan garam untuk mengurangkan pengekalan air. Gejala boleh hasil daripada ketidakseimbangan elektrolit yang disebabkan oleh kehilangan mineral bersama-sama dengan cecair. Awas: terus untuk menghadkan garam jika anda sedang dirawat untuk tekanan darah tinggi atau doktor anda telah menasihatkan anda untuk menghadkan pengambilan natrium.

5) Makan 4 hingga 6 auns protein dimasak pada setiap waktu makan, bergantung kepada ketinggian dan jantina anda. Seorang wanita genit boleh kenyang oleh 4 auns; seorang lelaki mungkin perlu 6 auns. Seorang lelaki yang sangat tinggi juga mungkin perlu sedikit lebih. Makan terlalu banyak protein protein atau makan sahaja dan bukan sayur-sayuran atau sebaliknya, skimping pada protein, akan mengganggu dengan kehilangan berat badan dan / atau meninggalkan anda lapar dan tertakluk kepada ketagihan karbohidrat.

6) Makan cukup lemak untuk berasa berpuas hati. Anda perlu lemak untuk membantu merangsang pembakaran lemak badan. Dan jika anda sedikit sekali pada lemak dan makan jumlah yang betul protein dan karbohidrat, anda akan lapar dan memberi ke dalam menggesa untuk karbohidrat. Ingat, lemak semulajadi adalah denda apabila anda mengawal pengambilan karbohidrat. Sebaliknya, jangan menganggap anda boleh makan seberapa banyak lemak yang anda mahu. Kalori daripada lemak tidak menambah, walaupun pada diet rendah karbohidrat.

7) Watch untuk karbohidrat Tersembunyi. Hanya dengan membaca label pakej, anda boleh mengelakkan mereka tambah gula dan lain-lain karbohidrat sneaky. Hanya kerana pakej mengatakan ia rendah kalori tidak bermakna ia adalah rendah dalam karbohidrat. Elakkan produk berkalori rendah melainkan mereka sedang dilabel sebagai karbohidrat rendah. Begitu juga, menggunakan versi penuh lemak mayonis, sos salad dan sebagainya. Rendah lemak versi makanan berbungkus hampir setiap kali menambah gula untuk menggantikan rasa yang dibawa oleh minyak. Jika label adalah jelas, menyemak makanan di kaunter karbohidrat.

8) Menulisnya. Catatkan apa yang anda makan dalam jurnal pemakanan setiap hari atau menggunakan semua alat yang hebat dalam Komuniti untuk memantau kemajuan anda dan merancang makanan anda. Meletakkan pena untuk kertas (atau jari untuk keyboard) membolehkan anda untuk melihat corak anda mungkin terlepas sebaliknya. Anda akan juga cepat melihat jika anda sedang memakan lebih karbohidrat daripada anda berfikir anda.

9) Watch kalori anda. Walaupun anda tidak perlu untuk mengira kalori pada Atkins, ini tidak bermakna anda boleh menikmati protein, lemak dan asas sayur-sayuran percuma untuk semua. Terlalu banyak apa-apa jua yang akan menyebabkan berat badan anda ke gerai, atau menyumbang kepada pertambahan berat badan. Jika ini mula berlaku kepada anda, anda mungkin perlu cek realiti. Wanita perlu menembak untuk pelbagai 1,500 hingga 1,800 kalori sehari, manakala lelaki perlu bertujuan untuk 1,800 kepada 2,200. Potong kalori anda jika anda tidak kehilangan berat badan, dan jika anda digunakan untuk mengira kalori, anda akan tahu mana rangkaian anda.

10) Lihatlah dalam kabinet ubat anda. Tertentu over-the-kaunter (OTC) ubat-ubatan boleh melambatkan penurunan berat badan anda, termasuk ubat anti-radang nonsteroidal (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen (Motrin, Advil) dan naproxen (Aleve, Naprosyn) menyebabkan pengekalan air dan boleh menghalang pembakaran lemak . Kurangkan kembali atas adalah mungkin. Jika anda memerlukan tambahan melegakan kesakitan, cuba acetaminophen (Tylenol atau Panadol), yang tidak NSAID.



Sumber : FB KDA





CK : Baru start balik 2 hari ... Alhamdulillah masih okey

TIKUS JADI KUCING

Assalamualaikum ....






Boss tak ada hari nie. Boss sangat besar ke, boss besar sikit ke, boss kecik ke .. semua takde. So, hari ini aku jadi boss. Bila boss takde, semua tikus nak jadi kucing. Yeee! Sonok jugaklah kalau semua boss takde. Boleh buat kerja dengan aman sekali. Eh, betul ke ngko buat kerja mak jemah. Ni ko tengah blogging apahal! Uiii betullah, aku blogging setelah siapkan satu kerja. Habis blogging siapkan satu kerja lagi. Pastu sambung blogging plak. Dan seterusnya macam tulah. He he he boleh ke camtu? Dasarkan aku nie … boss takde terus nak jadi raja.


Kadang aku nie boss cuti hidup tak berapa aman sangat. Sebab boss aku punya pe’el SUKA sms staff dia even dia cuti. Ish, kalau akulah … dah cuti tu, cuti ajelah. Buat apa nak fikir hal office. Orang lain boleh gantikan. Cumanya bila kite takde dalam family orang lain tak boleh gantikan tempat kita. Family first … walaupun kerja adalah punca rezeki kita, kena juga pandai bahagikan masa. Ye dak? Kerjaya-kerjaya juga, tapi family tetap kena utamakan. Wah, kemain ko. Ayat nasihat very the kelassss! He he he


Dapat blogging time office adalah antara saat yang membahagiakan. Tapi tak bolehlah buat selalu. Kang makan gaji bute. Tak berkat. Kalau nak juga blogging, time rehat tak pun time pas keje. Bolehlah. Eh nasihat lagi tu. Semoga semua anak-anak suke dengan nasihat mak jemah ye. He he he. Actually, aku rindu zaman blogging dulu. Kemain hari-hari update. Tunjuk kepoyoan semua gambar-gambar yang aku amek. Walhal takdelah pro sangat pun. Cuma rasa bestlah dapat eksyen dengan korang tunjuk gambar tu. Ha ha ha. Eskyenlah sangat.


Aku rasa macam nak melalut dan mengarut lagi, tapi ada kerja nak kena buat. Nanti aku sambung ngomel kat sini lagi. Aku harap korang tak pernah jemulah datang baca belog aku, walaupun takde isu best pun aku share dengan korang.



 
Hari ini sang tikus pijak jadi raja!









CK : Hidup aku dah start kelam kabut sikit, orang-orang terdapat sudah menunjukkan taring masing-masing. Sekarang nie tengah urut dada harap aku tenang hadapi segala ujian.



Sunday, May 26, 2013

MAKIN KE LAUT

Assalamualaikum ...





Sekarang nie, update blog pun 4 hari sekali. Makin teruk dan makin ke laut aku rasa. Hye ... napelah tahun 2013 nie aku rasa prestasi aku macam down semacam. Banyak yang serabut daripada yang teratur. Confuse sana sini.


Selagi kerja dan penyerahan tugas ini tak selesai di office, maka makin ke lautlah diri aku. Kalau korang boleh datang office aku ... mesti korang pengsan tengok workstation aku. Semak cakap ko! Giler semak! Lagi teruk dari tahun 2012. Kalau last year sebelum balik, aku akan kemas dulu meja aku. Kasi cantik, kasi tersusun ... supaya esok pagi tu datang dengan mood baru dan semangat nak kerja membuak-buak. 


Sekarang nie, dah la kena balik kerja lambat ... hari-hari ada satu department tu call aku macam nak makan. Lebih garang dari mak singa aku rasa. Hye, kalau tahu teruk camnie peralihan tugas .. baik ajelah aku buat semua benda. Aku takdelah nak pening sangat. Walaupun susah aku sanggup je telan. Skang nie, baru je nak aman sikit hati dan perasaan dah kena sembur! Kadang bila aku malas nak layan, baik aku pi lawat site. Fhuuuh aman! Aman pun sekejap ajelah. he he he



Bab blog kesayangan ini, aku tak pasti berapa lagi perangai ke laut aku nie. Rindu nak menulis hari-hari macam dulu walaupun cerita takdelah best pun. Lagi satu ... aku dengki tengok korang update hari-hari tahu. Bapak jeles!!



Kan best kalau kat rumah aku ada SOHO cam nie ... small office house office. I like!! Boleh blogging sampai lebam *teeeengggg berangan dah!*





CK : Festival Belia Putrajaya 2013 pun sempat pergi tengok malam ... jalan sampai kembang tapak kaki. Haa amekaw!!

Wednesday, May 22, 2013

KERJA ENGKAU KERJA AKU

Assalamualaikum ...



Malam-malam nak luahkan perasaan sikitlah. Rasa berapi juga kat hati nie, tapi malas nak simpan lama-lama sebab takut jadi busuk hati, susah pulak kang. Barang dilepas kalau boleh taknak kenang, lagi-lagi hal yang menyakitkan. Simpan saja kat belog nie buat pengajaran di masa depan.


Nak cerita pasai office. Pasai anak buah aku dekat office. Buat hal sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Asyik bagi alasan untuk aku sambung kerja dia. Yang aku bengang, macamlah kerja dia banyak sangat. Kerja dia memanjang aku nak kena cover. Habis kerja aku?? Ada ke yang tolong nak coverkan??


Lately aku perasan dia makin melampau sangat-sangat. Kira tahap melampui batas. Semua benda nak bagi aku buat. Walhal itu kerja dia. Sampai aku terpaksa sound .. "sampai bila saya nak buat semua ini, kerja saya awak nak ke siapkan??". Dia memanjang nak aku faham kerja dia. Mengeluh penat itu ini. Habis .. aku nie ingat datang office goyang kaki ke? Aku pun buat kerja. Deal sana sini. Belum kena maki hamun dengan customer lagi. Belum campur satu department tu yang asyik dok serang aku memanjang sejak-sejak peralihan kuasa. Tekanan mak jemah macam nie!!


Kerja engkau, engkau buatlah. Kerja aku ... aku buat. Dan kalau tak reti atau nak minta bantuan, takde masalah. Aku boleh bantu mana yang boleh dan mana yang patut. Tapi kenalah usaha cari penyelesaian dulu, jangan belum cuba terus nak serah suruh aku buat semua benda! Selama ini pun aku memang tolong anak buah aku. Cuma lately dorang dah macam naik lemak sana sini perangai. Dorang pulak nak goyang kaki macam pengarah. Sukahati sendirikan! Nak goyang kaki, buka company sendirilah. Goyanglah kaki tu sampai lembik! 


Sekarang nie, sukahati je nak suruh aku buat itu ini macam korang pulak bayar gaji aku. Ini yang buat mak jemah hangen nie! Nak kerja niat ikhlas kerana Allah Ta'ala terus jadi tak ikhlas plak. Aku mula kerja start dari bawah, bila ada masalah aku cuba selesaikan dulu ... tanya orang itu ini. Sebaiknya aku cuba dulu. Bila dah tak boleh sangat baru aku minta bantuan pegawai aku. Ini tak, belum buat lagi dah cakap tak boleh. Tak ke hangen dibuatnya! Semua benda tak boleh, apa yang boleh sebenarnya? Time dapat gaji then nak claim OT laju je boleh.


Aku haraplah, suatu masa (bukan lagu M.Nasir tu ye) ... anak buah aku kat office nie sedarlah. Tak kisahlah awak tu otai dari aku sekalipun. Kita kerja nie, kalau cara A tak boleh ... mungkin kita boleh guna cara B atau cara C atau cara D ... sampai cara Z laaah! Bukan kuih cara ye. Dah habis Z tu dah tak boleh, hah ... baru cari boss! 


Itu baru betul. Boss bukan nak dengar kau cakap ... "tak boleh buatlah ... itu lah ini lah ...!". Bukan semua boss hanya nak tahu kerja tu siap. Ada juga boss yang suka tolong anak buah dia, tapi bila dah ditolong janganlah pulak kau nak jadi kaduk naik junjung! Ada faham??



Itu sahaja luahan hati aku. Hah! lega dan ringan hati aku. he he he he



Bukan senang nak jadi leader. Pening kepala.




CK : Anak buah aku tu tadi sentap ngan aku siang tadi ... ah, lantaklah. Kerja aku pun banyak nak kena settle.

Tuesday, May 21, 2013

ENTRY YANG LAMA-LAMA

Assalamualaikum ...




Dok saja-saja aku belek semua entri aku yang lama-lama kat blog nie. Cari ilham nak update. Nak tengok apa yang aku dah persembahkan pada korang untuk dibaca selama ini. Setelah dibelek dan ditelek, baru aku perasaan aku jarang-jarang dah update pasal Jalan, Order dan Makan ... dan juga entry pasai resepi. Entry pasai atkins diet lagilah jarang update. Maklumlah diet atkins aku banyak ke laut dalam, baru je timbul untuk serius atkins seminggu nie. 


Kadang bila baca balik apa yang ditaip dengan susah payah, nak gelak sorang-sorang pun ada. Betul ke apa yang aku tulis nie? Betul ke aku yang tulis? Kadang aku baca 2-3 kali untuk faham balik apa yang aku taip. Hye ... entah-entah korang pun susah nak faham maksud yang aku cuba sampaikan dalam setiap entry aku. Jangan marahlah kalau susah nak faham atau tak faham langsung. Korang layankan ajelah. Aku kadang memang suka dan terlebih  merapu skit.



Bila dah lama belek-belek, kesimpulan yang aku dapat, sebenarnya aku lebih suka buat entry siap dengan gambar. Lagi rasa puas menulis dan edit gambar. Lagi rasa fun nak baca. Itu akulah!! Korang aku tak pasti macam mana pulak... suka teks sahaja atau suka teks dengan gambar??





CK : Aku rasa, aku perlu belajar perbaiki susunan ayat ... lintang pukang!

LIFT DAN PARKING

Assalamualaikum ...




Aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yang guna lift ... kadang macam pentingkan diri sendiri je aku tengok. Macam pagi tadi, aku keluar pergi kerja agal awal sketlah. So memang hari-harilah aku guna lift sebab dok apartmentkan. Takkan nak guna tali macam tarzan plak. heh!

 
Tekan button lift, pastu dah terbuka pintu lift aku masuk ... ada sorang je mamat dalam lift nie. Dia sorang dengan plastik sampai hitam. Yang aku tak suka tuh, ko dah masuk lift awal, cubalah masuk ke dalam sikit. Jangan dok depan pintu. Awak tu kalau kurus tak kisah. Ini tak, dia berdiri sebelah kiri plastik sampah sebelah kanan ... celah mana aku nak masuk? Ada space sket je ... pepagi lak tu mamat nie buat muka toya mat amin. Haish .. kotlah nak beranjak ke belakang. Idak pun! Bagilah lalu kepada orang yang baru masuk. Konsep masuk lift, sapa awal dok belakang, sapa lambat dok depan. Reti!

 
Lift dekat apartment memang selalu camnie. Memanjang jumpa orang yang penting diri sendiri. Agaknye teruja sangat dengan lift atau tak pernah naik lift? Dok depan tu tak salah, tapi bila nampak orang lain nak masuk ... silalah beranjak ke belakang supaya memudahkan orang lain juga. Ini dikira sebagai tanggungjawab sosial kita. Lift tu bukan hak persendirian untuk kita sorang je yang guna.
 
 
Kadang aku naik menyampah dengan sikap orang macam nie. Ini belum masuk lagi sikap orang-orang yang dok apartment Kerajaan dekat Putrajaya nie yang sesuka hati parking depan tempat yang dilarang kat kuarters! Dah letak papan tanda dilarang parking atau papan tanda untuk OKU, Bomba, Ambulans nak juga park dekat situ. Kang kata penghuni kuarters Kerajaan buta huruf, marah plak! Belum campur lagi ada juga orang mangkuk hayun kat apartment aku pi parking kereta dia kat lobi apartment ... apa ko ingat ko dok rumah teres ke nak syok sendiri dengan lobi tu???? Lobi tu untuk kegunaan bersamalah ... untuk turun naik penumpang dan barang-barang je. Bukan buat lobi tu untuk park kereta sendiri! Menyusahkan!


Kalau dah kurang kesedaran sivik, camnielah gayanye ...
 
 
 
 
 
CK : Bandar nie, kurang semangat kejiranan ... tu kadang yang rasa tak best sangat.

Sunday, May 19, 2013

KEMBALI AKHIRNYA

Assalamualaikum ...





Dah berhari-hari aku meninggalkan blog kedaung nie. Bukan tak ingat, sentiasa ingat nak update. Tapi mood adalah  turun naik dengan rutin harian yang berubah seminggu dua nie. So, aku sedang sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan diri, mood dan menyusun semula rutin aku.


Eh, lupa .... sekian lama tak bersua kat sini, aku harap korang semua sihat sentiasa. Sentiasa ceria. Terima kasih sudi lawat blog aku walaupun berhari-hari tak update. Sorry sangat terutama kepada pembaca setia blog aku. Eh, ade ke yang setia? Harap ada ... he he he


Bila dah kembali berblog nie, rasa kekok pun ada. Dalam kepala ... apa nak cerita nie? Apa nak share nie? Kiranya banyak jugalah tanda soal. Nak share pengalaman jadi petugas SPR pun, PRU13 dah berlalu. Semuanya dah tak berbahang sangat, suam-suam kuku je. Untuk pengetahuan, even aku tak update, tapi aku tetap jengah ke blog-blog korang bila ada masa. Nak update blog sendiri memang tak dapatlah. 


Mulai sekarang, aku akan hadapi turun naik berblog. Mungkinlah. Tapi, jika aku ada masa ... aku mungkin update hari-hari juga. he he he. Turun naik berblog nie aku rasa semua blogger hadapi kot. Ada masanya terpaksa lupakan blog seketika kerana diri sendiri ataupun kerana orang lain. Macam aku, sebab aku nak settlekan banyak benda soal kerja dan soal rutin hidup aku. Uih, banyak benda yang aku nak fikir lepas nie. Masalah paling kronik aku skang nie, rindu kat kampung! Rindu mak ayahlah tu ... tapi, nak balik kampung  belum ada kesempatan. Sedih.









CK : Sejak perubahan tugas awal Mei baru nie, aku dah banyak relaks di pejabat. Adalah masa meregangkan otot pulak. Aku rasa sangat lega sebab aku tak perlu lagi buat kerja-kerja rutin yang sama memanjang. Ulang ulang yang tu jugak, aku tak suke macam tu. Aku suka kerja yang berbeza ... atau kerja sama tapi cara berbeza pun bolehlah juga.

Monday, May 13, 2013

HOBI MENYEBARKAN FITNAH

Assalamualaikum ...




Sejak habis PRU13 nie macam-macam fitnah yang keluar kat FB ... blog ... twitter dan macam-macamlah yang boleh shared. Kita nie takdelah baik sangat, buruk sangat pun tak juga ... tapi janganlah suka hati menyebarkan sesuatu yang tak sahih sampai orang lain boleh confuse tentang apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Jangan jadi penyebaran fitnah satu hobi. Pleaseeeeee ....



Baru-baru nie ada sorang kenalan FB shared pasai harga gas setong dah naik dari RM28 ke RM30. Ish betul ke? Sebab aku beli harga masih kekal sama selepas PRU13. Yang bestnya dia menyalahkan Kerajaan sekarang, siap ucap "TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI BN!". Kononnye sapa yang undi BN nielah menyebabkan rege barang sumer naik skang nie. Ermmmmm. Bila aku komen dekat FB dia minta penjelasan mengenai harga gas berkenaan sampai sudah dia tak reply. Aku cuma nak penjelasan, sebab rege gas kat tempat aku sama je. Tak naik pun. Janganlah bagi orang lain keliru.



Lepas tu, kecoh pulak harga roti Gardenia yang kosong tu naik rege ke RM2.40 lepas PRU13. Eh, rege tu bukankah dah lama? Sebelum nie pun memang rege tu kan? Korang nie fitnah suka hati je. Kalau ye pun, kasi sahihlah dulu. Nak salahkan Kerajaan juga ke? Korang kat Malaysia nie makan roti hari2 ke? 


Buktinye .... dah lamakan rege nie? Jangan nak buat fitnah bukan2


Lepas PRU13 nie, aku perasaan macam-macam manusia pelik yang ada. Adakah manusia pelik nie tak suka keamanan? Elok-elok je Malaysia nie aman .... kalau rasa Kerajaan sekarang teruk sangat dan terasa teraniaya dan kita takda daya untuk buat apa2 cubalah kita nie berdoa kepada Allah swt supaya pemimpin2 kita diberikan hidayah. Ditunjukkan jalan yang benar ... bukannya kita hentam dorang. Apapun dorang buat ... sama ada baik dan buruk ada balasan dari Allah swt. Siapa kita nak terus jatuh hukum.



Kita sendiri pun ada baik buruk ... tapi kita lebih nampak buruk orang lain dari buruk sendiri.






CK : Cermin dirilah dulu.

Sunday, May 12, 2013

BARU AKU TAHU DIA CEREWET

Assalamualaikum ...




Alhamdulillah, dapat juga aku melabur duit kat Jakel Shah Alam petang tadi. Tunggu si teman balik dari rumah mak dia macam tunggu bulan jatuh ke riba. Ingatkan tengahari sampai, rupanya dekat 6pm baru sampai Putrajaya. Itupun telinga aku dah keluar asap ... sampai aku tertidolah baru dia sampai. Haish, anak omak betul kau jang! Aku malas la nak meleret membebel walaupun kadang aku nie kaki bebel juga. Kadanglah bukan selalu. 



Petang tadi, lepas je solat Asar terus berdesup ke Jakel Shah Alam. Sampai sana dah 6.30pm. Tak bestlah kan ... tapi takpe, janji sampai. Tak best sebab lepas tu aku tak dapay pi Jalan TAR. SOGO bagai. Walau perut aku lapar tapi lambaian Jakel mengatasi kelaparan aku. Perempuan, shopping tu macam penting dari segala hal kadang. Kadanglah bukan selalu. he he he



Bila berada dalam Jakel, nak pilih kain wat akad nikah ... baru aku tahu, ermmmm rasa macam dah tahulah,  tapi sekarang lebih tahu ... si teman agak cerewet orangnya. Cerewet pilih kain, jenis kain ... harga ... dan bagai-bagai juga. So, lelaki cerewet nie ada baik dan buruk, bagi orang yang tak berapa nak kisah macam aku, kecerewetan si teman adalah satu benda yang aku rasa amat untung. Aku tak perlu fikir banyak sangat. Dia pilih jenis kain dan harga ... aku pilih color yang 2-2 sekali suka! Nak layan cerewet dia kadang yang amik masa. Tapi aku tak kisah, sebab dalam hidup aku bukan dia sorang yang cerewet ... adik-adik aku pun cerewet dan cerewet dorang nampak ketara bila nak kahwin. So, aku boleh layanlah! janji korang dan aku puashati.



Tadi pun aku kena bebel pasai kain yang aku nak untuk akad nikah. Ermmmm ... berlonggok bebelan dia sampai buat aku terfikir, okeh aku salah buat percaturan rupanya. Walhal kain yang nak tu dah dipotong. ha ha ha. Part jenis kain aku yang salah ... aku memang tak reti bab kain nie. Dia lagi pandai. So, aku amek keputusan tadi, baik jumpa tailor dulu. Hajat asal nak beli kain buat baju tunang, tapi lebih tumpu pada kain akad nikah. Niat asal dah  terpesong. 



Akhirnya kain tunang tak jadi beli. Si teman suruh tunjuk design kat dia dulu ... baru tahu kain apa nak kena beli. Then jumpa tailor. Dah tu dia siap cakap, design tu kalau boleh nak macam nie ... macam tu. Aku terus, wah ... bakal suamiku!! Takpe i'ollss yang malas fikir nie okey je. ha ha ha ... Bapak malas nak fikir soal ini. Banyak benda aku serah je kat dia, aku dah cakap dia awal-awal ... aku tak reti! Dia pulak kalau pergi cari barang ke hape ke ... kalau tak suka dan dan tu dia wat muke peliks. Tanda tak suke. 



Skang nie aku gigih dok kumpul design baju tunang dan akad nikah nak tunjuk kat dia. Dia dah cakap, tunang baju biasa-biasa pun takpa. Akad nikah nak baju fesyen camnie ... camnie! Itu belum baju sanding lagi tuh. Hah! Bakal suamiku. Gulp gulp .... Tapi aku tak kisah, aku lagi suka dia yang pilih ... dari dulu lagi apa yang dia pilih lagi baik dari aku. Cuma aku kadang suka ikut kepala sendiri. Rasa mana suka, amek ajelah. 




Dah dapat sebeg kain untuk akad nikah. Cuma kain aku je rasanye kena cari lain. Takpelah ... minggu depan la pulak. Alang-alang dah sampai Jakel, aku rembat sepasang kain untuk mak ayah aku sekali. Boleh buat baju raya. Esok baru aku pos kat mak.



Kejap lagi nak buat nota sket kat mak ayah aku, pastu nak masuk tidur ... dah penat. Minggu nie kena jumpa tailor ... nak tanya itu ini. Hati nie dan kepala nie mula berkata-kata .... rupanya nak nikahkahwin nie macam-macam benda nak kena prepare. Haish ... daku fening sudah!!!!




#orang yang simple macam aku nie tak suka fikir banyak benda. sebab kadang aku nie main redah je!!







CK : Checklist la pulak! erghhhhhh

GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum ....





Semalam setengah hari aku lepak kat hospital. Layan adik aku berborak. Sampai dekat 7 malam aku baru baru balik rumah. Puashati aih ... nasib baik nurse-nurse kat situ tak halau aku walhal dah habis time melawat. keh keh keh. Sambil layan adik aku and anak buah, sedap je tengok adik aku makan nasi dengan sambal petai yang aku masak. Balik rumah terus aku ... tengok saki baki sambal petai dalam kuali. Eh, ada sikit lagi. Dok fikir soal diet ... ish tolak ketepi satlah. Minggu nie aku perlukan banyak tenaga ... jadi baby sitter lagi, ulang alik hospital dah seminggu nie nak masuk minggu kedua. Uih, banyaknye alasan nak mengelat dari diet aku nie. he he he



So, sampai rumah semalam ... aku menyediakan ganjaran buat diri sendiri. Bubye sekejap diet tolak nasi nie. Hiks hiks hiks ... aku perlukan tenaga kononnye.



Sambal petai ikan bilis + nasi putih + ikan kembung grill + serunding halia bilis Sarawak. Up dengan milo ais kaw kaw!!! Tak pernah-pernah aku makan nasi pastu minum milo. Sebab kat rumah aku beranilah buat ... kalau makan kat kedai aku tak akan makan nasi pastu minum milo. Gerenti muntah! Sebab kat rumah aku cubalah ... tengahari sebelum pi hantar makanan kat adik aku  tu pun dah dok teringin nak minum milo ais kaw kaw!!


Serunding halia bilis tu aku beli dari Sarawak. Pos laju dari sana. Memang sedap. Sesuai untuk ibu lepas bersalin. Memang buang angin baik punya!! Kalau ada serunding nie kena plak dengan nasi panas ... perghhhh terbaik. Hangat-hangat halia tu buat badan rasa lega. Kadang aku ratah je serunding nie.



Apa macam, hebatkan ganjaran aku. Satgi nak pi timbang ... ntah-ntah dah naik berat aku. Lastweek aku timbang statik kat 57kg je. Nak buang 7kg tu entah bilalah. Aku dapat maintain berat nie pun sebab dah 2 bulan makan rumpai laut .... walaupun diet aku on off! he he he



Okeylah ... aku nak sambung cuci fridge jap. Semalam aku tak perasaan aku tak tutup rapat pintu fridge ... abis berair fridge aku. Ish ... careless sungguh!!







CK : Harap2 hari nie dapat pi shopping ... hu hu


Saturday, May 11, 2013

MASAK APA HARI INI?

Assalamualaikum ....




Update lagi! Nampak sangat tengah bosan di weekend yang sorang-sorangkan. Dah tengahari dah nie, korang masak apa tu? Mesti menu nyum-nyum and yummiekan ... maklumlah, bagi suri-suri hati suami yang berkerjaya tu, weekend ajelah kot nak masak menu mabeleskan?? Setiap weekend masaklah untuk keluarga, baru best ... hari-hari makan luar, kopak poket sang suami. hiks hiks ...



Aku suka sambal petai sekali dengan kulit. Aku tak reti sangat makan biji petai saja. Family aku pun sama ... so, jangan peliks!



Tengahari nie aku masak sambal petai ikan bilis. Wah, sambal petai lagi. Lastweek sambal petai sotong. Minggu ni buat dengan ikan bilis pulak. Saki baki petai minggu lepas yang belum dimasak. Aku nie kalau sambal petai memang selera makan, tapi kali ni masak sambal petai ikan bilis khas untuk adik aku yang kat spital tu. Kejap lagi aku nak pi melawat dia sat. Sambil berkelah kat sana ... makan-makan!



Aku masak ringkas je tengahari nie. Nasi putih, sambal petai dan ikan pelaling goreng. Cukuplah tu. Kang campur menu kat spital lagi ... tak  termakan plak. Penaik selera dah pasti sambal petai. Hari ni dah 1 Rejab, mak aku dah puasa sunat ... anak dia masih selera makan. Esoklah puasa jawabnye ... he he he




Aku nak sambung masak ... goreng ikan plak. Okeh byeeeeeeee






CK : Itu malas dok umah kadang, asyik masak dan makan ... he he he

WEEKEND SORANG-SORANG

Assalamualaikum ...




Happy weekend u'olls!!



Bercerita soal weekend aku yang lonely sket. Sket je! Lately, si teman sangat ...... sangat busy! Ke sana ke sini. Aku yang pandang letih sangat. Dekat 3 weeks jugalah tak dapat nak beramah mesra macam selalu. Ermmm tangan urut dada sendiri, nafas turun naik. Ingatkan dah habis PRU13, semua benda dah settle then bolehlah concentrate untuk prepare majlis kami nanti. Tapi tidak juga. Sempat prepare pun beli cincin merisik dan tunang masa rege emas masih rendah hari tu. Actually emas masih turun harga lagi. Niat hati nak tambah beli rantai tangan utk majlis nikah nanti, tapi .... si teman dah call awal pagi tadi, "Tak jadi beli rantai tangan ye ... roadtax kereta hujung bulan nie dah tamat tempoh. Kita renew roadtax dulu. Buat mana yang penting ye ...!". Kalau tanya perempuan cam aku mana yang penting, rantai tangan tu la penting ... emas tengah turun harga weh.



Sebabkan bakal suami, aku pun ..... akurlah. Akur pun cam tak berapa ikhlas je aku rasa. ha ha ha. 



Aku ingat hari ini dan esok, nak pergi beli barang-barang hantaran. Tapi tak juga. Kelam kabut dengan my sis masuk hospital. Dengan sepupu si teman nak akad nikah and majlis sanding bagai. Aku jadi erghhhh ... okeh semua ini ujian. Kena sabar. Aku pun asyik ulang alik hospital je seminggu nie. And weekend hari ini aku sorang-sorang. Bosan jangan cakaplah. Bila macam nie, hati terus terpaut nak pergi office. Buat kerja lagi baik. Kan sorang-sorang banyak hal yang aku fikir, syaitooon suke hasut menghasut bila fikiran kita tengah kusut.



Sabarlah, selagi ada masa bersorangan nie kenalah aku nikmati. Esok dah berumahtangga .... rutin hidup dan berubah 360 darjah aku rasa. Rasalah. Sebab aku tengok pun kebanyakan macam tu. 



Apa lagi ... kita enjooooooy weekend nie sensorang!







CK : Nak masak pun tak best, nanti kena makan sorang2!

Friday, May 10, 2013

SENARAI SPEEDTRAPDI LEBUHRAYA MALAYSIA

Assalamualaikum ....



Sharing is caring! Senarai Speedtrap bawah jambatan sepanjang lebuhraya di Malaysia. Dah share senarai speedtrap nie, kalau ko masih nak memandu melebihi had laju lantak koranglah kan. Kadang kita ni asyik nak complaint je manjang. Apa kerajaan buat semua salah. Kita tak pernah salah. 



Cer pikiaq positif, ada speedtrap nie supaya korang tak pandu laju giler pastu membahayakan nyawa orang lain terutamanya dan kemudian nyawa sendiri. Aku kalau tengok kenderaan pandu lebih 110km/jam kat highway, aku selalu cakap ... "kalau ko rasa nak mati, pi mati sorang-sorang jangan dok ajak orang lain same....!". Geram oooo tengok kenderaan yang pandu lebih had laju. Kadang dia punya laju boleh sebabkan accident je. Paling tak bleh blah yang dok beam lampu dan cucuk kete depan. Aku kalau balik Kedah, selalulah kena ngan kete mewah dok beam lampu cucuk myvi aku. Tapi .... ada aku kesah! Lagi aku rasa tak selamat masuk lane tengah, ko beam sampai nak meletup lampu kete pun aku takkan masuk lane tengah. Nasib ko lah! Mesti ko maki-maki aku dalam kete kan kan kan ....



Untuk korang yang selalu travel jauh ... macam aku, tengoklah speedtrap bawah jambatan nie sama selain daripada AES. Bab AES tu toksahlah dok marah Kerajaan sangat pun. Aku tak rasalah Kerajaan kejam bab AES nie, sebelum sampai AES tu ... berderet papan tanda bagitahu pasai KAMERA nie, so korang pandai-pandailah slow dah patuhi had laju. In Shaa Allah takde kena saman AES punya. Yang dok gatai laju juga tu sapa suruh. Dah kena saman, kecoh satu Malaya ... walhal sendirik yg cari sakit!
 


Nak elak saman senang je, patuhi undang-undang dan had laju jalanraya. In Shaa Allah selamat nyawa dan duit korang. Kan kan kan .....

 

PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h


NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km


NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.

South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.



Sumber : Facebook



Berderet-deretkan speedtrap nie. Tapi aku  tak pernah risau ... sebab akunye had laju over pun kekadang je. Myvi aku tu pernah kena saman pun sebab si teman. Dia laju, dia kena saman .... tapi kete aku, dialah kena bayar. ha ha ha ... sapa suruh nak memecut je manjang. So kuar duit poket chek abang le tuk bayar saman. 






CK : Pandulah dengan hati-hati, jiwa selamat!