Link Blog warna warni

Title bergerak pada link

Mouse Pen

Sonic Screwdriver Doctor Who

Right Click

Bunga berguguran

follow dashboard

Test

Highlights copy

05 August 2014

Aku dan Diam

~ Assalamualaikum ~

Tanpa membuang masa,
sy perlu berdiam diri tanpa sepatah kata.
Mungkin lebih baik apa yg sy perlu sampaikan.

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan.

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya.
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya.
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya.
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya.

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir.
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka.
DIAM kita mungkin disilap diterjemah.
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud.

Jesteru..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik.
Seharusnya kita DIAM.
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.
Berkatalah sehingga mereka DIAM...



09.56 p.m
5/8/2014
shahmil










Hak Cipta Terpelihara 2013

02 August 2014

Aku dan Penantian

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar semua.
Hope harini ok semuanya..
Kali ni sy nk post ttg apa plk..
Kali ni biasa2 je..
Pendek je entry sy kali ni...
hmmm

Kerinduan ini tak pernah hilang untukmu
di saat kau tak di sampingku
kau akan merasakan rindu yang ku kirim untukmu
saat itulah ada rasa rindu
rindu yang makin hari makin mendalam
bersatu dalam jiwaku
jiwa yang lama menanti saat bahagia
bahagia tuk hidup bersamamu.....



11.16 p.m
02.08.2014
Shahmil










Hak Cipta Terpelihara 2013

Aku dan Surat Kepada-Nya

~ Assalamualaikum ~

Apa khabar semua?
Hope semua ok.
Mintak maaf sebab lama xupdate entry.
Bulan puasa yg penuh dugaan utk tahun ni.
Diselang dgn bulan raya yg agak biasa pd tahun ni.

Harap awk semua sudi membaca entry ini.
AKU DAN SURAT KEPADA NYA.

Jika hari ini hari terakhir aku,
Aku ingin kata pada diri aku sendiri yang aku orang yang tabah. Aku telah menjalani segala liku-liku kehidupan aku yang manis dan juga yang pahit. Yang menjatuhkan aku, yang membuat aku merangkak kesedihan dan penuh hiba. Tetapi, aku mampu bangun. Aku ingin kata pada diri aku sendiri, meskipun perjalanan aku hanya takat di sini, aku telah mengharungi segalanya, walaupun terlalu perit untuk diperkatakan bagaimana. Pedih sendiri, rasa sendiri.

Aku ingin kata pada diri aku sendiri. Yang aku tahu, aku bukan baik orangnya. Aku bukan manusia yang sempurna, aku bukan manusia yang baik dalam hatinya, mungkin. Aku bukan manusia yang mampu menarik segala duka manusia lain. Aku bukan manusia yang baik sifatnya, dan aku bukan manusia yang bebas dari kesalahan. Aku belajar. Hari demi hari, aku belajar untuk hidup. Aku belajar untuk menjadi manusia yang berguna, dan didik diri aku menjadi yang terbaik.

Sy nak engkau tahu. Yang sy tak pernah henti mendoakan kamu. Sy sentiasa ingat kamu dalam doa-doa ku. Ini ketentuan takdir, sy redha dengan semua yang terjadi. Sy taktahu awak dimana sekarang, apa yang awk sedang lakukan. Tetapi apa yang sy mampu, hanyalah mendoakan kebahagiaan kamu. Walaupun kebahagiaan itu, bukan dengan sy. Bila awk gembira,sy akan gembira. Mungkin. Kegembiraan dan kebahagiaan kamu itu, kepentingan sy. Awak tahu ?

Aku mahu kawan perjuangan aku tahu, yang selama ini aku hanya berperwatakan sampingan. Sebanyak mana awk semua berdamping dengan sy semasa kamu dalam kesusahan, jika sy telah hilang dari pandangan tidak semestinya semuanya terus kabur dan hilang arah tujuan. Kamu tahu, kamu kuat. Kamu harus percaya, yang kamu kuat. Kamu kena percaya yang kamu kuat, sebab bila kamu percaya yang kamu kuat, kamu akan terus bangkit dengan kepercayaan kamu. Bangkitlah, bangunlah dari segala kejatuhan duniawi kamu. Dunia ini memang nampaknya tidak indah, lepas satu satu kau diuji. Tapi tidak mengapa, kamu harus berdiri. Kamu harus kembali berdiri.

                                                                   Jika hari ini hari terakhir aku,
Sy mahu awk simpan segala yang ada dalam blog 'Surat Kepada-Nya' ini. Mungkin ianya tidak seberapa. Tapi bila awk rindukan kata kata sy, dan dongeng dongeng impian sy,bukalah ini semua. Segalanya tercatat, yang tersurat dan juga tersirat. Setiap inci pesanaan ku, yang setiap ayat penaipan ku, penuh dengan maksud yang tersirat. Kerana setiapnya, terlakar dari hati ku. Hati aku, yang mahu aku lepaskan, luahkan. Tulisan aku, adalah tulisan yang aku cuba untuk menjadi jujur keseluruhannya. Biarpun dihentak, dikata lemah, masih ada lagi yang berdiri dengan aku. Aku takkan kata aku bangga dapat tolong orang, dapat faham orang. Itu terpulang pada diri masing masing. Hanya, mungkin aku bangga, untuk ada orang yang bangga akan kewujudan seorang aku.

Bagi yang masih belum mengenal diriku sebaik mungkin, aku pohon kemaafan. Bagi yang terasa aku manusia yang sombong, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku ini menyakitkan, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku tiada masa untuk kamu, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan kata kata dan gurauan aku, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan perbuatan aku, aku minta maaf. Bagi yang telah menyakiti aku, aku maafkan kamu semua. Sy anggap sebagai pengajaran duniawi untuk aku. Bagi yang maafkan segala salah silap sy mahupun besar ataupun kecil, terima kasih. Aku tahu, aku memang tak akan lepas dari melakukan kesilapan.

                                                                  Jika hari ini hari terkahir aku,
Halalkan makan minum aku sepanjang aku berada dengan kamu. Maafkan setiap kesalahan aku. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jutaan terima kasih untuk kamu kerana sentiasa ada dengan aku dikala aku susah, dan dikala aku sakit merana menahan perit kesakitan yang aku telah terima sebagai penyakit hidup aku. Tetapi tidak mengapa, aku masih lagi berdiri di sini kan. Aku masih hidup. Mungkin. Tapi,jika inilah hari terakhir aku sebelum aku tidur selamanya, aku berterima kasih atas segala pengorbanan kamu. Bagi kesayangan kesayangan aku, berdiri lah kamu. Berbahagia lah kamu. Dengan ikhlas, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu. Dan aku berharap, kamu doakan kebahagiaan aku juga. Kerana selagi aku masih lagi berdiri di sini, aku tetap akan mencuba walaupun banyak yang menghentak aku. Aku kuat, kamu tahu kan ? Sebab apa ? Sebab aku percaya pada diri aku sendiri. Itu yang ayah aku ajar. That's why I keep fighting to live, that's why I never give up.


                                       .............JIKA HARINI HARI TERAKHIRKU...........





02/08/2014
1.00 A.M
Shahmil



























Hak Cipta Terpelihara 2013