My Followers

Sunday, April 21, 2013

PETUA PENYAKIT

    CARA ATASI GASTRIK
      
   Menjelang bulan puasa penghidap gastrik pasti berasa risau. Untuk mengatasi masalah sakit akibat gastrik, anda boleh merendamkan tiga biji kurma kedalam susu suam selama 10 minit sebelum berbuka puasa. Selepas masuk waktu berbuka puasa, ,makan kurma terlebih dulu disusuli air susu itu.

   BAWANG MERAH LEGAKAN  SELESEMA BAYI

    Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Kemudian letakkan sedikit minyak masak. Sapukan pada ubun2 bayi secara membulat. InyaAllah selesema akan mudah sembuh 

  ELAK SENGGUGUT

   Untuk mengelakkan kesakitan, campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.Pastikan kuantiti kedua dua bahan sama banyak.Makan selama seminggu sebelum haid.

Tuesday, November 6, 2012

PETUA UNTUK JERAWAT


1) PETUA HILANGKAN JERAWAT
->   Kisarkan daun & buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker & sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan 3-4 kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

2) PARUT JERAWAT @ CAMPAK
->   Untuk menghilangkannya, cubalah petua turun-temurun. Ambil segenggam daun cermai serta 2.5cm kunyit hidup & cuci bersih-bersih sebelum dimasukkan di dalam beras yang direndam semalaman. Kisar bersama secawan air. Sapu kisaran itu pada muka berparut & biarkan 30minit. Amalkan selalu. InsyaAllah selain menyejuk dan menyeri muka serta juga dapat menghilangkan parut campak & jerawat.

3) ATASI JERAWAT DENGAN PUTIH TELUR
->   Mula-mula cuci sehingga bersih wajah & setelah itu sapukan putih telur rata-rata. Sebaik-baiknya putih telur ayam kampung. Biar kering beberapa minit & bilas dengan air sejuk. Jika diamalkan setiap hari, insyaAllah wajah menjadi lembut, gebu & cerah.

Sunday, November 4, 2012

GIZI SIHAT


SAWI RAWAT PELBAGAI PENYAKIT




Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan sawi hijau adalah:-

1) BISUL
- Hanya dengan meminum 100ml jus campuran 25gm daun sawi segar bersama 125ml air sejuk 1 kali sehari, bisul yang dialami akan mengecut dan pulih dengan sendirinya.

2) SENGGUGUT
- Air rebusan daun sawi hijau segar yang kaya ekstrak klorofil jika diminum secara rutin dipercayai mampu mengatasi masalah senggugut pada wanita saat mengalami haid.

3) Sawi hijau juga dapat melancarkan air kencing dan radang ginjal.

Monday, October 29, 2012

JUS MANGGA


JUS MANGGA 
- Jus ini dapat membantu melegakan asma , bronchitas , sesak nafas & selsema.



*Gambar hiasan.

BAHAN-BAHANNYA:-
1 biji mangga masak
1 gelas air suam
1 sudu jus air limau nipis
2 sudu madu

CARA-CARANYA:-
- Kisar semuanya. Minum 2 kali sehari sehingga gejala penyakit hilang.



Saturday, October 27, 2012

PETUA PENYAKIT


1) PULIHKAN BATUK DENGAN SEGERA.
       Ambil 8 helai daun pudina & rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya, beberapa kali agar batuk anda tidak beterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan 8 helai daun pudina. 

2) ATASI SENGGUGUT DENGAN HALIA.
        Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan mengambil segenggam halia & tumbuk sehingga lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam & biarkan halia tersebut mendap. Selawat  & minum air tersebut. Hasilnya kesakitan anda akan beransur hilang.

3) NILA UBATI PENYAKIT BEGUK.
        Penyakit beguk @ bengkak di bawah telinga dianggap penyakit bermusim & mudah berjangkit. Jika anda di antara ahli keluarga yang terkena penyakit ini , campurkan sedikit nila & cuka makan lalu sapu sekeliling telinga. InsyaAllah bengkak tersebut akan beransur hilang.   

Wednesday, October 24, 2012

6 MAKANAN ELAK SAKIT JANTUNG



1.    Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.
2.    EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.
3.    WALNUT (45%).
4.    MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.
5.    KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.
6.    OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Thursday, October 18, 2012

TIP RAWAT PENYAKIT MULUT

(1). PENYAKIT : LIDAH TERBAKAR..

> Penyebab - Minuman & makanan panas seperti kopi, pizza & sup.
> Rawatan - Kumur mulut dengan 1 cawan air hangat bersama 1 sudu teh garam setiap hari.

(2). PENYAKIT : ULSER MULUT..
> Penyebab - Alahan terhadap makanan, stress & vitamin B.
> Rawatan - Elakkan makanan pedas & berasid. Campurkan 1 sudu garam & 1 sudu penaik di dalam 1 cawan air. Kumur 3-4 kali sehari.

(3). PENYAKIT : GUSI BENGKAK..
> Penyebab - Plak menimbun & makanan terselit di celah gigi & gusi.
> Rawatan -  Berus & flos gigi dengan bersih. Gusi akan berdarah tetapi ia membantu menyingkirkan makanan yang terselit & penyembuhan cepat.