HIKMAT,RAHSIA DAN KAIFIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN

Catatan ini sebahagiannya dari ayahanda yang tercinta, ceramah, catatan dari pengamal perubatan dan juga dari email yang diterima bertahun yang lalu..Al Fatihah dan terima kasih kepada yang terlibat.

Sila rujuk juga : http://fadhilat-al-quran.com/

Mudah-Mudahan Allah Taala memberi kita hidayat supaya kita dapat amal dan menyampaikan kepada orang lain. InsyaAllah.



BISMILLAH ( Dengan nama Allah)

  • Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian terkejut. 
  • Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca


SURAH AL-FATIHAH ( Pembukaan)

  • Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
  • Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya serta bercahaya rohaninya

AYAT AL-KURSI ( Kekuasaan Allah)


  • Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan
  • Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya
  •  dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya
  • Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah kehari Qiamat. 
  • Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.Jika sipembaca meninggal dunia pada malam itu ia dikira mati syahid. 
  • Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut dan Allah sendiri akan mencabut rohnya dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.
  • Imam Jaafar Shadiq r.a mengatakan: barangsiapa membaca sekali akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi,yang terkecil ialah kemiskinan dan kepapaan dan 1,000 kesukaran ukhrawi yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH ( Sapi Betina)
 
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini sebelum tidur ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.






SURAH ALI-IMRAN ( Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat pertama dari surah ini , nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin





SURAH AN-NISSA' ( Perempuan)

Barangsiapa membacaayat yang ke 75 dari surah ini nescaya akan terselamat dari kejahatan penjahat.



SURAH AL-MAIDAH ( Hidangan)

Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak mungkin selama 3 hari berturut-turut insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang


Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-A'RAAF ( Benteng Tinggi)

Barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini selepas tiap-tiap sembahyang fardhu lalu beristighfar kepada Allah nescaya akan terampun segala dosanya.


Barangsiapa membaca ayat 47 dari surah ini ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


 SURAH AL-ANFAL ( Rampasan)

Barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini nescaya dia akan disayangi dan dihormati sekalian manusia

Category: 0 comments

Salam Maal Hijrah

Category: 0 comments

Lagi Sayang... Lagi Diuji | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Lagi Sayang... Lagi Diuji | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Category: 0 comments

Sayang Abah!.....

Al Fatihah buat ayahanda tercinta Allahyarham Hj Azahari Bin Hj Talib dan ayahanda mertua Allahyarham Hj Wan Mamat Bin Wan Salleh.

Memang kebiasaannya semasa kecil anak2 perempuan lebih manja dengan Abah termasuklah aku sendiri.Masih teringat lagi bila abah balik dari kedai mestilah dibelikan jajan..asam manis. Sehingga sekarang aku masih ingat lagi asam manis tradisional yang mana masih boleh lagi didapati dipasar Jumaat.

Sesekala abah bawa makan angin naik teksi adakalanya hingga sampai ke Pontian. Kesian Emak tak ikut masa tu.Semasa kecil akulah yang paling manja dan paling rajin tolong pijak Abah bila Abah penat.

Sekiranya Emak pergi kerumah Abang2 untuk membantu menguruskan cucu baru, Abahlah yang tinggal uruskan kami yang masih sekolah. Abah memang pandai masak.Patutlah anak-anaknya memang pun pandai masak .Dia tukang masak untuk kumpulan Rewang kat kampung.Yg spesialnya ialah Botok-botok.Kadang-kadang dia buat Acar Tahun.

Kalau raya pulak yang spesialnya ialah Tat Nenas, Makmur & Wajik . Serunding kelapa tradisional dan rendang special Abah yang banyak pakai serai.

Itu semua memang Abah & Emak punya specialities. Emak citer dulu tat nenas & makmur dia selalu menang pertandingan.

Inilah dia  kuih tradisional tu cuma botok2 je yang belum try..nanti bila try boleh ambil gambar.

Eh..eh sape2 nak order kuih tradisional ni bolehlah kita tolong buatkan

Kuih Makmur

Tat Nenas

Acar Tahun

Wajik Durian


 Masa berlalu begitu cepat . Apabila aku bersekolah di BP menaiki bas awal subuh, Abah akan temankan tunggu bas . Bas akan ambil masa 1 jam utk sampai ke BP.Lepas tu abah naikkan pulak kereta sewa sebab hanya ambil masa 1/2 jam..taklah rugi masa dalam perjalanan. Selepas tu bermulalah aku tinggal di asrama dan seterusnya merantau jauh. Teringat masa kat airport semasa menghantar ku belajar keluar negara mata Abah merah je..Terlalu berat untuknya melepaskan anak gadisnya yang masih belasan tahun jauh merantau.

Apabila tamat belajar , mulalah alam pekerjaan. Tanpa disangka aku dapat balik kekampung untuk tinggal bersama Abah dan Emak. Selepas daftar kerja di KL terus ditempatkan di BP. Apabila aku balik turun bas , Abah memang tak sangka bila aku beritau bahawa aku akan mulakan tugas diBP .Abah terlalu gembira dan sembahyang sunat syukur.

3 tahun dapat ku bersama Abah dan Emak dikampung sebelum berpindah ke KL mengikuti suami. Abah jatuh sakit apabila aku berpindah ke KL..Abah rindu tu. ..itulah usikan abang2 & kakak ku.Namun kewajipan ku adalah kepada suami .

Abah meninggalkan kami semasa anak sulungku berumur 8 bulan. Kami berada disinya disaat2 kematian Abah dalam tahun 1986..25 tahun yang lalu.

Al Fatihah untuk Abah..Allahyarham Hj Azahari Bin Hj Talib

Bapa mertuaku pula meninggalkan kami pada 13 Februari 2011 6.30 ptg..hanya seminggu selepas kami bersamanya selama seminggu semasa cuti Raya Cina.

Semasa seminggu bercuti bersamanya, dia kelihatan seronok kerana kakakku bersama keluarganya juga datang. Dia sihat , masih kuat mengayuh basikal, buang sampah. Disuruhnya suamiku dan anakku tukarkan lampu supaya terang. Disuruhnya kami beli tambahan dapur untuk masak , senang nanti nak masak ramai-ramai.

Pada malam Ahad sebelum kami pulang ke KL dia cakap rasa sejuk tidur di bilik bawah lalu dibawanya bantal dan selimut untuk tidur dibilik atas. Dia beritau kalau dia dah tak kuat nanti tidur kat bilik atas, kalau tak kuat nak pegi bilik air, boleh saja di depan bilik tu ade papan yang boleh di congkel. ..Rupa-rupanya itulah tempat untuk mandikan jenazahnya.

Semasa kami nak balik ke KL, seperti biasa semua akan duduk ditangga. Semasa aku bersalam memohon maaf dan beritaunya tak lama lagi boleh dapat menantu baru..dia senyum..je..namun matanya jauh memandang ku seolah-olah mahu tinggalkan pesanan terakhir untuk menguruskan.Dalam hati ku terdetak..adakah ini kali terakhir kami berjumpa..Apabila telah balik ke KL selepas sembahyang aku sedekahkan Fatihah buat kedua2 belah ibubapa & mertuaku sebab Fatihah tu boleh disampaikan kepada yang mati dan juga yang masih hidup.. Rupa2nya itu adalah tanda-tanda  akhir bapa mertuaku..

Pada petang 13 Feb, adik ipar ku telefon beritau Wan tenat. Terus ku telefon suamiku dan suruh anakku yag sulung yg kebetulan di KLIA untuk beli tiket balik kampung.Sejurus selepas tu adik iparku telefon bahawa Wan telah menghembuskan nafas akhirnya pada pkl 6.30 ptg.

Al Fatihah untuk Allahyarham Hj Wan Mamat bin Wan Salleh
Category: 0 comments

Kompilasi dari yang disayangi...4/2011

2/4/2011
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. (Surah Az Zumar: 54-55)

3/4/2011
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" (Surah Al-Baqarah: 45)

4/4/2011
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada... sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

(Surah Al-Baqarah: 255) -Ayatul Kursi-

Kompilasi dari yang disayangi...3/2011

16/3/2011
Ya ALLAH, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yg Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

17/3
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

22/3/2011
رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

‎"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (At-Tahrim : 8)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Al- Imran ayat 8)

23/3/2011
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)

24/3/2011
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

‎"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahu...lu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Al-Baqarah: 286)

27/3/2011
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (At-Tahrim: 6)

28/3/2011
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yg baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yg bidangnya seluas segala langit dan bumi, yg disediakan bagi org2 yg bertaqwa;Iaitu org2 yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan org2 yg menahan kemarahannya, dan org2 yg memaafkan kesalahan org. Dan (ingatlah), Allah mengasihi org2 yg berbuat perkara2 yg baik (Al-Imran: 133-134)

31/3/2011
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran) (Surah Al-Baqarah: 10)

Nikmat itu hanya datang sekali, bersyukurlah!....

Dipetik dari Nukilan Al Hikmah..Rosli Hanip Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

Maka ada sebuah kisah buat iqtibar kita semua.

Ada sepasang suami-isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai-ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari, dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Allahu Akhbar, syukran, mereka ucapkan. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah dating mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu. Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf. Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak-goyakkan kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang. mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling, kesabaran dan membakar renting ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah bertaburan di jalanraya, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, sejuk, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat “ibu, ibu, ibu...ibu....” Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah. tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah. aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini. Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis di pipi, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang." Ungkapannya sukar, tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"Mama. Abang janji tak akan buat lagi." Ulangi si anak itu perlahan dan tersekat-sekat.

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya. Jantungnya berdengup kencang bagaikan kuda berlari.
"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik,
aku sedar akan kesalahanku."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada Tuhan yang satu. Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan....Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah. "Anak puan. Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk
menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak. Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali. Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan. Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu. Ibu rindu kepada nakalmu. Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila. Dia telah pergi mengadap Illahi buat selama-lamanya.

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)