Bismillah , Assalamualaikum, Hai semua ! =)
Bunyi macam "weyhhh, serious ke kau tertinggal bas sampai kena kejar bas tu macam dalam filem-filem drama kat tv tu??", tapi sebenarnya situasi sebenar takdelah dramatik sangat. Hehe
Memandangkan weekend ni cuti raya haji, maka aku dan sekalian kebanyakan manusia yang lain pun berebut-rebut nak balik rumah. Rindu keluarga di kampung kononnya. Padahal matlamat utama adalah nak balas dendam, tidur puas-puas kat atas katil bilik sendiri. Pfffttt. Betul tak? *tanya diri sendiri*
Untuk makluman, aku ada satu tabiat buruk kalau berkaitan dengan balik kampung ni, iaitu suka sangat kemas barang last minit. Salunya hari nak balik tu lah baru sebok tak menang tangan nak sumbat barang dalam bagasi. Kononnya barang takde lah banyak sangat yang nak dibawa balik -_-. Tapi kalau cuti panjang, bersemangat pulak nak kemas beg seminggu awal.
Nak dijadikan cerita, balik je kelas, aku terus pengsan walaupun planningnya nak keluar rumah, pi LRT Bandar Tun Razak dalam pukul 3 gitu. Paling noob, aku pun tak tahu kenapa aku boleh short-thinking pasal flow nak balik kali ni. Aku langsung tak terfikir bahawa aku bakal berdepan dengan traffic jam kereta dan manusia sempena cuti raya ni. Serious silly and clumsy. Dalam otak hanya pikir pukul 3 naik teksi pi stesen LRT, proses nak pi LRT BTS dalam 15 minit dan terus sampai TBS 15 minit sebelum bas bergerak. Wah ! Senangnya hidup. Padahal duk kat KL weyh !
Nak buat macam mana, aku memang cuai. I know >_<. Pastu menggelabah dan cuak sensorang sampai nak muntah sana sini sebab planning tak menjadi. pffft.
Ini lah aku kalau dah cuak dan nervous tetibe. -_- |
Ok lah. Aku dah tawakal habis bila pukul 3.15 petang baru nak turun kondo. Baru teringat bahawa teksi kat bawah tu bukannya petik jari je dah ade kat depan mata. Terpaksa lah tunggu sekejap kat tempat menunggu teksi tu dalam kerenyaian hujan. Time tu Kak Emma dah call aku, tanya aku kat mana. Aku kelentong, cakap dah gerak ke stesen LRT, padahal time tu sebijik teksi pun aku tak nampak lagi.
Alhamdulillah, aku tunggu kat port yang cepat. So, 5 minit je teksi sampai. Seorang pakcik tua yang aku hormati. Nasib lah time aku kelentong Kak Emma tu, dia siap pesan jangan turun LRT Bandar Tun Razak (BTR) sebab human-jammed dan LRT untuk ke BTS pun ada problem sikit. So, dia suruh aku shoot terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus. Oklah, demi masa yang sangat-sangat kritikal waktu tu, aku dah tak fikir mahal atau murah tambang teksi tu. Dalam otak aku cuma mengharapkan yang bas aku tu akan sampai lambat. Paling teruk pun, tayar pancit lah. Asalkan aku sempat naik bas untuk balik. Haha. *Warning: Tak baik doa untuk keburukan. Sila jangan contohi*
Waktu baru nak gerak from residential area tu, jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Ya Allah ! Aku ada masa dalam 15 minit je lagi nak sebelum bas dijadualkan nak bertolak pukul 3.45 petang from TBS tu. Kat luar teksi hujan renyai-renyai. Kat dalam hati aku, menangis lebat sebab risau kalau terlepas bas. Tak putus-putus hati bermunajat supaya bas tu lambat sikit sampai.
Pakcik teksi tu cakap, "Dik, kalau rezeki awak hari ni, insyaAllah sempat lah naik bas tu. Sebab kalau diikutkan jam, memang macam tak sempat je. Jalan pun macam sesak sikit ni." Berulang kali pakcik tu cakap benda yang sama. Same goes to rezeki aku dapat naik teksi dia ni dalam masa 5 minit menunggu. Sedikit terharu dan sedikit berharap agar kata-kata pakcik tu dimakbulkan bahawa hari ni memang rezeki aku nak balik.
Sampai jek TBS tu, aku memang berjalan top speed lah. Kaki rasa macam nak putus je. Dada pun terasa sesak. Alhamdulillah dalam hypoglycemic state due to fasting ni, aku tak mengalami hypoxia. Kang tak pasal-pasal pengsan tengah jalan nanti.
Takpelah kena jalan banyak pun hari ni. Indirect exercise katanya. Lulz |
Tepat-tepat 3.45 petang, aku sempat sampai ke gate 1. Fewhh. Bas tak sampai lagi. Semput tak abes hilang, Kak Emma call aku tanya aku kat mana. Dan last word dia cakap dia dah nampak aku. Dalam hati aku, "What??! Macam mana boleh nampak aku dan kenapa pulak boleh nampak aku?" . Toleh kiri kanan, rupanya Kak Emma dah ada kat departure hall tu.
Salam peluk cium dia, dia tunjuk tiket bas dia.
Cehhh !!!!!!!!!
Mati-mati aku percaya dia tak balik. Rupanya dia berkomplot ngan mak, nak buat surprise kat aku. Konon tak balik, pahadal dah beli tiket siap-siap saing ngan aku. Heh. Surprise sangat weh ! Terharu betul.
Konklusinya, aku suka perjalanan balik kali ni sebab jimat 6 jam kalau nak dibandingkan dengan perjalanan yang aku lalui sebelum ni, Kulim-Muar. Takde lah kebas sangat bontot nak duduk lama-lama dalam bas tu. Sejuk beku pun tak sempat nak rasa. Haha
Selamat hari raya Aidiladha daripada kami berdua ! Muahhxx muahhhxx :* |
First bus-journey for this semester, TBS-Muar :
Bas : Maharani Ekspress
Harga tiket: RM 17.60
Waktu dijadualkan bertolak : 3.45 petang
Waktu bertolak : 3.50 petang
Duration nak sampai destinasi (bus stop SMK Parit Bunga) : Plus minus 2 jam 30 minit
Komen : Bas Maharani ni okay lah. Tapi aku tak berapa nak rasa sejuk sebab aku dah tutup seat-aircond dan duduk seat depan sekali sebelah tingkap. Jadi, tak rasa lah kesejukan aircond yang tengah-tengah tu. For me, its good sebab aku tak suka sangat duduk dalam aircond lelama. Nanti selsema. Hukhuk
From author :
Selamat Hari Raya Aidiladha semua !
Betapa aku gigihkan jugak nak update blog setelah 2 bulan bermalas-malasan. Haih ~ Dasar blogger pemalas betul. Haha
Selamat Hari Raya Aidiladha semua !
Betapa aku gigihkan jugak nak update blog setelah 2 bulan bermalas-malasan. Haih ~ Dasar blogger pemalas betul. Haha