2013 : Perlu Ke Azam Tahun Baru Ni?






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Welcome 2013 =)






Wah, lagi beberapa hari jek lagi kan dah nak masuk tahun baru ni? Korang excited ke tak ni? Untuk adik-adik yang nak pergi ke sekolah tu nanti, mesti rasa malasssss yang amat kan? Rasa macam berat jek nak pakai baju seragam sekolah tu kan? Kalau yang ada admire kat sekolah tu, mungkin eksaited lah kot. Eheh. Percayalah. Kak Ummi kau ni pun pernah melalui zaman baru nak matang tu la weyh. =P











Sejak sambung degree ni, aku tak rasa sangat pun keseronokan tahun baru ni. Sebabnya, sistem pembelajaran kitorang bukannya macam budak-budak sekolah. Tahun baru kitorang adalah pada pertengahan tahun. Time tu lah baru nak masuk semester baru. So, bila tiba awal Januari ni, nanti mulalah "Eh, dah masuk 2013 dah eh?" "Eh, minggu depan dah tahun baru?" "Eh" "Eh" dan banyak lagi "Eh" yang lain.













Seperti biasa, kalau menjelmanya tahun baru ni, aku rasa, masing-masing mesti akan buat azam tahun baru kan? Tapi persoalannya, perlu ke? 













Hm, sebenarnya azam tahun baru ni perlu lah jugak untuk menaikkan semangat kita untuk berubah kepada yang lebih baik. Meniupkan semangat baru untuk mencapai matlamat dalam hidup masing-masing. Tapi masalahnya, azam 2012 kau tu dah tercapai ke semuanya??? Entah-entah azam 2012 pun dah tak tahu ape benda (Ayat perli diri sendiri sebenarnya =___=")















Bagi yang masih ingat apa azam 2012 korang yang lepas dan azam tu masih tak terlaksana, korang sila lah renew azam tersebut untuk dilaksanakan pada tahun 2013 ni okay? Jangan ingat road tax jek yang ada renew-renew ni. Ahaks.









Jom renew diari tahunan diri kita =)








Hm, azam 2013 aku ? Dah terfikir dah, cuma takmo lah bitaw kat sini. Rahsia kerajaan tanah tu weyyyhh. Tapi aku rasa, untuk azam tahun baru kali ni, aku nak tulis beso-beso dan tampalkan kat dinding bilik tu. Haa, hambekkkk kau ! Tiap-tiap hari boleh nampak dan tarbiyah diri sendiri. Nanti takde lah masuk 2014 je, aku dah lupa azam 2013 aku ape. Haha.













Okay, selamat menyambut tahun baru 2013 yea kawan-kawan ku semua !!! Bagi yang dah tanam cita-cita nak kawen or tunang tahun ni, buat majlis tu, ringan-ringanlah mulut jemput aku taw *angkat-angkat kening*














Semoga tahun yang akan datang ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. InsyaAllah, amin ~












From author :

Yang korang tengah baca ni, azam korang apa pulak? Share-share lah weyhhh ^__^. Malu-malu rabbit pulak. Haha.






5 Cara Nak Dapatkan Penampar Free !






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)







Kalau dalam bahasa aku, senang jek, "Kau nak kena penampo? Ha, kau buatlah macam yang aku sebut ni. Kalau takmo, duduk diam-diam !".  Haha. Garang tak? garang tak? =P








Well, ni lah 5 benda yang bila orang nampak, lebih-lebih lagi kalau aku yang nampak, aku rasa macam ringan jek tangan aku nak cium pipi mereka-mereka tu. Tapi apa boleh buat, aku ni penyabo orangnya. Belum pernah tampo orang. Kalau marah pun, dalam hati jek. Haha. (Tetiba rasa geli pulak puji diri sendiri neyh >_<)











Tu lah, meludah lagi. Kan dah kena promote kat sini. Sorry ye abam !

1. Ludah merata-rata




Eh, kau ingat kau tu bomoh ke nak main puihhh sana puihhhh sini? Geli tekak aku taw dengar bunyi kau keluarkan kahak. Lagi terasa nak muntah bila 'terrrr'pandang kahak kehijauan, kecoklatan dan kekuningan kau tu. Ewww. Kalau iya pun  nak meludah, wahai cik abam yang hensem, sila lah pergi jauh-jauh dari orang awam dan ludah kat semak yang orang tak nampak. Eh, tapi nanti kesian pulak kat semak tu, mati sebab terkena racun kahak korang tu. Ishhh ishhhh ishhh









Ha, kan nenek dah marah ! >_<

2. Biadap dengan orang tua





Kalau iya pun kau masih muda, tak payah lah kau nak biadap sangat dengan orang tua. I mean, orang tua yang aku maksudkan adalah mereka yang dah berada dalam kategori golongan emas tu ha. Dah taw nenek tu dah takde kudrat nak angkat barang berat tu, apalah salahnya kalau korang ringankan bontot pergi bangun dan tolong nenek tu. Kesian lah kat dia. Ni tidak. Bukan nak tolong tapi makin dipandang rendah dan mengejek pulak kat orang tua tu. Kalau itu nenek kita sendiri, sanggup ke tengok dia susah-susah macam tu? Tanpa nenek, parents kau takde, kau lagi lah takde dalam senarai weyh. 










Amboi kak, kau pun merokok? Uishhh...mengganaszzz

3. Merokok berdekatan dengan baby





Aku tahu, sesetengah orang menjadikan smoking ni sebagai salah satu cara nak melepaskan tekanan. Taruklah gambar paru-paru hitam, tengkorak hatta mayat hidup sekalipun kat atas kotak rokok tu, kalau dah ketagih nak merokok, memang susah nak tinggalkan. Ok, itu hak kau nak hidup. Kitorang dah berbuih dan berdarah mulut nak tegur jangan merokok jangan merokok dan jangan merokok neyh. Tapi kan, tak boleh ke korang jadi sensitif sikit? I mean, bukan lah sensitif kena jentik terus menangis. Sensitif maksud aku kat sini adalah, kalau korang nak merokok, cuba lah tengok sekeliling dulu. Tengok tempat lah bro. Dah taw tempat yang kau nak transform jadi jin tu ada baby, budak kecik dan warga emas, yang kau lagi buat asap pencemaran tu buat ape bro???! Ni yang aku rasa nak telan hidup-hidup jek bila tengok spesis yang macam tu. Intolerate !










amboi,, telur-telur pun pandai mengorat ek? Dasar telur gatal  >_<

4. Siul-siul mengorat aweks di tepi jalan





Aku tahu lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu tapi satu nafsu tu lah yang amat goyah sekali untuk lelaki jaga. Tapi tolong lah. Aku merayu ni weyhh. Time korang nak melepak tu, melepak je lah. Tak payah lah mulut tu gatal sangat nak bersiul-siul nak mengorat kaum hawa yang lalu depan korang. Mesti masa tu niat korang cuma nak main-main jek kan? Well, budak-budak nak membesar, biasalah tu. Ngorat-ngorat awek di tepi jalan dan mintak nombor. Kalau beruntung, dapat nombor telefon dan boleh berkenalan. Kalau nasib malang, dapatlah kau bekas tapak tangan kat pipi dan padan muka. Situasi ni memang annoying and scary you know ~ . Er, tapi tak tahulah kalau girls yang lain memang suka situasi ni ? pffffttttt











Sorry abam Pitbull. Suara kau sedap, tapi you still my nightmare. Scary !

5. Merenung dengan pandangan dan senyuman miang





Ha ! Part ni yang aku paling lah pantang sangat weyh. Tak kira lah muka kau hensem gila babeng macam Edward Cullen (Eh, Edward Cullen hensem ke? Musykil aku. Haha) hatta muka pecah rumah sekalipun, kalau dah kau pandang perempuan dengan renungan yang tajam, dah tu, senyum-senyum miang pulak tu, aku rasa kau memang layak untuk dapatkan penampo cili api aku ni. Geli seyh. Aku tak tahulah memang betul atau tak, lelaki punya pandangan seolah-seolah boleh tembus 7 dinding (kalah mesin scanner you know~). Eh, betul ke? Yang penting, sangatlah scary kalau ada mamat yang pandang seseorang dengan ekspresi muka macam tu. Macam muka orang gila sekssssssa pun ada. >_<













Ha, kan dah kena bebel ngan aku. Ni baru sikit aku mention benda-benda yang aku rasa bukan aku sahaja yang rasa tapi kebanyakan orang rasa macam tu jugak. Kalau nak sebutkan banyak-banyak, insyaAllah esok tangan aku masuk hospital sebab lenguh menaip. =P








So, guys and girls (especially guys lah), aku mintak maaf lah kalau korang terasa bengang dengan mana-mana statement aku tadi. Bukan aku tak suka korang bahkan aku hormat kaum Adam ni, tapi please lah. Behave yourself. Mungkin aku pun ada pernah 'terrrrr'buat mana-mana perkara yang aku sebutkan kat atas, tapi tak salahkan kalau kita hidup saling mengingati? =)








Senyum lah sikit bro. Kate macho? Takkan lah baru kena tembak sikit dah nak tarik muka masam? Hoho!









From author :

Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Mungkin kelemahan tu selalunya kita buat tanpa sedar. Tapi, bila ada yang dah menegur kelemahan kita tu, tak salah kan kalau kita cuba untuk memperbaikinya? (Peringatan untuk diri aku juga)





Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Pagi tadi aku terhantuk tiang elektrik dan aku rasa agak meong (bengong2 sikit) hingga menyebabkan aku buang tebiat join contest yang kena pampangkan gambo yang kiut-kiut kat umum. Okey fine. Gua taw gua tak kiut, tapi gua taw gua ni comel. muahahhaa ! Shut up. Itu jokes namenye dan siyesly tak lawak -,- (bermakna, lu nak cakap lu ni memang comel ah? pffffttttt =P)













Okay. Cut the craps and lets go back to the topic.












Klik sini sebelum 28/12/20012. Cepat cepat cepat weyhhh !







Ehem. Wahai Cik Adik Hanna yang manissssss, Cik Ummi di sini dah ikut syarat-syarat yang cik adik Hanna manissssss ni tetapkan.  Kalau ade problems or tak puas hati, just tell me okay ? =)













Well, mengikut tajuk contest kite ni, 'Be Yourself', bermakna kite yang join ni kena lah jadik diri sendiri kan? Haha. Korang nak taw diri aku yang sebenar macam mana? 



















Jeng jeng jeng jengggggggggggggg ~ 




















You see?You see? I am BEING myself ! haha







Well, kalau korang tak dapat nak view gambar tu, meh sini aku bitaw ape yang aku tulis kat situ.








"When you meet me for the first time, you might think I am A SERIOUS AND ARROGANT PERSON or you might as well see me AS SWEET AS A CANDY, but trust me. You will get the chance to see the real me, NOTTY AND PLAYFUL once we become very close." 











So, yeah baby. " THE REAL ME IS NOT YOU !"














Well, ape lagi. Jom ah pergi serbu tuan rumah reramai. Even though hadiah yang ada bukanlah sebijik banglo or Mercedes Benz ataupun superbike Ducati, menyertai contest ni je pun dah cukup bagus sebagai tanda korang ni memang sporting dan lebeli (spelled lovely) ! Goodluck guys ! xoxo













From author :

Walaupun siyesly aku tak berniat pun nak menang pape dalam contest ni, korang jangan nak mengutuk gambar aku lelebih okay. Aku tembak karang >_<. BANGGGG BANGGG !! muahahahha.





Cik Ummi Is A Surgeon !






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)




Happy Holiday =)





Sempena dengan cuti Krismas 4 hari , aku decide nak stay jek kat hostel instead of balik ke Muar. Bukan tak rindu rumah and family tapi rasa macam membazir jek. 4 hari je pun cuti. So, after exam akhir modul jumaat baru-baru ni, dengan rakusnya aku pun hantar blog kesayangan aku ni buat pembedahan plastik ! Horeyyy.










Tapi sebenarnya takde lah 'hantar' mana-mana pun. Hantar kat diri aku sendiri jek sebab aku lah yang buat prosedur pembedahan tu. Well, you know me. A blog surgeon yang tak bertauliah. Hehe.












Kalau korang pernah singgah atau tersesat kat blog aku sebelum ni, mesti akan perasan the major changes.












Yeah. Blog aku menjalani pembedahan jantina weyhhhh. Sebelum ni dia perempuan. Tapi disebabkan dia kena bedah dek surgeon yang tak bertauliah macam aku ni, jadiklah dia lelaki. OOOooopsss ! Bukan lelaki, tapi pondan ! =P







err,,, ni bukan pondan neyh. warghhh,,,pakcik google jahat, dia tipu >_<






Sebelum surgery, major colour dalam blog aku adalah PINK. Entah kenapa, aku terasa macam nak ubah angin pulak. Aku tukar major colour blog baru aku ni kepada BIRU but still,,, pink tu mesti ada ! Kan aku dah kata, pondan. Kau tak nak caye. 














So, what do you think ? Handsome tak Hubby aku ni ? Tolonglah. Aku nak dengar jawapan ya atau yes je. Ok? Haha.












From author :

Kepada semua member-member (korang yang baca ni pun dikire member aku jugaklah weyh).. Cuti tu cuti jugak. Tapi jangan lupa keselamatan diri okay? Happy End Year guys ! =) wee ~




7 Ciri-ciri Orang Yang Menarik






Bismillah , Assalamualaikum , Hye peeps ! =)





Banyak-banyak manusia, aku rasa semua perfecto dan cantikto (bahasa betul = perfect dan cantik). Cuma, cantik tu ada banyak pandangannya. Bagi aku, seseorang tu nampak attractive bila dia __________. Korang pulak mungkin lain pandangannya kan? So, let's share the most common attractive characteristics of a person you may like ^__^









Oh boy, you're sooo _________ ! @,@

1. Berpakaian kemas dan opkos lah tak selekeh !




Cukuplah korang pakai pakaian yang kemas, wangi dan bergosok (maybe?), akan membuatkan setiap mata yang memandang terus akan jatuh hati kat korang. Tak percaya? Girls, how many of you akan terus cair tengok jejaka yang berpakaian korporat , rambut tersisir rapi, perfume Hugo Boss, lalu depan korang dengan marvellous spectacles nya tu? Yeah, I do !









Don't make my brown eyes blue ~

2. Dari mata turun ke hati




Sape yang dapat sepasang mata hasil dari genetik parents korang yang gojes tu, memang markah bonus untuk korang semua. Er, mestilah semua ada kan? LOL. Cuma yang membezakan markah bonus masing-masing adalah WARNA MATA itu haa. Bagi orang Asia, memang dah genetik matanya kaler hitam. Kalau yang terlebih bonus, mesti akan dapat warna cokelat. Takpun hazel. Subhanallah. Cantik kan mata kita? Tapi, kalau dah semulajadi warna mata adalah hitam, tak perlu lah korang pakai contact lenses yang kaler biru atau hijau untuk nampak lebih menarik. Silap hari bulan, korang bukan sekadar nampak @$^$!$*, tapi dapat pulak jangkitan mata sebab colour lenses memang berbahaya. Kan?









Rambut wavy Taylor Swift ni sangatlah nice dan vintage ! I likeee

3. Guna jari pun boleh !





Rambut adalah aspek yang seterusnya boleh menarik minat orang sekeliling kita. Kalau berkutu, ehem, maaflah. Out of the list. Rasanya, perempuan lebih suka tengok lelaki yang berambut pacak. Lelaki pulak suka tengok perempuan yang rambut lurus. Eh? Betul ke?. Kalau bagi aku, rambut lelaki ni tak kisah la nak pacak ke tak, asalkan kemas dan tak serabai. Even kalau guys sikat rambut macam nerd-nerd tu pun aku rasa macam kiut jek tengok. Tapi, lebih baik korang pakai minyak rambut supaya rambut korang tak nampak lesu dan fresh. Oh, tapi jangan terlebih minyak sudah =___=. And girls, don't worry. Taylor Swift rambut dia tak lurus pun, ada dia kesah? Kalau nak senang, pakai jek tudung. Habis cerita. 










Oh mannnn , you guys so gorgeous !!! Aku nak cop second from left boleh? Haha
4. Senyuman Darlie !





Yeah. Senyuman. Manusia akan mudah tertarik dengan orang yang murah dengan senyuman ni. Tak kira lah kau ni cantik ke, hodoh ke, gigi jogang ke, tapi kalau pandai senyum dengan tertib, gerenti orang pun senang jek nak dekat. Orang yang mudah tersenyum ni selalunya ada ramai kawan. Sebab kalau kita selalu tersenyum, ini menunjukkan bahawa kita ni seorang yang open-minded, peramah dan menarik ! ^____^. E'eh. Bukan ke senyuman itu satu sedekah? Sambil-sambil kita buat pahala bagi sedekah kat orang, boleh tambah kenalan sekali. Kan? Oh, one more thing. Kalau kita senyum, awet muda you know. Haha. Jom senyum-senyum selalu ! Tapi please lah. Jangan kau senyum miang pastu sengih tak tentu pasal sudah lah. Aku tampo karang.









Hey you, jangan pandang I macam tu, malu I taw *gedik* =P
5. Love your accents !




Oh, ini satu bonus yang best. Orang yang menarik selalunya cara dia bercakap pun menarik. Tak kisah lah kau cakap macam mana pun, tapi kalau secara lembut dan sopan, mesti orang lain akan rasa kau ni menarik. Er, but this is not the point actually. Aku nak kata, kalau kau cakap English beserta dengan loghat yang sedap (British accent or Aussie), mesti akan nampak kiut. Tapi kan, orang Melayu ni otak sempit sikit. Asal dengar orang speaking with accents jek, mesti akan cakap orang tu saje nak berlagak lah, menunjukkan, bla bla bla dan bla bla bla. But you know, itu jeles namanya. Dah kau yang tak reti nak cakap macam tu, tak payah la nak dengki sangat kat orang kan? Korang tengok citer House tak? Cuba tengok Dr. Robert Chase tuh. Dia guna accent Autralian. Sedap giler kot ! Cair aku dengar ^___^. Nak cari pakwe macam tu boleh? *wink wink*. 







Pakai pencuci muka apa kak? =P

6. Clean and clear.




Semua mesti tengok orang yang berkulit licin dan bersih kan? Yeah, memang betul pun. Seseorang akan nampak lebih menarik kalau mukanya suci dan berseri jek. Kalau gebu-gebu macam cotton candy, memang jadi rebutan lah korang. So, nak kulit bersih, pandai-pandai lah jaga muka tu elok-elok taw. Cuci muka sebelum tidur ! Oh, jangan suka tukar-tukar product pencuci muka ni, karang ada reaction or allergy, baru kau tahu. Dan guys, korang pun same jek kena jaga kulit muka, ok? Jangan fikir mencuci muka ni untuk girls jek. 








Mak !! Nak bibir macam dia ! Nak bibir macam dia ! auuuummmm ~
7. Red and pink




Tak kisah la bibir korang nipis atau tebal, mesti akan nampak menarik kalau warnanya merah atau pink secara semula jadi kan? Kalau perempuan bibir gojes pink atau merah ni, mesti nampak feminin giler. Kalau lelaki yang bibirnya pink pulak, itu menunjukkan korang tak merokok dan sangat sihat ! Sangat sesuai untuk dijadikan calon pemandu upahan teman hidup. Nanti bila dah kawen, duit takde lah nak perabes beli rokok jek. Ye dak? So guys and girls, DON'T SMOKE okkay? If you do, you're so not coooooool >__<








Ok done. Ada banyak lagi sebenarnya nak tambah tapi penyakit Capital M aku dah datang. Lagipun, nak pergi study lepas ni. Ada pape yang korang nak tambah-tambah? Boleh jek bagi pandangan =).  So, kalau korang rasa nak nampak menarik, rajin-rajin lah praktikkan mana yang boleh okay? Kalau yang pasal mata tu, kalau mata dah kaler hitam, jangan lah kau pegi surgery nak mata Merah. Kalau nak mata merah sangat, meh sini aku cucuk pakai garfu. Nak?









On top of all, bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi kalau boleh improvekan kualiti diri sendiri, tak salah kalau nak ubah kan? Asalkan jangan salah niat sudah.










From author :
Dear Dr. Chase, would you marry me? O.o
Haha. Well, dekat korang ada tak ciri-ciri yang disebutkan ni? Atau ada benda lain yang nak dikongsikan bersama? Dipersilakan.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This Blog Is Created Since April 2012 By Cik Ummi (The Former Owner Of www.scc.com ) | Copyrights Reserved