Skip to main content

Posts

Cuaca, Batuk, Kahak dan Anjing2 Makkah

Kota Makkah adalah definisi kota yang tak pernah tidur. Sebelum ke sana terlintas juga dalam kepala akan fiksyen2 Makkah dari Mastika. Kalau sdra/ri membaca Mastika pasti tak lupa kaver2 depannya. Lukisan orang sesat atau ada banjir di tengah Kaabah, meracau di dalm hotel dan kehilangan barang. Sangat horor. Tapi kemudian saya tetapkan betul2 - tak ada apa2 lah. Itu cuma fikiran kita. Dan sesampainya di sana memang betul. Fiksyen Makkah Mastika hanya fiksyen dari kekeliruan atas beberapa faktor - ramainya manusia di sana, perubahan cuaca, suasana yang berbeza dsbnya. Cuba tengok betul2 gambar tu. Ada beberapa ekor anjing yang besar berkeliaran. Ini berhadapan tempat penginapan saya di Hotel Al Shohada kira2 600m dari Kaabah. Macam tak percaya, dapat lihat anjing yang montel2. Mungkin anjing terbiar. Mereka nampak sihat. Bermakna makan mereka cukup. Dalam perjalanan ke Madinah menaiki bas, dengan keperitan tekak dan berkahakkahak dikumpul dada, kami singgah di sa...

Popular

Saya baru saja menghabiskan novel Harry Potter dengan Batu Hikmat. Ini adalah kali pertama saya membacanya. Saya bermula pada waktu pagi dan tamat pada sebelah malam. Ia mudah dihabiskan kerana plotnya yang bergerak lancar menghanyutkan kita ke muara penamat. Ini bukan kali pertama saya dapat habiskan novel dalam masa sehari. Ada beberapa buah novel; antara yang saya ingat yang dihabiskan dalam masa sehari seperti The Firm - John Grisham, The Mist - Stephen King, Anding Ayangan - RAM, Cincin Permata Biru - Mior dan beberapa lagi. Persamaan novel2 ini adalah kepopularannya di arus perdana dan kuasa penceritaannya yang meyakinkan. Tapi saya juga tak pernah mengulangbaca buku2 ini. Ia rebah dan mati pada hujung muka suratnya. Ia keghairahan pada waktunya yang tersendiri. Tidak seperti novel2 sastera yang tangan dan jemari mereka cukup kuat dan berhantu mencekup pergelangan tangan kita untuk menyelak mereka kembali dan jadi muda ghairah.

Tekanan: satu pengakuan bimbang

gambar tangkai tudung periuk di rumah Saya melihat kemunculan periuk tekanan dan aura presencenya dalam kulinari ibarat kemunculan artificial inteligence (dah lupa terma BMnya) yang menggusarkan tenaga kerja manusia. Makcik saya adalah yang terawal memakainya dengan menghabiskan sejumlah wang membeli periuk Noxxa. Perbualan sekitar resepinya mengencang dan cakap2 yang berkitar itu diakhiri dengan jenama tersebut spt; nasi briani noxxa, kek pelangi noxxa dll dll. Ketika saya menuliskan ini tv GoShop sedang memainkan slot periuk tekanan jenama Primoda dengan harga lebih murah. Resepi2nya menggiurkan. Rendang, sup tulang, kek, bubur pulut hitam dan beberapa resepi lagi membuatkan fikiran mula membayangkan betapa saya akan memasak makanan yang berbeza setiap hari jika menggunakannya. Tetapi, saya terpikir, apakah hasil masakannya nanti akan sama dengan air tangan saya ? Secara khusus, saya bayangkan masakan yang saya cukup mahir - rendang. Memang renyah memasak di kuali a...

Kepulangan Cerita

Menyeberang Sungai Han - Li Pin jauh dari kampung halaman aku ternanti nanti berita dari sana musim demi musim, silih berganti sekarang, setibanya di kampungku bertemu dan berselisih ramai orang aku tak berani bertanya satu soalan pun                         *** Semalam anak nenas yang dipesan sampai. Ini pesanan kedua (repeat order). 1000 benih semuanya dan setakat hari ini sudah beberapa ratus ditanam. Terasa letih betul dari pagi ke tengahari di kebun. Masa berehat di balik seketul batu besar yang melindungi tubuh dari terik, entah kenapa, sajak Li Pin yang aku ajar kepada beberapa pelajar kelas minggu sudah menerpa. Saya melangut agak lama, memerhati langit, helang yang berpusar, sepasang enggang yang terbang ke arah pokok tualang dan cericit unggas hutan belakang dan tentu saja puisi dinasti Tang seakan mengajak saya untuk menulis barang satu dua...

Tanpa Kesan

Sajak kepada pertapa Tao Gunung Chiunjiao - Wei Yingwu pagi ini bilikku terasa dingin sekali lantas aku teringat akan sahabat yang tinggal nun di gunung. aku mengumpul kayu api dekat anak sungai dan galasnya pulang untuk merebus kentang di pondoknya kalaulah dapat, kan kubawa sekendi arak buatnya untuk menyapu angin dan hujan malam tapi  dedaun gugur melitupi cerun dan bagaimana dapat kucari kesan tapak kakinya                           *** Di sebuah kolej kediaman Uitm beberapa orang pelajar lelaki sedang ralit bermain komputer. Salah seorang daripadanya berpaling, dengan sebatang rokok tersepit pada celah jemarinya, memandang ke arah kamera dan tersengih. Itu gambar sahabat saya sepuluh tahun sudah yang difoto dengan kamera fon Nokia Express music. Habis saja belajar sempat bekerja bersama sebelum akhirnya tiga tahun lalu terputus belaka digunting beberapa masalah. Tiada nombor t...

Datang dan Hilang

He Zhizhang - Pulang Aku tinggalkan rumah sewaktu muda. Aku pulang apabila tua; Bercakap macam dulu, tapi dengan rambut yang semakin tipis; Dan anak-anakku, melihatku, tidak mengenali. Mereka tersenyum dan berkata: "orang asing, kamu dari mana?" Sajak ini terhimpun dalam Tangshi susunan Sun Tzu. Dinasti Tang sering dianggap zaman keemasan Tamadun Cina. Pada zaman itu banyak penyair penting Cina yang lahir seperti Tu Fu, Li Bai, Wei Jingyu dan Bai Juyi. Kota Chang'an juga sering menjadi sebutan dalam sajak2 penyair zaman tersebut. Kemakmuran melahirkan sajak2 yang indah dan lembut, berupa renungan2 sekilas terhadap kehidupan, penikmatannya dan sesekali kritik sosial menjelma di sana sini.                          * Beberapa ekor burung melayah jatuh lalu bertinggir di birai tingkap. Pagi redup dan butiran hujan mengguyur. Aku merenung pohon-po...

Hanya aku

Khamis, Pakngah aku datang rumah dan kasitahu abangnya iaitu abah aku tengah kritikal, ICU di Hospital Sultanah Aminah JB. "Doktor suruh anak2 datang" kata dia. Sambil itu dia menyambung, dengan wajah ceria yang dikupas cahaya tengahari "Pakngah nak kahwin bulan depan, dengan orang Jerangsang," . Aku teringatkan arwah makngah, yang meninggal beberapa tahun lepas, atas kebaikannya, atas prihatinnya terhadap keluarga kami dan aku menyesal sebab tak cukup berlaku baik kepadanya. * Kali terakhir aku bercakap dengan abah hampir sepuluh tahun lepas, pada malam tahlil arwah adik aku - di ruang tamu. Perjalanan dari Pahang ke KL (ambik adik pompuan) sebelum melalui PLUS - memakan masa berjam-jam. Dalam kepala aku terbayangkan akan menulis catatan yang dramatik dan panjang, diletak di FB, tentang abah - jika dia meninggal dan firasat aku kuat mengatakan begitu. Sajak Funeral Blues berdengung-dengung dalam kepala. * Berhenti di RnR N9, ada masak le...