House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bukan Cerita Biasa

sudah lama tidak post sesuatu pasal sapphire. maka pada hari ni saya teringin untuk post sesuatu pasal sapphire. tapi sebelum saya post sesuatu pasal sapphire, ingin saya bercerita tentang sesuatu yg bukan pasal sapphire, setuju?

Apakah Perkara yg Membuatkan anda benci pada diri anda?
sila jgn utarakan jawapan-jawapan yg kliche sperti
1. Saya benci pada diri saya kerana saya masih tidak mampu untuk mengenali diri sendiri
2. saya benci diri saya sebab saya tidak mampu buang perasaan malas dlm diri saya
3. saya benci diri saya sebab saya tak guna masa yg diberi dgn begitu baik
4. saya benci diri saya sebab tak tumpu perhatian dalam kelas semasa belajar
*menguap*
5. saya benci diri saya kerana saya tidak mampu balas jasa dan pengorbanan ibu saya
*tersengguk-sengguk*
6. saya benci diri saya sebab snetiasa bagi jawapan yg cliche pada soalan diaatas.

tengok? anda sudah mula mengantuk dan fikir mahu close blog ini dan sambung buat latihan P3 bila saya utarakan 6 jawapan cliche ini.

pada hari ini, saya rasa sgt berdosa.

bayangkan jika anda melihat sesuatu di hadapan mata di mana nyawa seseorang itu bergantung pada tindakan pantas anda untuk menyelamatkannya. bayangkan kerana 0.001 milisaat lewatnya tindakan anda, dia mati dgn penuh tragis lagi ngeri di hadapan mata kepala anda sendiri.

bayangkan kemalangan dimana trailer yg panjang bertayar sampai ke belakang yg bila nak buat U-turn punya la susah dan kadang-kadnag samapai jem jalan melenyek dan menggilis kepala mangsa di hadapan mata anda. tragis bukan?
saya hanya perlu cakap "hei izzat, sippppppppppppp...... " prap!! hancur kene pijak. ah.

siput itu tidak berdosa. izzat juga tidak berdosa. saya yg patut dipersalahkan. sedihnya anak-anak siput itu bila tahu ibunya mati digilis selipar asadi tatkala riang membawa pulang makanan kepada mereka..sob3.

mungkin keterlaluan kerana menyamakan penggilisan trailer, tapi, siput itu. siput.

oh. terlari tajuk pula. saya mahu post sesuatu pasal sapphire.

anda sudah terbiasa membuat konsert amal ketika mandi bukan?
pernahkah anda mengalami situasi dimana setiap kali anda masuk bilik air dan mahu mandi, anda akan lupa bagaimana permulaan lagu Hanya Engkau Yang Mampu?
betul. hari ini kali ke 3 saya lupa bagaimana permulaan lagu itu, dan ia membantutkan konset amal saya.
dan saya bertekad utk kembali ke bilik dan dengar lagu itu di telefon bimbit.
ha. sudah ingat!
DJ~~ music pliiizz~

oh. pasal sapphire tu, nanti saya cerita selepas habis cerita berikutnya.

pernahkaha anda didatangi seseorang yg takla famous sangat tapi mulutnya boleh kurang famous, yg tiba2 datang menghamburkan kata-kata kesat kepada anda?

"hei, ko ni, x habis2 duk cerita pasal bende yg xde kaitan dgn sapphire dekat blog sapphire. lagi-lagi cerita pasal diri sendiri lak tuh, buat blog sendiri ah beb.."

"erk..., anda pengunjung blog sapphire ke?"

"ye la, tiap2 hari kot aku lawat. naik jemu la aku baca cerita ko yg cde kaitan dgn sapphire tuh, tu blog awam.."

apa yg bagus ttg budak ni?
1. dia bagus sebab walaupun dia sudah jemu membaca post yg xde kaitan dgn sapphire, tapi dia tetap baca dan baca dan baca, sebab tu dia jemu.
2. dah la jemu duk baca, tappi tiap2 hari jugak bukak sebab nak baca benda yg ada kaitan dgn sapphire, tapi harapan punah dan terpaksa baca carita yg tah hape-hape.
3. dia sgt concern dgn perkembangan sapphire.

apa yg bangang tentang dia?
1. hei brader, yg ko duk harap bnde pasal sapphire tengah2 bulan exam ni pehalll!!! ko ada tgk pertandingan dikir barat ke, borea ke, nasyid ke 2-3 hari kebelakangan ni???
2. dia bukan budak sapphire.

...
...
...


kesimpulan.
eksperimen berjaya. walaupun saya x post pasal sapphire, anda still baca smpai habis juga~
tahniah!
tahniah jugak kepada budak yg berharap aku post pasal sapphire sebab masih x jemu-jemu dengan jemu dia.

*jgn tanya saya siapa budak itu*

HEYYA !!



Bercakap Tentang Gelap

Kiamat sementara. Semalam bumi bergelap. Sebenarnya, tak delah gelap sangat. First time dengar iklan earth hour, saya tergelak sorang-sorang. Apakah?


Global warming atau pemanasan global lebih mudah. kalau ditanya sama ada saya support atau tak, jawapan saya ya.


pembangkang earth hour cakap, "ah,macam ada effect jer kalu tutup lampu sejam"

penyokong earth hour cakap "ada, kalau satu dunia join"


pembangkang balas "ah, xde gunanya kalu ko tutup sejam dri pukul 8.30pm ke 9.30 pm, tapi lepas tu..ha terang benderang tang-tang-tang ko bukak lampu lepas tuh. atau sebulan sebelum earth hour ko pasang airr-cond tanpa henti, kipas tak tertutup, laptop terkangkang jer terbukak, lepas tuh ko tiba-tiba semangat nk tutup lampu sejam. motif?"

penyokong balas dgn blondenye.. "dia suruh tutup lampu jer, yg lain bukak ah"


bengong.


apa pendapat kalian jika dalam kelas economics, cikgu economics anda yg tak pernah2 tanya pendapat anda tentang economics, tiba-tiba bertanyakan isu earth hour ini dengan penuh serius dan penuh minat? dan bila anda kemukakan jawapan dengan penuh fakta dan mengaitkan dengan segala mak nenek fizik yg anda tahu, sau kelas memerhati anda.


pendapat saya, sebab dia tahu saya bengap economics.


impian saya ialah pada pukul 8.30 mlm hingga 9.30 malam, saya akan menyaksikan kolej ini berada dalam gelap seratus peratus.


kenyataannya, surau gelap serta merta 5 minit (sebelum) earth hour berakhir.


ok, logically, promosi menutup lampu dijalankan kerana mahu mengurangkan penggunaan elektrik selama sejam. dan lampu juga menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga haba. oleh itu, penutupan lampu selama sejam adalah untuk mengurangkan pembebasan haba ke bumi.


antara lampu kalimantan dan lampu yg bercahaya kuning, kalimantan lebih menjimatkan elektrik dan kurang membebaskan haba berbanding lampu kuning. jelasnya, lampu kuning tampak elegen kerana cahayanya suram tetapi ia sangat panas.


maka, saya masih tertanya-tanya kenapa surau memasang lampu kuning ketika solat isya semalam? adeih~. maaf kepada syubah ibadah (syuib a.k.a tok siak, saya menfire anda dlm blog sapphire)


apa perkara buruk bila lampu dipadamkan?

1. kadar jenayah rogol boleh meningkat serta merta. berhati-hati kepada kaum-kaum yg terlibat.

2. jenayah curi dan rompak juga boleh berlaku dgn begitu lancar. penghuni rumah yg setia pada earth hour akan berdegil untuk tidak membuka lampu walaupun rumah dirompak.

3. kadar kemalangan jalan raya meningkat kerana tiada lampu isyarat dan lampu kereta juga akan dipadamkan berikutan kepatuhan pada earth hour.

4. masalah-masalah diatas tidak perlu menjadi kerisauan pelajar kyuem, di lembah beringin. kerana nampak saya tulis "lembah beringin"?


apa yg kita nampak sebenarnya dengan kempen tutup lampu selama sejam (dan buka semula semua perkakas eletrik sehingga earth hour tahun depan)?


PROMOSI. wah, tiba-tiba teringat tazkirah asar exsyuib tentang kehebatan promosi. jelas kita nampak bahawasanya kita mudah terpengaruh dgn promosi.kenapa?


1. kepada penyokong earth hour, anda betul2 percayakah pada global warming? kenapa anda tidak terfikir yg ada dalang yg membuat duit dgn hanya mengexegeratekan (kesan PPSMI) global warming? memang tak salah pon untuk kita menghadiahkan bumi ini sebuah kegelapan selama sejam, isi utamanya ialah, promosi itu sendiri.


2. apa yg kalian dapat dgn gelap selama sejam? bumi lama-lama akan musnah juga. akan kiamat juga. kenapa nak sibuk2 tutup lampu sedangkan kereta tersedak dgn asap hitam? ini pointnya, promosi!!


3. kalau benar-benar global warming wujud, kenapa anda nak tutup lampu sedang anda semua penyumbang kepada global warming itu sendiri. CFC dari aircond, tin aerosol, peti sejuk? maka jelas sekali, promosi itu hebat!!


promosi berjaya menutup sebelah mata kita untuk bersama-sama menyelamatkan dunia dgn menutup lampu selama sejam. oleh itu, ayuhlah kita menggunakan power of advertisement untuk mempromosikan Islam di mata dunia!!


wah, jauh saya meleret, ini point saya sebenarnya.


bila baca balik, nampak macam saya adalah pembangkang earth hour. haha.


sekian.


Nota : tertanya-tanya kenapa ramai tak update blog? tiba-tiba terpandang jadual exam trials. patutlah.

Mrs Foord, I Lied.

prologue:
Today history is made.
Today is the day where you can use your hand phones widely in IELTS class.
Today is the day when your Manglish is superbly important in IELTS class.
Today is the day where you can mangle around and disturb people with your IELTS teacher is in front of you, talking.
Today is the day where you DON'T have to listen your IELTS teacher saying "interesting" words.
note : it is IELTS class
second note : it is Mrs Foord's class.

the beginning:
1 years ago, 23 March 2008.
in IELTS class.
...
"happy birthday to you,,,happy birthday to you,,,happy birthday dear I-Did..
HAPPY BIRTHDAY to You~~~"
silience.
"i'm nor going to celebrate your birthday". She said with anger in her eyes.
"I'm glad that only one of my thousands seniors remember my birthday, and he gave this to me.." an artistic memento from re-recycled colored paper.

without any obstacles, we remember the day.

conflict:
23 March 2009.
It was happened that today, the IELTS results will be announced. but, the students of block 5 have more crucial thing than that. Only they knew, only them.
a friend told me a tragedy.
"I don't have a prize for you, i'm very sorry.."
"oh dear, i would be very happy for the student who comes in and wish me in person, thank you very much!"
his lucky, because he eventually got good gred for IELTS.
me?
i don't take the result from her, so i don't wish her. thats all.

the drama:
24 March 2009, 10.35 a.m, staff cafe.

"who are you looking for, my dear?" Michael Alderson greeted.
"I,m looking for my IELTS teacher, sir..can u ..."
"may be she's in there" pointing to the dustbin.
oh dear sir~ i'm in urgent, can u spare the lame joke in the class..., i said it loudly in my heart.
~~~
"i though you want to see me tomorrow, as u said it in the texts?"
"oh really, i guess you just got my message bcoz i sent it last night.." thinking of any good topic to proceed the conversation.
"oh, i'm soory, i just turned on my handphone.."
*motif ko ada handphone tapi ko off???*
"anyway, sorry for disturbing you... may i have my IELTS result?" this was bandung's idea.
"oh, you haven't got it ha? hmm..can u please let me finish my coffee and i'll se u in the class"
oh. no. u can't. because we have something big for u..
think...think..think... (it's rather difficult if u got 6.5 for your speaking test..)

"can u wait for a moment.." oh my god. that was the rudest way to pause the conversation. i mean, she is your teacher who is talking to you, and u left it..isn't that, rude?

"guys, what are you waiting for?? cepatlah masuk"
"i'm very2 sorry Mrs Foord i can allow you to finish the coffee because.........."

ok. this is the moment. the moment that will be kept in the herstory.

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. HAPPY BIRTHDAY TO MRS. FOORD....HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~~"

"oh my goodness, this is awesome!!!!" she looked at me with the eyes saying "now, i know why.."
i could see that tears shaded in her motherly eyes as she blew all the 6 candles with one blow ONLY.
what i can say is, she is not too old to be celebrated~

now, let the pictures speak for her.

:once again Mrs Foord:
:Happy ?? Birthday:
:may all your wishes come true:

:we love you:
:i love you:

p/s:this is the best class i have ever had- mrs. foord

Tamatnya sebuah Cuti yg xbrapa panjang

ya, tahniah. cuti dah habis.

ayuh kembali kesekolah..ayuh..
ayuh kembali ke new era..ayuh..
kesekolah lagi..ke new era lagi..



sebelom cuti bermula
1.tiap2 hari aku akan buat 1 past year fizik. aku ada 4, 4 hari siap ah.
sewaktu cuti
2. 1 past year fizik memrkukan 4 hari untuk siap. maka, bilangan yg berjaya?
1

sebelum cuti bermula
1. tiap2 hari, aku akan CUBA (nota : cuba) buat revision unit further statistic
sewaktu cuti
2. rujuk "nota :cuba"

sebelum cuti
1. ada 5 past years further pure, target aku nk siap atlis 2.
sewaktu cuti.
2. wah..ini paling efisien. aku berjaya buat empat
nota : buat. bukan siap

sebelum cuti
1. baca econs banyak2 sampai paham
sewaktu cuti
2. aku dah boleh hafal muka depan buku rujukan econs sebab duk pandang dia hari2 atas meja.

sebelum cuti
1. insyaAllah akan bangun awal tiap2 hari utk mengulangkaji pelajaran.
sewaktu cuti.
2. ya. tahniah. impian tercapai, tapi sekali sahaja.
yg lain semua terlajak smpi zohor.

kesimpulannya,
tak sedar diri, Alevel dah dekat.

saya mewakili rakyat sapphire ingin mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!
AYUH KITA MULAKAN HIDUP BARU!!
LEMBARAN BARU!!
KISAH BARU!KHABAR BARU! *tiba


p/s :ada movie baru, jgn segan2 nk share yee~*

Pancaroba Padan Muka

orang kata, hidup ni jangan terlalu over.
setuju?
mula2, saya x stuju. apasal lak xleh over??
nak menang anugerah best actor, kena over.
nak popular cepat, kena over.
betul?
tapi peristiwa hari ini mengajar saya bahawa "ko hengat ko over gembira, ko akan over gembira selama-lamanya?"

ya.
kurang 5 jam saya riang gembira mendapatkan celcom upax, malang menimpa. kurang lima jam saya update blog dgn penuh keghairahan mengutuk-ngutuk rangkaian telefon maxis, tragedi hitam meragut kegembiraan.

ni mesti pengguna maxis menyumpah-nyumpah, sebab tu saya begini.
mendapat balasan.

malang satu.
henpon baru sony ericsson w660i jatuh.
aaaarrrrrrgggggggghhhhhhhhhhh~ inilah sejrah hitam henpon saya kerana untuk kali pertamanya ia terlucut dan terhempas ke lantai. uh. junamannya bagai kaca dihempas kebatu. hancur. luluh. berkecai hati saya. wahai henpon, jgnlah kamu meragam ya. ini semua angkara terlampau happy dgn celcom upax!!! argghhh!!!!


malang dua.
terperangkap dalam trafic jam yg sangat-sangat jam.ok. saya rasa ini biasa. tapi ia jadi luar biasa bila anda terperangkap dalam kereta yg tidak punyai air-cond ataupun kipas untuk meredakan kehangatan panahan cahaya mentari. huh. dahla kereta manual, berotot-otot tgn duk tukar2 gear. peluh menitik-nitik. siapa saya nak salahkan? kereta. tidak. saya sendiri sebab ngada2 pegi masuk jalan bandar sapa suroh??kononnya nak menikmati pemaandangan bandar metropolitan yg sekian lama dirindui~


malang 3.
saya accident. tahniah!!
(tiada huraian secara lanjut. masih trauma.)


malang 4.
diberi ceramah bagaimana mahu menjadi pemandu berhemah oleh pemilik kereta, ayah saya.


malang 5.
menyudahkan past years further maths pure. haha. kertas soklan saya tenung bagai nak tembus jer.

malang 6.
sudah2lah. tak yah nak lebih2 plak kan.
terima kasih Tuhan.
saya mendapat banyak pengajaran.

post ini berbaur peribadi, tapi ia kisah yg perlu diteladani.
moral : berpada-pada bila mendapat celcom upax~.

Transformasi suatu Kehebatan

pesanan kawan (friendly reminder) : pengguna talian maxis tidak digalakkan membaca post ini.


Sirah baruuuuuuu!!!! citera baruuuuuuuuuuuuu!!!



selepas dipujuk dirayu dan merasa cemburu yg amat, saya hari ini telah bergegas ke KBmall untuk mndapatkan seswatu yg sgt hangat diperkatakan di buletin utama, malah di CNN jua.
ya.
CELCOM UPAX
University of X


mengapa saya dgn drastiknya telah rela hati menjadi talam bermuka-muka, dgn mudah beralih arah pada talian celcom?
nanti saya jelaskan. ada seswatu yg menarik yg berlaku tatkala saya membuat pendaftaran.

pelanggan lain : kat sini boleh register upax x? (pelanggan ini adalah yg ketiga selepas 5 minit saya memasuki celcom point, wah~ hangat benar!)
akak celcom : boleh kalu nk register no baru, kalu nombor sedia ada kene pegi kt celcom centr kt KB nun..
pelanggan lain : ooo

kedengaran mereka berbisik-bisik (huh, nak bergosip pon slow2 r brader..)
pelanggan lain : ish, mcm mana ni? aku nk register no lama aku..kene pegi celcom centre gak ah..
kawan pelanggan lain : hish! tak mahu la aku..x mahu. akak kt sini nmpak baik skit..
pelanggan lain : erk..apa kaitan akak yg baik dgn kebolehan register?
kawan pelanggan lain : aku x suka ah pegi sana. aku pernah kena marah x pasal2. makcik sana garang wooo..xnak aku..
pelanggan lain : -_-"

bgoslah brader bedua tu gosip kuat2, biaq dengaq kt pengurus celcom kt situ.. haha. trauma benar bunyi kawan tu bercerita perihal ditengkingnya makcik celcom..


ha. inilah masanya saya meluahkan segala kegembiraan saya. *maxis reader, bersedia!!!hua3*
jom kita buat perbandingan

celcom UPAX punya kehebatan
kadar panggilan kepada rakan2 8pax (macam active10 la) = 10sen/minit
kadar panggilan ke nombor lain = 15sen/minit
hotlink punya kekurangan
kadar panggilan sama rata ke active10 = 15sen/minit
kadar panggilan ke nombor maxis lain = 32sen/minit (mahal giler ahhh!)
kadar panggilan ke nombor selain maxis = x tahu. tpi lagi mahal lah.
keputusan 1 celcom, 0 maxis

celcom UPAX punya kehandalan
sms kepada rakan2 8pax = 1/2sen @ setengah sen @ 0.5sen @ RM0.005 (OMG!!! i was like..OMG!!)
sms kepada rakan2 celcom = 1sen ajo.. sila take note ye 1sen(klu maxis, 1sen hanya kepada geng active10)
sms kepada rangkaian lain = 6sen.. oh Tuhanku!! murahnya!!
hotlink punya kelemahan
sms kepada rakan2 active10 = 1sen (ahh, kami setengah sen tahu..~)
sms kepada rakan2 maxis = 7sen. gila mahallah..kami 6sen pon kpd nombor rangkaian lain..tahu. (so, xperlu risau untuk menghantar mesej kepada semua orng. pengguna maxis terkenal dgn sikap memilih bulu. hahahaha~~ adeih~)
sms kepada rangkaian lain = 15sen. (klu xsedar, atau buat2 x sedar tak tahu lah. satu mesej 15sen.2mesej 30sen, bayangkan pengguna upax boleh menghantar 5 mesej dgn nilai sebegitu rupa...gila ahh~ )
keputusan, celcom 1, maxis 0

celcom UPAX punya keunggulan
mendapat 7hari percuma untuk membuat panggilan kepada rakan2 sealiran dan juga sms percuma tatkala menyambut hari kelahiran~~ uhhhh.. gila ah..
hotlink punya keciputan
hanya mendapat sehari panggilan percuma yakni dari pukul 12 malam sehingga 12 malam keesokan harinya tika menyambut hari jadi.. gila kedekut ahh~
keputusan, celcom 1 maxis 0

ni part paling best!!!
pengguna UPAX memiliki tempoh aktif yg saaaaaaaaannnnnnnngggggggggaaaaaaattttttttt lama, iaitu sehingga mencecah 25 tahun. tawaran ini sgt bersesuaian kepada manusia2 yg bakal ke oversea. anda tidak perlu berasa khuatir kerana nombor UPAX tidak akan mampus selagi umur anda belom mencecah 25tahun. lama gila ah tempoh aktif. x payah tiap2 sepuluh hari(kalu topup RM10) sekali untuk topup sperti malangnya pengguna maxis..hua3..
anda tidak akan sesekali menerima mesej "maap, kredit aku dah luput, tunggu 2,3 hari lagi baru topup" drpada pengguna UPAX. yeah~
keputusan celcom 1 maxis 0

malahan, tatkala anda mendaftar nombor baru anda, kredit sebanyak rm10 diberi secara percuma!!!
OMG!!!
maka dgn senang hati anda boleh menotakan (noted) kawan2 tentang nombor baru anda..
6sen x 100 orang rangkaian maxis dan digi (dan U mobile kalau ada) = RM6
1sen x 100 orang rangkaian celcom = RM1
giler ah..bru guna 7 ringgit tuh.. murah2..sangat murah!

markah keseluruhan celcom menang!!!!!! 4-0 (macam liverpool menang keatas MU..hua3)

ha, pengguna2 yg masih degil, apa yg ditunggu lagi???
ayuh, bersama-sama kita membasmi dan menghapuskan rangkaian telefon lain.haha.
gaya kacang lupakan kulit gila ah. kalu pengurus besar maxis tahu, mahu disumpah aku menjadi batu...

Hidup celcom UPAX!!!
(pengguna maxis, saya telah melarang anda untuk tidak membaca post ini, tapi anda degil juga, padan muka)

*saya,penulis masih menggunakan nombor maxis yg lama. tpi saya akan lagi girang utuk menggunakan nombor UPAX saya*

*post kali ini sangatlah peribadi, tapi apa aku kesah??? hah! ada yg x puas hati ker?? blog sapphire blog awam.. apa2 iklan yg bermanfaat harus diluluskan .. ;p*

Mari ramai-ramai kita pakat tukar!!
hidup celcom.
*kebom!!!petir memancar*

Bukan Bahana PPSMI

selingan sebelum masuk cerita sebenar:
Satu dunia sedang asyik berbicara tentang pelajar terbaik Malaysia SPM 2009 Nik Nur Madihah, pelajar sekolah agama Maahad Muhammadi (P), Kelantan. saya antara yg tersentap bila menyelusuri kisah pilu insan ini. bayangkan.
"Nik Nur Madihah puasa kerana tiada wang saku untuk membeli makanan"..aduhai mulianya hatimu wahai Nik Nur Madihah. kagum saya bila dikatakan Nik Nur Madihah tidak pernah bersungut dengan keadaan keluarganya dimana mata pencarian ayahnya hanyalah di lautan yg luas. nelayan. dikatakan jua, kerana itu, puasa sunat hari isnin dan khamis menjadi amalannya sejak berumur 12 tahun.
"makanan kegemaran Nik Nur Madihah ialah roti".. adeih~ ramai ke manusia kat dunia ini memaklumkan yg roti adalah favourite food dia? kalu bukan lasagnia, spagetti. timur sikit ayam percik madu atau kerapu masam manis. kerana ketiadaan wang, Nik Nur Madihah akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti." aduhai~

doa saya,
moga Nik Nur Madihah mendapat sponsor BNM yg sedia maklum akan menariknya untuk menjadi kijang emas mereka. lantas dihantar ke KYUEM yg sentiasa terbuka untuk menerima pelajar yg berjaya mengumpul A banyak2. ngeh ngeh.
saya betul2 berharap Nik Nur Madihah akan dtg ke KYUEM kerana tiap2 hari, waktu sarapan, Nik Nur Madihah akan menjadi manusia paling gembira. Bukan lagi roti murahan yg bakal dinikmati, tapi roti gardenia Nik Nur Madihah..gardenia~ selamat berjaya menjadi kijang emas~

ok. tamat iklan tanpa kaitan dengan tajuk post.



~~~


suatu hari, ibu saya meminta saya membeli sos tomato botol cap meggi.
saya pun dengan malasnya menghidupkan enjin kereta. kedai rundit dekat saja, jalan pon sampai. tapi kerana hujan lebat sunggoh, saya x berani.

saya : pakcik, sos tomato (sebut tomedo, sebutan british. oleh sebab baru habis exam ielts, lidah saya masih berbaki slang british) ada?

pakcik : nak apa?? sambil memerhati gerak bibir saya.

saya : sos tomedo pak cik. tomedo(sambil menguatkan bunyi sebutan). ish, bukan main jelas lagi aku sebut nie. x paham ke pakcik.

selepas 3 saat pak cik tu mengkaji gerak bibir saya, lantas..
pakcik : oh, sos TOMATO ke.. (sebut TOMATO secara baku, muncungkan mulut untuk huruf "O" dan nganga luas2 untuk huruf "A")

saya : ya, TOMATO. terima kasih pakcik.

saya pulang. hulurkan ibu sos tomedo itu.
5 minit berlalu, ibu menjerit dari dapur. adeih, kenapa pulak ibu ni.

ibu : hari ni brapa haribulan?
saya : 15 haribulan 3 ibu..
ibu : ha, kat botol ni tulis 28 haribulan 2..ish.. x boleh makan dah nie..

adeih~ lepas tarikh la plak.
pergi lah saya ke kedai runcit itu semula. penat maa naik kereta dekat2 nie. x sempat panas punggung, dah sampai.

saya : pakcik, sos TOMATO yg saya beli tadi dah... (apa aku nk cakap kt pakcik nie.. luput? lepas tarikh? ish...paham ke pakcik ni..sebut tomedo pon tercengang-cengang..).. sos ni dah luput la pakcik.

pakcik : apa, reput? mana tang yg reput nya?

saya : bukan, ni haa.. tarikh dia dah lepas.. dah.. basi.. (ish, sesuai ke perkataan ni..)

saya tunjukkan tarikh yg tertulis di botol sos TOMATO itu. pejam celik pejam celik pakcik tu tenung..

pakcik : oh, cakaplah EXPAYED. nah, tukar yg baru.

saya : -_-""

Erti Sebuah Perjalanan : part terakhir

*selepas merajuk dan terasa hati dgn post wan nur sahaja, penulis telah decide bahawa ini adalah post terakhir penulis. Ya. selepas ini tiada lagi cerita opah glamor *opah pon merajuk gak*, tiada lagi cerita-cerita yg tiada kaitan dgn Sapphire. tiada.

melongolah pembaca sekalian untuk menunggu post2 terbaru di blog ini. nganga luas2...
*



~~~
"selamat datang kepada para penumpang Keretapi Tanah Melayu. sebentar lagi, keretapi akan berlepas dan dijangka akan sampai ke destinasi pada pkul 10.35 pagi esok"


muka jam yg pecah menunjukkan pukul 8.35 malam.

"semoga anda semua menimati perjalanan bersama KTM berhad, Keselesaan anda adalah kepentingan kami, selamat jalan!"

persetan. apa aku nak buat dalam kereta lipan selama 14jam perjalanan ini? habis. habis.
tiba-tiba menyesal sebab tak beli sit katil
sit katil rm51
sit kerusi rm38 (eh, sit = kerusi kan)
jauh beza tuh..memandangkan elaun bank pun makin menysut nilainya, maka merasalah aku untuk panas punggong atas tren nnti. uhuk.

"kalu ko bosan sgt udin, ko kene igt keretapi ni panjang tau. ada 20 gerabak. satu gerabak panjangnya lebey kuang 10 meter. 20 gerabak bersamaan 200 meter. ha..."
"so, apa kaitannya? macam aku boleh main bola jer kan dlm gerabak yg sempit ini"
"ah, apa susah.. ko rasa bosan, ko SA'IE la dari kepala gerabak ke hujung gerabak, 7 kali ulangalik..sambil ko sa'ie, ko zikir2 rr..skit..dapat pahala..mantop kan idea aku?"
"kejadahnya ya.."

htr mesej kat kawan2..tup2..xde lain. huh. menyumpah2 saya pada perkhidmatan maxis sebab dulu bukan main lagi iklan.

dah habis sumer video saya mainkan dalam henpon baru sony ericsson w660i ini.
Video nasyid Sapphire
Video Boria Sappphire
Video Dikir Sapphire
Video Siti Nurhaliza lagu Hati
Video Asmaradana
Video Crush
Video Nasyid Mirwana
Video Ketulusan Hati
Video Boria Sapphire
diulang-ulang-ulang-ulang-tidur

tengok citer sepet arahan Yasmin ahmad. tercengang bila tengok part2 yg x brapa bertapis. fuh, berani sungguh yasmin ahmad ini. tengah syok2 tgk..bateri laptop udin habis..adoi..
baru jam 11 malam.



jom kita saie.



ok. bosan gila jalan2 kat gerabak. pemerhatian yg boleh dibuat, setiap gerabak memiliki aroma dan bau yg belainan. mana bestnya jalan2 bila sumer orng tenung ko macam nak telan jer..xbest..x best.



masuk tandas. terbaca arahan di sinki, saya tersenyum.
"dilarang membuang air ketika tren berhenti"





selepas solat sunat istikharah, saya pilih untuk terus menulis di sini.
hahahahaha~

Naughty or Nice????

teruskan membaca....jgn bimbang kerana ini bukan kisah kuku yg berkilat mahupun kisah kelembaban (p??) koneksi internet di KL sentral kerana post ini memang 100% berkaitan dengan rumah Sapphire. Ini kisah Sapphire, akhirnya... *no offense blogger berjubin lantai sama*


Kisah lama........ khabar lama.........

Hari itu siapa pula???

Tempoh hari iaitu pada 7 mac dan 9 mac merupakan besday 2 ahli Sapphireans ~ Julianna Roslan dan Afiqah Aziz, respectively!!!!!

Julie and Afiqah

Jadi...

HAPPY BELATED BURFDAY U GUYS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hope u had a wonderful birthday and may all your wishes come true!


I decided 2 satukan their birthdays because well, jimat skit and oso i find that they can be grouped together because expected frequency less than 5....*tetibe..okay lame tahap cipan...*tetibe.. 2 kali tetibe,mmg gile lame arh...

but i think they have a few similarities and a whole lot of differences... lets disect this issue a lil bit more...

Naughty or nice???

alright, if we judge a book by its cover (tak elok tau...husnuzon husnuzon), but katakan hari ini kita tak husnuzon , we will conclude that Julie would come off as the Naughty one and well Afiqah is Miss Goody Two-shoes... let's take a closer look at both of the birthday babies..

Round 1

Julie course finance while Afiqah course dentistry...

Julie akan membantu orang dalam krisis kewangan.. Nice!
Afiqah akan mencabut gigi orang dan buat mereka sakit... Naughty!

seeee...siape cakap julie naughty huh??

Round 2

Julie has a thing for mr.Ravi but doesnt admits it...Naughty..
Afiqah is anak emas Mr. ravi...Mr. Ravi slalu mencari afiqah... Nice!

Round 3

Julie muke mat salleh
Afiqah muke campur2 chinese

okey dua dua nice!


Conslusion:

Keputusan seri dua sama...
Julie dan Afiqah sama2 nakal dan sama2 baik... nobody's perfect kan...??
what is perfect anyways?? i find that everyone has their own strength and weaknesses..the only difference is that some choose to show it while others choose to embrace it and keep it to themselves.. *suddenly.... luahan jiwa ...oops tersalah blog...

So ape2pun... remember to husnuzon people... always.... jgn tengok muke org tu, dah nak kutuk... unless korang dah tau orang itu mmg perangai kurang manis, takpelah.. hehe

again, husnuzon, husnuzon...

and Happy Birthday girls!!!!!xoxo






ikhlas dari hati,
~wan nur sahaja

Bila Kemodenan dapat Diatasi

bertemu kita skali lagi dalam rancangan~~~
Opah Meletop~

untuk hari ni, opah menerima banyak panggilan dari joyah ,senah, minah tentang satu masalah mereka iaitu kunyit. pening jugak opah dgr masalah mereka. nak kata bermusuh dgn kunyit, tidak. masakan tiap2 hari opah tgk cek jah duk guling-guling ikan sepat dgn garam kunyit.

intai-intai nampak juga akak senah mengayang ayam tua dgn rempah kari kunyit? musykil2. opah musykil.

kaji punya kaji, penat pergi buat eksperimen, rupa-rupanya cik minah kata
"opah, opah ada petua x nak serikan jari jemari minah yg hari2 bergelumang dgn kunyit ni. habis la menguning kuku-kuku mulus minah yg gebu ni.. tolongla opah ooii~..bertempiaran lari dah anak-anak ikan minah nieeeewww~~"

maka pada hari ni, Opah dgn penuh elegennya*sambil pose tyra bank* ingin memperkenalkan petua orang tak berapa muda untuk mendapat kuku yg indah berkilau bak permata gitteeww~

langkah pertama
dapatkan picisan jubin marmar atau mozek dari tapak pembinaan. jgn kata opah mengarut. opah berkata benar. carilah jubin yg orng dah xnak guna, yg saiznya lebey kurang sebesar tapak tgn gittuuww~ x perlu byk pon. satu je.
ha.senang kan hidup. x perlulah nk miliki set manicure LV yg harganya mencecah ribuan ringgit. klu cik senah beli pon, insyaAllah cik senah duk melongo je depan menatang manicure set. terlopong tgk x tahu nak guna yg mana satu...betol cik senah??? *kipas2 cina*

langkah kedua
tonyoh-tonyohkan bahagian belakang jubin dgn jubin kecil yg lebeh tajam untuk menghasilkan serbuk atau pauder *read powder*.
lecehnya opah..penat la kene gesek-gesek ni,,berdarahla kulit joyah yg mulus bak sutera ni.
ah ko joyah, nak mnda murah, banyak komplen plak.
tonyoh dgn penuh kegigihan sehingga mendapat serbuk-serbuk halus.
habis gigih berusaha untuk menghasilkan habuknya, guna bahgian sisi tapak tangan dan pekupkan pada serbuk yg terhasil. pastikan tangan kering..kalu basah x jadi cik jah...
ni contohnya debu dan contoh cara memekup debu ittew~
langkah ketiga
haaa ini part yg best yg perlukan ketekunan dan semangat. selepas tekupkan debu itu, maka gosoklah ia pada kuku-kuku yg perlukan belaian itu. gaya yg betul penting bagi memastikan gosokkan itu mengena kesemua kuku. lihat rajah. kekilatan kuku berkadaran langsung dgn kelajuan gosokan. bermakna, semakin laju gosokan, semakin cepat kuku itu berkilat. wah, opah dulu mantap subjek sains~ops.kantoi dah bertunang. gambar bukan sebenar opah. gambar ihsan rtm
cara seperti ini memang menjimatkan masa senah ooi. kalu guna set manicure, senah kena gosok kuku satu persatu. byk kejenya.. tapi cara ni hebat, sekali harung jer..

langkah keempat kot..
ha..selepas tekun berusaha menggosok-gosok kuku itu..tibalah masa kemuncaknya.
hasilnyaaaaa..jeng jeng jeng~~~
amacam?? berkilat tak. nampak kurang sebab masalah resolusi kamera opah yg hanyalah 2megabite..eh megapixel. xda mode macro, kalu x silau la mata kalian berpinar-pinar dek kerna terkena simbahan cahaya dari pantulan kuku opah. tgk gmbr kat bawah, lebey kuang jer kan...??


ha, amcam senah? puas hati? jijah, minah , joyah..berkenan la tuh..

sebelom berakhir, opah ingin ucapkan kepada sesiapa yg mahu mencuba, jgn tersalah pilih jubin pulak yer.. terpilih yg jubin batu kerikil, berdarah tangan nnti,,tak pasal2 opah kena saman..oh..tidak..opah tak mahu.
lagi satu, jgn pulak sebab tak jumpa jubin nie, dipecah-pecahkan pulak lantai rumah iteew~
ok. selamat mencuba!!!
bertemu lagi dlm lain waktu, lain hari dlm rancangan..
OPah Meletop~

Erti sebuah Perjalanan : part 2

"sul, ko xnak teman kitorng ke kt central ni?"
"malas lah aku, skng bru pkol 4,46 pm, mati aku duk lama2 kt sini, aku nk chow dlu, salam~"
ah ko.pentingkan diri. flight ko bknnya malam ni pon,hari ahad kan? huh.

"udin, kita nk buwat apa ha, nak tnggu nek tren pkol 8.30 mlm nie?"
"ha, aku ada idea, tpi..jom kita pegi solat dlu"

hidup sebagai rakyat daripada kawasan belah timur semenanjung ni memang memaksa aku untuk tidak kemana-mana. malaslah nak pusing2 KL ni..
1. kena naik tren untuk ke mid valley, dan bila nk beli tren waktu kemuncak ni, kena bratur pnjng..tup2 dpt tiket pkol 6..mana sempat nk pusing2 KL 2 jam, x gitu??masa itu emas..*tiba
2. bila nak naik tren, tiada budi bahasa diperlukan. sopan santun tolak tepi, lebih2 waktu kemuncak begini. xmolah saya himpit2 ngn mamat2 bangla petang-petang nie..peluh2..hapak2..euuww~
3. bila dah smpi mid velley, kena jaga pandangan mata, maksud saya bkn stakat jaga pndangan pada gejala aurat yg berleluasa, saya perlu tundukkan jua pandangan pada papan
30%
50%
70%
dan 100%
uh.kalu da berduit, mcm air je mengalirnye..itu murah..ini murah.. hadeih~

habis solat-pegi makan kt medan selera kl central- yg baunya tak ubah seperti bau kedai ikan- tapi bila dah lama duduk- hidung dah imune- bau ikan hanyir diganti dengan bau nasi goreng ayam hitam berlada- eh ayam berlada hitam- kenyang- sendawa- alhamdulillah-

"baru pkol 5.30 ni udin.. bosan weyh"
"ha, jom pegi online kat.."
pantas saya memotong "ko jgn nak menggila nak online2 kt cybercafe tengah2 KL nie udin, dahla duit tgh nazak nie.."
"ish kamu, dunia dah maju la,,zaman dah berubah.. x main la online2 cybercafe beb..wireless la brader...~"

ok. saya jakun.

"ush, laju wow intenet kt sini" smbil kagum melihat status bar yg kaler hijau penuh..
"laju x laju, mcm mana nk connect nie..." mengeluh..
hati makin girang bila melihat kakak comel kt tepi tgh asyik berchatting dgn ibu bapa (husnun zon).. dgn perkhidmatan free wireless, terisi jugakla masa aku.

5.45 pm
dah 14 kali dah ni aku connect, asal x dapat2 lagi ni..proxy dah tukar, Lan setting dah tukar x dapet2 gak nie..
"ko tanya la kakak comel kat tepi dowh, mcm mana nk connect.."
"segan aih aku.."
apa la udin nie, x macho r beb tanya2 orng ..lagi2 taanya cik akak comel..jatuh ah status aku. x hensem..x hensem..
menjeling-jeling jugak mata kt laptop akak tu, tgk dia connect line yg mana..hek3.. control2..

6.25 pm
tensinya...bila nk dapat ni. masih gigih berusaha. dah 23 kali aku duk ulang step yg sama..
hajatnya kalu boleh. nk jugak hupdate blog kt sini.. bkn slalu kot dpt hupdate blog tgh2 KL nie.. haha.. ketawa seorang jakun.
sambil2 tunggu wireless connected, smpat gak pose2 ambik gambar..ngeh3..
kelihatan udin masih bertungkus lumus dan gigih untuk menembusi intenet itu.

6.45 pm
ok, dah sejam aku tunggu.
aku fedap.
fedap.
apa lagi yg salah nie..

ah. malas la aku nk layan menatang nie. mau saja aku nk tulis surat kt berita harian atau utusan tentang ketidakefisenan wireless connection di KL central, tpi bila aku tgk sekeliling, berduyun-duyun je minah2 dan mamat2 tgh sonok online..
fedap ah camni.

..
..
..

"akak, akak connect macm mana eh?"

Erti sebuah Perjalanan : part 1

muntah2. ya. tajuk post itu so the novel melayu. tpi saya tak kesah. don't judge a post by its title.

"berat seyh beg nie. bukan byk pon baju aku bawak balik..sumer tu buku2 jer.. sebijik 3 kilo. 3 bijik 9 kilo. haih.." keluh hati ni sambil memikul beg pakaian yg ala2 dumbell beratnya.
"tu la ko, orng ilmu simpn dalam dada, bkn dalam buku..tgk macam aku nie, x payah susah2 bawak balik buku.." dgn bajetnya dia berkata.
"ah, poyo ah ko, balik nanti ko jgn harap aku nk bgi pinjam batu-bata yg aku bawa balik ni!"
"eee.kedekut seyh ko..ah sudah la..bak duit singgit 30 sen.. aku nk bli tiket tren..ko tron central gak en?"
"heee..heee..heee..ko bayar dulu eh..aku xde pitis r.."
"boleh, syaratnya,,buku2 ko..haha"
"hampeh"

hampeh punya kawan. xpa2. penat tau pikul beg nie. buku pon satu, asal la ko berat sgt. jgnkan berguni aku bawak balik, x study dah la..adeh..

ha. eceli, kali ni menggedik nk balik naik tren. bknla jakun..cuma nak jimat duit. tiket tren 38..tiket bas 46..haa..jimat lapan hengget tuh.
~~~
pandangan pertama bila melihat seseorang berjalan bersama tongkat sambil menutup mata atau memakai kaca mata hitam ialah "PENIPU"

betul.saya pernah meilhat sorng mamat ni berjalan dgn penuh laju smbil memegang tongkat. nak kata dia hafal jalan, x logik. try ko jalan2 smbil tutup mata, komfem ada longkang masuk longkang, klu x langgar tiang. tpi pak cik yg tengah saya amati ni lain sket la. pakaian dia baju melayu kemas, siap bersamping bersongkok, spek hitam dan tongkat. persepi pertama
PENIPU

jalan-jalan-tersepak beg-ubah arah-jalan-jalan-langgar dinding hingga mengeluarkan bunyi dum-jalan-jalan-dilanggar orang-terpusing-pusing-terlanggar dinding lagi- bunyi dum-berhenti sejenak-ambik nafas-jalan

MACAM BETUL JE..ah,ko hengat ko boleh berlakon?

jalan-jalan-hampir langgar buju kaunter yg tajam-ouch~-jalan-jalan-penat-raba-raba tangan-buat pusingan penuh-tonyoh2 tongkat di lantai-jalan

ok.pakcik ni konfem buta. jarak antara saya dan pak cik nie dalam 50 meter.niat saya mahu tolong. buka langkah.terpandang papan penyata.
"Sila awasi barangan berharga anda. PENCURI!!"

matikan langkah. nak tinggalkan beg yg punyai kebarangkalian tinggi untuk dicuri dan menolong pak cik tu?
atau
memandang sayu pakcik dari jauh smbil berdoa dia mndapat petunjuk untuk menuju ke kaunter tiket yg hanya sedepa di sebelah kirinya?

2-2 tidak.
"abang guard!!!!" saya melaung, smbil menuding jari ke arah pak cik itu. abang guard paham. selesai.

kadang-kadang, memegang tongkat smbil memakai kaca mata hitam juga dianggap strategi untuk dpat naik tren dgn mudah.
bayangkan seorang rakyat Malaysia yg berbudi pekerti ternampak seorng rakyat malaysia yg menyamar buta sedang mennti giliran untuk menaiki tren yg sedia maklum perlukan kekautan fizikal untu acara tolak menolak. sudah tentulah bila terpandang iklan "budi bahasa budaya kita" dan akan memberi laluan.
mudah.
tambahan lagi, insyaAllah akan dapat sit free.

hmm.jahat sangka kan saya? saya buat begini berdasarkan bukti depan mata kepala saya kot. seorang pakcik yg mampu berjalan laju tnpa memikirkan halangan di hadapan bagai seolah-olah dia nmpak pulak. tapi tgn memegang tongkat tak tentu arah dan tidak memakai kaca mata hitam.

ah berdosa saya buruk sangka.

itu persepsi saya.
tahu apa dugaan paling hebat hari ini?

saya jumpa 8 orang manusia bertongkat dan berkaca mata.

Platform untuk semangat

kolej baru habis menari dan berdikir. semua baru habis naik gila hayun-hayun kepala. 

sapphire kalah, kenyataan perlu ditelan.

ada mulut orang house lain kata, "Sorry to say, but dimanakah kehebatan Sapphire yg selalu digeruni oleh house2 lain kalau dalam aktiviti kebudayaan nie?? MCB haritue kan sapphire dapat "Rumah Budaya"!!! Dah hilang sengat ka???

kadang-kadang mulut jahat pun perlu diakui walaupun jahat, bukan?

beberapa senior kata, sapphire batch dulu pun begini, macam hero tamil kalah awal-awal. ayuh junior, padayappa!

sudah isu lenggok dan hayun.

sebagai meraikan perletakan jawatan mereka, ini kisah bekas-bekas kapten (setiap kali saya mahu menaip 'kapitan', saya rasa lain macam)  (dan saya selalu tersalah eja 'captain' sebagai 'captian'). 

bekas naib kapten kita, ada orang panggil 'jam randik'. tanyalah dia sendiri kenapa, saya tak mahu cakap. hari itu, saya berbincang hal interhouse volleyball dengannya.

"nak masukkan team staff ke taknak dalam interhouse ni?" saya tanya sambil letak punggung atas katilnya yang berbau arnab.
"kalau masukkan team staff,nanti  jadi panjang sangat event." dia jawab.
"tapi ada team staff seronok kot. staff pun suka."
"tu la.."
"habis macam mana?"
"cuba ko jangan tanya aku. ko kena blaja buat keputusan sendiri." 

saya diam. fikir.

"ok, takyah masuk team staff." senang saya menjawab.

buat kiraan 2 saat...

"eh, aku tak setuju!"

***

bekas kapten ini pula, orang kata apa-apa benda dalam bilik dia, dia seorang saja yang boleh sentuh. orang lain boleh tengok saja. orang kata lah, bukan saya kata.

sebab hari itu saya ramas-ramas patung zebra dia atas katil, dia tak marah sangat pun.

suatu masa dulu, pernah dia bercakap mengenai penasihat house kami. katanya penasihat itu okey la..

"kau tahu, aku rasa Mr Ravi tu tak tahu pun aku ni kapten house."

kami para pendengar diam. bekas kapten masih bercerita perihal penasihat house, dengan mimik muka nonel. tahu mimik muka nonel?

"kau tahu apa Mr Ravi save nama aku dalam handphone dia?" 

kami diam sekejap, "apa?"

"sapphire." dia jawab, dengan mimik muka nonel.


9 Amira, 1 Kartun.....

Kisah baru.....Khabar baru.............



~Hari ini siapa pula????



Hari ini bersamaan dengan empat mac dua ribu sembilan merupakan......

*saya nak ckp juga 'Hari ini' kerana memang post ini sepatutnya dipostkan pd 4mac..tetapi gara2 salah seorang diva sapphire yg telah mem'book'kan slot ke-100 post itu, post ini terpaksa menunggu giliran..iyelah, tulah diva tak kenal sempadan,kacau bilau hidup aku nanti bahana menentang prima donna....*

Hari jadi sahabat saya .... Cik Nur Amirah Roslan!!!

Selamat Hari Jadi Katunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!


wah sudah 20 tahun rupanya.....


Top 5 things you MUST KNOW about kartun:

1. Katunlah budak yang PAAAAAAALLLLLLING senyap di KYUEM .......
~bernada sinis~
rasanya jika sebut amirah, ramai tak tahu siapa...manakan tidak, ada 9 amira seniors di kyuem (amira j.lo, ami, ameera fatin, amira garnet, nadiah amirah, amirah ali, amira kamil dan saya) tapi ada satu sahaja Katun yang dikenali dan disayangi ramai...

2. Die ini GILA....... hehe taklah, cuma GILA kuasa....mana tidaknya...VP ibu jari hantu eyh hijau, SYUCON muscom yang bermaksud syu'bah queenCONtrol (eyh taklah syu'bah eCONomi....heee) dan tidak dilupakan.... Exco Kebajikan rumah kita rumah biru.. wah wah hebat sungguh cik katun kita ni....

gila mental?? urmmm sebenarnya katun ini seorang yang sangat klakar....(dinominatekan best komedian kyuem for yerbook....wah...)...jadi kadang2, mungkin,... mungkin keklakarannya diinterpretasikan sebagai gila mental.... mungkin juga....yang itu terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai... huhu...


3. Die kos akaun dan sponsor bank negara...cuba anda bayangkan..... 4 tahun akan datang... katun+banknegara+katun=riuh + rendah...
bergegar dan retak meja zeti akhtar di tingkat 15 kelak tatkala mendengar kenyaringan suara cik katun dari tingkat 4....


4. Petfamily cik tun amat kiut miut macam saya..tetibe...:p... petsib tercinta~kapitan...eyh tweet EX~kapitan nelnel... petbronya~stabilo...muscom juga...ke mana tumpahnya icing, kalau tidak ke atas kapkeknya... :) petsis'~ farrah aisyah dan zzzzatod juga muscom.... Alhamdulillah.. moga keluarga ini bahagia hingga ke cucu,cicit,miut,piut,buyut.....


5. Last but not least, nur amirah roslan bukan sahaja seorang petsib yang loving,petsis yang caring,muscomer yang open n sporting, green thumber yang prihatin, sapphirean yang bersemangat dan bertanggungjawab, tetapi yang lebih penting, beliau merupakan seorang sahabat yang baik, ikhlas dan sentiasa mengambil berat terhadap rakan-rakannya.... *sob sob*...wah terharu kan?? ps: katun, belanja i roti gardenia butterscotch besok.... :)



Kami seluruh warga Sapphire ingin mengucapkan

happy burfday yang ke -20 kepada katun....
WE ALL LAP U!!!!! muaaaahhhhh xoxo

Kami doakan anda sihat sejahtera....cukup makan dan minum... sukses di dunia dan juga akhirat...cepat dapat jodoh hehe *suke suke*.......moga dapat jodoh hensem sehensem josh duhamel...tetibe je, takpelah katun konfem xkenal pun sape josh duhamel...google katun google... :)




~ikhlas dari hati,
wan nur sahaja...