بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Sambutan terhadap Batik Sarawak terutama yang bercorak ala-ala songket, kod BSG sangat-sangat menggalakkan. Kebanyakan kod dah out of stock. Kami menanti kedatangan stok baru tapi bila masanya tak dapatlah nak confirm ye, sebab kami pun bergantung kepada bekalan yang dihantar oleh pembekal.
Kesibukan menguruskan bisnes menjadikan masa untuk berblog sangat terbatas, Catatan Kembara Turki, Greece dan Itali pun tak habis-habis lagi. Malah dalam masa terdekat, ummiross akan berkembara lagi, insyaAllah. Ummiross kena habiskan juga sebagai catatan peribadi, kenangan berkembara di bumi Allah SWT. Jadi selain dari entri kain-kain batik sarong Sarawak dan batik Sarawak terbaru dari kami, ummiross akan terus menulis catatan kenangan berkembara. Maaflah kalau ada yang jemu, ia hanya sekadar catatan peribadi, jika sudi bacalah, semoga sedikit sebanyak ada juga manafaatnya. Kepada rakan-rakan blogger, ummiross berhutang kunjungan, insyaAllah bila berkelapangan ummiross akan blogwalking kembali.
Kali ni mari cuci-cuci mata, lihat koleksi kain pasang etnik terbaru dari kami. Kain corak Pua Kumbu dan juga Orang Ulu. Kedua-dua corak sangat cantik dengan corak etnik yang unik.
JENIS: BATIK SARAWAK/KAIN PASANG ETNIK SARAWAK
MATERIAL: POLYESTER SILK(LEMBUT)
HARGA RUNCIT: RM89 SEPASANG-4M
Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sila hubungi:
ummiross@gmail.com atau whatsapp/sms sahaja ke 016 878 4960
Corak etnik Pua Kumbu
KPH110 KPH111 KPH112 KPH113 KPH114
KPH 110
KPH 112
Corak Etnik Orang Ulu.
KPH115 KPH116 KPH117 KPH118 KPH119 KPH120
Contoh pandangan penuh corak KPH 120
Wassalam.