Wednesday, January 30, 2013

KAIN PASANG ETNIK SARAWAK SIRI 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Kain bercorak pua kumbu memang cantik dan selalu mendapat sambutan. Kali ni ummiross paparkan kain pasang corak pua kumbu yang terkini dipasaran. Terdapat 5 warna yang memang cun melecun, hijau turqois (KPH57), pink keunguan (KPH58), coklat kekuningan (KPH59), oren coklat (KPH60) dan purple lembut (KPH61). Kain dari material polyester berkualiti tinggi, lembut, sejuk dan tidak memeri. Sangat sesuai untuk dijadikan baju kurung, blouse, dress atau jubah dan juga kemeja. Juga boleh dipadankan dengan kain polos dengan warna senada, kalau nak yang dah siap matching pun boleh, sila lihat KPH62-KPH66 dibawah tu ye.

IMG_5956IMG_2335IMG_2307IMG_2348IMG_2249
Corak pua kumbu dan bercorak dibahagian kaki. Kepada jabatan, sekolah dan sektor korporat yang berminat untuk membuat uniform, kenalah cepat2 order ye, kalau lambat takut nanti tak cukup pula ukurannya.

 

DSC_0767DSC_1145
                                                       KPH57 - Hijau turqois

 

DSC_1197DSC_0816
                                       KPH58 – Tona pink purple

 

DSC_1083DSC_1094
                                                  KPH59 - Coklat kekuningan

 

DSC_0846DSC_1181
                                        KPH60 – Oren coklat


 

IMG_2261DSC_1104
                                                       KPH61 – purple lembut.

KPH62-KPH66 adalah padanan kain pasang corak pua kumbu diatas dengan kain polos Saluna Sildoll, kain berkualiti, dengan warna-warna yang sangat menawan dan sepadan. Kalau ada yang berkenan cepat2 order ye, sebab kain polos tu stoknya terhad.

DSC_1156DSC_0792
                                                      KPH62 – Hijau turqois

 

IMG_2331IMG_2326
                                                   KPH63 – Coklat kekuningan

 

DSC_1208DSC_1205
                                                           KPH64 –Pink keunguan

 

DSC_1189DSC_1193
                                                         KPH65 – Oren coklat

 

IMG_2274IMG_2534
                                                     KPH66 – purple lembut

 

IMG_2309IMG_2363IMG_2251
                KPH63                                              KPH65                                       KPH66

Jenis : (KPH57-KPH61) - Kain Pasang Sarawak/Batik Sarawak
Material : Japan Polyester Silk (lembut beralun)
Harga Runcit : RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

(KPH62-KPH66) – Batik Sarawak dipadankan dengan kain polos Saluna Sildoll
Harga Runcit : RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan. Warna sebenar lebih gelap sedikit dan pastinya lebih cantik.

All colours are still available.

BATIK SARAWAK YANG DIMINATI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah, kain pasang etnik Sarawak atau batik Sarawak yang baru sahaja ummiross publish minggu lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. Kepada yang masih berminat, bolehlah cepat2 order ye, tak rugi memiliki kain yang sangat cantik dan berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. InsyaAllah, akan menyusul entry untuk kain pasang terbaru corak pua kumbu dan padanan dengan kain polos pula selepas ini.

DSC_1004DSC_0990DSC_0730IMG_5912DSC_0982
Antara kain yang menjadi pilihan pelanggan…

Kepada semua customer yang ummiross kasihi…
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Nor Anitah
Kod: BS-11pcs
Pos : 28hb.Jan,2013
Treking :CD190071345MY

Ruzalina
Kod: KPH-6 pasang
Pos : 23hb.Jan,2013
Treking :EM355691140MY
             

Ruzalina
Kod: KPH-5 pasang
Pos : 23hb.Jan,2013
Treking : EM352018668MY

Latipah
Kod : RD-2pcs, PD-1pc
Pos : 23hb.Jan,2013
Treking : EM352018813MY

Latipah
Kod : RD-2pcs, PD-1pc
Pos : 23hb.Jan,2013
Treking : EM355691105MY

Noran
Kod: KPH-2 pasang, BS-1pc
Pos : 23hb.Jan,2013
Treking :EM355691184MY

Safurah
Kod: BS-2pcs
Pos : 17hb.Jan,2013
Treking :EM355693097MY

Zarith
Kod: BS-7pcs
Pos : 15hb.Jan,2013
Treking :EM355697448MY

Wednesday, January 23, 2013

HENING MALAM DI BUMI MADINAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

SALAM MAULIDUR RASUL…

Firman Allah yang bermaksud;

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad)’: "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:128-129).

Jika sayangkan Baginda, taatlah kepada perintah Allah, kerjakanlah amal kebaikan, jauhi kemungkaran,hidupkan sunnah dan banyakkan berselawat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

 

@Masjid Nabawi 2012.

Akan sentiasa merindui…

DSC_0225a

 

ps: Malam ni ummiross n family balik kampung. InsyaAllah jumpa lagi Isnin depan ye.
Sama-sama kita hidupkan sunnah dan banyakkan berselawat.

Tuesday, January 22, 2013

KAIN PASANG TERBARU 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Nampaknya seminggu dua ni, ummiross akan sibuk dengan kerja-kerja dibelakang tabir. Ada banyak kain pasang etnik dan batik sarong Sarawak corak terkini yang sampai dan perlu diambil gambar. Sebenarnya kerja-kerja mengambil gambar ni agak memenatkan juga, tapi kalau dah minat, kita tetap bersemangat. Buatlah apa yang kita minat kan, kalau tak berjaya pun kita tetap bahagia, kalau berjaya lagi2lah bahagia..

Kain pasang atau batik Sarawak kali ni memang cantik sangat. Design kali ni lebih berciri alamiah dengan corak flora dan fauna. Warna-warnanya pun sangat menawan, boleh rambang mata dibuatnya. Material kainnya dijamin berkualiti tinggi, lembut beralun, sejuk dan tidak memeri. Kalau berminat kenalah cepat2 order ye. Kepada yang ingin berniaga kecil-kecilan  dan jabatan atau sekolah2 yang ingin membuat uniform, ada harga istimewa untuk anda semua, tapi kena cepat2 sebab kuantitinya terhad.

 

DSC_0730DSC_0731
                                                KPH52-Hitam kelabu.

 

DSC_0723DSC_0729
                                       KPH53-Biru turqois(out of stock)

 

IMG_5912IMG_5907
                             KPH54-Coklat keemasan(out of stock)

 

IMG_5925IMG_5927
                                            KPH55-Hijau Lumut

 

DSC_0972DSC_0973
                                                   KPH56-Purple pink

 

Jenis : Kain Pasang Sarawak/Batik Sarawak
Material: Japan Polyester Silk (lembut beralun)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.

Friday, January 18, 2013

GOOGLE NEXUS 7

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross kalau dengan gadget ni memang allergik sikit. Tapi bagi anak-anak bujang berdua ni, ada je yang menarik perhatian mereka. Kadang2 sesetengahnya belum sampai lagi ke Malaysia, tapi dah sibuk nak membelinya.

 

IMG_5752
Google Nexus 7 ni dibeli secara online oleh anak bujang sulong ummiross pada bulan November tahun lepas (hehe..punyalah lama nak keluarkan entry ni) terus dari US. Masa tu harganya dalam RM1200++ termasuk casing tu sekali.

 

IMG_5765IMG_5801
Safe journey.. tablet pertama keluaran google berukuran 7 inci,  dengan Android 4.2, Jelly Bean, spesifikasi 32GB,3G ni selamat sampai tanpa sebarang kerosakan, siap dengan 1 year international warranty lagi.

 

IMG_5744
Banyak membantu memudahkan  kerjayanya dalam bidang komputer, hehe..motivasi kerja juga la ni, iyo ko?

Nak cerita banyak-banyak ummiross pun blur. Rasa macam burung Kakak Tua bercakap pun ye juga. Layan jelah ye..

Introducing Nexus 7 :-

1. Thin, light, portable 7" tablet.

2. More powerful and portable than ever.

3. Speed and performance.

4. An amazing display – designed with gaming in mind.

5. Less charging, more doing.

6. Android 4.2, Jelly Bean.

7. No wires, no hassle.

8. The perfect travel or commute companion

9. Millions of eBooks.

10. 700,000 apps and games.

11. Explore Google Play-putting all entertainment you love right in your hand.

12. Best of Google - the latest version of Google Now, Gmail, Chrome, Google+ and YouTube; putting the best of Google in the palm of your hand.

13. Browse the web, Chrome fast - Nexus 7 comes with the speed and simplicity of Google Chrome, built in.

Untuk info lanjut, klik SINI.

Selamat berhujung minggu, senyum sokmo..

Wednesday, January 16, 2013

JUBAH JORDAN DAN BALAD AMMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ada yang mencari jubah Jordan ke? Hehe..nampaknya keyword Jubah Jordan ni menyangkut kat blog ummiross. Mungkin gara-gara rancangan Safiyya TV9 baru-baru ni, ada slot yang menunjukkan kedai-kedai menjual jubah yang cantik-cantik kat Balad, Amman. Tak dinafikan memang cantik-cantik, tapi ummiross ni susah sikit nak cari saiz, sebab tu sebelum pergi dah siap beli jubah kat Malaysia, baru ngam2 saiznya.

Oklah, kita jalan2 kat Balad kejap ye. Balad ni kira tempat shopping dimana banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ummiross ni kira cuci2 mata je kat sini, beli cenderamata je sikit-sikit. Lebih kepada temankan rakan memilih dan membeli jubah untuk anak-anak perempuannya.

Olehkerana sibuk dengan aktiviti membeli( lebih banyaknya membelah, hehe..), tak terlintaslah pulak nak ambil gambar banyak-banyak. Jadi layan jelah 2-3 keping gambar dibawah ni, mana yang menyempat je. Janji nampaklah juga suasana kat Balad ni kan.

DSC_0360DSC_0361DSC_0357

Taraa!!, oleh kerana tak ambil gambar kedai2 jubah tu, tayang jubah sendirilah kan, ahaks!!. Dalam duk temankan rakan membeli tu, tewas juga ummiross. Nah..beli juga sepasang. Labuh..balik kat hotel, pinjam benang dan jarum kawan, alter sendiri. Murah je ni, ummiross pun tak ingat berapa tapi dalam RM50-RM60 je. Kain best sangat, kain cotton lembut dan sejuk. Memang susah nak cari jubah kain cotton kan, sebab tu beli juga walaupun saiz tak berapa nak ngam. Boleh bisnes jubah Jordanlah pulak ni, ada rakan2 blogger dari Jordan nak joint venture, hehhehe..

IMG_5736IMG_5723

 

Last but not least, cerita pasal makan-makan lah pulakkan. Makan2 kat Jordan ni memang ‘thumbs up’ lah, semua sedap2. Tabiklah ustaz sebab bawa kami makan tempat yang memang best.