Tuesday, July 10, 2012

UMRAH ZIARAH JORDAN DAN AWAL RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross dan suami akan berangkat esok malam (Rabu), insyaAllah, ke Jordan terlebih dahulu, berziarah di bumi anbiya’,  bumi yang  sangat tinggi nilainya dalam sejarah keagungan umat Islam. Tempat di mana ramai para nabi dan pejuang Islam telah menghabiskan hayat mereka untuk berdakwah bagi mendaulatkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Semoga dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah dengan mata hati.

Saat ini, hati dan perasaan persis telah berada di bumi Madinah dan Mekah. Hati tersangat rindu. Ya Allah, terima kasih menjemput kami lagi. Ia bagai mimpi kerana kami tidak menduga secepat ini. Begitulah ketentuan Allah mengatasi segala perancangan. Perancangan bertahun ada sahaja musyaqqahnya. Tapi hanya dengan perbincangan singkat dengan Mr Hubby, kami mendaftar dengan pakej yang akan bertolak dalam masa tak sampai 2 minggu. Agak kelam kabut juga kami membuat persiapan, mendapatkan suntikan, mengambil gambar dan membuat pembayaran dalam hari yang sama. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, ia impian dan doa yang dimakbulkan disaat-saat Allah lebih mengetahui hikmahnya.

Namun dalam kegembiraan ada getar di hati. Ia bukan perjalanan suka-suka. Ia kembara rohani, penyucian hati. Umpama kanak-kanak yang bebas lepas bermain di padang, pasti ada kotoran yang terpalit di pakaian samada sengaja ataupun tidak.. Pakaiannya perlu dicuci, malah kadang2 cara cuciannya perlu lebih spesifik. Begitulah juga kita dalam menjalani kehidupan seharian, tak terlepas dari dosa-dosa. Moga sentiasa berkesempatan memperbaiki diri.

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Di kesempatan ini, ummiross memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan blogger, jika ada terkasar bahasa, terguris rasa dan sebagainya. Doakan ummiross dan suami selamat pergi dan selamat kembali, dipermudahkan segala urusan dan dapat beramal ibadat dengan sempurna serta mendapat umrah yang mabrur. Sehingga bertemu lagi, salam sayang selalu..

PENGUMUMAN : Salamborneo akan berhenti berurusniaga buat seketika sehingga hujung bulan Julai, 2012. Urusniaga akan berjalan seperti biasa sekembalinya ummiross dari mengerjakan umrah nanti. Ummiross juga memohon maaf kerana ada order yang tak dapat ummiross terima disebabkan kesuntukan waktu untuk menguruskannya.

Alhamdulillah, kain2 yang diorder sebelumnya telah selamat di pos semuanya. Sila telefon pejabat pos terdekat sekiranya parcel yang di pos tidak sampai dalam masa 7 hari dan berikan nombor treking sebagai rujukan.

NzA;
Kod: BS-16pcs,BM-2pcs,KPU-7m
Pos : 11hb.Julai,2012
Treking :EM098522468MY
CD185381821MY

To Nor Anitah;
Kod: KPH-1psg, BS-15pcs
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :CD185382257MY

To Erma;
Kod: KPH-1psg
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642545MY

Anthea;
Kod: BS-3pcs
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642523MY

Mohd Nor Izwan;
Kod: KPH-6m
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642537MY

Safurah;
Kod: KPH20
Pos : 5hb.Jul,2012
Treking :EM124642510MY

Shahrina;
Kod: BS-2pcs
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642506MY

Sae;
Kod: BS-8pcs
Pos : 2hb.Julai,2012
Treking :CD185382787MY

Wednesday, July 4, 2012

PERSIAPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera dan salam kasih sayang…

“Ummi!!!….jangan lupa angkat kain di jemuran, hari dah nak hujan!”, semalam dah jemur, tak sedar hujan, basah. Hari ni cuaca agak redup, tapi oklah, kira dah kering.

IMG_2946
Harapkan pagar, pagar memang boleh diharap, tali penyidai tak cukup untuk menampung ‘muatan’..pagarlah jadi sandaran.

 

IMG_2945IMG_2948
Teruja!, kalau boleh semua mau serba baru…berdebar menghitung hari.