Saturday, January 16, 2010

Mari pindah ke rumah zuhud
Lotengnya dihuni bila insan tidak lagi mahu lagi mengambil pada dunia
kecuali pengambilan lebih baik di sisi tuhan drp meninggalnya.


Lantainya diinjak bila maksiat sudah ditinggal,
ketaatan pula telah menjadi basahan


Penghuninya
Tidak gembira dia bila mendapat bahagian duniawi,
tidak pula sedih bila kehilangannya

Keluarganya,
Tidak pernah sibuk menghambat dunia
dengan mengabaikan pendekatan diri pada tuhan


Tangganya terjejak
bila perasaan cinta telah habis
bila tiada beza pujian mahu pun celaan
dari segala isi keduniaan.



Kajang, 26 Jan 2010