Pengikut

Selasa, 29 November 2011

IGAU

IGAU

Singgahku
sebentar
biarlah aku
bersimpuh
dianjung senja

lelapku
singkat
tidak perlu kau
sorongkan bantal

mimpiku
sekejap
tidak sampai
kebintang

igau malam
bulan ketawa
cepatlah siang
mengubat kecewa.

zulbahri hussin
kuantan
30 nov 2011

p/s......................cepatlah siang kuselak helaian tekad .........lupakan mimpi2........

Ahad, 27 November 2011

AKU

AKU

Tiada mahligai
indah
nak diberi

tiada wang
berjuta
nak dijanji

tiada rayu
shahdu
nak dilagu

itulah aku
mengenalimu sejak dulu
kau pun tahu
kerana aku
berjiran
denganmu.


zulbahri hussin
kuantan
27 nov 2011.

Khamis, 24 November 2011

BEDA

Info gambar: Bukit Yong Pasir Putih Kelantan.
Info gambar: Pemandangan sawah padi sebuah kampung daerah Pasir Putih Kelantan



BEDA


Kita
mengejar sesuatu
yang berbeda
pada titik bahagia pun
penyudahnya belum tentu dapat
memuaskan hati
masing-masing

perjanjian
sementara sayang
masih bernafas
dikala cinta
masih bernyawa

mencari helah
benci
memujuk-mujuk
jemu
seluas laut

bahagia berbeda-beda
perjalanan masih panjang
kita sama-sama mencari
jalan penyelesaian

itulah hakikat hidup
sukar memuaskan hati masing-masing
adakala kita terpaksa
mengalah demi
nafas cinta
yang masih
bernyawa.

zulbahri hussin
kuantan
25 nov 2011.

Isnin, 21 November 2011

BAH

BAH


Renyai-renyai
kadang-kadang menjadi
lebat

Hujan sekejap sekejap
disemua tempat
mendung serta
berangin

Awasi anak-anak
jangan biarkan bermain
ditepian parit serta
longkang

Simpan
dokumen penting
patuhi arahan
segera berpindah

Bah
hadapi dugaan dengan
tabah.........


zulbahri hussin
kuantan
22 nov 2011

p/s.......................hari ini hujan..........duduk rumah diam-diam............kalau banjir,budak2 gembira peluang bermain air..........tapi hati-hati........

Ahad, 20 November 2011

ESOK-ESOK.........BILA...?.....

ESOK-ESOK......BILA?....

Bertangguh
mengumpul dalam satu masa
penuh

melimpah
tak terkutip
ruah

esok-esok
bila?
tahun depan....

esok-esok
bila?
hari ini.....

katakan esok saat ini
kita siapkan semuanya...............

tak perlu tunggu,
habiskan malam ini
pejamkan
mata

tak perlu cemburu
mimpi kita
berbeda.

zulbahri hussin
kuantan
21 nov 2o11
p/s..............................niat untuk mempertingkatkan kejayaan diri usah ditangguh,melihat kejayaan orang tak perlu kita cemburui.................usaha yg berterusan lambat laun kita juga akan memperolihinya...............

TAUT

TAUT


antara kita
ada pemisah
usah rapat
kelak menjauh

renggang pun
tidak mengapa
sekurang-kurangnya kau
masih
melempar senyum

tak perlu
engkau kalut
dalam hati tetap
bertaut

dalam hati
tetap utuh
kita berjanji untuk
patuh.


zulbahri hussin
kuantan pahang
20 n0v 2011

Jumaat, 18 November 2011

DEMI



DEMI


Aku
terlelap seketika
namun kelibatmu
dapat kubaca


engkau bijak
memutar helah
membuatkan aku
sering berbalah


senyum terpaksa
manis menyiksa
mesra
pura-pura


demi persahabatan
rela
kutelan
walaupun payah


demi persahabatan
rela
kusimpan
walaupun tertikam.


zulbahri hussin
kuantan pahang
19 okt 2011

p/s..............................demi persahabatan............rela kudiam .....................

Rabu, 16 November 2011

TEMPAT JATUH

TEMPAT JATUH


Mengenang
tempat jatuh
hatiku luluh
tempat bermain tapak gajah
hatiku megah

Upih ini
sepantas kereta
eratkan genggamanmu
heretlah aku
kehujung sana

Galahmu yang panjang
jangan hadang
aku berang
bila kau
halang.

Zulbahri Hussin
kuantan
17 okt 2011


p/s.................................teringat zaman kanak2 main tempurung kelapa .. he...he..he...

Ahad, 13 November 2011

RINDU

RINDU

Rindu
pada sawah
rindu
pada kampung halaman
rindu
pada kedamaian
rindu
pada kenangan.


Hingar bingar kota
mencambahkan gejala
mencabar
keimanan kita


Hidup diatas roda
berpusing ligat
kadangkala tercampak
jatuh
hilang paksi

Sukar berlari
atau beraksi
bila masing masing
menyembunyikan diri

Rindu
rindu pada
kemesraan sipenghuninya.........


zulbahri hussin
kuantan pahang
14 nov 2011.

Jumaat, 11 November 2011

PENGHUJUNG TAHUN

Kelender tahun baru 2012. Penulis sudah memperolihi........meneliti serta membilang hari hanya ada satu bulan lagi maka tutuplah tirai 2011. Mengalu-alukan 2012 dengan tekad serta azam baru. Tapi azam lama hanya azam......diheret pula untuk tahun hadapan. Maka setiap dari kita begitulah............bila tiba dipenghujung tahun.....bertanya tentang azam........maka jawablah kita....bla....bla..bla......sampai berguni azam. Tak salah untuk berazam.......tapi ada juga kita ni......azam tinggal azam je.........


PENGHUJUNG TAHUN

Segalanya
akan ditutup
usaha dan perancangan
akan diheret
ketahun depan

Kalender hidup
lemah longlai
gagal
atau silap
susun atur

Penghujung tahun
tekad yang sama
semangat membara
rentak hidup tidak berbeza

Begitulah
penghujung tahun
kedut menyinggah
usia bertambah.

zulbahri hussin
kuantan pahang
12 hb okt 2011

p/s cepat masa berlalu................................terkedu........sedar2 tahun baru......

Selasa, 8 November 2011

KORBAN KITA

KORBAN KITA


Melihat
darah merah
mengalir pengorbanan
mengalir penghayatan

Berkorban apa saja
harta maupun nyawa
masa dan tenaga
dikumpul disini

Kita ulang
tahun demi tahun
kita redha
seiklas hati

Kita selami
harta dikongsi bersama
yang tidak punya juga
merasa nikmatnya

Baik cantik serta elok
pahala berganda
yakin janji
Yang Maha Kuasa
merestui pengorbanan
hambanya.

zulbahri hussin
kuantan
8 nov 2011

Selasa, 1 November 2011

MENCARI HALUAN

Mengemas fail2 lama terjumpa sajak ni.....Sajak zaman sekolah kut......banyak betul sajak2 cintan cintun .........dari dibuang elok dikongsi bersama.......


MENCARI HALUAN


Cinta kita
berdua
tidak akan pecah
diterik mentari

Cinta kita
berdua
tidak akan luntur
dek pantasnya masa

Tapi
aku tidak menjadi riang
bila kau
jadi kekasih

Palong hati
sebenarnya kosong
tidak ada apa apa lagi
aku berusaha melupakanmu

Lihat pada janji
lihat pada kesungguhan
lihat juga pada angin
membawa benar akan cintamu

Fikirkan dirimu
sebenarnya tiada sejiwa
elok mencari haluan
kerana kita
tidak saling
percaya........


zulbahri hussin
kuantan
1 nov 2011

p/s....................................elok menentukan haluan masing2.....dari bersengketa.........arah tuju elok juga dirancang dari awal......................sukar melepaskan resah....payah membebaskan gelisah............






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...