|
Jun 9, 2008 |
Demam Kuning |
Hari ke-4 seperti yang dijadualkan dalam kad Pusat Rawatan Mahsuri, kami ke Klinik Desa Gial untuk check-up baby. Nurse marah sebab tak lapor kelahiran baby secepat mungkin pada depa untuk depa buat pemeriksaan susulan. Kami ikut jer tarikh yang pihak Pusat Rawatan Mahsuri berikan. Rupanya pihak klinik desa mahu buat pemeriksaan lebih awal. Siap telefon lagi tuh...cukup proaktif dan prihatin layanan mereka. Klinik Desa lain bagaimana ya..rasa-rasanya semua dah begitu.Proaktif dan prihatin serta mesra alam.
Nurse ambil darah. Bacaan 12.1. Lebih 0.01 dari skala paling selamat. Kalau bacaan 12.0, boleh balik jer rumah. Nurse arahkan kami ke Klinik Arau untuk rawatan ultra apa nama tah yang pakai lampu untuk baby demam kuning tu la. Terpaksa la ikut arahan mereka. Pukul 4 check darah lagi sekali. Bacaan 12.3. Aik..lagi meningkat. Nurse suruh baby bermalam pulak di bawah lampu kat Klinik tuh. PAdahal kami dah plan dan siap packing dah untuk balik Penang. Selepas buat rayuan kata nak kena balik Penang, nurse lepaskan dengan amaran suruh check kat hospital kat Penang.
Tetibe teringat nak bagi ubah homeopati kat baby. Sebelum berangkat ke Penang singgah sebentar di Klinik Homeopati Dr. Yunus.
Fuh. Ingatkan beberapa puluh ringgit saja. Rupanya RM 99. Mujurla ada duit dalam dompet. Huhu.
Pastu kami terus berlepas ke Penang sebab nak kena jenguk juga booth niaga kami dekat Ekspo Usahawan Malaysia kat Seberang Jaya tu yang ditinggalkan kepada Mck Salmah dan anak-anaknya.
Sekian update dari lobi Suria Apartment, Bukit Merah. Transit sebentar nak pergi hantar Salahuddin ke UIA. |
|
|
Jun 4, 2008 |
Kelahiran....... |
Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan baby ke-2 kami pada 3 Jun 2008 (due 4 Jun 2008) di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah. Jangkaan awal kami ingatkan baby nak ikut jejak kakaknya Nusaibah yang lahir awal seminggu dr tarikh yg dijangkakan oleh doktor. Rupanya baby ni nak keluar lambat sikit.
Isteri kejut time Subuh ajak bersiap. Aku pun apalagi terus mandi dan solat Subuh dan bersiap apa yang patut. Takut juga sebab nak kena pecut ke hospital yang jaraknya lebih 100km dari rumah mak mertua di Bukit Mertajam. Masa kelahiran Nusaibah dulu kami pecut dari Perlis kali ni pecut dari Penang pula. Lagi mencabar.
Dekat pukul 8 kami sampai di Pusat Rawatan Mahsuri. Nurse check, ala...baru 4cm. Dengar depa dok sembang kata kol 10 baru bersalin.
Sambil tu, nurse dok sibuk prepare borang apa tah minta aku sign. Pastu wife pun kena sign jugak sebab minta Epidural. Doktor tu mai rilek ja naik kete spot kuning, mai cucuk kat belakang isteri, sembang dan gelak-gelak sikit dengan nurse pastu balik. Tak salah aku charge Epidural tu - RM 350.00. Lumayan tuh kalau jadi pakar cucuk Epidural/Bius. 5 minit boleh charge RM 350.00.
Dekat kol 9 baru Dr. Zarina mai tengok isteri. Dia check bukaan cm pastu naik atas tengok patient lain dulu.
Pukul 10 lebih nurse kata baby nak keluar dah, nurse tu ajar isteri petua sket sebab pakai Epidural memang tak rasa pape. Dr. Zarina pun dah standby. Tepat jam 10.35am, lahirlah babygirl dengan tangisan yang cukup mengharukan aku sebagai bapa. Aku dapat tengok secara life baby tu keluar :-). Siap Dr. Zarina suruh aku potong tali pusat baby lagi.
Lama juga aku lepak kat luar tunggu nak dapat bilik sebab masa tu bilik single yang kami booking takde orang keluar lagi. Memang laku keras bilik single disitu. Dekat pukul 2 baru la dapat bilik. Ingatkan ada satu katil lg untuk peneman rupanya depa bagi pangkin bersofa jer. Janji boleh baring.
Baby nurse yang jaga kat bawah. Depa bawa naik jumpa ummi nyer untuk menyusu jer. Boleh la umminyer berehat. Aku pun tumpang rehat sama juga la.
Terima kasih Mama, Tok dengan Chak sebab datang dari jauh nak visit baby.
Pukul 3.00pm - 4 Jun 2008 kami check out selepas pekena Nasi Ayam Periuk Besar dekat seberang jalan Pusat RAwatan Mahsuri. Ingat lepas ni kena survey untuk buat francais satu kat Perlis ni. Nusaibah makan banyak siap tambah lagi. Entah angin apa tak tau, sebelum ni cukup susah nak makan nasi.
Sebelum check out kena jelaskan dulu invois kuning dari nurse. Kalau tidak kena ganti nurse jaga klinik ler jawabnya. Huhu.Labels: nusaibah |
|
|
Jun 1, 2008 |
Selamat Pengantin Baru : Hadi dan Hartini |
Hari ini, 1 Jun 2008 kami sempat berkunjung makan kenduri ke rumah teman sepengajian di universiti dulu. Usung juga sekali isteri yang sedang sarat mengandung, nak bagi cepat sikit baby keluar.
Tahniah kepada Hadi (Rambo) dan Hartini, semoga berbahagia bercinta hingga ke akhir nyawa. Dapat juga jumpa member-member - Wan Zamizan, Azlan (Lan Sireh), Izzi (jd cikgu la nie..), Mat Yie (lupa nama sebenar), Syaiful Izham (Pon Jibam) dan sebagainya.Labels: cinta |
|
|
|
|