|
Mar 30, 2005 |
|
1511 H (KOMBAT) - Faisal Tehrani
Judul : 1511 H (Kombat) Pengarang : Faisal Tehrani Penerbit : Utusan Publishing & Distributors Genre : Novel Remaja Mukasurat : 423 halaman Cetakan Pertama : 2004 Harga : RM24.00
Akhirnya, berjaya juga aku khatamkan novel 1511 H (Kombat) ini selepas berhempas pulas menghabiskan bacaan. Hampir sebulan lamanya untuk dihabiskan. Siap pi renew lg tuh kat library. Orang lain baca novel sehari jer, nie sampai sebulan apa cerita?
Sebuah novel yang memaparkan pengkisahan zaman depan, tahun 2087 yang memperihalkan perang cara teknologi. Mengungkapkan jihad kalangan pemuda (salah seorang hero - Muhammad Ameen dari Kuala Lumpur) diketuai Jeneral Syarifah Nusaybah (sama cam nama anak aku la plak.) memerangi Amerika dan menawan White House. Satu bacaan yang menarik dan menghiburkan. |
|
|
Mar 28, 2005 |
|
FUND MANAGEMENT
Jom kita gandakan duit kita. Mulakan dari usia yang muda. Jangan tunggu bila dah tua baru nak menyimpan. Tapi kalu duit gaji pun cukup-cukup makan jer, apa bleh buat kan?
Tapi dengan RM 10 sebulan (rate: 8% setahun) pun bermula umur 20 tahun boleh menjadikan ia RM 100,000 pada kala umur anda 65 tahun. (aku pun tak tahu cemane calculationnya sbb aku kira dapat RM 50,000 jer). Tapi pokoknya, dengan berapa jumlahnya pun, wang boleh bekerja untuk anda menjana lebih pendapatan. Biarkan wang bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk wang. Lebih kurang gitula falsafah orang investment nie.
Anda juga boleh merancang tempoh berapa tahun untuk menggandakan wang anda menggunakan Rule of 72.
Katakana rate 8%. 72 bahagi 8% = 9 tahun untuk menggandakan wang anda. Bermakna kalau anda mahu gandakan RM 10,000 kepada RM 20,000 ianya memakan masa 9 tahun. Kalau RM 100,000, dalam masa 9 tahun ianya boleh menjadi RM 200,000 lah. (andaian rate 8% dengan jumlah lump sum) |
|
|
Mar 27, 2005 |
|
HOW TO SAVE FUEL
- Matikan enjin walau berhenti sekejap (tp ada gak dengar orang kata minyak pakai banyak jugak untuk start semula enjin, TP ikut panduan ACCA nie, suruh matikan enjin) - Pandu dalam jarak jauh untuk elakkan kekerapan brek - selain mengelakkan dari terCIUM buntut kereta orang - Jangan pecut laju-laju. Pemanduan pada kelajuan 110km/j menggunakan minyak lebih 25% dari kelajuan 90km/j - tapi mana syokkan bawa pelan-pelan, maklumlah kereta baru... - Selalulah servis kereta. Boleh menjimatkan minyak dalam 20%. - tapi servis kereta pun kena kuar duit gak kan...?
Diringkaskan dari buku Personal Finance: Managing Money Responsibly |
|
|
Mar 24, 2005 |
|
GOOGLE DOT COM
Assignment 4. A case study of Google Incorporation (www.google.com).
Akhirnya berpeluang juga aku untuk buat sedikit kajian tentang Google Inc. yang ternyata banyak membantu dalam kerja-kerja SEARCH samada untuk tujuan akademik, info, dan sebagainya. Malahan assignment ini disiapkan juga hasil carian menggunakan http://www.google.com milik Google Inc. in juga. Terima kasih Google.
GOOGLE- Word |
|
|
|
|
PRESENTATION 3
Presentation 3. Buku Information Technology & Development - Study of a National IT Programme.
Buku yang membentangkan tentang kajian terhadap salah satu sistem IT Malaysia - NALIS, yang mengalami kegagalan.
NALIS - Power Point NALIS - Word |
|
|
Mar 14, 2005 |
|
KURANGKAN BUDAYA MINUM TEH WAKTU KERJA
Sebuah pertubuhan NGO Jepun - Pertubuhan Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) di Malaysia menyifatkan pekerja swasta di Negara ini mempunyai ketekunan tinggi semasa bertugas tetapi memperuntukkan masa yang berlalu banyak kepada waktu rehat untuk minum teh.
Sumber : Utusan Malaysia - Isnin 14 Mac 2005 m/s: 24 |
|
|
Mar 1, 2005 |
|
BUDGET BELUM TURUN LAGI
Semasa di Perpustakaan Awam Perlis tadi, ada aku minta himpunan majalah-majalah Motor Trade yang lepas-lepas untuk mencari sedikit info tentang harga kenderaan (baca: bukan untuk beli kenderaan). Pegawai tu bagilah 2 majalah yang lepas-lepas, sambil berkata ini jer yang ada, BUDGET untuk pembelian majalah belum dapat lagi lah!
Eh. Ni dah bulan Mac! BUDGET masih belum turun lagi? Memang aku tak hairan lah sangat, sebab bayaran tuntutan syarikat kami bagi tahun nie pun belum dapat lagi semenjak bulan 10 tahun lepas lagi. Biasalah tu. Aku memang tak hairan, tapi musykil juga mengapa terjadi sebegini.
Teringat akan perbualan dengan seorang kontraktor landskap tahun lepas, katanya mereka ditawarkan kontrak kerja landskap dengan jabatan kerajaan itu dan ini kerana jabatan kerajaan itu dan ini NAK HABISKAN peruntukan tahunan (masatu hujung tahun 2004, bulan Disember). Kalu tak habiskan peruntukan tahunan, nanti kena query dengan pihak pusat atau peruntukan tahun depan akan dikurangkan.
Bila dikaitkan dengan apa yang berlaku di perpustakaan tadi, barulah aku faham sebab apa peruntukan jd berlebihan di hujung tahun. Sebabnya BUDGET tahunan dapat pun lewat, entah-entah pertengahan tahun baru dapat kot. Kesimpulannya, banyak perbelanjaan untuk perkara yang penting tidak dapat dibelanjakan dengan berhemah sebab BUDGET turun lewat. Bila BUDGET turun, masa sudah berlalu, lalu dibazirkan pula BUDGET tadi untuk perkara-perkara yang tidak penting yang mengKAYAkan kontraktor contohnya (aku pun kerja dgn kontraktor….ha ha ha). Disini kita dapat lihat kepincangan berlaku dalam pengurusan perbelanjaan kewangan negara. Salah siapa semua ini? Siapa yang rugi? Siapa yang kaya? Siapa punya angkara? |
|
|
|
|