
Di waktu-waktu kemelesetan ekonomi, aku tak nampak pun orang2 KL ni di pengaruhi, macam makin seronok jer berbelanja. Terutama sekali, semakin banyak nyer jumlah kereta-kereta mewah bernombor plate yang semakin TERKINI!!... Di sepanjang Jalan Sultan Ismail, terdapat sebuah gerai menjual kereta mewah. Aku panggil gerai sebab ada SALE kat situ.. (=^_^=)
Aku stay kat Kota Damansara, dulu nama tempat ni - Bandar Baru Sungai Buloh, tapi dikatakan sejak Siti Aisah (balu aruah Sultan Selangor dulu) beli rumah kat situ, nama nyer di tukar jadi Kota Damansara. Lagi glamour kot.. huhuhu
Sejak Ikea, Harvey Norman, The Curve & Cinaleisure di buka kepada umum, jumlah makhluk Allah yg menjengah kemari semakin hari semakin melimpah ruah. Kawasan2 perumahan mewah, separa mewah, condominium, apartment dan apa lagi nama yg sepatutnya, tumbuh lebih pantas dari cendawan busut selepas hujan.
Setakat ini, ada 15 seksyen perumahan di kawasan Kota Damansara, akan tetapi jalan keluar masuknya cuma 4, satu menuju Sungai Buloh - Subang Jaya, satu menuju NKVE, satu melalui Tropicana dan satu-satunyer jalan keluar ke arah Kepong and Kuala Lumpur melalui gugusan Curve, Harvey Norman & Ikea!!..
Bayangkan lah, kalau dulu, sewaktu mula2 pindah tahun 2006, utk keluar dari rumah, cuma ambil masa 10 - 15 minit di waktu puncak sebelah pagi. Aku boleh keluar rumah jam 7.30 pg untuk sampai opis sblm jam 8.00 pagi dengan seronoknya. Sejak akhir-akhir ini, kalau keluar rumah selepas jam 7.00 pagi, sampai opis jam 8.30 pun dah kira bertuah!!!....
Jem di depan Sunway Damansara ajer perlukan 15-25 minit utk lepas, belum lagi lepas TTDI, Bukit Damansara, Mahameru, Parlimen, Jalan Kinabalu dan akhirnya Jalan Sultan Ismail sebelum masuk Jalan Ampang, opis aku.....
Kalau dulu boleh terus ke Jalan Tun Razak dari Mahameru, sekarang klu guna Tun Razak, belum tentu boleh sampai opis sblm jam 9.30 pagi.
iskh.....iskh.....iskh.....iskh.....

Monday kalau sempat, aku ambil gambar sekitar Kota Damansara di waktu pagi.
Pagi tadi, berangan nak keluar awal, tapi keadaan masih sama juga. Keluar jam 7.00 pg pun kesesakannya sudahpun bermula.
Ni gambar yang sempat aku ambil di jln masuk ke Jalan Sultan Ismail dari Jalan Kinabalu. Tak nampak sangat sesaknyer sebab gambar ni semasa kenderaan semua baru nak gerak selepas berhenti lebih 5 minit. Ada abang polis kat traffic light simpang depan Wisma Sime Darby.
Kalau nasib baik, sempat ler lepas traffic light tu segera. Kalau dapat abang polis yg ada cara lain skit, lama & panjang berjela2 ler queue kat Jalan Kinabalu sampai ke bulatan depan Bank Negara.
Ni gambar kat simpang 4 Jalan Sultan Ismail depan gerai kereta mewah yang sedang buat sale. Sambil tunggu kenderaan boleh bergerak semula, dapat lah jugak menjamu mata dengan Cooper, Beemer, Smart for2, Smart for4 dan Toyota Alphard yang tersusun rapi dalam gerai tuh... huhuhu
Sambil tunggu kenderaan bergerak, sempat ler berangan tengok kereta2 mewah tu semua..
Tengoklah, semua kereta lampu brek menyala, bila ada yang nak tukar lane, driver kereta belakang jadi dajal tak nak bagi masuk. Bertambah2 ler jem jadi nyer ... :p
Sorry ler, terpaksa 'padam' no plate kereta. Patut nak tunjuk kat semua plate2 no keter baru kat KL ni, tapi takut2 ada plak yg tak suka kereta nyer di paparkan di laman web dan tak dapat royalty. Tak pasal2, nanti aku plak yang kena saman.. huhuhuhu...
Takut.....
Sorry jugak, cermin kereta berdebu-debu, musim hujan & panas terik ni, basuh kereta setiap hari pun, masih berdebu jugak. sebab keliling KL masih banyak construction yg masih berterusan. Bilakah semua ini akan berakhir?.
Mungkinkah??...
Ni keadaan sebelum simpang empat besar depan Hotel Reinassance. Simpang Empat ni memang terkenal dengan simpang yang paling menjadi perhatian ramai. Tak pernah nyer aku tengok simpang ni kosong, walaupun di waktu2 cuti umum panjang.
Jalan ni selalu sibuk sebab ada susur keluar dari highway AKLEH. Kenderaan yang keluar dari sini pun, bukan bergerak perlahan, maklum ler baru susur keluar dari lebuh raya, tempat nak test power accelerator.
Rasanyer jika semua pemandu berbesar hati untuk selang selikan kereta antara 2 lane yg nak bergabung jadi satu ni, tak derk lah susah sangat. Tapi yg jadi masaalah besarnyer di Kuala Lumpur ni, pemandu2 nyer tak gheti nak mengalah. Kalau org potong queue tu, aku pun hangin. Tapi ni nak tak nak, kena bagi diorg masuk lane kita jugak. Jadi kalau boleh bagi ler jalan bila boleh, dan kepada yg nak masuk queue orang tu, ingat2 sikit ler, jangan sampai melampau pulak
hehehehe.....
Akhirnya, hari ni aku sampai opis sblm jam 8.00 pagi. Dengan senang hati masuk parking yg masih kosong, sebab ramai lg yg sangkut kat jem kot.... huhuhuhu
Sempat ler nak makan breakfast nasi goreng dari rumah dengan aman... (=^_^=)