
Wednesday, March 27, 2019
Tuesday, April 24, 2018
Thursday, October 2, 2014
Wednesday, October 28, 2009
Cerner Health Conference - Oct 4th to Oct 7th 2009 (Part I)
Solution Gallery sebelum di buka kepada Cerner Client.....
Opening by Cerner President, Trace Devanney
Orang-orang dari Malaysia & Singapura
Jangan lupa uCern guy, with Cerner blue colour.... huhuhuhu
Sambung part lain lah ya. aku load gambar baru citer.... Penat nak re-arrange ni sumer...hahahaha
Saturday, October 10, 2009
Dari London ke Kansas City
Dari London, aku perlu ke Kansas City, Missouri untuk Cerner Health Conference. Dari London Heathrow, aku akan fly through Washington DC (Dulles Airport) on United Airlines.
Almost all US flight, ada check-in monitor, so customer buat check in sendiri sebelum serahkan check-in begs.
Banyak sungguh Costa Cafe di Kota London, boleh amik priority card member nih... hehehehe
So, setial airport akan jadi panjang dan melingkar-lingar. Tapi tak banyak kedai or tempat makan...... hmmm....
Ronda-Ronda di London
Orang-orang di sini, mcm di Kuala Lumpur juga ler rasa. Friendly bila kita tegur, tapi tak derk lah nak tegur kita dulu. Especially bila pakai tudung yg comel ni kan... (=^_^=)
Gambar ni di ambil dari atas London Bridge mengarah ker Tower Bridge yang bersebelahan dengan London Tower dan boleh di buka untuk laluan kapal yang besar
Aku tak pasti ler orang lain, tapi yang aku ingat, ni London Bridge seperti lagu yang selalu aku nyanyikan masa kecit-kecit dulu
Bila jalan ikut peta & tengak jembatan ni sendiri, both aku ngan Nurul macam confuse jer apa yang telah berlaku... Rupanyer aku yang tidak tahu!!!.... hohohohoho
Saint James Palace juga merupakan tempat Change Of Guards bermula dan berakhir. Kalau nak tengok Change of Guard di Buckingham Palace, di nasihat kan datang awal-awal pagi dah bukan di hujung minggu kalau tak nak berebut dengan berjuta-juta visitor. Also, Change of Guards happen every 2 days. Change of Horse Guard happen everyday ler
Buckingham Palace dari pandangan hadapan. Di depannya adalah Queen Victoria Monument. ada patung Queen Victoria duduk atas throne dia semasa zaman pemerintahan dulu-dulu
Di mana-mana di kota London ni, penuh dengan patung and monument. Church dan Abbey pun lebih besar dari segala-sagalanyer yang pernah aku tengok
Nasib baik Masjid Central London tu pun besar. Tak pasti ler, siapa yang biaya tabung Masjid, tapi Alhamdulillah, masih ada yang ingat dan mengingati
Ini pula masa aku tengah lepak-lepak di Trafalgar Square. Sedihnya, tak banyak plak burung merpati seperti yang aku berangankan selama ini
Agak, burung-burung sumer dah berhijrah ke tempat lain kerana musim sudah masuk Autum dan semakin sejuk.....
Di sebelah kiri National Muzium ni, ada sebuah restorant makanan Melayu, Jom Makan
Tapi nampak cara hidangan nya dah modern skit. Nak attrack pelanggan-pelanggan international kot. Yang pasti, portion makanan di sini memang besar. Boleh makan utk 2 org atau boleh makan 2 kali ulang
Lepas letih meronda-ronda keliling London untuk hari ini, aku ngan Nurul makan di Jom Makan. Nampak gaya, memang kami berdua kelaparan dan kepenatan. Sebab both boleh habiskan hidangan nasi goreng tu sampai licin and dengan pantasnyer!!...
Oklah, nanti sambung lagi ya, cerita perjalanan baru aku ini....
Monday, September 28, 2009
1 Syawal di Central London
Sempat jadi sarapan untuk Aidil-Fitri 2 budak itam di perantauan...... Lepas sarapan, kami ke Central London Mosque untuk solat. Solat Eid Mubarak di mulakan pada 7.15 pagi dan setiap 1 jam bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada mulanya, rasa pelik jugak sebab di Malaysia, cuma sekali jer di setiap Masjid dan Madrasah. Dalam perjalanan, kelihatan umat Muhammad berjalan bersama-sama menuju atau pulang dari kawasan masjid. Masuk kawasan masjid untuk muslimah, Masya'Allah ramai nyer umat Muhammad di Central London ini.........
Kawasan solat muslimah di buka di tingkat 2 & basement masjid. Penuh padat dengan muslimah dan anak-anak. Kami masuk bahagian muslimah di tingkat 2, di sediakan beg plastik utk simpan kasut. Masuk ke bahagian solat, kami terpaksa melangkah di tepi muslimah & anak-anak mereka. Selit punya selit, dapat ler ruang di sebelah seorang muslimah bersama 2 anaknya. Sedap anak-anak nyer sedang makan kuih raya yang di edarkan untuk muslim & muslimah.... huhuhuhu
Kami solat, berimamkan imam Sheikh Fawzi Siddiqi, tak pasti dari mana... Timur Tengah mungkin...
First time solat, makmum sebelah kiri sempat tarik anak-anak nyer supaya ketepi dan sempat lagi kutip sampah yg dia sepahkan oleh anak-anaknyer.... setau aku, klu gerak lebih dari 3 kali bukan pergerakan solat, dah kira batal. Tak khusyuk aku solat raya tahun ini.. kwang...kwang...kwang....
Selasai solat, aku dan Nughul bersalaman bersama dan orang keliling. Tapi, mereka nampak tidak biasa. Kami sempat berjumpa 3 muslimah dari Thailand. Seronok nyer mereka dapat berjumpa orang Asia di tengah-tengah ribuan muslimah dari timur tengah ini.
Pulang dari masjid melalui Regent Park. Sayangnyer, kamera tidak dibenarkan di kawasan masjid. Mungkin pernah ada pengalaman ngeri sebelum ini kot, entah ler...
Sampai di Marylebone Hall, terasa sunyi Syawal kali ini. Tiada keluarga menjamu selera, tiada sms atau panggilan dari sahabat2 serancak biasa. Nak hantar sms, risau tak pasti harga roaming sms dari sini. Terima sms pun tak dapat nak balas. Maaf ya sekali lagi wahai sahabat-sahabat ku...
Tahun ini, raya terpaksa berjimat cermat. Maklum ler, di tempat asing yg currency nyer 6 kali nilai ringgit Malaysia!!... Bill Maxis bulan ni pun belum sempat tengok lagi.... huhuhuhu
Selepas berehat, kami bersiap-siap untuk menghantar barang-barang ke Edgware.
Inilah kawasan keliling studio flat baru Nughul. Di sebuah bandar kecil yg lengkap dengan pelbagai keturunan Nabi Adam. Dari orang-orang yahudi, islam, hindu, cina, eastern & western Europe, Afrika dan rasanyer mcm dari seluruh dunia ada kot. Kedai kebab halal pun ada, Alhamdulillah....
Kami tidak bermalam di situ lagi kerana ada satu malam di Marylebone yg sudah di bayar dan aku ada appointment untuk 'melawat' Cerner Office di Paddington, London esoknyer
jeng...jeng...jeng......
21hb September 2009
Ini gambar aku depan enterance masuk The Point. Cerner London Office terletak di tingkat 5 & 6 bangunan kaca ini. Kesiannya, bangunan kaca ini sering menyerpih, maybe kerana tekanan & pergerakan dalam bangunan yang tak putus-putus.
Ini gambar kereta jual hot drinks yang "lepak" bersama Nughul sementara aku jumpa ex-manager aku di tingkat 5. Aku lupa bawak kemera lagi untuk tunjukkan betapa berbeza nyer office di London kalau di bandingkan dengan office di Kuala Lumpur. Jumlah associates di Malaysia pun dah 1/50 jumlah associates di London ni!!!...
Kami spent the day di Edgware sahaja, jenguk-jenguk kedai-kedai yang ada di sini dan menambahkan barang belian keperluan seterusnya.... Bermula lah episod hidup baru di Edgware London...