ARTIKEL-ARTIKEL UNTUK DIBACA DAN DIMUAT TURUN | |
Dalam permasalahan bilangan yang wajib bagi mendirikan solat jumaat ,terlalu banyak khilaf (perbezaan) pendapat di kalangan ulama salaf termasuk imam arba’ah (imam empat mahzab). Adapun bilangan 40 orang adalah yang paling masyhur dikalangan ilmuan Islam.Pendapat ini juga merupakan pendapat imam syafi’i dan pendapat imam malik .Adapun imam abu hanifah,laits bin saad dan Muhammad bin hasan berpendapat 4 orang dan imam ahmad bin hanbal berpendapat 50 orang dan ada juga pendapat yang mengharuskan 12 orang sebagaimana di sebut dalam al-mugni iaitu pendapat rabiah dan ada yang menetapkan 30 orang dan abdullah bin baz dalam fatwanya mengharuskan 3 orang.Pendapat ibnu hazm azzohiri pula mengharuskan 2 orang sebagaimana dalam al-mohalla.
TAKHRIJ HADIS SETIAP PENDAPAT
Hadis 1
مضت السنة أن في كل ثلاثة إمام و في كل أربعين فما فوق ذلك جمعه و فطر و أضحى و ذلك أنهم جماعة
“Dan pada tiap-tiap tiga orang seorang imam dan pada tiap-tiap 40 orang dan lebih daripada itu harus jumaat dan aidil fitri dan adha dan bahawasanya mereka itu berjema’ah”.( dhaif )
Hadis ini dikeluarkan oleh imam baihaqi dalam sunan al-kubra (jld 3 / ms 253)
hadis ini dikeluarkan melalui jalan sanad abd aziz bin abd rahman al-qurasy.Hadis ini ditolak oleh ahlul hadis kerana abd aziz bin abd rahman adalah dha’if sebagaimana di sebut dalam badrul munir (jld 4 / ms 594).Al hafiz ibnu hajar al-asqalani menukilkan dalam kitabnya talkhis habir (jld 2 / ms 114) bahawasanya telah berkata imam ahmad ditolak hadisnya kerana sesungguhnya pendusta atau palsu dan berkata an-nasai dia tidak tsiqah dan berkata daruqutni hadis munkar dan berkata ibnu hibban tidak harus berhujjah dengannya dan berkata baihaqi tidak boleh berhujjah seumpama hadis ini.
Hadis 2
عن أبي الدرداء رسول الله s.a.w قال: إذا اجتمع أربعون رجلا فعليهم الجمعة
“Apabila berhimpun 40 orang lelaki diharuskan ke atas mereka solat Jumaat”.( tiada asalnya )
Hadis ini terdapat dalam kitab tatimmah tetapi hadis ini gharib sebagaimana di sebut di dalam kitab badrul munir (jld 4 / ms 596) dan riwayat ini tiada asalnya.
Hadis 3
حديث ابي أمامه: لا جمعة إلا بـأربعين
”Tidak ada solat jumaat melainkan dengan 40 orang”( tidak ada asalnya )
Berkata ibnu mulqan ( pengarang kitab badrul munir ) hadis ini tidak sampai kepadaku ( tidak diketahui ) siapakah yang mengeluarkannya dalam bentuk ( lafaz ) yang begini.
Hadis ini di keluarkan dalam syarhul kabir (jld 2 / ms 256).Adapun mengenai hadis ini disentuh dalam badrul munir (jld 4 / ms 596) bahawa hadis ini digharibkan oleh imam ar-rafi’i.
Hadis 4
أنه s.a.w جمع المدينة و لم يجمع بـأقل من أربعين
“Bahawasanya nabi s.a.w berhimpun di madinah dan tidaklah mereka berhimpun kurang daripada 40” ( tiada asalnya )
Berkata ibnu Hajar al-asqalani dalam talkhis habir ( jld 2 / ms 114 ) tidaklah aku melihatnya (hadis di atas) seperti ini, dan dari al-baihaqi melalui riwayat ibnu mas’ud telah berkata:
جمعنا رسول الله صلى الله عليه و سلم و نحن أربـعون رجلا
“ Kami telah berhimpun bersama rasulullah s.a.w dan kami ( pada ketika itu ) 40 orang lelaki “
Dan tidaklah hadis ini berkaitan dengan solat jumaat dan adapun apa yang diriwayatkan oleh abu daud dan ibnu hibban dan selain dari keduanya iaitu hadis abdul rahman bin ka’ab bin malik:
كم كنتم يومإذ : أربـعون رجلا
“ Berapa ( orang ) kamu pada ketika itu? Berkata : 40 orang lelaki “
Sanad hadis ini hasan tetapi hadis ini tidaklah menunjukkan ( merujuk ) kepada bab ini seperti mana yang dikatakan oleh ibnu hajar dalam talkhis habir ( jld 2 / ms 115 )
Hadis 5
عن جابر بن عبد الله قال: بينما رسول الله s.a.w يخطبنا يوم الجمعه إذا أقبلت عير تحمل الطعام, حتى نزلوا بالباقع, فالتفتوا إليها و انفضوا إليها, و تركوا رسول الله s.a.w ليس معه إلا أربـعين رجلا أنا فيهم
“ Dari jabir bin Abdullah berkata: di tengah rasulullah s.a.w berkhubah pada hari jumaat ketika sampai satu kafilah yang membawa barang makanan ( untuk dijual ) sehingga mereka berhenti di baqi’ maka mereka berpaling dan pergi kepadanya (kafilah) dan meninggalkan rasulullah, tiada bersamanya selain 40 orang lelaki,aku bersama (termasuk) mereka”
Hadis ini lemah sebagaimana disentuh dalam sunan daruqutni ( jld 2 / ms 308 ) kerana bersendirian ali bin a’sim dalam meriwayatkan hadis ini.hadis ini juga di tolak oleh ahlul hadis kerana hadis ini bercanggahan dengan hadis yang lebih shahih iaitu hadis yang dikeluarkan oleh bukhari dan muslim ( lihat hadis di bawah )
Hadis 1
أن الصحابة انفضو عن النبي فلم يبق منهم إلا إثنى عشر رجلا
“ Bahawasanya sahabat berpaling (meningalkan) daripada nabi dan tidaklah terbaki daripada mereka selain 12 orang lelaki “
Hadis ini dikeluarkan oleh bukhari dan muslim dan darjat hadis ini shahih menurut syarat keduanya.Hadis ini telah jelas menunjukkan bahawa pensyaratan 40 orang adalah tidak benar tetapi yang benar adalah kurang dari 40 lelaki,dan inilah pendapat yang terpilih (صحيح المختار ) berkata ibnu hajar asqalani sesungguhnya telah warid bilangan hadis hadis yang menunjukkan sempurna (solat jumaat) kurang daripada 40, dan begitu juga berkata imam suyuti : tidaklah tsabit satu pun daripada hadis-hadis yang menentukan ( menetapkan ) bilangan yang khusus ( bagi mendirikan solat jumaat )
Hadis 1
الجمعه واجبة على خمسين رجلا و ليست على من دون الخمسين جمعة
“Jumaat itu wajib diatas 50 orang lelaki dan tidaklah ada solat jumaat selain daripada 50 orang “
Dan lafaz yang lain
على الخمسين جمعه و ليس فيما دون ذلك
“ Jumaat didirikan di atas 50 (orang) dan tidaklah selain daripada itu “
Hadis ini dikeluarkan oleh imam thabrani dalam mu’jam kabir ( jld 8 / ms 291 ) melalui sanad ja’far bin zubair yang mana ja’far bin zubair ditolak hadisnya oleh ahlul hadis sepertimana disebut dalam sunan daruqutni ( jld 2 / ms 307 ).Dinukilkan kata kata imam baihaqi dalam badrul munir ( jld 4 / ms 596 ) bahawa hadis ini tidak sah sanadnya dan di dalam khilafiyyatnya imam baihaqi menyebutkan bahawa bersendirian ja’far bin zubair dalam meriwayatkan hadis ini dan di ma’lulkan hadis ini oleh abdul haq di dalam al ahkam al wusto ( juz 2 / ms 104 ) kerana ja’far bin zubair yang disebutnya sebagai matruk.
Hadis 1
حديث أم عبد الله الدوسية : الجمعة واجبة على كل قرية فيها إمام, و إن لم يكونوا إلا
أربـعة
“ Hadis ummu Abdullah ad-dausiyyah: Jumaat itu wajib ke atas setiap kampung yang terdapat padanya( solat jumaat ) imam dan tidak ada ( solat jumaat ) melainkan 4 “ ( dhaif )
Dan riwayat yang lain
و إن لم يكونوا إلا ثلاثة و رابـعهم إمامهم
“ Dan tidaklah ada ( solat jumaat ) melainkan tiga dan yang keempat imam mereka ”
Hadis ini dikeluarkan oleh daruqutni di dalam sunannya ( jld 2 / ms 312 ).Disebut hadis ini di dalam nasbur rayah ( jld 2 / ms 197 ) bahawasanya kedua riwayat ini matruk dan setiap orang yang meriwayatkan hadis ini dari az-zuhri adalah matruk dan tidaklah sahih hadis ini dari az-zuhri dan tidaklah az-zuhri mendengar hadis ini dari dausiyyah.Hadis ini juga di dhaifkan oleh thabroni dan ibnu adi kerana pada hadis ini terdapat orang yang ditolak hadisnya ( matruk ) sebagaimana disebut dalam nailul awthor ( ms 612 ) dan disebut hadis ini oleh ibnu hajar asqalani dalam talkhis habir ( juz 2 / ms 116 ) sebagai munqati’. Tidak harus berhujjah dengan hadis ini kerana sanad kepada hadis ini iaitu muawiyah bin yahya dan muawiyah bin said adalah majhul sepertimana di sebut dalam al-mohalla ( juz 5 / ms 47 )
Hadis 1
إذا اجتمع ثلاثون رجلا فليؤمروا يصلي بهم الجمعة
“ Jika berhimpun 30 orang lelaki maka perintahkanlah solat bersembahyang jumaat bersama mereka “(dhaif)
Khabar ini terdapat di dalam kitab al-mohalla dan dikeluarkan melalui jalan sanad abu Muhammad al-azdi yang disebut majhul sebagaimana dalam al-mohalla ( jld 5 / ms 47 )
KESIMPULAN
Kesimpulan daripada takhrij dan tashih hadis diatas menunjukkan tiada penetapan yang tsabit daripada rasulullah yang dapat dibuat, adapun pendapat yang mendekati petunjuk adalah pendapat yang menyebut 2 berdasarkan lafaz jumaat yang berasal dari perkataan jama’a yang bermaksud himpun dan kaedah asal bagi mendirikan solat berjemaah adalah cukup dengan 2 orang ( ini yang disepakati ).
RUJUKAN
fathul bari syarah sohih bukhari-ibnu hajar al-asqalani
al-aziz-ar-rafi’i
ahkam al-wustha-ibn abdul haq
sunan daruqutni-daruquni
sunan al-kubra-baihaqi
sunan wustho-baihaqi
al-mohalla-ibnu hazm azzohiri
talkhis habir-ibnu hajar al asqalani
al mugni-ibnu qudamah
al kafi-ibnu qudamah
nasbur rayah-yusuf az-zaila’i
badrul munir-ibnu mulqan
mu’jam kabir-thobrani
nailul awthor-asy-syaukani
PERINGATAN!!!!!! SELEPAS BACA SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI RUANGAN KOMEN DI BAHAGIAN BAWAH !!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
MUAT TURUN APLIKASI DAN KITAB ISLAM PERHATIAN Sebelum itu sila muat turun aplikasi DOWNLOAD MANAGER bagi mempercepat muat turun anda !!!klik sini!!! | ||
SOFWARE ISLAM EXE FILE | KITAB ARAB PDF FILE | KITAB ARAB EXE FILE |
SILA BERIKAN KOMEN ANDA
HTML Comment Box is loading comments...