Tuesday, December 25, 2012

CETAKAN TERAKHIR Majalah Newsweek

Cetakan terakhir majalah Newsweek seperti memberi isyarat terakhir sebelum majalah tersebut menamatkan edisi cetaknya dan akan bertransformasi menjadi media digital. Ia semakin ketara melalui satu-satunya tajuk utama yang terpampang di muka hadapan akhbarnya.

"Edisi terakhir Newsweek sebelum kami hanya menjadi edisi digital menampilkan sebuah hashtag di muka hadapannya #LastPrintIssue," demikian pengumuman yang disampaikan di Twitter rasmi @Newsweek.

Penampilan majalah yang seharusnya beredar beredar pada hari ini (24/12/2012) telah dibocorkan pada hari Ahad sehari sebelumnya. Berlatar belakang gambar lama pejabat Newsweek di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit di New York dalam warna hitam putih.

Ia menjadi edisi terakhir Majalah Newsweek dalam bentuk cetak. Mulai tahun 2013, Newsweek akan beralih menjadi media online yang bakal diberi nama Newsweek Global.

Keputusan tersebut telah diumumkan ketua redaksi Newsweek Tina Brown pada 18 Oktober 2012. Menurut Brown, keputusan mengubah format majalah itu kerana semakin tingginya kos cetakan dan pengeluaran, sehingga majalah tersebut terus mengalami kerugian.

Newsweek mula diterbitkan sebagai edisi cetak sejak hampir 80 tahun sejak ia diterbitkan kali pertama pada 1933. Newsweek mula beralih dari media cetak ke media online sejak November 2010 di saat majalah tersebut bergabung dengan media online The Daily Beast menjadi Newsweek Daily Beast Company.

Tika ini, jaringan media itu telah memiliki lebih dari 15 juta pengunjung setiap bulan. Kita nantikan transformasi Newsweek di dalam dunia digital? -pulakdah

Sunday, December 23, 2012

Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran

"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "[Qs. Ar-rum: 23]

Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.

Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.

Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.

Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.

Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!

Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur

Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.

Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.

Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.

Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.

Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
"Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. "(Qs. Az-Zumar: 42).

Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?

1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.

2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.

3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo'a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan".

Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur'anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.

-http://detikislam.blogspot.com

Lebih 2.3 juta permohonan BR1M diterima

Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Dis lepas, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.

Katanya 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.

“Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran tersebut, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Dis kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.

“Kalau dia lewat, dia akan dapat lewat. Mereka boleh daftar secara online atau manual supaya apabila kita buat pembayaran pada suku pertama nanti, yang dah daftar semua akan dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan SME Bank di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata tarikh tutup permohonan BR1M 2.0 yang bermula 1 Nov lepas belum ditetapkan.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan, agensi-agensi kerajaan atau dimuat turun atau diisi secara online melalui laman sesawang LHDNM: www.hasil.gov.my.

Katanya bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. — Bernama

SBY: Jangan ulangi penghinaan terhadap Habibie

Indonesia mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengulang kembali insiden penghinaan terhadap mantan Presiden BJ Habibie yang dilakukan bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Permintaan itu disampaikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono atau lebih dikenali dengan panggilan SBY kepada Najib dalam pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya sampaikan kepada Pak Najib (PM Malaysia Najib Razak) marilah kita cegah hal begini terus terjadi,” kata Presiden Indonesia itu kepada wartawan di Jakarta hari in seperti dilaporkan Repbulika Onlinei.

Menurut Susilo, Najib memberitahu bahwa tulisan tersebut tidak mewakili suara pemerintah ataupun Umno yang sedang berkuasa.

“Memang diberitahu kepada saya, …itu pandangan seseorang yang katanya disampaikan menyusul pertemuan Bapak Habibie dengan salah satu tokoh politik di Malaysia,” katanya.

Susilo memahami jika Malaysia saat ini sedang menghadapi pilihan raya umum sehingga banyak isu yang menjadi sensitif .

Namun beliau menilai tulisan mantan menteri Malaysia tentang Presiden Habibie itu tidak baik bagi hubungan persahabatan, kerja sama dan hubungan dagang.

“Sungguhpun demikian bagi saya pilihan raya umum atau tidak tentunya harus saling menjaga, apalagi kalau merendahkan ketua negara atau mantan ketuaa negara-negara lain,” katanya.

S'pura Juara Piala AFF Suzuki Kali Keempat

Singapura menamatkan penantian mereka untuk muncul juara buat kali keempat selepas lima tahun dengan menundukkan Thailand 3-2 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand malam Sabtu.

Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.

Gol tunggal perlawanan pada malam ini dihasilkan penyerang Thailand, KiratiKeawsombut menerusi tandukan pada minit ke-45, jelas tidak membantu skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu untuk menghalang 'The Lions' dari mencatat kejuaraan kali keempat selepas muncul pemenang pada 1998, 2004 dan 2007.

Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiriselepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluanpada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepasbeliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahanyang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.

Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.

Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.

Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buatkali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.

Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir.BERNAMA

Tapisan SPRM, Kaedah Tepat Pilih Calon Bersih

Calon Barisan Nasional (BN) yang melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan merupakan kaedah tepat untuk pilih calon bersih di samping memberi imej lebih baik kepada parti.

Pemimpin parti, pemerhati dan penganalisis politik berpendapat langkah itu akan dapat membantu BN mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan parti.

Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kaedah itu akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membuat pilihan tepat dengan memilih calon yang bersih daripada sebarang tuduhan dan sangkaan negatif.

"Rekod yang baik perlu ada sebagai ciri-ciri seorang calon 'winnable candidate' bagi memenuhi janji Najib mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan BN," kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu kepada Bernama.

Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu untuk ditapis bagi memastikanmereka 'bersih' selain mengelak sebarang tohmahan.

"Tapisan SPRM ini sebagai langkah awal membuktikan kepada rakyat bahawakerajaan amat teliti dalam memilih calon yang akan membela rakyat selain memberijaminan bahawa calon yang dipilih sememangnya boleh diharap," kata Dr Zainal.

Beliau berkata BN perlu meletakkan syarat yang tinggi bagi seseorang calon untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN untuk terus memerintah negara ini.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata calon yang melepasi tapisan SPRM akan memberikan gambaran positif kepada rakyat.

Langkah itu bertepatan kerana semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan tapisan dikeluarkan SPRM, mereka perlu akur, kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Bagaimanapun, beliau yakin kebanyakan calon sememangnya layak tetapi tapisan itu akan menonjolkan lagi kredibiliti seseorang calon yang dipilih.

Umno dan BN katanya memerlukan calon boleh menang serta layak untuk terus berjuang setelah pemimpin terdahulu berjaya mencapai kemajuan sejak merdeka hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara untuk kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkataproses tapisan itu dapat membuktikan bahawa seseorang calon benar-benar telusdan layak untuk bertanding.

"Ia adalah satu langkah yang baik agar dapat mengelak masalah lebih besarserta menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuahselepas pilihan raya berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.

Rosnah berkata penapisan berkenaan juga akan menambah lagi keyakinan rakyatterhadap calon tersebut.

Di KUCHING, Anggota Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim berkataproses tapisan itu akan membantu menaikkan imej BN.

"Kita tidak mahu calon yang mempunyai perlakuan tersembunyi," katanya. BERNAMA

Siswa berhimpun di depan Penjara tuntut bebaskan Umar

Hampir 100 anak muda dan mahasiswa berhimpun di hadapan pagar Penjara Kajang pada malam 21 Disember sebagai membantah tindakan memenjarakan Umar Mohd Azmi selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada sebelah siangnya.

Hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 itu atas alasan beliau kononnya mengganggu penjawat awam DBKL ketika 'Occupy Dataran' mendesak mansuhkan PTPTN pada April lalu.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang ketika dihubungi Harakah pada jam 11 malam tadi berkata, sebanyak lima khemah sedang didirikan sebagai simbol membantah keputusan tidak adil tersebut sementara kes dijadualkan disebut semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.

"Buat masa ini polis mengawal dan memerhati sahaja. Mulai pagi esok (Sabtu) pula kami akan bergerak lancarkan kempen Bebaskan Umar di sekitar bandar Kajang supaya rakyat sedar penindasan yang sedang berlaku," katanya.

Dalam himpunan di hadapan penjara itu, selain ucapan daripada Safwan, Abby Abadi dan wakil dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga menyampaikan rasa tidak puas hati membantah tindakan yang dikenakan pada Umar seorang mahasiswa tahun akhir di sebuah IPTS di Klang itu.

Turut hadir menyokong aktivis mahasiswa lain daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), siswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) dan sebagainya.

Kes tersebut sekali lagi menjadi bukti penindasan kerajaan Umno-BN terhadap gerakan mahasiswa sebagai agen perubahan rakyat semakin terserlah.

Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia

Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 umur. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.

gerakan ndc 311009 keng yaikDr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.
   
Selepas berita kematian Keng Yaik tersebar, warga media memenuhi kawasan luar kediaman mendiang sejak jam 6.30 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota keluarganya.
   
Anaknya, yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu ramah.
   
Si Pin, yang ditemani setiausahanya, Dominic Lau, turut meminta pemberita upaya beredar.
   
"Kami akan maklumkan tentang berita ini kepada anda esok," kata Dominic.
   
Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim.
   
Najib berkata mendiang Dr Lim merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
   
"Jasa dan sumbangan beliau kepada kerajaan dan parti akan sentiasa dikenang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada media hari ini.
   
Dalam mesej tweeter, Najib berkata Dr Lim menjalankan tugas yang cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan.
   
"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
   
"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam ini.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata pemergian Dr Lim merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.
   
Katanya, mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini.
   
"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara.
   
"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam ini.   -mk

Saturday, December 22, 2012

Himpunan 1 Juta Rakyat 12-01-13 Stadium Merdeka



Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.

Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.

Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.

Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.

"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.

KKLW Conteng Arang Ke Muka BN?

KEBANYAKAN projek pembinaan rumah di bawah Program Bantuan Rakyat (PBR) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina di permukaan air di beberapa daerah di Sabah; terutama diselia oleh 'Enjin Air' FELCRA seperti di Sandakan dan Semporna; telah menconteng arang ke muka Barisan Nasional.

Beberapa unit daripadanya telah roboh kerana binaannya tidak kukuh, malah berlaku penyelewengan projek dan menggunakan bahan yang tidak menepati spesifikasi kontrak; malah majoritinya menggunakan 9 batang tiang kayu lampung dan belian yang bersaiz 3 inci X 3 inci.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke Semporna dan Sandakan; reka bentuk rumah-rumah yang dibina di atas permukaan air hanya cantik dilihat tetapi dibuat terlalu cincai dan gagal mematuhi spesifikasi kontrak yang dipecah kecilkan kepada beberapa kontraktor yang tidak berpengalaman.

Senario ini meletakkan nyawa penghuni rumah berkenaan dalam risiko kehilangan jiwa dan kemalangan diri. Walaupun setakat ini belum ada kematian dilaporkan, namun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semakin gemar bermain 'Hunger Game' dengan menggadaikan nyawa penerima rumah berkenaan.

Kedudukkan rumah-rumah tersebut juga agak meragukan kerana jika dilihat dengan mata kasar, struktur rumah berkenaan tidak selamat untuk didiami manusia dan lebih sesuai sebagai kandang ayam kerana mempunyai jangka hayat dua tahun sahaja.

Mengikut rekod, kejadian rumah PPRT berlaku pada April tahun lepas di Kampung Air Semporna. Dalam kejadian berkenaan, sebuah rumah di bawah program PBR runtuh menyembah bumi, namun KKLW mempertahankan FELCRA.

Kejadian berikutnya agak melucukan kerana KKLW menafikan rumah PBR di Menampilik Semporna runtuh kerana kecuaian mereka sebaliknya disebabkan oleh ribut; sedangkan rumah usang di sekelilingnya tidak terjejas.

Mungkin ada benarnya kata Pengerusi JKKK Kampung Air Sandakan, Jafar Mustafah bahawa FELCRA tidak wajar terlibat dalam aspek kejuruteraan atau binaan, malah lebih baik menumpukan sepenuhnya dalam bidang pertanian sahaja.

Semasa tragedi berlaku di Sandakan, Sabahkini.Net telah menemui beberapa penduduk PPRT di Kampung Air Sandakan; hampir 80 peratus penduduk mendakwa mereka amat khuatir mendiami rumah-rumah yang duduki sekarang kerana bimbang akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh mangsa, Rajimah Latif dan 13 ahli keluarganya.

Dari awal-awal lagi, ADUN Karamunting yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri sudah memberi arahan kepada pihak FELCRA agar mengarahkan kontraktor yang bertanggungjawab dalam pembinaan sebanyak 18 buah rumah PPRT di kawasan Kampung Air, Sandakan supaya memantau dan membuat pemeriksaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun disebabkan kelalaian, ego dan sikap sambil lewa pihak FELCRA yang enggan menerima nasihat dan arahan daripada ADUN berkenaan; maka kejadian memalukan ini telah menghakis keyakinan para pengundi terhadap keikhlasan kerajaan BN.

Dalam hal ini, kenapa FELCRA tidak mengikut jejak langkah FELDA membina rumah PPRT daripada konkrit di atas darat seperti di Kampung Nala, Tungku yang bukan sahaja memberi keselesaan kepada penghuni, malah menambah keyakinan mereka terhadap kerajaan BN.

Persoalannya, apakah KKLW menggunakan FELCRA untuk melakukan sabotaj undi terhadap BN semata-mata mahu membalas dendam terhadap Kerajaan Negeri Sabah kerana ada pihak oportunis masih gagal melakukan KUDITA?

Oleh: SAIMON S JUMADI (sabahkini)