Khamis, 20 Oktober 2011

Malam Simfoni Kasih, Untaian Mahabbah

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah pentadbir seluruh alam. Diizinkan olehNya menyempurnakan majlis makan malam Batch Sem Satu PPISMP Ambilan Jun 2011.

Majlis Makan Malam ini diberi nama Malam Simfoni Kasih Untaian Mahabbah yang bertemakan Sedetik Bersama, Seabad terasa.. Nama pun dah gempak. Ini semua kerja sahabat-sahabat saya yang saya fikir cukup hebat. Terutama Pimpinan Batch Sem satu..

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Tuan Haji Anwar bin Ahmad. Pada ucapan perasmian beliau, setinggi tahniah diucapkan kepada kami sem satu kerana berjaya mengadakan majlis makan malam ini yang dikira amat besar kerana melibatkan semua pelajar batch yang bilangan sekitar 250 orang pelajar. 

Tuan Timbalan berkata, ini merupakan kali pertama dalam sejarah IPG Kampus Pendidikan Islam, satu batch dapat menganjurkan majlis makan malam yang melibatkan semua pelajar batch di tempat luar, terutama restoran yang agak mewah. Pujian yang membina semangat kami. Sesungguhnya usaha kami tidak dipandang enteng oleh pihak pentadbiran. Meraka menyokong segala usaha kami. Fuh lega hati ini. Sejuk telinga mendengarnya..


Ini juga satu petanda baik bahawa pihak pentadbiran IPG menaruh kepercayaan kepada kami pelajar sem satu. Oleh itu menjadi satu amanah kepada kami untuk menjaga kepercayaan pihak pentadbiran kepada kami. Prestasi perlu ditingkatkan demi mencapai matlamat yang selama ini didambakan oleh semua.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua komiti yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Segala penat dan lelah kalian akan dipandang oleh Allah. InsyaAllah.. Tidak lupa juga kepada semua sahabat-sahabat Semesta satu PPISMP Ambilan Jun 2011 yang sudi hadir pada majlis ini, demi memeriahkan lagi majlis ini serta menyokong segala usaha Ahli Jawatankuasa Batch sesi ini. Semoga Allah memberkati segala usaha dan tingkah laku kita.. Ameen...

P/s : Kepada pimpinan Batch Semesta Dua nanti, buat yang lebih baik daripada ini.. hehe

Isnin, 17 Oktober 2011

Musafir Rindu...



Alhamdulillah saya selamat sampai ke IPG selepas bermusafir ke Kelantan.

Cuti hujung minggu ini saya manfaatkan untuk pulang ke rumah demi menziarahi ibu saya di kampung. Terasa amat rindu kepada ibu tersayang. memandangkan saya sudah lama tidak pulang ke rumah. Pangilan dari kampung yang mengkhabarkan ibu saya kurang sihat mendesak saya untuk pulang ke kampung.

Hati terasa sebak bila melihat keadaan ibu yang tidak bermaya. Ibu saya mengalami penyakit darah tinggi dan asma. Sudah lama penyakit itu dihidapi oleh ibu saya. Cuma seminggu lepas, ibu terlalu penat menolong kakak saya menjaga kedai butiknya di Kuala Besut.

Saya menasihati ibu agar banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Semoga Allah memberi kesihatan kepada ibu...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Teguran Yang Membina...


" Ustazah, boleh ana tanya sesuatu,?" saya cuba memulakan perbualan dengan sahabat sekuliah saya.

" Boleh-boleh, silakan," dia membenarkan untuk pertanyaan saya diteruskan tanpa banyak berfikir.

" Kenapa ustazah tak paki sarung lengan (hand sock). Ustazah ada masalah yang tak dapat dielakkan ke? Ke ada masalah kesihatan?," saya bertanya dengan nada yangh penuh berhikmah agar tiada hati yang terluka.

" Tak ada masalah pape." Dia menjawab pendek dengan diiringi perubahan muka yang saya sudah menjangkanya.

" Tak ada masalah, kenapa tak mahu memakai sarung lengan? bukankah lengan perempuan itu aurat. Tambahan pula Ustazah pakai baju lengan yang tidak berbutang. Mudah sangat lengan baju itu terselak dan menampakkan lengan.." Saya meneruskan teguran dengan nada yang cukup berhikmah.

Sahabat sekuliah saya  itu diam seketika.

" Malas nak pakai! Tak selesa! Ana tak alim macam kamu, Ezuwan." Dia menjawab dengan nada yang agak tinggi. Muka terus berubah dan diam.

" Bukan alim ke tak alim yang menjadi persoalan itu, tetapi penerimaan kita kepada syariat Allah." jawab saya pendek tanpa mahu memanjangkang bicara saya. Pada hemat saya, dia sudah memahami tetapi ego yang menguasai keadaan. Saya terus diam dan meneruskan kerja saya.

Orang Agama Cermin Kepada Agama

Saya tertanya-tanya, mengapa seorang yang mengambil perkhususan agama yang apabila tamat pengajiannya dalam ijazah akan bergelar seorang ustaz dan ustazah sanggat sukar menukar penampilan mereka ke arah yang lebih baik pada pandangan manusia. Penampilan yang menunjukkan bahawa mereka adalah Orang Agama. Jangan menjadi penfitnah pada Agama.

Benar, Allah tak lihat pada penampilan kita atau pakaian kita, Allah melihat pada ketaqwaan kita. 

"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa dan anggota tubuh kamu, akan tetapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu yang kamu kerjakan."

Tetapi bagaimana pada pandangan manusia? Masyarakat melihat kita dengan bertitlekan Ustaz atau Ustazah atau dengan nama lain orang agama. Gambaran Islam itu ada pada kita. Oleh itu adakah dengan mereka melihat kita, akan membawa persepsi baik atau membawa persepsi buruk?

Rasulullah amat menitik berat soal pakaian. Kerana pakaian itu mencerminkan akhlak seseorang individu. Ada hadis yang melarang kita melabuhkan pakaian lelaki sehingga paras tanah. Tujuan Rasulullah melarangnya adalah untuk tidak meniru golongan Yahudi pada zaman itu. 

Oleh itu, mengapa kita agak sukar untuk mengenakan pakaian yang baik demi menjaga imej Islam agar dilihat dengan pandangan yang baik oleh orang-orang bukan Islam. ?

Persoalan ini perlu dijawab dan diperhalusi dengan baik. tepuk dada tanpa iman.....

Hikmah Aurat Wanita
A059

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 33:59

Hawa dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. Allah menciptakan kaum hawa dengan sebaik-baik kejadian. Dia sebagai perhiasan di dunia ini. Perhiasan ini adalah sesuatu yang cantik. Sekiranya perhiasa itu tidak cantik, maka akan buruk pandangan pada dunia. 

Suka saya dengan perumpamaan wanita ini sebagai mutiara yang tinggi harganya. Sekiranya mutiara itu berada di lumpur, maka akan hilang lah harga mutiara itu, tetapi sekiranya mutiara itu disimpan di tempat yang baik, di bungkus dengan elok dan di letakkan didalam cermin yang dikunci rapi. Maka harga mutiara itu di lihat makin tinggi nilainya.

Sekadar teguran untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan. Lantang bersuara bukan untuk menunjukkan diri ini hebat, tetapi mahu mendidik diri untuk melakukan apa yang di kata. Semoga Allah menerima segala taubat kita.

Alhamdulillah, pada keesokan hari, sahabat saya itu memakai sarung lengan. Tepat jangkaan saya, orang yang faham agama, mudah untuk menerima teguran. Semoga dia istiqomah, dan saya bertangungjawab atas kata-kata saya.

Hidayah milik Allah. Kita hanya berusaha.

p/s sekiranya sahabat saya itu membaca entry ini, bukan niat untuk menjatuhkan aib kamu, tetapi untuk teladan dan peringatan bersama. Setiap peringatan itu memberi manfaat kepada diri..


Khamis, 6 Oktober 2011

Leka dengan Nikmat!!!


Semua Kerja Kursus Pendek yang 'core' selamat disubmit kepada pensyarah yang berkenaan. Hanya tinggal Kerja Kursus pendek Gerko sahaja yang dalam proses.

Sudah lama tidak menulis dalam ruangan blog dek kesibukan aktiviti dalam IPG ni. Hari ni hanya Ustaz Subki sahaja yang masuk kuliah dengan menyambung perbentangan tentang hadis yang di beri tugas kepada pelajar-pelajar. Alhamdulillah sangat hebat sahabat-sahabat saya membentangkan hadis-hadis yang cukup memberi pengajaran kepada semua yang mendengar. Semoga ilmu yang diperolehi dapat di amalkan dengan istiqamah.

Namun saya tidak mahu untuk berkongsi hadis-hadis yang telah saya pelajari pada hari ini. Saya cukup tertarik dengan tazkirah selepas solat Zuhur sebentar tadi yang disampaikan oleh salah seorang ustaz dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral iaitu Ustaz Wan Yusoff.

Menjadi rutin harian di IPG Kampus Pendidikan Islam, seusai sahaja solat Zuhur akan ada tazkirah daripada pensyarah-pensyarah mengikut giliran masing-masing.

Cabaran dalam melaksanakan matlamat

Saya simpulkan tazkirah pada hari ini adalah tentang cabaran kepada kita dalam melaksanakan matlamat hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Ustaz Wan Yusoff membawa satu cerita yang boleh dikaitkan apa yang ingin dia sampaikan.

Cerita itu bermula apabila seorang pekerja yang diberi amanah oleh tuannya untuk menyelam ke dasar laut, untuk mengambil mutiara sebanyak mana yang boleh. Tuannya menjanjikan habuan yang amat lumayan sekiranya pekerja itu dapat mengutip mutiara tersebut. Dan tuang tersebut memberi syarat kepada pekerja tersebut dengan mengatakan peluang diberi hanya sekali. Tidak ada pengulangan.

Pekerja tersebut menerima tawaran daripada tuannya dengan menjanjikan bahawa dia akan melaksanakan amanah itu dengan baik dan membawa sebanyak yang boleh mutiara kepada tuannya. Maka tuan itu berasa lega dengan janji yang diutarakan oleh pekerjanya itu.

Sebelum pekerja itu terjun ke dalam laut, dia diberi satu tong gas yang hanya boleh bertahan selama dua jam di dasar laut dan kelengkapan-kelengkapan sebagi penyelam selengkapnya.

Tanpa membuang masa, pekerja itu terjun ke dasar laut untuk mengutip sebanyak yang boleh mutiara di dasar laut itu. Semasa dia sampai ke dasar laut, dia terpegun melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut itu. Dia terjumpa batu karang yang begitu unik bentuknya, ikan yang begitu cantik yang tidak pernah lihat sebelum ini. Pekerja tersebut leka dengan melihat keindahan di situ. Dia cukup teruja, dan sempat dia bermain-main dengan ikan dan hidupan yang ada di dasar laut itu.

Setelah berasa lama leka dengan keindahan hidupan laut itu, pekerja tersebut melihat jam yang berada di tangannya. Sungguh terkejut pekerja itu apabila dia hanya memiliki masa sebanyak lima minit sahaja lagi, sebelum gas yang berada di belakangnya, kehabisan.

Maka tanpa membuang masa pekerja tersebut segera mengutip mutiara yang dijumpainya. Selepas sempat mengutip sekadar penuh di tangan sahaja, dia mengambil keputusan untuk naik, kerana masa hayat gas sudah hampir.

Pertengahan jalan yang hampir sampai ke permukaan, dia di langgar oleh ikan besar yang melalui disitu. Secara tidak sengaja, mutiara yang berada dalam gengaman dia terlepas. Kesemua mutiranya jatuh kembali ke dasar laut.

Semasa sampai di permukaan air, dia mendapatkan tuannya. Apabila tuannya mengetahui bahawa dia tidak membawa hanya sebutir mutiara, tuannya amat marah. Dan memberhentikan kerja si pekerja itu.

Pekerja itu memohon maaf dan meminta diberi peluang sekali lagi untuk menebus kesalahannya. Namun Tuan pekerja itu berkata "Aku hanya bagi kamu peluang sekali sahaja, tidak ada yang kedua. Sesungguhnya hidup ini hanya sekali, sekiranya kamu gagal, maka kamu tidak boleh menebus segalanya"

Pengajaran dari cerita di atas
Gas yang dibekalkan kepada pekerja itu di ibarat seperti nyawa kita atau jangka hayat kita selama di dunia. Manakala mutiara yang ingin dicari itu adalah matlamat hidup hamba kepada Allah. Namun matlamat itu di halang dan di gugat oleh keindahan hidupan di dasar itu yang boleh kita analogikan sebagai nikmat dunia yang kita leka terhadpnya.

Dunia begitu indah pada pandangan manusia. Oleh sebab itu ramai yang lebih cintakan dunia daripada cintakan akhirat.

Allah memberi peluang kepada hambanya untuk berada di dunia ini hanya sekali. Hidup hanya sekali. Nyawa atau hayat hidup diberikan oleh Allah adalah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.

Kita tidak tahu berapa lama jangka hayat kita hidup di dunia ini. Kita juga tidak tahu bilakah masa dan tarikh kematian kita. Kita jugak tidak tahu bagaimana keadaan kita semasa kita mati.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku di depan kita. Jangan kita terleka dengan keindahan dunia yang hanya sementara di mata kita. Keindahan dunia itu sebagai ujian yang didatangkan oleh Allah untuk menguji keimanan dan ketaatan kita kepadaNya.


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Segala nikmat yang diberikan oleh Allah mesti dimanfaatkan pada jalan yang benar. Nikmat kehidupan yang tidak digunakan dengan baik akan membawa kebinasaan pada diri sendiri.



Pengajaran yang boleh diambil ketika pekerja itu sudah dapat mengutip mutiara disaat akhir itu adalah tentang keikhlasan kita.


Pekerja tersebut merasakan dia sudah berjaya mengutip mutiara itu pada saat akhir yang mahu menunjukkan dia boleh buat sesuatu perkara walaupun disaat akhir. Dia merasakan dia yang terbaik dan tiada orang setanding dia.

Ini adalah berkaitan dengan niat seseorang itu. Melakukan banyak ibadah tetapi hati hanya ke arah ingin menunjukkan bahawa kita sahaj yang baik, bab kata orang " nak tunjuk alim" ada suatu budaya yang menyerong dari Islam.

Segala perbuatan kita perlu ikhlas kerana Allah dan bukan kepada kebendaan dan nama. Ibadah yang kita lakukan adlah untuk dinilai oleh Allah, bukan untuk dinilai oleh manusia. Nilaian manusia hanya didunia, tetapi nilaian oleh Allah membawa ke Syurga.


Kesimpulannya. Islam merupakan aturan hidup yang sempurna yang tidak bertentangan dengan fitrah seorang manusia. Maka hanya tinggal pada diri kita yang mahu mengikut jalan yang senang yang telah disediakan atau jalan yang sukar yang juga perlu kita terokai..

Wallahua'lam...