Friday, December 31, 2010

Suka Duka 2010

Sajian untuk kali terakhir di tahun 2010... Kenangan-kenangan SRB di tahun ini... Semoga tahun 2011 akan lebih baik dari tahun 2010... Insyaallah...





Thanks Software

Akhir nyer, record peribadi untuk SRB telah di cipta... Apa kah itu... saksikan gambar sebelum dan selepas di bawah... Tidak menggunakan adobe photoshop sebab software dah kene format jadi hilang di dalam lappy SRB... Tapi kali nie, SRB menggunakan paint utk lukisan di bawah... Hebatkan...

Menggunakan "Software PAINT"

Kesimpulannyer, tidak kira apa yang ade, kita jangan lupa akan benda-benda yang lama... Memang betul kita sudah kecapi pelbagai kecanggihan atau lebih tepat makin siber, tapi tradisi atau benda yang lama jangan lah kita lupa kerana ia nyer masih boleh di gunakan lagi walaupun makan masa yang lama...




Lukisan hati

Sepanjang cuti ini SRB terkejut dengan gejala melukis di sekeliling SRB, iaitu adik perempuan SRB dan Suzie... Lukisan di terbit kan pada sehelai kertas putih... Dalam fikiran SRB, pandai dan kreatif jugak dia nie. Tak sangka dia nie luangkan masa dia dengan gejala nie...

Dalam diam-diam SRB snap this picture...

Untuk pengetahuan semua, adik SRB nie memang minat giler dengan carton animasi Detective Conan ini... Tak tahu la sampai bila dia minat, hah yang ini SRB tak tahu... Biasa lah budak-budak baru nak meningkat remaja kan... Apa yang SRB buat, nak copy this picture menggunakan software paint. Berjaya atau tidak, tunggu next post... Kalau tak der, x berjaya lah kan...

Lukisan Suzie...

Ini lagi satu, entah bila tah dia lukis benda alah nie... Tapi yang pasti dia gunakan kertas lukisan yang tertera UTHM.Tak silap SRB, ade program di UTHM yang pernah SRB sertai..

Kesimpulannyer, hanya SRB sahaja yang tiada seni lukisan ini.... hahahhaa... Tak pe tak pe, SRB nak buktikan bahawa SRB boleh copy gambar di atas dengan menggunakan software paint. I will kept my word!!!




Promote Damping Malam

Salam readest, SRB baru sahaja menonton Wayang yang berjudul "Damping Malam"... Untuk makluman semua, ini lah filem yang pertama kali SRB tengok filem yang tak sampai 24 jam pon filem di tayang kan di mana-mana panggung... Giler hebat kan tarikan Damping Malam nie kepada SRB...

Sebenarnyer, SRB dah plan pon nak tgk filem nie.

Apa yang SRB dapat filem ini sangat menarik khusus nyer pada yang sudah berkeluarga. Paling tepat sekali pada Isteri atau keturunan kita. Tapi dari cerita ini, SRB dapat simpulkan bahawa benda-benda seperti hantu, jelmaan syaitan dan sebagainyer memang wujud.

Dari situ, kita di bahagikan kepada 2 jenis,
1) "Seorang yang tidak nampak tapi tidak percaya dengan kewujudan nyer"
2) "Seorang yang tidak nampak tapi yakin akan kewujudan nyer"

Kebanyakan orang ketika ini banyak tergolong pada no.2. Owkay lah, seperti contoh oksigen, korunk tak nampak oksigen tu kan, tapi korunk yakin oksigen tu ada bukan. Hah, macam itu lah dengan kewujudan Allah. Beruntung lah pada mereka yang ternampak akan jelmaan seperti itu, tapi pada hakikat nyer, mereka tak nak benda-benda macam tu muncul depan atau ganggu mereka.

Selain itu, filem ini memang banyak suruh u'all berfikir dengan setiap babak dalam perceritaan ini.
Apa-apa pun, cerita ini memang besh. Mesti korunk akan fikir 2,3 kali kalau korunk nak jumpa bomoh untuk perkara yang boleh merosakkan akidah kita, yang boleh di kategorikan sebagai SYIRIK...

Surah Al-Jin Ayat:6

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

Wednesday, December 29, 2010

contest fesyen untuk semua

Hello follower... Kali nie SRB di ajak oleh Ain Azman untuk join this contest... Tapi tak tahu laa boleh menang ker tak kan, ye lah SRB nie siapa, bukan model pun... Hahahha..

Apa-apa pun SRB join sahaja untuk memeriahkan contest nie... So, tahniah kepada Shida dan
Esya sebab buatkan contest seperti ini...

This banner untuk "Contest Fesyen Untuk Semua"


Syarat-syarat untuk joint this contest ini... Korunk kene jadi follower mereka di bawah nie...

duniakushida.blogspot


Gambar yang SRB taruh kan ade 2 taw... tengok lah erk... hahahaha


Ala-ala Meet Uncle Hussin (Kiri) and Ala-ala Korean (Kanan)... Giler berangan..


Tagged 5 rakan anda, tapi SRB nak tag orang2 yang rajin buat homework seperti :-

http://zakmalstory.blogspot.com/

http://chu-are.blogspot.com/

http://iziramashi.blogspot.com/

http://the-flower-syazwani.blogspot.com/

http://nj-vespakuning.blogspot.com/


Lastly, tinggalkan link contest korunk kat link ini >>> "Contest Fesyen Untuk Semua"... Dah settel... senangkan... jom lah join...




Sunday, December 26, 2010

Garuda di cakar Harimau???



Garuda VS Harimau

Sukar nak percaya, itu lah yang SRB rasa sekarang... Selepas menonton perlawanan akhir AFF antara Malaysia dengan Indonesia. Syabas di ucapkan kepada anak-anak buah jurulatih skuad Negara, K. Rajagobal atas kemenangan yang besar. Hasil jaringan melalui rembatan rendah Safie Sali, rembatan ke penjuru gawang indon oleh Ashaari dan tandukan Safie Sali.

Kita tidak perlu mengucapkan kepada mereka sahaja tetapi ucapan tahniah jugak pada pemain paling berharga 2010 Malaysia, Idlan Shahrul Taalaha dan Mahali Juzali kerana mereka mencipta jaringan itu. Sementara itu, pemain gantian Amirul Hadi iaitu Ashaari merupakan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2010 tidak mengecewakan Negara kerana menjadi supersub.

Ucapan tahniah jugak kepada kapten pasukan iaitu Syafiq Rahim kerana mengetuai skuad di padang dengan cemerlang. Sementara itu jugak, gandingan rangkaian daripada Amar jugak tidak mengecewakan. Pemain paling muda dalam pasukan Malaysia iaitu Fazdli Saz sangat-sangat ampuh di bahagian pertahanan bersama Muslim. Asra jugak bermain bermati-matian memastikan sejarah di lakar.

Terima kasih jugak pada Khairul Fahmi sebagai pertahanan terakhir untuk skuad Malaysia untuk memastikan Harimau tidak terluka dengan Garuda. Yang pasti, Malaysia telah kalahkan Indonesia dengan 3 jarinagn berbalas kosong. Kiranya Harimau telah mengcakar Garuda dengan 3 tanpa balas.

Kesimpulannyer, kita sudah sebelah tangan mengenggam piala AFF Suzuki. Bekalan yang cukup selesa bagi Malaysia untuk di bawa ke Indonesia nanti. Harap apa yang kita harapkan berjaya di laksana. Amin...




Thursday, December 23, 2010

Easy come easy go

Gambar sekadar hiasan...

Sebenarnyer SRB nak share pasal satu pepatah atau ayat yang patut kita belajar dari sekarang. Mungkin pepatah atau ayat ini tak begitu korunk amik port atau amik kesah, tapi bagi SRB, ia amat penting untuk kehidupan. Pepatah atau ayat yang SRB nak share ngan korunk ialah "Easy Come Easy Go". Sebenarnyer ayat nie SRB dapat dari seorang sahabat yang bernama Michael semasa main game Texas Holdem Poker...


Zynga Poker

First tanggapan yang SRB dapat dari ayat tu ada betul jugak. Cuba korunk bayangkan tentang sesuatu yang kita nak tu, kita dapat dengan mudah. Tapi korunk perasan tak, bila kita dapat tu dengan mudah, mesti kita akan terima kenyatan yang ia tak kan bertahan lama, maksud nyer ia akan rosak atau hilang laa...

Contoh lain pulak, dari segi nak usya-usya girl/boy.. Percaya atau tidak, bila kita nak kat girl/boy tu, girl/boy tu dengan mudah terima lamaran kita, pasti hubungan itu tak lama. Tapi jika sebaliknyer, kita nak girl/boy tu, kita sedaya upaya nak girl/boy tu walaupun pada dasar nyer girl/boy tu tak x nak atau x cinta kat kita. Pasti hubungan tu akan lama dan berpanjangan.

Sebenarnye banyak lagi contoh-contohnyer, tapi itu jer yang SRB ase sesuai tu. Tapi tak tahu lah korunk kan... Itu reaksi atau pendapat masing-masing... So, apa pendapat korunk???




Wednesday, December 22, 2010

Segmen Jom Berkenalan

Kali ini SRB kene ketuk dengan pemilik blog ZakmalStory.Blogspot untuk join this segmen. Sakit taw Zati, nasib baek lah awk tu kecik... Hehehehe... Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi dan mengalu-alukan SRB untuk join this segmen... Sayang jugak erk... Hahahaha... Perasan dah si SRB ini... **Pang....

jom berkenalan melalui soalan, semuanya ada 7soalan yang sangat menarik....

  • apakah status anda
Aduh!!! perlu ker jawab soalan sedemikian rupa??? ehmm buat masa bahagia sekarang... Dalam perhubungan laa... Dalam bahasa inggeris "In-relationship"
  • ceritakan tentang diri anda
Seorang yang di gelar Wan. Pernah berkediaman di TLDM Lumut dan sekarang di Tampin, Negeri Sembilan. Sekarang berada di tahun akhir Diploma Sains Kuantitatif (Matematik) di UiTM Segamat Johor.
  • ceritakan tentang blog anda
blog ini di cipta adalah untuk catatan coret SRB. Perasaan gembira,sedih dan segala-segala nyer lah. Konsep untuk blog ini catatan peribadi kut (Tak pasti). Blog kaler biru, segala-segala biru tapi bukan celcom erk... hahahaha
  • apa pandangan anda pada dunia blog
dunia blog sangat-sangat bagus sebab dari situ kita dapat pengalaman. Pengalaman akan dapat dari segi pembacaan pengalaman para-para blogger itu sendiri. Selain itu, blog jugak boleh dapat berkongsi masalh dengan para blogger
  • nasihat anda kepada rakan2 anda yang baru nak buat blog
pasti kan jangan buat blog tu macam chipmore... sekejap ade sekejap tak der (Zati yang tegur SRB)... Lagi 1, jaga pertuturan dan bahasa dalam penulisan blog supaya tidak mengutuk dan menghina mana-mana pertubuhan di Malaysia, kalau tak kene saman. Sekarang zaman saman-menyaman jer...
  • nyatakan keunikan yang ada pada blog anda
keunikan??? ehm mungkin kaler biru tu kut... biru tu kan lambang pepaduan... macam konsep 1Malaysia.... hakhakhak...
  • sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog??
sampai SRB ade cucu cicit kut... orang cakap selagi ada masa terluang dan selagi darah berada dalam tubuh SRB ini mengalir... Macam itu kut... insayallah!!!
  • tagged 4 orang blogger

pengasas segmen ni >>> "loqkimagri blogspot"




Tuesday, December 21, 2010

Your URL story contest

Salam... Baru sekarang SRB ingat pembuka bicara mesti mula dengan salam... Dang** kat dahi SRB sikit... hahahahaha

Kali ini SRB kene tag oleh Zati And Lappy... Jadi, SRB kene lah join this contest.. Kenapa lah si Zati nie tag SRB... Ada apa-apa lah tu... Hahahaha

My URL :- "ryoma-hazone.blogspot.com"

Kenapa "RYOMA"??? Pastu "HAZONE"??? macam budak-budak pon ade kan... Hahahha... Memang betul pon kan... Macam kebudak-budakkan kan... Seriusly, nama blog x sesuai dengan zaman sekarang, tapi nak wat macam mana kan??? Dah Tak boleh ubah dah kan...

Owkay lah, ryoma tu SRB dapat dari watak Prince of tennis... Watak kanak-kanak yang bagus main tennis tu... Ryoma Ekhizen... SRB suka dengan Style dia...

Hazone pulak... Gabungan nama Hazwan dengan number satu... So, Haz dengan number one (dalam bahasa inggeris)... Jadi lah HAZONE...

knpe guna URL ryoma-hazone... Sebab masa tu just suka-suki jer buat blog nie... ahhahahaha

Disini SRB nak tag semua orang yang sudi nak join this contest... Ceciter-ceciter!!! ahahahha

siapa-siapa yang nak join usya penganjur nyer blog di sini >>> "devilviernes.blogspot"




SRB kene santau!!!

Alamak!!! SRB kene santau lah... Siapa yang tak puas hati dengan SRB nie... Apa dosa yang pernah SRB buat sampai kene santau sedemikian rupa???. Sakit tahu tak...

Baru-baru nie, ade berita tentang anggota polis kene santau katak puru dalam Harian Metro. Tak sangka pulak orang zaman sekarang pun still nak santau-santau kan. Kenapa lah benda-benda macam berlaku kan. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi SRB taw...

Tapi kali ini, SRB bukan nak bagitahu yang SRB kene santau ker apa... Tapi SRB nak share satu azimat untuk menghalang kita di santau sedemikian rupa...

Credit by PakCik Google

Hanya menggunakan limau atau nenas sahaja kita tahu adakah kita di santau atau tidak... Cara-cara nyer, haruslah di belah daripada tangkai atas ke bawah. Lalu makan bersama dengan kicap, mereka akan berasa mual lalu muntah darah kerana sifat santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan. Atau pesakit akan rasa seluruh badan seperti di cucuk dengan benda tajam.

Bila di restoran, makanan yang berlauk harus di asingkan dengan lauk yang korunk amik. Serta bekas nyer jugak harus berbeza dan tidak berbau basi. Ia berkemungkinan mengandungi racun santau.

Minuman pulak, korunk kene rasa bawah cawan hidang dengan jari kelingking jika rasa sakit seperti di gigit semutb api ia mengandungi sanatu. (Petikan Harian Metro)




Sunday, December 19, 2010

Tahniah dan bangga


inibelogsaya.blogspot.com

Kali ini SRB nak ucapan kan tahniah kepada Hanis Zalikha kerana popular disebabkan Blog nyer. Statistik yang di keluarkan orang laman web pencarian google Malaysia, Hanis Zalikha telah mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza... Wah... sungguh tak sangka.

10 individu paling dicari dalam google malaysia mengikut turutan:-

1) Maher Zain

2) Justin bieber

3) Luna Maya

4) Din Beramboi

5) Lady Gaga

6) Hanis Zalikha

7) Lee Min Ho

8) Adam Lambert

9) Datuk Siti Nurhaliza

10) Paul Tan

Apa yang SRB tak sangka, Hanis Zalikha ini adalah warga UiTM Segamat Johor jugak... pendidikan pun setanding dengan populariti yang dia kecapi... Seorang yang tidak sombong dan penampilan dia pun tak lah begitu menonjol mengikut keadaan kut... kahkahkahkah




Movie pecah perut


Credit from Pak Cik Google...

Kahkahkahkah!!! SRB mulakan dengan gelakan yang SRB tinggalkan di panggung wayang Dataran Pahlawan. Baru-baru nie SRB berpeluang untuk menonton movie arahan Mamat Khalid ini. Ye lah, selama ini asyik dengan kerje jer kan. So, rilex-rilex g hang-out dengan my bro and my cousin g usya movie ini.

Nak jadikan cerita, jalan nak menuju ke DP punya lah sesak. Nak keluar plaza tol ayer keroh pun sudah sesak, kepala sudah pikir parking kereta dah. Padahal masa tu, belum keluar tol lagi. Semak-semak...

Owkay lah, dah melalut jauh dari cerita asal nie... SRB nak cerita pasal movie ini tadi... Korunk perasan tak, sebelum cerita di wayang nak mula mesti akan tunjuk movie-movie yang akan keluarkan. Masa tu, SRB tgk movie yang akan keluar semua berunsurkan cerita seram... Kenapa cerita seram jer erk??? tak der idea ker???

Ada satu carton yang SRB pernah terbaca taw. Dalam carton tu, 1 keluarga tengah tengok cerita seram taw, tapi hantu atau iblis kan kita tak nampak kan. Hantu tu boleh berborak dengan kawan dia macam nie "Senang lah kita nak takut-takutkan cucu Adam sebab cucu Adam nie takut kat kita"... Jadi??? Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Kesimpulan di sini yang SRB nak ceritakan adalah Movie "Hantu Kak Limah Balik Kampung" tidak lah seram tapi kelakar sehingga boleh pecah perut taw. SRB tak cerita sinopsis kat sini, nanty tak best lah siapa yang tak tengok lagi kan...

Enjit-enjit semut~~~
siapa sakit naik atas~~~
hahahaha




Friday, December 17, 2010

Kontest Blog Terkemas!


Kali ini SRB nak join this kontest pulak... Nak tahu gak taraf kekemasan SRB nyer blog jugak kan... Hehehehe... Makna nyer, kalau SRB kalah dalam kontest ini, Blog SRB x kemas lah kan... hahahaha... Saje jer wat ayat supaya pihak pengajur ase bersalah... hahahahaa...

This kontest di anjurkan oleh 2 orang taw, antara nyer :-

Me And My Blog (Pengajur Utama kut...)



Syarat-syarat wajib * nak gempak jap . muahaha .
  1. Follow Blog "Me And My Blog" dan "Violet Vale". tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog kitorang ok :D (DONE)
  2. make sure korang ada blog tau! no blog . no contest, no present ! hahah . (DONE)
  3. buat satu entry dengan tajuk "Kontest Blog Terkemas". Amek banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni . (DONE)
  4. bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha .(DONE)
  5. kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina.(DONE)
  6. tag 3orang blogger ok :)
MyWords (My)
When i feel writting is better than speaks (Caie)
Dear Diaries (Kak Wanie)

Apa yang menarik nyer this kontest sebab ade 3 orang pemenang yang akan di pilih taw. Tapi yang sedih nyer, penyertaan nyer amat-amat lah ramai. Tapi, nasib kita bukan dapat tahu pon kan. So, redha sahaja dengan keputusan nyer nnty...




Favorite Photo Contest


Kali ini SRB ade jemputan istimewa dari pengajur contest ini sendiri, iaitu ARDILA... Tapi SRB kene tag jugak dengan owner blog "Life Is About Choice" jugak... Nak tak nak, pengajur sendiri yang suruh join this contest, SRB kene lah join. Lagi pon, SRB nak bagi meriah this contest. Usya-usya folder pic, ade lah pic yang SRB nak taruhkan. So, itu lah hasil nyer...


Header yang meng"Tag" SRB

Full Name :Muhammad Hazwan Hairuddin
Nick Name :Wan @ Sanat @ SRB
Date / Place of Birth : 9 April 90 Hosp Besar Wilayah Persekutuan Labuan
Blog Tittle :D'Life of Si Rambut Biru
Blog URL : http://ryoma-hazone.blogspot.com
Favorite Photo's :
Kaki air terjun di Gunung Ledang

Tell us the story behind this photo :

Okay, kali ini SRB nak story about this photo. Photo ini di ambil di Gunung Ledang tapi orang selalu cakap ia "Sagil". Selalu nyer student-student UiTM kalau nak release tension tok dapatkan ketenangan, tempat ini lah akan mereka singgah. Entry payment utk sebuah kereta baru RM2. Satu kepale RM1, tak kira dewasa atau remaja atau kanak-kanak. Dalam tu ade resort taw, tapi SRB tak singgah pun resort tu. SRB datang just utk mandi-manda sahaja. Besh giler...

The terms and conditions is simple:

1.Contestant must fill in the question above. (DONE)


2. Add For The Rest Of My Life as the followers. (DONE)

3. Say something to the owner of the blog.

Saudara SRB di Rumah Blog No.123 iaitu Siti Aisyah... Blog yang simple tapi sangat tersusun, Tapi biasa lah kan, tetap pink...

4. Leave your URL Contest at the comment above. (DONE)

5. Promote/Tag this contest to your friends.

Zati and Lappy (Zati)
MyWords (My)
Dear Diaries (Kak Wanie)

6. Put the picture of contest on your wall.(DONE)




 
f