Saturday, July 28, 2012

demam bengkak susu

Hari ke- 12 selepas bersalin saya mengalami demam bengkak susu. Bangun pagi saja, aduh sakitnya pada bahagian ketiak dan tangan. Hinggakan nak angkat tangan pun susah berdenyut-denyut sehingga kepala. Hendak bangun apatah lagi...susah yang amat. Tambah pula hari tu mak dah balik ke kampung gagah juga dan paksa diri bangun untuk ke dapur.

Sambil tu paksa juga baby minum susu namun masih tidak dapat mengurangkannya. Search di internet dan ikut petua-petua yang diberi antaranya letak kobis kat breast (tp jangan selalu dikhuatiri akan menyebabkan susu kering), urut dengan sikat dan tuam dengan air panas untuk melancarkan pengeluaran susu. Semua ni memang saya dah buat namun tak berjaya juga. Sampai ke petang rasanya menanggung kesakitan yang amat sangat. Sehinggakan husband pun pelik melihat saya menangis.
Saya SMS pada suraya dr Lunatots yg sepatutnya nak hantar pum susu yang saya dah order tu malangnya dia tak dapat hantar kerana ada seminar. Apa lagi terus minta bantuan pada anak buah yg kerja di situ dan ambilkan di amcorp Mall.


Inilah pum susu madela freestyle yang saya beli di Lunatots Amcorp Mall.  Alhamdulillah esoknya husband terus ambil di Bangsar sebabnya pum susu biasa  yang dibeli di kedai baby tak jalan dan berjaya untuk mengurangkan bengkak susu.
 Bila pum freestyle sudah ada dalam tangan apa lagi terus jer memulakan sesi mengepam setiap 2 jam sekali selepas bg direct feeding pada baby sebab nak bagi realese susu keluar dan melancarkan urat-urat yg dah bersimpul tuh.

Hampir tiga hari juga saya demam dan pening kepala. Hanya makan panadol saja untuk kurangkan sakit kepala dan sengal-sengal pada badan dan tangan.


 . Inilah pam madela freestyle kecil dan comel jer bentuk nyer. Senang dipegang.
Lepas tiga hari Alhamdulillah bengkak mulai surut, saya perbanyakkan penyususan baby dan bagi baby menyusu macam biasa. Selepas menyusu saya pam lagi untuk kosongkan breast dan bagi baby dengan botol sebabnya sebelah breast saya masih sakit lagi .


Mula-mula guna memang tak biasa lagi dan dapat hanya dalam 2oz saja tapi bila dah biasa guna dan cik B pun dah serasi bolehlah dapat dalam 4oz ke 5 oz setiap kali perahan. Alhamdulillah banyak juga tu pada saya. Baby pula kuat menyusu kalau dalam botol sekali minum 4oz dah habis terus .

Demam bengkak susu memang saya alami untuk kedua-dua anak saya terdahulu. Memang sangat menyeksakan. tambah pula kalau baby yang jenis tidur lama, kejut pun susah nak bangun. Macam Fayyadh dia akan bangun setiap 2jam setengah atau paling lama 3 jam untuk menyusu. Kalau kejut selepas 2 jam pun susah nak bangun. Tapi bila bangun dia akan minum dengan kadar yg banyak habis 4oz dalam botol dia akan direct feeding lagi huhuhuhu penatlah mama macam ni.

*** hanya ibu-ibu yang pernah mengalaminya saja tahu bagaimana sakitnya kalau kena demam bengkak susu***

Ini sedikit info mengenak bengkak susu:

Bengkak Payudara
Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkakberdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

 Apa penyebabnya?
Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

Bagaimana untuk merawatnya?
Pembengkakan ini  sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi
  • Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat
  • Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.
  • Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.
  • Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan
  • Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan
  • Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.
  • Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
  • Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.
Berapa lama akan berpanjangan
Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?
Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

Thursday, July 26, 2012

sayang adik

Kalau diikutkan anak saya yang kedua ni lebih prihatin dan penyayang. Ketika mengandung dulu pun dia yang kerap kali mengurut kaki tatkala saya mengadu sakit kaki selepas balik dari kerja. Dia juga ringan tulang memicit kepala saya apabila saya mengadu pening kepala.  Dia juga yang rajin berbual dengan baby di dalam perut setiap malam.
"Baby jangan nakal-nakal ya..jangan tendang mama ya..sian mama," katanya.
Malah dia juga yang selalu tidak sabar melihat baby malah meminta supaya doktor 'membelah' perut saya secepat mungkin dek kerana tidak sabar menunggu baby keluar.

 Fahim & Fayyadh

Perkataan belah itu memang saya beritahu pada kedua-dua anak saya bagaimana mereka dilahirkan sambil menunjukkan parut kesan bedah pada perut dan seperti biasa Fahim akan menunjukkan wajah kasihan dan sedih apabila melihat perut saya dan terus berkata 'kasihan mama'

Selepas mendapat adik, dia juga yang sering berada di tepi saya apabila ramai adik-beradik yang menziarah. Risau benar sekiranya adiknya diambil.
Pernah apabila maklong, mak njang, mak ngah atau tok sekali pun ingin mengambil adik katanya, "Tak boleh...buatlah sendiri..mengandunglah'  gelihati saya saya mendengarnya. Drp mana dia mendengar perkataan itu.

"Mama kalau nanti org ambik adik...mama kenalah mengandung lagikan?" katanya pada saya apabila melihat ramai yang datang melawat adik.
Bangun pagi wajah adik dicium..tapi saya yang tidak benarkan selalu risau sekiranya baby selsema. Dia juga yang menolong saya mengambil itu dan ini apabila saya memintanya. Nampak benar dia sudah semakin membesar. Dhani Fahim semoga menjadi saudara, rakan, abang yang rapat dengan Dahin Fayyadh. Juga pada kakak Durrani Fatihin moga menjadi kakak yang rajin dan ringan tulang selalu. 

Daripada berdua kini bertiga. Ini bermakna tanggungjawab membesarkan anak-anak juga semakin bertambah bukan sekadar mengandung dan melahirkannya saja. Moga dapat menjadi ibu terbaik kepada anak-anak saya.Amin.

Dahin Fayyadh  yang bermaksud cerdik dan murah hati- 4 Julai 2012


Wednesday, July 25, 2012

amalan ketika berpantang

Berpantang kali ni saya tidak bergantung kepada jamu saja sebaliknya mencampurkan set berpantang Shaklee yang saya rasa sangat membantu untuk kekal kuat, sihat dan bertenaga. Saya amalkan sejak mengandung lagi dengan pengambilan kalsium, obmimestrix dan vanila shake tapi tak secara tetap sebabnya saya campurkan juga dengan obimin dan obical dr hospital. Sayang pulakan ubat hospital tak makan.


Untuk set berpantang ni ada Vita-Lea, Vita C, kalsium, Zink, obmestrix, minuman ESP. Memang saya amalkan sejak hari pertama berpantang sampailah sekarang. Alhamdulillah sangat membantu menguatkan badan, rasa tak letih dan bertenaga. Bayangkan kalau dulu tak tidur petang rasa penat sangat-sangat. Tapi sekarang mmg jarang dapat tidur petang cuma dapat rehatkan badan saja tu pun dah mencukupi. Saya rasa luka dalaman pun makin cepat sembuh ini mmg saya rasa sebabnya kurang rasa ngilu, berdenyut atau sakit walaupun saya banyak berjalan dan buat kerja rumah yg ringan-ringan.  Alhamdulillah..

Saya suka ESP tu soy protein sebab membantu untuk rasa kenyang. Pagi minum ESP campur dengan milo dan makan dua keping biskut dan cukup sementara tunggu tengah hari baru makan nasi. Susu badan juga banyak dan pekat. Kadang2 belum cukup 3 jam dah basah baju baby pula asyik tidur jer sampaikan demam bengkak susu 3 hari. Nanti di entry lain saya ceritakan mengenai bengkak susu ni.


Selain tu saya amalkan juga polleney pati ikan haruan. Dapat habiskan sekotak ni pun punyalah susah sebabnya tak tahan bau hanyir. Selalu minum dengan kopi pekat untuk kurangkan hanyir. Baru jer minum 3 botol ada lagi 3 botol untuk dihabiskan.




Yang ini pula sarang burung berkolegan. Kawan yang bagi sebenarnya sebab dia dah amalkan untuk anak pertama dan kedua. Dia kata baik untuk org baru selepas bersalin terutama pembedahan csert kerana membantu penyembuhan luka dalaman. Rasanya sedap macam madu. Makan satu sudu pagi dan petang saja.

Untuk jamu juga ada tapi saya belum mulakan lagi makan. Sebabnya tak nak campur dulu dengan Shaklee. Biarlah dah habis pantang baru mulakan dengan jamu pula. 

Ramadan ni nampaknya tak dapatlah berpuasa penuh. Cuma saya harapkan dapatlah berpuasa di hujung-hujung Ramadan nanti dapat dalam 5-10 hari pun jadilah. Taklah susah nak mengganti puasa nanti. 


Tuesday, July 24, 2012

pengalaman kali ketiga csert

Alhamdulillah hari nie dah masuk 20 hari berpantang. Syukur diberi kesihatan yang baik untuk saya dan baby. Risau juga memikirkan sebab kali ni berpantang sendiri di rumah. Mak datang hanya seminggu saja.
memang sejak awal mengandung selalu berdoa semoga kali ni dipermudahkan kelahiran, diberi kesihatan yang baik pada saya dan baby supaya mudah dijaga.



Kali ni saya memilih doc Fatimah di An nur Bangi untuk sambut kelahiran sebabnya sama doc semasa melahirkan Fahim.
Oleh kerana sudah dua kali csert jadi kandungan ketiga juga csert.  Jadinya doc Fatimah di Annur Bangi sudah menetapkan tarikh 6 July untuk bersalin iaitu awal 38 minggu. Walaupun saya mengharapkan agar dapat bersalin pada 10 July sempena birthday saya tapi mana mungkin kan. Sebabnya saya tidak pernah sampai sehingga 38 minggu. Paling awal 36 minggu dan paling lewat awal 37 minggu.



Pada minggu-minggu terakhir mmg  terasa rahim ke bawah. nak berjalan pun rasa penat sangat dan termengah-mengah, hingga terpaksa pegang perut. Tapi gagah juga hantar kakak ke ke sekolah. Selain tu berdoa semoga sempatlah sampai 6 julai (tapi sebenarnya dalam doa-doa harian saya...saya berdoa agar dapat merasai kesakitan bersalin kerana tak  sanggup untuk masuk ke OT tanpa rasa sakit. Tak dapat nak bayangkan macam mana kalau masuk OT dan terus dibedah..ngeri juga..).


4 Julai rahim dah semakin ke bawah. Rasa nak pitam pun ada juga bila berdiri terlalu lama. Tapi tetap hantar kakak ke sekolah dan makan di kedai bersama Fahim. Tengah hari seperti biasa ambil kakak di sekolah seperti biasa  tanya anak-anak nak makan apa? Hari tu dia org request nak makan Pizza. So pergilah Dominos Pizza dan makan di rumah saja. Banyak juga saya makan walaupun sebenarnya bukannya penggemar pizza sangat.

Sambil tu telefon mak di kampung, dan sempat menghantar SMS dengan kakak dan ipar duai mengenai tarikh bersalin pada 6 Julai ni.


Dalam jam 6 petang  perut rasa tak selesa mcm nak buang air besar..."aihh sudah mula rasa tak sedap hati.'. Lepas tu mula rasa sakit tapi datang dlm setengah jam gitu. Biarkan saja malas nak layan sebabnya masih mengharap agar belum bersalin lagi. Tambah pula bila malam tu adalah malam Nisfu Syaaban jadi memang  berharap sangat agar dapat membaca Surah Yassin 3 kali.

Tapi semakin lama sakit semakin kerap drp 30 minit jadi 15 minit. Terus SMS husband ...dan dia cepat2 balik ke rumah. Masa tu dah jam 7 malam. Sakit semakin kerap. Tapi gagah juga solat dan baca Yassin. Tapi hanya sempat sekali saja...terus ajak husband ke hospital sebab memang dah tak tahan sakit.

Sampai saja di hospital urus apa yg patut, masuk labour room untuk cek contraction. memang contraction makin kuat dan kerap. Terus dia org call doc Fatimah malangnya dia balik kampung sebab mak dia masuk ICU dan penggantinya doc Khamsiah. tak kisah pun doc mana janji semuanya selamat.
Lebih kurang 30 minit menunggu barulah dibawa masuk OT,  dan selamat bersalin pada jam 10.13 malam. Semuanya cepat dan pantas. Untuk mengelak rasa sakit sebab yang ni csert yg ketiga..lepas saja baby dikeluarkan dan sempat tgk jantina dan wajah baby terus saya tak sedar. Sedar saja dah ada dalam bilik rasanya masa tu dah jam 11.30 malam.

Terus tanya nurse kenapa tak sedar sebabnya masa csert kali pertama dan kedua mmg sedar sampai ler masuk bilik. Menurut kata nurse doc bg ubat tidur sebab takut kali ni kesakitan lebih sikit berbanding dulu maklumlah kali ketiga.

Tapi Alhamdulillah sebaik saja ubat bius habis mmg tak rasa sakit langsung seperti mana bersalin kali pertama dan kedua. Malah boleh bangun menyusu baby pagi esoknya dan selepas dicabut wayar kencing terus boleh bangun sendiri ke bilik air. Terus saya bg tahu doc mengenai  perbezaan csert kali nie. Menurut kata doc pembedahan hari tu berjalan lancar, cepat dan senang tanpa sebarang komplikasi. Malah parut di dalam juga dalam keadaan baik..Alhamdulillah...Tuhan mendengar doa saya..syukur sangat kerana diberi kemudahan, kesihatan, yang baik sepanjang mengandung dan bersalin. 

Memang rasa sangat ajaib..macam tak percaya pun ada...sebabnya dipermudahkan semuanya tanpa perlu melalui kesakitan baik ketika dibedah dan selepas dibedah. bagi sesiapa yang pernah merasa bersalin csert pasti merasai bagaimana denyutan di bahagian bedah sepanjang minggu pertama. memang sukar untuk bangun, berjalan apatah lagi.

Tapi kali ni sangat berbeza... syukur alhamdulillah. Baby juga sihat dan tidak kena jaundis. Itulah yang saya harapkan.


Semoga terus diberi kesihatan yang baik ya Allah untuk menempuh tempoh berpantang nie. Dengan dua anak di rumah, memasak untuk diri sendiri dan anak-anak, mengemas rumah, basuh baju, semoga saya terus sihat untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak.

p/s: Kata kawan baik saya di kampung, "yerlah ko bersalin malam Nisfu Syaaban buka buku baru dosa dah tak ada sebab tu ler senang dan tak sakit,"...hahhaha saya hanya ketawa...apa-apa pun org kata mengandung, bersalin, susah atau senang semuanya bahagian masing-masing. Alhamdulillah...kali ni bahagian saya dipermudahkan oleh Allah. Syukur...

Thursday, July 12, 2012

Baby 'DF" Junior

 Salam...
Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy pada 4 Julai lalu / 15 Syabaan di Hospital Pakar Annur Bangi. Baby sihat maknya pun sihat juga. 


 Berat baby kali nie lebih kurang sama cam anak pertama dan kedua dulu  2.99 kg.
Kali ni bersalin csert nanti saya ceritakan pengalaman bersalin kali ketiga ni ya...yang sangat senang dan tidak menyakitkan seperti mana yang pertama dan kedua dulu. Alhamdulillah...


Sekarang berpantang di rumah saja...
harap semuanya sihat yer...Amin.

Wednesday, July 4, 2012

set berpantang Shaklee

Alhamdulillah barang yang ditunggu-tunggu sampai juga akhirnya selepas lebih seminggu rasanya di pejabat suami. Masa order untuk set pregnancy guna alamat office tapi disebabkan dah bercuti guna alamat suami.



Selepas membaca review di Internet terutama kawan-kawan yang pernah melalui pengalaman bersalin c-sert jadi kali ni nak cuba makan set dalam pantang Shaklee. Dulu masa anak pertama dan kedua ambil jamu kampung (buatan bidan di kampung) dgn amalan makan pati haruan dan sedikit gamat. Tapi disebabkan gamat tak boleh makan banyak kerana akan menyebabkan parut timbul jadi saya hanya mengambil pati haruan dan banyak makan sup ikan haruan saja. 

Untuk kali ni maklumlah dah masuk kali ketiga jadi memerlukan vitamin yang boleh memberikan proses penyembuhan lebih cepat. Harap-harap tak letih dan kembali bertenaga dengan cepat. Maklumlah luka di dalamkan jadi kalau dengan pengambilan vitamin ni diharap mampu menyembuhkan dengan cepat terutama vitamin C. 
Juga ESP untuk banyakkan susu badan...InsyaAllah bertekad nak menyusu secara eksklusif selama 6 bulan, kemudian setahun..kalau dapat capai sampai 2 tahun alhamdulillah. InsyaAllah semoga Tuhan mempermudahkan semunya. Amin..amin..Set bersalin ni saya order dari Lyna http://mysuperkids.net/

Masa makan set pregnancy saya campur juga berseling-seli dengan Obimin dan obtical sebab sayangkan doc dah bg banyak so untuk pregnancy B Compleks dengan Ostemetrix nie mmg banyak lagi boleh sambung masa dlm pantang.

Alhamdulillah masa mengandung kali ni tak pernah demam dan selsema...tak ada sakit belakang atau pinggang malah boleh pergi asgment lagi ke sana sini sampai ler minggu ke 35 ngandung. Selebihnya membuat kerja di office dan di rumah setiap pagi akan bangun jam 4 atau 5  pagi menghabiskan stok semasa cuti dalam pantang. Alhamdulillah untuk column utama mmg dapat disiapkan untuk 2 bulan so kawan2 tak payah risau nak buat kerja saya yer...hehhehehhe.

Sekarang dah masuk minggu ke 37 dan dah bercuti di rumah. Cuma ada kerja yang perlu disettlekan hantar dr rumah saja. Editor pun faham...

Doakan saya selamat bersalin yer kawan-kawan