Saturday, October 30, 2010

hari pertama di Brisbane

hari pertama di Brisbane...
Dua tiga hari sebelum bertolak aku sudah membuat sedikit research di Internet mengenai suhu dan makanan halal di sana. Memang tidak banyak makanan halal di Brisbane dan aku membawa makanan sendiri seperti maggi, roti, jem, biskut, bijirin nesvita dan 3 in 1 milo. Namun ketika di dalam kapal terbang kami diberikan borang pengistiharan mengenai apa yang kami bawa. Aku mulai risau kerana membawa banyak makanan kerana menurut rakan yang pernah ke sana Australia mmg tidak membenarkan pelancong membawa makanan, ubat-ubatan, malah kasut sukan sekiranya kotor sekalipun mereka akan meminta kita membersihnya di airport terlebih dulu sebelum dibawa masuk.
Ketika menyerahkan borang itu kastam bertanya apa jenis ubat yang aku bawa dan jenis makanan yang dibawa. Aku menyatakan hanya membawa personal medicine dan makanan seperti mi segera dan bijirin, lantas dia terus meminta aku membuka beg untuk melihat jenis makanan itu.
Rupanya di Australia mereka tidak membenarkan membawa masuk makanan seperti bijirin kerana menyalahi undang-undang. Ini kerana ada kandungan bijirin itu yang tidak bagus untuk kesihatan. Aku akur saja, lagipun cuma bijirin nesvita yg dirampas manakala yang lain masih ok.
kami menginap di Hotel Riverview, lebih kurang 20 minit dari airport. Hotel ini menempatkan satu katil queen size kalau di Malaysia sama seperti hotel 3 bintang. Malah ketika sampai lebih kurang jam 8 malam semua kafe sudah di tutup dan jika ingin memesan makanan bayaran untuk satu menu di antara USD35 hampir mencecah RM105 untuk sekali makan. Namun oleh kerana khutir mengenai makanan di sana aku hanya makan makanan sendiri saja.
Inilah ruang tamu bilik hotel..bilik ini agak sedikit seram, kerana kawasannya yg sunyi. memang kali pertama masuk meremang bulu romaku. Tambah pula kami diberi sebilik untuk setiap orang. Akhirnya selepas mandi dan solat aku terus ke bilik rakan yg turut serta dan tidur dengannya.



Perbezaan masa dr Brisbane dan KL hanya dua jam saja. tetapi di sana siang terlalu cepat, jam 6 pagi keadaan sudah sibuk, jalan raya penuh kenderaan. Semua orang sudah keluar bekerja. Malah banyak kedai dibuka jam 7 pagi..manakala banyak kedai ditutup jam 7 malam. Selepas 9 malam suasana sudah semakin sunyi, jalan raya mulai lengang. Malah jika ingin membeli barang abaikan saja kerana semua kedai sudah ditutup kecuali kedai 24 jam.


Permandangan dr luar bilik hotel pada jam 6 pagi. Suhu di Brisbane pada waktu siang 25 darjah celcius manakala malam 17 darjah celcius. Namun siangnya sangat panas sama seperti Malaysia.


Byron Bay Lighthouse

Dari Brisbane kami menuju ke Ballina lebih kurang 2 jam perjalanan. Walaupun hanya dua jam namun berbeza masa 3 jam dr Malaysia. Ballina adalah sebuah bandar kecil tetapi popular disebabkan terkenal dengan Byron Bay. Kami sempat mengunjungi Byron Bay Lighthouse iaitu kawasan pantai yang menempatkan sebuah menara tinggi berwarna putih drp pantai itu akan nampak seluruh permandangan Byron Bay.

Persisir pantai Byron Bay..laluan pejalan kaki


Sempat bergambar dengan Anita, iaitu org kuat dr Integria penganjur yang menguruskan trip ke Brisbane.


Permandangan dr atas Lighthouse..


Australia negara yang sangat menjaga alam sekitar, pantainya sangat cantik, airnya kebiru-biruan dengan banyak pokok2 menghijau di kiri kanan jalan, mmg mengujakan mata memandang...

Friday, October 29, 2010

saya sudah kembali..

Alhamdulillah...sudah selamat sampai ke Malaysia jam 5 pagi tadi.
Out station yang sangat menyeronokkan dan juga memenatkan dan juga tidak akan dilupakan.
5 hari bermula Ahad saya berada di Brisbane Australia atas undangan Thursday Plantation yang mengeluarkan produk kesihatan Tee Tree Oil.


Selain bekerja kami dibawa melawat tempat-tempat menarik antaranya Koala Zoo, menonton whale watching, menikmati udara segar di pantai tercantik di Australia, Byron Bay dan juga.....


peling menarik....merasai keseronokan menaiki belon udara panas untuk 4 orang yang bertuah saja (saya menang lucky draw hehhehe). Semuanya menjadi kenangan terindah yang sukar dilupakan...nanti yer cerita di lain entry..

Sunday, October 24, 2010

out station lagi...

Durrani dan Fahim...





Jangan nangis yer bila mama tak ada...kakak jaga adik tau!!!! (ayat-ayat yg selalu saya pesan pd kakak)


Sedihnya rasa nak meninggalkan budak dua orang di atas tu selama 5 hari bermula ahad ni sampai Khamis. Macam mana agaknya ya bila ketiadaan saya? Inilah out station paling lama dan saya terpaksa meninggalkan mereka di rumah baby sitter memandangkan mereka sudah biasa di sana, mereka juga akan mendapat perhatian sepenuhnya pada waktu malam drp Mak Ida yang dianggap sebagai mak mereka sekurang-kurang dengan harapan kuranglah sedikit kerinduan dengan saya.

Bagi kakak agak sudah faham apabila saya menerangkan yang dia akan tidur dengan mak 4 hari.

"Nanti mama bawa makanan banyak-banyak yer, coklat kakak, milo, choco crunch, nugget, honey star yer mama,"

tapi bagi si adik agak masih kurang memahami, tapi setiap hari tidak kira waktu tidur atau jaga saya pasti akan mengatakan, "fahim kena tidur dengan mak tau jgn nakal2 jgn nangis, jangan buat kakak, ok tak?" kadang2 dia mengatakan ok..adakala tidak ok. tapi saya mengharapkan kedua-dua ok...sihat dan tidak meragam.

Memang rasa cukup teruja dengan asgment kali ini tetapi kerisauan dan kebimbangan itu lebih terasa apabila memikirkan anak-anak di rumah. Oh saya memang risau sekarang..tidak senang rasanya hati,
Semoganya semuanya berjalan lancar...dan selamat..

**miss my Durrani & Fahim **


Friday, October 22, 2010

ayat-ayat untuk suami sekiranya malas masak

-ayat pujukan untuk suami..sekiranya anda malas memasak-
"Abang boleh tak malam ni masak maggi jer?..dah jam 8.30 ni tak sempatlah nak masak nasi...maggi pun sodapkan..kan..kan?"

-ataupun..."tak ada barang2 basah kat dapurlah semuanya dah habis tinggal maggi jer..masak maggi jerlahkan? ok tak?"

-atau..."abang ...mama rasa nak mkan maggilah..teringin ler pulak...makan maggi ekkk malam ni?"

-atau.."abang boleh tak abang yang masak maggi malam ni...mama nak rehatlah..malas nak masak..penat hari2 kena masak,"



dan hasilnya menu malam tadi adalah maggi sup sayur dan telur..

- terima kasih kerana memahami...

Thursday, October 21, 2010

psstt..gambar dengan datuk...

teselit di tengah....

Saja nak tayang gambar bersama Datuk Profesor Dr Jimmy Choo pereka kasut tersohor..
bersama rakan sekerja di B. Harian..(psstt..Angah copy yor gambo tuh..)

p/s: Datuk... tak nak reka kasut untuk saya satu ker?

contoh anak-anak senang meniru

Inilah contoh anak-anak yang senang meniru perbuatan ibu bapa, atau sesiapa saja yang dilihatnya. Dua minggu lepas aku belikan tudung untuk Durrani sebabnya dia pun sibuk nak pakai tudung macam aku pakai, jadi aku belikan dua helai Pearl Haya untuk budak-budak.



Bukan main suka bila dapat pakai tudung ni..

Ni yang ada awning punya..cantik-cantik warna dan design.
Bila Fahim tengok dia pun nak pakai juga, "mana tudung Aim..mana tudung Aim mama," sambil merengek mintakan tudung untuk dia. Memang begitu setiap kali belikan sesuatu untuk kakak pasti dia minta untuk dirinya juga.
Bila aku terangkan," Fahim boy mana boleh pakai tudung," terus dia menangis meraung panjang.
Jadinya untuk pengajaran dan agar dia faham yang lelaki tidak handsome apabila bertudung, aku pakaikanlah sekejap, niatnya bukan untuk menggalakkan anak yer...lepas tu terus aku tunjukkan gambarnya.."tengok ni tak hansomekan Fahim pakai tudung". terus dia geleng-gelengkan kepala dan diminta tanggalkan tudung tu.
Jadi sekarang ni bila nampak kakak pakai tudung, dia sudah tidak meminta kerana sudah faham.

Tengok ler gayanya..abaikan rumah yg bersepah tu uols..nak hantar toto ke laundry.


Alahai anak mak...terus terfikir ..ginilah anak-anak suka meniru benda yg dia sendiri tak faham. Kalau tanpa pengawasan ibu bapa...teruklah hasilnya.



Tidaklah aku mahu mengajar benda yang tidak sepatutnya kepada anak..gambar ini hanya sebagai cth saja, peniruan kanak-kanak...yang sangat mudah diserap mereka. Jadi baik atau buruknya anak itu ibu bapalah yang mencorakkannya.

Tuesday, October 19, 2010

biskut raya yang masih bersisa

Saki baki biskut raya yang masih ada,
tat gemuk (aku panggil tat gemuk disebabkan bentuknya yang gemuk dan gebu), biskut coklat, kacang dengan almond nut,
entah bila nak habis,
agaknya sampai Aidiladha kot,
mana nak habis masing-masing mmg sangat jarang makan biskut raya,
cuma aku sorang jer yang makan.

uols masih ada lagi ker biskut raya, ker dah habis dah??

Monday, October 18, 2010

saya teruja malangnya tiada gambar bersama...

Dua tokoh yang sangat saya kagumi
Tun Dr Siti Hasmah boleh dianggap sebagai Wanita Pertama Malaysia


2 tokoh yg sangat saya kagumi sejak dulu, kini dan selamanya

Saya cukup teruja apabila dapat bertemu dengan dua orang tokoh negarawan serta pemimpin yang cukup hebat seperti di atas. Malangnya....dan sungguh malang walaupun bertemu secara empat mata, sempat bersalaman dan berbual seketika namun saya langsung tidak pernah ada gambar bersama. Terkilannya saya...bilakah dapat ketemu lagi???

Baru-baru ini ketika menghadiri Persidangan Wanita Pertama di Hotel Royale Chulan, saya memerhatikan kelibat Tun Dr Siti Hasmah yang datang berseorangan (mungkin ditemani pembantunya saja). Sebaik selesai majlis beratus orang menunggunya di luar hotel untuk mengambil gambar. Malah seperti artis terkenal tidak menang tangan dia melayan peminatnya bergambar tanpa mengira umur dengan senyuman ikhlas terukir di bibir.

Ya..saya juga seperti mereka sungguh teruja saat itu untuk bersalaman dan bergambar dengannya.

Sempat saya bertegur, bersalaman dan meminta untuk diinterviu namun dengan nada rendah diri, dia mengatakan, "tak payahlah....dah tanya Rosmah ker? Lain kali saja," sambil tersenyum dan memegang bahu saya. Sungguh lembut dan berhemah...saya rasakan dia begitu dekat, seperti ibu-ibu saja lagaknya.
Saya sangat memahami pemintaannya.
Ya..gayanya..perwatakannya... nada suaranya seperti seorang ibu..sejak dulu sehingga kini seperti yang diuar-uarkan begitulah Tun Dr Siti Hasmah tidak pernah berubah. Dialah tokoh wanita pertama dan juga orang kanan kepada Tun Dr Mahathir yang banyak membantu kejayaan, kegemilangan serta kemakmuran Malaysia sehingga kita berada seperti tahap sekarang.

Semoga Tun Dr Siti Hasmah serta suaminya Tun Dr Mahathir sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dipanjang umur. Amin..

Sunday, October 17, 2010

toilet train part 2

Hujung minggu ni sesi kedua mengajar Fahim toilet train.
Nampaknya menunjukkan hasil memuaskan, cuma sekali jer Fahim terbuang air kecil di lantai disebabkan terlambat bawa dia ke toilet. Malah buang air besar juga dia sudah tahu memberitahuku untuk ke toilet.
Nampaknya dah boleh sikit-sikit untuk untuk tidak memakaikan diapers pada waktu siang, namun di rumah baby sitter mungkin aku belum mulakan lagi. Biarlah untuk 2 dan 3 bulan lagi barulah boleh bg tahu pengasuhnya.
Tapi ada masalah yang baru muncul, susah sangat mahu memakaikannya seluar,
Dia lebih suka berbogel begitu, agaknya senang apabila mahu membuang air tidak perlu membuka seluar, masalahnya..tidak manis nak oiii...

Thursday, October 14, 2010

Pink Oktober dan kanser payu dara

Setiap tahun Oktober dipilih sebagai bulan kanser payu dara sedunia manakala riben pink digunakan sebagai lambang kepada kesihatan wanita. Jadi bulan ini adalah bulan untuk semua wanita menjaga kesihatan serta mengambil tahu tahap kesihatan payu dara mereka.



Apabila saya bertemu dengan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur soalan pertama yang ditanya kepada saya adalah, "Sudah buat pemeriksaan payu dara di hospital?" terus saya tergamam seketika. Jika ditanya kepada semua wanita pasti jawapannya tidak pernah atau payu dara saya tiada masalah untuk apa perlu menjalani rawatan? Kadang2 perasaan takut itu menghantui diri sedangkan hanya melakukan pemeriksaan saja.

Bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas harus menjalani rawatan secara berkala di klinik manakala untuk 40 tahun ke atas rawatan mamogram mampu mengesan sel kanser lebih awal dua tahun sebelum merebak. Di abwah ada sedikit info mengenai kanser payu dara. Jom pakat ramai-ramai kita jalani pemeriksaan payu dara..

Apakah kanser payu dara?
Kanser payu dara adalah kanser paling tinggi dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Berpunca dari sel-sel dalam tisu payu dara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payu dara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.


Apakah yang menyebabkan kanser payu dara?
Penyebab sebenar kanser payu dara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payu dara.


Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payu dara:
1. Usia meningkat
2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payu dara.
3. Telah mendapat kanser pada satu payu dara.
4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
6. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser payu dara?
Kanser payu dara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payu dara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.
Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan payu dara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payu dara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payu dara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payu dara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payu dara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.


Bila perlu melakukan PSP ?
Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.


Pemeriksaan Sendiri Payu dara (PSP)
Periksa payu dara anda pada hari ketujuh hingga kesepuluh ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iatu:

Kaedah 1
Periksa payu dara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.
· Tekan payu dara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.
· Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.
· Ulangi langkah-langkah yang sama pada payu dara sebelah kiri


Kaedah 2


Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payu dara dengan:
· Periksa payu dara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas, dan kemudian memeriksa payu dara dengan tangan di pinggang.
· Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua belah payu dara.


Kaedah 3
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.
· Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payu dara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.
· Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan

Wednesday, October 13, 2010

kena pergi...

Ohh hari ni kena pergi ke Hotel Royale Chulan,
Bertemu dengan semua first Ladies @ wanita pertama
Tapi saya tak suka tau pergi event membabitkan menteri-menteri @ VVIP ni...
haiyak...sebabnya saya terpaksa mendengar ucapan drp setiap wanita-wanita tu...
hai..bosan..bosan..bosan (ikut Upin & Ipin)

Ohh saya juga nak bertemu dengan wanita pertama Malaysia..Datuk Seri Rosmah Mansor..orang kata dia bertambah cantik..
Nanti saya tengok dengan jelas yer...

Sunday, October 10, 2010

sembang-sembang ..semuanya sama..

Minggu lepas aku bertemu dengan seorang kontraktor wanita kelas F, menerusi dia aku dapat bertemu dengan seorang kanak-kanak yatim piatu berusia 10 tahun yg memerlukan perbelanjaan untuk rawatan jantung berlubangnya. Setelah bersoal jawab, bersembang, bertanya khabar dan cerita kemudian terus berkisar kepada persekitaran politik semasa. Aku rasakan kakak ni bukan calang-calang orang kerana dia mengenali ramai orang drp pelbagai jawatan.

Katanya yang membahasakan dirinya sbg kak Zah, "akak risau dengan senario sekarang ni, entahlah macam mana keadaan org Melayu nanti, kalau kita sendiri tak nak tlg orang Melayu. Jangan sampai negara kita jd macam Singapore sudah, tertekan di negara sendiri. Tapi itulah orang Melayu tak sedar asyik dengan kuasa saja. Sedangkan kaum lain berbangga...bertepuk tangan. Macam manalah kalau kaum lain memerintah....haiii.." luahnya...

katanya lagi," ada kawan akak berjumpa akak, mengadu sebab anaknya tak dapat biasiswa. tapi nak buat macam mana sebabnya mmg Melayu yang nak begitu. Sekarang ni bila biasiswa dah diberi kepada kaum lain barulah mereka sedar. pada hal diri sendiri yang sokong begitu. jangan nanti anak nak masuk universiti pun susah sebabnya kouta dah disamaratakan...kalau setakat dapat 1A saja jangan haraplah....masa tu barulah sedar langit tinggi rendah," katanya dalam nada geram.

aku mula celik mata mendengar ceritanya, hanya mengangguk saja dan mengeyakan kebenaran itu...dia menyambung lagi....

...." akak pernah dapat tender tapi dimintanya 15% eehhmm tak payah..baik akak buat sendiri. Kalau esok di SANA tak payah dihitungkan amalan tak apa...ini nak kena timbang, lalu titian dan seksaan, api neraka lagi...baik akak buat sendiri. Hidup ni kena beringat, kena ikhlas bekerja walaupun benda tu remeh...biar berkat...kalau paku dan bata gred A jangan pakai gred C pula, paku saiz 8cm jangan guna yg 3cm, atau guna papan gred D untuk dapat harga murah. Hasilnya rumah bocor sana sini, terkopak, belum 5 tahun dah tanggal silingnya. Kena ikut spesifikasi yang betul. Begitu juga kerja di bidang lain...kena ikhlas....jangan asyik nak untung saja. Keikhlasan kena ada..tapi zaman sekarang orang tak fikir begitu...asyik fikir duit..duit..duit dgn duit semua boleh dibelinya. Tak sedar di SANA nanti semuanya dihitung dan dikira...

Katanya lagi.... "di sini yang akak tak puas hati, bila Melayu berniaga cepat jer majlis perbandaran datang tapi kalau kaum lain boleh pula. Dulu bila parti pemerintah kata rasuah...tapi bila parti pembangkang...sama juga rasuah...haiii...pening kepala.

"Alah semuanya sama saja....baik pemerintah atau pembangkang...semuanya sama. Kat mulut bolehlah cakap manis-manis belaka...apabila nak buat...macam-macam hal. Contohnya ..akak nak minta duit zakat untuk rawatan jantung berlubang ni pun tak dapat. Pada hal pusat zakat selangor paling banyak duit...macam-macam disoalnya...lastnya tak dapat pula. Tapi ada jiran yang bekerja suami isteri tinggal di sini boleh pula dapat RM500 sebulan. Sebab apa...ohhh ada kroni di dalam. Jadi..tak ke sama tu ...dulu dan sekarang...dulu dikatanya pemerintah rasuah dan kroni tapi bila kena batang hidung sendiri...buat juga...kenapa tak kata rasuah???? Jadi apa bezanya pemerintah dulu dan sekarang.....jadi akak buat kesimpulan semuanya sama.. semuanya disebabkan Kuasa dan Duit.

Bertambah panjang perbualannya.. cadangnya mahu beredar jam 12 tengah hari tetapi berlanjutan sehingga ke 1 petang.

...sambungnya lagi.."sekarang ni akak bayar zakat terus ke rumah anak yatim, oku atau orang tua..sebabnya dah tentu duit tu masuk ke saluran yang betul...

"Terima kasih ya...T...sebab tolong akak, mudah-mudahan, Tuhan balas jasa T, bukan apa biar Tuhan permudahkan apabila kita meninggal dunia nanti, senang tak menyusahkan orang lain," katanya sambil bersalam dan berpeluk cium denganku.


p/s: secebis kisah buat renungan kita bersama untuk difikirkan...

Saturday, October 9, 2010

toilet train Fahim

Muka sedih sebab kena marah dengan mama


Disebabkan Fahim yang sekarang berusia 2 tahun 3 bulan dah pandai bercakap, dah pandai bagi tau nak buang air kecil dan besar walaupun dipakaikan diapers dan juga sangat susah untuk dipakaikan diapers jadi hari ni aku sudah memulakan sesi toilet train untuknya.
Jadi pagi tadi lepas mandi terus aku pakaikan baju dan seluar sambil bagi tau dia, "Fahim nanti nak kencing bg tau mama tau...pergi toilet jgn kencing kat sini".

Ok dia mengangguk tanda faham. Tidak sampai 15 minit kemudian dia memberitahu, "mama...mama nak cing" sambil memegang seluar. Terus aku bawakan dia ke toilet. Menunggu hampir 10 minit di dalam toilet...namun dia tidak membuang air, tipu mama rupanya.

Selepas 10 minit dipakaikan seluar sekali lagi dia berkata,"mama..mama nak yak (berak)," sekali lagi aku bawakan dia ke toilet dan Alhamdulillah...dia berjaya membuang air besar di toilet bowl sambil aku memegangnya.

Lepas 1 jam bermain...tiba-tiba kakak memanggil," mama..mama...Fahim kencing kat meja,"
Terus aku menuju kepadanya... lantai sudah basah dengan air, bergitu juga seluar, aku membawanya ke toilet. Rasa ingin marah terhenti di situ disebabkan ini adalah proses pembelajaran pertama.

Memang inilah cabarannya bagi ibu bapa yang ingin menceraikan diapers daripada anak-anak. Terbuang air di katil, sofa, karpet dan dapur adalah perkara biasa. Begitu juga jika terbuang air besar di tempat sama. Mujur ler rumah aku tak ada karpet..kalau ada aduhai...susahnya nak membersihkannya. Ada juga ibu bapa menggunakan 'toilet bowl' untuk si kecil mungkin ini lagi mempercepatkan proses mengajar anak. Untuk Durrani dan Fahim aku hanya menggunakan kaedah semula jadi saja. Ini kerana kanak-kanak jika dikatakan secara berulang-ulang lama-kelamaan mereka akan faham dan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.

Friday, October 1, 2010

open house BPSB...oohh kenangan itu..

Tempat: Berita Publishing Sdn Bhd
Tarikh: 28 September 2010
Masa: 4-7 malam
Selasa lepas ada jamuan hari raya di pejabat tempat lama aku bekerja iaitu Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB). Jemputan dibuat seminggu lebih awal. Memang sudah bercadang akan menghadirkan diri. Maklumlah masa nilah dapat jumpa semula semua kawan-kawan kat situ terutama team Jelita.
Hari tu ada dua asgnment 10 pagi di Shah Alam perasmian Jakel terbesar Shah Alam, then terus ke Danau Kota Setapak untuk shoting baju pengantin. Mujur segalanya berjalan lancar, jam 4.30 penggambaran selesai dan jam 5 aku terus gerak dari setapak mencari jalan sesuai mengelak jam. Terus menuju ke Akleh dan keluar ikut smart. Wah kagum pd diri sendiri jam 6 ptg terus sampai BPSB.
ohh kredit untuk pixwoman puan Jamak aton atas ihsan gambar yang aku cilok drp FB nya mohon permisi ya cin Aton. Jgn saman gue...hhehehhe




Lili, antara kenalan yang rapat di BP. berkongsi kisah selepas ramai teman bertukar kerja di tempat lain. Kini sudah bergelar isteri orang..maaf ya Li tidak dapat berkongsi kegembiraan pada majlis perkahwinan ko...



Antara menu petang itu..satey..


Bersama team Jelita..dr kanan kak Azeda (org kuat Jelita), kak Ema editor Jelita, Mizie make up artis, dan paling kiri Vee juga make up artist. Dr belakang kanan Anis Mastura dan Hazirah...



Lagi sekali bergambar bukan senang nak berkumpul begini...sejak aku berpindah tempat kerja inilah baru bersua muka dengan Mizie dan Vee. Dua orang make up artist yang sentiasa membantu meringankan kerja-kerja aku. Sentuhan tangan mereka....hasilnya sangat memukau.



Bergambar bersama dua orang bekas editor Jelita Kak Ana yang kini bertugas di agensi travel (paling kanan) dan kak Wan Sabariah (dua dr kiri) yang kini menjadi orang kuat TV9. Aku sempat bekerja di bawah kak Wan selama setahun ketika majalah I-Remaja masih ada. Di tengah adalah Pengurus Besar BPSB Pn. Zaini Zainuddin.




Gambar lagi....tambahan..Fred, Ina dan Kak Zurin dan paling kanan ialah Aton..sahabat paling rapat di BP tapi masing-masing sudah berpindah tempat kerja. Bila ada masa terluang BP menjadi puncak tempat pertemuan kami.


Majlis tamat jam 7 petang..tapi jam 9 malam baru gerak balik ke rumah.
Dah alang-alang bersua muka, tidak sedar, eehhh dah jam 9 malam...barulah bergegas pulang bersama cik Aton.
Bukan selalu dapat bertemu mereka, cuma di majlis begini saja masanya lebih panjang.
Di sinilah tempat aku bekerja selepas setahun menamatkan pengajian di USM. Hampir 8 tahun bertugas di sini, terlalu banyak kenangan manis, masam, masin dan pahit...drp bujang, berkahwin dan berkeluarga beranak dua...cuma jodohnya tidak panjang dan aku akur untuk merubah kehidupan harus berubah drp sesuatu yang lebih bagus dan rezeki ada di sana..Alhamdulillan.
walaupun bertugas di tempat lain namun kami masih berkongsi cerita ...manisnya saat-saat sekarang.