Friday, November 13, 2009

urmm....bdak skolah....!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t....kepada smua yang baca post yang ana tlis ni secara langsung ataupon tidak....secara sengaja ataupon x sngaja.....Syukran jaziilan ilaa antum....ana xda bnda sgt nk post sbenarnye ni...tp nk cter pngalamn la skit shari brsama plajar darjah 6....

Kolej kediaman ana memegang amanah sbagai kolej angkat kpda skul Pintas Raya(1 of the skul around parit raja)...so,tiap atun kteowang knela handle skit2 program ngan diowang....da byak da program yang kteowang bwar such as jmuan raya,solat hajat untuk UPSR...n many more...the latest n the last one 4 diz year is daulah ilaa Johor Bahru....
urm....byak tol halangan untuk smpai ke tmpat yang dituju....kteowang akan bwak diowang pegi pusing2 kt JB 2 smpai muak nk pergi lagi skali....hehehehe.....yang pliknye mse nk pegi 2,kteowang tmpah 2 bas jerk....tpi tbe2 plak 3 bas yang datang...bek plak HEP kli ni...syukran HEP....past u trpksa cncel lgi 1 bas..ksian kt driver bas 2...
dalam prjalanan yang penuh brliku,singgah sbentar kt Jentayu corner untk breakfast....then,kami truskan prjalanan...rlax2 dlam bas dngan msing2 pnye keje smbil dhdangkan dngan Sinar.fm..mengelamun gak kejap tpi trkjut dngan suara nyanyian oleh plajar2 skalian....bsingnye hanya Allah yang taw...plajar bru drjah 6 da pndai lyan lgu2 yang ntah ape2 ntah...ana sgtla trkjut...cnerla dak2 ni skunk ni, dasyat tol...ana pon tgurla suh mereka sklian diam skit...mngngu ketntraman awam tol...pastu snyapla smue diowng 2...pnat nk ckap...
stelah hmpir sejam lbih kt dlam 'peti' bergerak 2,akhirnya smpaila kami ke dstinasi yang prtama iaitu Zoo negeri johor....
skali tgok zoo ni mcam x brape lawa sgt,xdala cam zoo negara,x plak cam zoo taiping....urm tpi smua tu di abaikan,yang pnting skung ni nk masuk n njoy ngan haiwan-haiwan ciptaanNya....
waaaa byknye haiwan....plik2 tol haiwan ni...x pnah tgok pon ad...tpi bdak2 2 smua cam jakun jerk ble tgok haiwan 2...yang 2 x knal,yang ni x knal...ana la yang jd pemandu pelancong diowang....ksian tol...tpi xpe,demi adik2,abng sngup sabar ngan sgala kerenah korang....huhuhu....
lpas 1 ke 1 tmpat yang lain sehingga brmandikan pluh...abes bsah baju ana...jga dak2 nkal ni pnye hal..stelah sejam brlalu,berangkatla kteowang ke dstinasi yang strusnya...iaitu Petrosains cawangan JB...psing pnye psing hmpir 3,4 kali gak kt JB 2 coz nk cri tmpat tersebut....smpai ttdow..at laz,jmpela jgak,rupe2nye petrosains gabung ngan pblic library johor...urm x pham tol...papepon dngan semangat yang tngi untuk msuk,kami truskan langkah kaki ini biarpon pnat tyme kt zoo td...
mse kt dlam 2,kteowng ditayangkan dengan sdikit Demo dripada phak petrosains....bez jgak tgok..slpas abes,plajar2 dbenarkan utk psing2 di persekitaranya yang pnuh dngan kuiz2,IQ test,dan macam2 lagi...sebagai senior,kteowng jlan2 kt library...Fuuyooo,rmainye orang kt library...stelah dikaji menggunakan prinsip "agak2",kami mndapati bahawa kbyakan mereka mrupakan student F5 kt certain skul around JB...nmpknya mereka skalian sdang bertungkus lumus umtuk brprang pada 18.11.2009 nt...all da bez utk diowang...tpi yang x beznye,apable di pandang sekeliling,most of them stdy wif their couple...sdehnye eden tgok...lau nk stdy pon biarlah ada batasan jgak....ni ikut ske ati jerk...asal bahagia...x bleyla cam2...

sdangkan Khadijah r.a smasa hndak mgajar sahabat2 nabi pon akan mengajar di sebalik hijab...byangkan kta yang hanya manusia hina yang sering melakukan dosa masih nk bwat bnda2 cam2....MasyaAllah....semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kpda mereka skalian....setela puas mmbaca di library,kami singgah di kdaai seafood...nk lunch..sepadan la ngan nama seafood,harganya turut "sdap"....huhuhu.....bayangkan 100 gram ikan pari = Rm 3.00...dasyatnye...tpi kami hanya mkan nasi ayam yang pling mrahla kt situ....hehehe...tyme 4 meeting wif Al-Khaleq....solat zohor at Masjid Abu Bakar....lawa jgak masjid 2...smpat agi pose2 nk amik gmbo...al-maklumla jakun skit kt jhor ni...

solat sdah,'melantak' pon sdah...pe x nye,mkan shaja da abes dkat Rm80 utk 7 orang....cam mkan kt KFC....brgraklah kami ke final destination...muzium negeri...stelah brhmpas plas brusaha utk smpai on tyme,akhrnya smpaila kami....mkluman yng kami trima mzium ttup kul 4 pm....dan kami smpai tpat jam 4 ptng...sdehnye.....xdapat msuk...stelah puas mminta rayuan,ttp x dpt jgak...xpela..kami brgmbar jerkla kt sekitar muzium 2(bajet mcam msukla)huhhuhu...
sbagai gnti,kami bwakla diowang pgi kt Danga Bay....bez ar gak,even skit mata duk tngok sekeliling yng pnuh ngan "maksiat"....tunjukkanlah mereka jalan yng lurus Ya Allah dengan taufiq dan hidayahMu....brang2 pon byk djual..mrah2 gak ar....

da boring jlan2 kt situ,tbela msenya untuk berangkat pulang...pulangla kami dengan perasaan gembira+pnat tahap petala ke-8...huhuhu...papepon pnglaman yng drasai x dpat nk dbli ngan duit...ianya amat brharga...
syukran kpda JKP Perwira yng sudi ajak ana join diz daulah...hehehe...
2 jerk la kowt nk cter...
bwat pe pnjang2...bkan nk bce sgt pon....
hehehehe...

wallahua'lam....
Wassalam.....

Monday, November 2, 2009

<>

assalamualaikum............sahabat2 yang sntiasa di redhai Allah......InsyaAllah.......xda bnda pon nk post skrang ni......maybe busy nk final exam....tp dah lga skit coz tngal 4 paper jer lagi...nk kongsi skit la kehidupan di dunia yang sementara ni.....alkisahnya brmula camni,satu hari tu ana tngah sembang2 ngan mmberla,duk lpak2 ilangkan boring...pas2 ana ckpla yang kte ni hidup kejap jerk...lahirnya insan di dunia ni di sambut dengan azan,manakala perginya pula di iringi dengan solat...subhanallah,sekejapnya hidup ini yang jaraknya cuma antara azan dan solat....dan perkataan yang paling cantik ialah Allah, kamus yang paling baik ialah Al-Quran, senaman terbaik ialah solat, lagu yang termerdu ialah azan, nikmat yang paling berharga ialah iman dan islam, airmata kerana kekasih adalah penyesalan, airmata kerana sahabat adalah pengorbanan, airmata kerana ibubapa adalah penghormatan, dan airmata kerana Allah adalah penghambaan...deengarlah dan fkirlah sahabat2ku....masa yang sekejap itu sempat ke kta nk isi dngan amal2 yang boleh bawa kta mncium haruman syurga,berdamping dngan bidadari dan byak lagi kenikmatan di syurga....jganlah kta mensiakan peluang yang diberikan ini...sesungguhnya firman Allah yang bermaksud "dan sungguh ngeri sekiranya engkau melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina sambil merayu )"wahai tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar dengan jelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".....Allah telah menyebutnya dalam kitab suci Al-Quran,tpi xnak percaya kan....jadi amal ma'aruf nahi mungkar yang telah tercatit dalam kitab tu sme2la kte lakukan...."setiap yang hidup tu pasti akan mati";firman Allah.....sebelum kta mati, lakukanlah yang terbaik sebagai bekalan kta di akhirat sana...kita mgkin x dapat lakukan smua amal, tpi jgnlah smpai x lakukan langsung....
4 perkara mnjadi sahabat yang baik...;
1)buat baik pada orang yang buat baik pada kita
2)buat baik pada orang yang buat jahat pada kita
3)jangan buat jahat pada orang yang baik pada kita
4)jangan buat jahat pada orang yang jahat pada kita

konklusinya, kna buat baik pada smua orang.....insyaAllah akan tenang hidup di dunia....
wallahua'lam....

Wednesday, October 28, 2009

KALAU TUHAN DIKENALI

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Tuesday, September 29, 2009

FACEBOOK MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN???

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.
Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu. Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard.
Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli.
Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini.
Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC. AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.
Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat.
Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan. Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.
Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10]. Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai.
Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk. Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia.
Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11]. Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin.
Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook. Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

Friday, September 4, 2009

Didikan rohani yg cetek

Akibat Tidak Ada Didikan Rohani
Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu-ilmu syariat
yang lahir-lahir sahaja
Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain dia lebih nampak
dari kejahatan dirinya sendiri
Orang lain sombong atau ego dia nampak
pada masa yang sama ego dirinya
lebih besar dari orang itu dia tidak terasa
Di waktu dia susah, orang tidak membantunya
dia terasa, padahal dia sendiri
tidak pernah membantu orang
dia tidak terasa satu kesalahan
Orang mementingkan diri dia tersinggung
dia mementingkan diri
dia tidak sedar yang sudah jadi budaya
Orang lain bakhil, dia nampak tidak patut
dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa
Orang tidak sabar, dia nampak sangat
dia tidak sabar, payah dia hendak memahaminya
Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati yang ada hubungan
dengan mahmudah dan mazmumah
Tidak pernah dia kenal
Kalaupun dia diajar tentang Islam hanya banyak
menekankan syariat lahir semata-mata
Akibatnya dia tidak kenal diri sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya
tidak boleh nilai diri
Tidak boleh nilai diri sendiri,
kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari
kepada orang lain
Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini

<<>>

Salam perjuangan kpd ikhwat wa ikhwh.....
perjuangan yang selama ini dlkukan tnpa hnti2....
tnpa jemu berjuang di stiap landsan...
tp,bolehkah orng menerima perjuangan kita????
persoalan dri ana...