Followers

Thursday, December 1, 2011

KHEMAH TERGANTUNG




PERNAHKAN ANDA MENGALAMI SITUASI SEBEGINI.....???!



Thursday, October 20, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita yang Enggan Menutup Aurat




Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.

Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


Monday, October 17, 2011

GURU YG TAK ADA OTAK...



Ade seorg guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak² di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.
Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak², nampak tak pen ni..??
Anak² : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan..??
Anak² : Ade cikgu.

kemudian guru tadika td memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian dia bertanya lg..

Guru tadika : Anak², nampak tak pen..??
Anak² : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak..??
Anak² : takde cikgu.
Guru tadika: Anak² nampak tuhan tak..??
Anak² : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ade tak..??
Anak² : takde cikgu.
Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan dia nak brain wash otak bdk² tu berjaya. Ttp dlm byk² bdk tu ade seorg bdk yg pintar, dan dia pun mengangkat tgn...
Bdk Pintar : Cikgu, boleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Bdk Pintar : kwn² nampak cikgu tak..??
Kwn² : nampak.
Bdk Pintar : cikgu ade kan..??
Kwn² : ade.
Bdk Pintar : kwn² nampak otak cikgu tak..??
Kwn² : tak nampak.
Bdk Pintar : cikgu ade otak tak..??
Kwn² : tak ader. Keh..keh..keh.. padan muke cikgu!



Saturday, September 24, 2011

KAYUHAN 1000 BELIA



Tarikh: 1 Oktober 2011 (Sabtu).
Masa : 7 pagi - 2 ptg.

Tempat : Mula di Padang Merbok, KL.
Jarak Kayuhan : 10 km.

Syarat Penyertaan :-
Belia warganegara Malaysia berumur 18-45 tahun, dengan topi keledar. Jenis basikal bebas, penyertaan percuma.

*Sila klik "DAFTAR" untuk pendaftaran secara online.
Untuk sebarang maklumat/info mengenai Kayuhan 1000 Belia sila layari:-


ROUTE MAP



ATURCARA PROGRAM

6.30 amPendaftaran dan sarapan di Padang Merbok, Kuala Lumpur
7.30 amBerkumpul dan berbaris
7.40 amTaklimat program
8.00 amKayuhan bermula
Nyanyian Negaraku
Rukun Negara
Taklimat Ketua Ekspedisi
Sesi Regangan
Pelepasan
9.00 amSinggah di Dataran Merdeka
Penyerahan Momento dan Bacaan Ikrar Dari Wakil Belia
(Diserahkan kepada Ketua Polis Negara, disaksikan YAB Perdana Menteri Malaysia)
9.20 amTeruskan Kayuhan Sejauh 10km
10.15 amTiba di Dataran Merdeka dan Jamuan Makan
(Tempat tinggalkan basikal disediakan)
12.00 pmCabutan Bertuah Bermula
2.00 pmAktiviti bebas / bersurai
(Boleh pulang ke Padang Merbok)
NotaHari Terbuka PDRM diadakan di Dataran Merdeka, dari 7.00am-7p.m
Acara yang menarik:
Perasmian oleh YAB PM
Pertandingan Street Soccer
Konsert Belia (artis-artis Malaysia seperti Ana Raffali dan TILU),
Booth Pameran & Demonstrasi Jabatan-jabatan PDRM











Tuesday, September 20, 2011

KECURIAN KENDERAAN

JENIS KENDERAAN : PERODUA KELISA
WARNA : SILVER (PERAK)
NO. PENDAFTARAN : BHX 6426


SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI:-

KOPERAL ABD SALAM B. SURATMAN
Balai Polis Bukit Jelutong, Jalan Astaka U8/M, Taman Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-7847 3022 Faks: 03-7845 3352






Wednesday, September 14, 2011

SEMINGGU DI TANAH MINANGKABAU

JAM GADANG - BUKIT TINGGI



BANDARA MINANGKABAU - PADANG
(LAPANGAN TERBANG)





BENDI (KERETA KUDA) - BUKIT TINGGI




BAS ANGKUT - SIMPANG RAYA, BUKIT TINGGI



GUNUNG MERAPI - BUKIT TINGGI




MASJID SYECH M. YUSUF (AUR),
BUKIT TINGGI

Wordless Wednesday #8




Tuesday, August 23, 2011

BERNIAGA JUAL SONGKOK


LOKASI : JALAN BONUS (HADAPAN KEDAI GUNTING RAMBUT NO. 6 COLISEUM & BERSEBELAHAN BAK TAILOR).
  • SONGKOK BUDAK SIZE 17-20 3/4 PLAIN RM14
  • SONGKOK BUDAK SIZE 17-20 3/4 LILIT RM20
  • SONGKOK DEWASA SIZE 21-23 PLAIN RM18
  • SONGKOK DEWASA SIZE 21-23 LILIT RM25
  • SONGKOK SOB BALDU 4' SIZE 21-23 RM48
  • SONGKOK SOB BALDU 4 1/2' SIZE 21-21 1/2 RM60
  • SONGKOK SOB BALDU 5' 22 1/4-23 RM70
  • SAMPIN BUDAK SIZE 'S', 'M', 'L' & 'XL' RM15
  • SAMPIN DEWASA (2 METER) RM38


Wednesday, August 3, 2011

Friday, July 8, 2011

Beberapa Jalan Utama Ditutup Esok (9 Julai 2011)


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-

i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, Hentian terakhir adalah seperti berikut:

i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m (9 Julai 2011), dan dibuka semula jam 10:00 p.m (9 Julai 2011)

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan BukitPetaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu,

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.



sumber :  http://www.hotfm.com.my/musicnews/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...