Followers
Monday, November 29, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU
Tuesday, November 23, 2010
Canon EOS 60D DSLR Camera with EF-S 18-200mm
United Kingdom, Republic of Ireland; 26th August 2010 - Canon today announces the latest addition to its world-famous EOS series of Digital SLR (DSLR) cameras – the new EOS 60D. Replacing the EOS 50D, the EOS 60D is designed for photographers who want to take their skills to the next level, offering high performance, a series of creative features, a Vari-angle LCD screen and enhanced ergonomics – empowering photography enthusiasts to capture outstanding stills and Full High Definition (HD) video for unique, creative results.
Canon EOS 60D: high speed, high resolution
With an 18 Megapixel APS-C sensor, the EOS 60D offers high levels of detail and a magnification of 1.6x the focal length of the lens to capture poster-size images in a variety of aspect ratios (1:1, 16:9, 4:3 in addition to the standard 3:2 dimension). Canon’s powerful DIGIC 4 technology rapidly processes image information captured from the CMOS sensor’s four-channel output, providing outstanding colour reproduction, as well as high-speed shooting at 5.3fps in bursts of 58 full-resolution JPEGs.
A standard ISO range of 100-6400 is extendable to 12800, providing smooth images with minimal noise in low light conditions. A 9-point, all cross-type autofocus (AF) system also provides swift and accurate focusing, with an extra-sensitive centre point for lenses faster than f/2.8, allowing photographers to artistically employ a shallow depth of field during portraiture or for more atmospheric shooting.
The EOS 60D features Canon’s iFCL metering system, first introduced with the acclaimed EOS 7D, with a 63-zone Dual-Layer sensor. Information on subject location is gathered from the Auto Focus system, and is combined with colour and luminance readings for consistent accurate exposures whatever the situation. The Integrated Speedlite transmitter also provides in-camera control of multiple EX flash units for more creative lighting.
Read more: http://www.photoradar.com/news/story/canon-eos-60d-gets-official-specs-price-and-release-date#ixzz165GvB2OE
Thursday, November 11, 2010
"MEMBANGUN MASYARAKAT MITHALI"
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala, melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw serta berusaha melaksanakan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat. Sidang Jumaat Yang Mulia, Masyarakat Mithali ialah masyarakat contoh yang diisi dengan ilmu, amal dan iman yang dibangunkan untuk membawa tugas besar menyinambungkan apa yang pernah dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tugas membangunkan Masyarakat Mithali dalam suasana cabaran hari ini memerlukan kesungguhan atau mujahadah yang tinggi untuk mencapai darjah kejayaan. Hanya kekentalan yang jitu berbekalkan ilmu dan kefahaman yang jelas serta kematangan bertindak mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Dewasa ini kita melihat satu-persatu akidah umat Islam kian goyah, satu- persatu Institusi Keluarga rebah, gejala sosial menjadi semakin parah. Justeru, umat Islam perlu segera bertindak untuk merawat kemelut yang ada demi untuk mengembalikan semula Masyarakat Mithali agar ia dihurmati lagi disanjungi oleh kawan dan lawan. Adalah Menjadi tanggungjawab umat Islam untuk segera berjihad mengembalikan kewibawaan umat Islam yang telah pudar kepada keagungan dan kewibawaan yang tinggi. Kita perlu mereformasikan umat Islam agar segera bangun untuk mengubah sikap, pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih positif. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra'du ayat 11: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". Perubahan yang dituntut kepada umat Islam ialah perubahan yang berani berhadapan dengan cabaran arus perdana untuk mampu berdaya saing dan mencari jalan keluar daripada tohmahan mundur, lemah, pasif dan jumud kepada maju, kuat, aktif dan bertamadun. Ini menuntut kepada umat Islam berbuat sesuatu untuk kembali menjadi Masyarakat Mithali: Pertama: Kita mesti mampu membudayakan penguasaan ilmu di semua bidang dan membudayakan ‘iqra' (pembacaan) dalam semua sudut bagi memperkasakan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keutamaan dengan mempelajari, mendalami dan mengetahui dasar-dasar Islam serta hukum-hakamnya serta mampu bersaing di persada dunia dengan melahirkan ilmuan-ilmuan yang pakar dalam bidang sains, teknologi, politik, ekonomi, pertahanan dan lain-lain. Kita yakin mampu berjaya serta bersaing lebih jauh lagi sehingga digeruni oleh musuh-musuh Islam. Firman Allah SWT. dalam Surah Ali 'Imran ayat 139: "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita padahal kamulah orang yang tertinggi (kedudukannya di sisi Allah) jika kamu orang yang (benar-benar) beriman". Jelaslah hanya dengan memahami Islam, beriman dan menguasai ilmu pengetahuan sahajalah umat Islam akan kembali gemilang. Kedua: Kita mesti mampu membawa keluarga dan masyarakat kita ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Keluarga Mithali dan masyarakat yang dibina berasaskan tauhid kepada Allah SWT. adalah jaminan terbinanya "Qaryati Jannati" sekaligus menjadi pemangkin kewujudan Masyarakat Mithali. Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6: "Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka". Keruntuhan Institusi Keluarga akan mengakibatkan kegagalan Masyarakat Mithali dan kesannya terhadap umat Islam menjadi semakin lemah. Ketiga: Umat Islam mestilah memperkasakan tarbiyyah untuk anak-anak. Pengabaian tarbiyyah terhadap anak-anak akan mengundang kewujudan masyarakat yang rosak tersasar daripada landasan akidah Islam. Hari ini berleluasanya gejala sosial adalah hasil daripada tidak pedulinya ibu bapa dan masyarakat terhadap tarbiyyah. Justeru, adalah menjadi kewajipan atas bahu kita membina tarbiyyah dan membentuk anak-anak mengikut acuan Islam. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 40: "Wahai Tuhanku!, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami!, perkenankanlah doa permohonanku". Keempat: Mendirikan dan memelihara ibadah solat. Dengan mendirikan solat itulah sebenarnya tertegaknya syiar-syiar Islam. Ia adalah taubat terpenting yang apabila disempurnakan, maka Allah akan menyempurnakan urusan-urusan lain bagi hamba-Nya. Namun apabila gagal mendirikannya, maka Allah SWT. akan menggagalkan urusannya. Hadith daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya amalan yang pertama dihisab (dihitung) pada seorang hamba di akhirat ialah solatnya, maka sekiranya baik solatnya, sesungguhnya dia termasuk dalam golongan yang menang dan berjaya, dan sekiranya rosak solatnya, maka dia termasuk dalam golongan yang kecewa dan rugi". Kelima: Menjana penyatuan dan perpaduan ummah berteraskan Islam dan atas dasar taqwa kepada Allah. Hanya perpaduan atas dasar inilah masyarakat Islam akan dipandang hebat dan kuat tetapi sebaliknya perpaduan dan penyatuan atas dasar perkauman, keturunan atau atas dasar harta tidak menjamin kecemerlangan umat Islam. Firman Allah SWT. dalam Surah Ali-‘Imran ayat 103: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai". Keenam: Kembali menegakkan hukum-hakam Allah. Pembinaan Masyarakat Mithali tidak akan terlaksana sekiranya kita masih gagal meletakkan hukum-hakam dan peraturan Allah di puncaknya untuk dirujuk sebagai undang-undang dan peraturan. Kita melihat gejala riddah (murtad), gejala sosial yang melampau sehingga peringkat pembuangan bayi dan sebagainya berleluasa kerana penyelesaiannya tidak dirujuk kepada Islam. Kita yakin selama mana tidak ditegakkan hukum Allah Masyarakat Mithali akan hanya tinggal ungkapan semata. Firman Allah SWT. dalam surah Al-Maidah ayat 49: "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, bahawasanya Allah mahu menimpakan mereka musibah (di dunia) disebabkan sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang yang fasiq". Sidang hadirin sekalian, Marilah kita kembali kepada Islam dan memastikan undang-undang dan peraturan Allah dapat ditegakkan sebagai penyelesaian tunggal terhadap kemelut yang ada. Tegakkanlah Islam dalam rumahtangga kita, dalam masyarakat kita dan seterusnya dalam keseluruhan hidup kita. Ketahuilah tugas dan peranan mengembalikan Masyarakat Mithali yang dihurmati lagi disanjungi adalah tanggungjawab kita bersama. "Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam". (An-Nahl:89) KHUTBAH KEDUA Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. Khutbah Jumaat Bacaan 12 November 2010 |