Pages

Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

          Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas tahun 2012 melewati kita. Kedatangan tahun baru 2013 kita sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dipinjamkan sedetik lebih umur. Tahun 2012 pula kita lepaskan pergi dengan seribu pengajaran. Setiap peristiwa - manis dan indah, masam dan pahit - yang dilalui biarlah menjadi peringatan dan amaran. Bahawa, sebagai hambaNYA kita sentiasa diuji olehNYA untuk menentukan tahap keimanan kita semua terhadapNYA.

          Sesungguhnya, apa jua yang telah dikecapi sama ada pangkat atau imbuhan, anugerah atau sanjungan, zuriat atau kejayaan maupun musibah atau kekecewaan adalah ujianNYA jua.

          Tahun 2013 akan menghadapkan kita semua dengan ujian dan cabaran baru.Tahun 2013 ini akan menyaksikan pilihanraya umum paling mencabar. Namun, tiada jalan mudah, semua cabaran ini harus dihadapi dengan dada yang lapang dan minda yang terbuka. Kita harus tetap berjuang demi survival bangsa.

          Marilah kita memasuki tahun baru 2013 dengan penuh tawadhuk dan insaf. Pertama, marilah kita pulihkan diri dari apa jua kelemahan dek kerana kealpaan sepanjang tahun 2012. Kedua, marilah kita menghadapi setiap cabaran itu dengan persediaan yang cukup, sentiasa bersedia memberi sumbangan. Dan ketiga, marilah kita berazam dan bertekad untuk menjadi insan, khususnya warga kerja, yang berjaya dan mulia.

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2013.

Rosnah ARS