Assalammualaikum dan
Salam 1 Malaysia.
Alhamdulilah hari ini
kita masih diberi kesempatan untuk terus menjalankan amanah di bumi ini. Agak
lama saya tidak mencatat apa-apa di ruangan ini.Sedikit sibuk dengan jadual
harian di Kuala Lumpur dan di Sabah.
Hari ini saya
merasmikan Program ‘Back To School’ peringkat Parlimen Papar di Dewan
Masyarakat Baru Papar. Program ini merupakan sebuah program menyampaikan
bantuan kepada murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan. Kita sedia maklum
tidak semua ibu bapa mampu memberi yang sempurna untuk anak-anak mereka, maka bantuan
ini diberi supaya anak-anak yang hadir dari keluarga kurang berkemampuan dapat
menjalani pembelajaran mereka dengan sempurna.
Kemudian saya
menghadiri program bersama pemimpin akar umbi.Program ini merupakan sebuah
program bertemu dengan pemimpin di peringkat bawah untuk mencetus semangat dan
iltizam bagi berusaha dengan lebih gigih,meningkatkan kerjasama dan perpaduan
dalam kalangan pemimpin dan rakyat bagi menjayakan gagasan 1Malaysia demi
kesejahteraan masyarakat.
Selepas itu saya
meluangkan masa untuk beramah mesra bersama masyarakat di kediaman Ketua
Kampung Bundusan Papar. Semasa sesi beramah mesra saya dapat mendengar secara
langsung isi hati masyarakat mengenai masalah mereka.
Selesai sesi beramah
mesra, saya menghadiri dan merasmikan Rumah Terbuka Sempena Hari Natal dan
Program Jelajah Janji Ditepati, Rakyat Mampu Milik dan Rasa. Sambutan Rumah
Terbuka sempena Hari Natal atau Krismas 2012 yang diadakan pada petang tadi
menterjemahkan semangat 1Malaysia yang menjadi budaya di Negeri Sabah yang
dipancarkan menerusi kekukuhan semangat perpaduan, toleransi beragama dan
keharmonian antara kaum.
Pada sebelah malam
tadi, saya merasmikan Pertandingan Nasyid peringkat Kampung Beringis Papar di
Perkarangan Masjid Ihmym Kg Beringis Papar.
Esok, insyaAllah saya
akan menghadiri beberapa program di kawasan. Semoga Allah memberi kesihatan
yang baik untuk menjalani hari esok.
“Jadikanlah suatu
keyakinan bahawa apa yang kitaa cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda
usahakan pasti berhasil”
Rosnah ARS