zwani.com myspace graphic comments

Isnin, Mac 29, 2010

Ya Allah lindungilah kami,berkatilah ilmu kami

Assalamualaikum dan Alhamdulillah ats nikmat yg tidak terhitung kita masih berkesempatan menghirup udara diatas muka bumi ini ...menjaga niat, menyubur iman dan memperbaiki setiap kekurangan supya tarbiyah yg pernah kita perolehi mampu membawa perubahan kearah yg lbih baik bukannya kearah yg lebih buruk.

Sungguh gejala sosial dikalangan muda mudi kita semakin ketara...Jika yg jahil itu berbuat salah,maka kita tahu dia sememangnya tidak tahu dan dia perlu belajar dan diajar untuk tahu..maka ganjaran pahala yg besar untuknya jika dia mahu berubah dan belajar.

"Sesungguhnya AlQuran telah pun mengingatkan kita bahawa org yg berbuat salah atau dosa,maka apabila dia telah sedar dan memohon keampunan Allah swt maka kita sudah tidak berhak mempersendakan@menyebut2 kesalahan2nya yg lalu bg tujuan untuk mgaibkan".....akan tetapi bilamana yg melakukan adalah orang yg belajar dan berada dalam kelompok terpelajar@agamawan@ sudah boleh kita panggil wali krn takhasus pengajian agamanya yg hebat..maka apalagi yg perlu kita katakan pada mereka ini???

Sedih sungguh bila mendengar macam2 kes sekarang nih sbb itu juga rasanya Ustaz Hairul tulis kat blog dia rasa nak gila dlm meeting hisbah...tapi Klong lagi pening setiap hari melihat Abglong yg terpaksa berdepan ngan macam2 kes.Menjadi ketua Hisbah PMRAM bukanlah suatu amanah yg mudah. Pelbagai karenah manusia, perlu membuat keputusan yg kadang2 meletihkan....Telepon berdering sentiasa...kadang2 ada pihak DPM yg tepon meminta keizinan tentg sesuatu..bila dah bg...pihak Bkan pulak tepon tanya kenapa ustaz izinkan..pastu pihak akhawat pulak tepon kata begini2 begitu...pastu pihak ni pulak tepon kata camtu...last2 pening kepala camtu sebelum dapat settle satu2 perkara.Susah bukan???

Memutuskan sesuatu perkara juga bukanlah sesuatu yg mudah.Jika Klong yg berada di tempat Bglong...boleh jadi tiap2 hari airmata gugur...klong rasa sememangnya Klong tak mampu..kerana menjawat jawatan tersebut anda perlu menjadi kuat,perlu mengenggam tabah,perlu kental semangat,perlu mengawal marah,perlu mengorbankan masa untuk melakukan rondaan sampai 2,3pagi...perlu bersedia.

Orang yg tidak pernah terlibat dalam Hisbah mereka tidak akan tahu dahsyatnya kes2 yg berlaku.Bukan kes kecil2 tapi teramat besar yg mampu menjatuhkan reputasi Azhar..Bantulah bersama dalam membasmi gejala yg tidak baik dimana2 jua yg kita nampak kerana maksiat merupakan bala dr Allah..

من راى منكم منكرا فليغيره بيده, فان لم يستطيع فبلسانه, فان لم يستطيع فبقلبه وذلك اضعف الايمان"

Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan tidak memadai kita merubah dgn hati itu sekadar berkata ketika kita melihat kemungkaran:اللهم ان هذا منكر لا ارضي به ولا اقدر على رده"

Akan tetapi beliau menambah;
بل يجب عليه مع هذا القول ان يقاطع اهل المنكر ويهجرهم فى الله..... والا فانه يكون اثما

Maka sesiapa yg meliht kemungkaran yg nyata disesuatu tempat maka dia kena minta pertolongan dgn org yg mempunyai sultah akan ttp jika sultah tak buat apa2 maka dia sendiri kena bertindak mengikut peringkat2 yg digariskan.

Peringkat untuk merubah ni telah digariskan oleh Imam Al Ghazali dlm kitab Ihya nya:
"permulaannya hendaklah kita mengetahui secara jelas kmungkaran tersebut bukan dgn cara tajassus,mengetahui apa yg yg dilakukan sipembuat adalah perbuatan mgkar,kemudian menegahnya dgn memberi nasihat,peringatan dan menakutkannya dgn ancaman Allah...kemudian bg nasihat dgn agak keras <التعنيف بالقول>kemudia kalau tak dengaq jugak kita hendaklah cuba dgn التهديد والتخويف بالقول............kemudian merubah dgn tangan maksudnya kita mematahkan pusat2 hiburan atau tempat2 yg menjd pendorong kpd maksiat.
Kemudian merubah kemungkaran dengan kumpulan,organisasi,sekolompok manusia yg bergabung seperti Hisbah tanpa senjata...هذا جائز.....kemudia barulah peringkat merubah kemungkaran melalui kumpulan yg bersenjata...........dll

Ok rasanya setakat ini dulu yg mampu Klong kongsi hari nie ngan menaip sebelah tangan sja coz sedang mendukung Nabil yg demam banyak hari dah...semoga memberi manfaat untuk diri Klong sendiri dan sesiapa yg mahu mengambilnya sebagai manfaat.

Khamis, Mac 25, 2010

انا لله وانا اليه راجعون

Khas buat sahabatku...

Ketika kau sedang membina kekuatan tiba2 kau dikejutkan oleh sesuatu yg kau tak pasti mampu bertahan bila datangnya umpama tsunami...Tembok sabar itu hampir roboh, benteng tabah lalu bergegar...

Andai diketika itu nurani dan jasad bagai hilang arah...Ingatlah nama Tuhanmu kerana dengan mengingatinya hatimu akan tenang.

Wahai teman...perginya ayahandamu ku tahu pasti melemahkan...namun jgn kau patah semangat, walau apapun yg terjadi biarlah airmata itu bercucuran, usah diseka....kerana nanti usai kau menangis jiwamu akan puas dan terubat.Walau apa jua yg menimpa ketahuilah masih ramai yg sudi bersamamu berkongsi rasa duka....masih ramai yg sayang...

لا تخاف ولا تحزن ان الله معنا

Salam takziah sahabatku Renni.......mg ayahandamu ditempatkan di kalangan org2 soleh dan beriman...Al Fatihah......

Selasa, Mac 23, 2010

Bergambar kenangan









Ahad, Mac 21, 2010

Syabas

Assalamualaikum....

Minggu lepas adalah minggu yg cukup penuh....dgn2 macm2 kerja..tak kira samaada bisness,mesyuarat,program....bazaar & dll.Seminggu waktu tidoq kami berdua tak menentu..Bglong selalu pesan"kerja apa pun yg kita buat biarlah krn Allah."
Barangkali krn itu Klong selalu tengok bglong tidak mengeluh,tidak rasa susah, tidak rasa letih walaupun kadang2 tak tidoq...krn mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Program Ana Muslimah anjuran HEWI KPP sessi baru telah membuktikan walalupun mrk tidak berpengalaman dlm organisasi, tetapi mrk cuba juga untuk menyediakan prgm2 yg bermanfaat.Cuma sayang diskusi oleh Ustaz Nazrul Kedah tak jadi, kalau jadi lagi best sbb Klong pun tunggu sampai malam nak ikut diskusi tu..Apapun syabas Naza, Fatin, Nana dan semua adik2 akhawat yg menyertai.








Jumpa lagi...........maaf kesihatan tak mengizinkan untk berlama2an dpn komputer.

Sabtu, Mac 13, 2010

Minggu yg macam2 cerita

Beberapa hari nie tak sempat nak update blog...cam biasa la macam2 gheja yg perlu di settlekan.

Sepanjang minggu ni pelbagai peristiwa dan cerita yg berlaku...dr cerita sedih,gumbira dan macam2 lg...Dari peristiwa kewafatan Syeikhul Azhar Dr Syed Mohamad Tantawi, semua sudah ma'ruf tentang nih cuma yg K.long nak cerita adalah tentang jawatan beliau.Jawatan Syeikhul Azhar dimulakan pd zaman kerajaan Othmaniyah dgn perlantikan melalui cara pengundian akan tetapi pd zaman Jamal Abdul Nasir....beliau mghapuskan sistem ini dan mggantikan dgn sistem taa'yin(ditentukan oleh Presiden sendiri)...Tetapi sudah cadangan ada di parlimen untuk mengembalikan sistem pengundian...jadi tak jadi Klong taktaulah lagi..setakat hari nih tak dak la lagi dlm berita tentang penganti jawatan ni .....taktaulah kot org len dah tau...@ mungkin lambat sikit coz Presiden Mesir masih dirawat di Jerman....kita tunggu tengok ja la...

Minggu ini dalam sejarah KPP adalah kedatangan Menteri Besar Perlis ke Mesir pada 10hb baru ni, Klong rasa pasti mengembirakan KPP dan penghuni2 Rumah Perlis Baru sbb dapat almari dan barang2 keperluan yg dah lama dinanti....Tahniah KPP!!!!

Peristiwa yg ke3 berlaku minngu ini begitu menyayat hati adalah penemuan mayat seorang kanak2 berusia 5thn, yg dijumpai dalam sebuah beg di tempat pembuangan sampah. Mati akibat dirogol oleh jiran berhampiran rumahnya yg juga seorang penagih dadah....Takut sangat baca kisah2 mcm ni...kes rogol sama ada terhadap perempuan atau lelaki begitu meningkat di Mesir sekarang ni berdasarkan kajian yg dibuat oleh seorang doktor...Itupun ada lagi akhwat yg sanggup bertengek di tepi jalan walaupun dah tengah malam...bahaya tau!!.Apa la nak jd ngan dunia la nih....tak sangka jugak kat Sinai sampai ada kawasan penanaman ganja yg begitu luas....

Firman Allah SWT dlm surah Almaidah:

ومن لم يحكم بماانزل الله فاؤلئك هم الكافرون"

Rasullullah SAW dan para ulama' ramai dah dok pesan...kembalilah kepada Islam, laksanakan apa yg Allah perintah melalui mukjizat AlQuran...Islam adalah penyelesaian.


Isnin, Mac 08, 2010

kenapa org lughah belajar ..................?

Pernah suatu ketika Klong dan beberapa org kawan dr Syukbah yg sama bersembang mengenai mazhab2 dalam madah tarikh adab...Kata seorang kawan :"Ahli bait depa pakat heran ngan saya dok mghafai mazhab klasik,romansi,ramzi,bernasi,waqie dl, pakat dok tanya apa dia Klasik,romansi tu?..

Antara soalan yg ditanyakan kpd kami "Ada tak org Lughah yg balik jd pengarah teater? bila dengar soalan tersebut terus klong dan kawan2 ketawa.....Persoalan tersebut timbul mungkin kerana salah satu tajuk dalam madah adab dan Naqod mengenai teater.Kami belajar camna tunjang sesebuah pembikinan teater,asas,idea,watak2 didalamnya dl lagi....Seorang penulis skrip yg baik adalah yg mampu membuatkan penonton menyelami intipati kisah sama ada yg jelas atau jauharnya...dan cam2 lagi.........

Mungkin secara kasarnya, kita rasa cam takdak faedah ja belajar semua tu....tapi kalau kita fahami, manfaatnya tetap ada sebagai siswi kuliah lughah....cuma mungkin ada yg beranggapan ilmu itu tidak mampu dimanfaatkan bila kita pulang ke Msia kelak..tapi bg Klong kita boleh gunakan bahasa2 sastera tersebut dalam memantapkan bahasa arab kita.

Macam2 kan? Apapun segalanya bergantung pada cara kita memanfaatkan apa yg kita dapat dan kutip selaku penuntut ilmu Allah.

Selasa, Mac 02, 2010

Hari ini..........

Hari ni pas settle kuih muih, kami berangkat ke Ramsis...dr Ramsis jalan kaki ke Atabah...sampai rumah agak lewat, semua gara2 tunggu nadzoroh baru ...Arab tu kata 1jam siap tapi 2jam lebih baru siap..Apapun Alhamdulillah dapat juga yg baru.

Anak2 tidoq lenyap terus, pas balik..letih sungguh gamaknya!Klong pun dah tak larat angkat kaki,kepala berat, sakit sana sakit sini tapi malam nih tempahan banyak jugak....kejap lagi nak masuk dapuq...taip kat blog pun ntah pa pa ,asalkan hilang ngantuk...tapi besalah kan kalau ketempat zahmah dan bingit camtu mesti balik sakit kepala..

Erm... sahabat K.long Reni bergegas balik Msia 1hb baru ni, beli tiket pun kat airport coz keadaan ayah dia dah kritikal slps menjalani pembedahan di IJN...Sabar ya sahabatku!

maassalamah................................

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você