zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, Julai 31, 2009

Pecah rekod

Malam ni sorang lagi adik baru (akhawat)Perlis akan pulang bercuti ke Malaysia, , makna kata tahun ni pecah rekod la semua adik2 thn 1 (Dirasat Islamiah)Kaherah pakat balik Malaysia belaka.Yg tinggal pun kat rumah siswi 1 banyak thn 4...Pas keluar natijah nanti depa pun balik juga..erm makin sunyilah rumah siswi....

Kepada yg pulang Klong doakan semoga bersemangat untuk datang semula meneruskan pengajian disini.Kepada adik2 yg dilanda musibah Klong doakan agar kuat dan tabah menghadapi hari2 yg dilalui.Perjalanan kita dalam permusafiran ini adalah ujian...kesenangan,kekayaaan,kehebatan adalah ujian dari Allah untuk melihat adakah hambanya bersyukur.Kesusahan,kesedihan, juga ujian ..mudah2an kita didalam kasih sayang Allah selalu.

Disebalik apa yg dijadikan atau ditimpakan ia mempunyai hikmah tertentu malah ia menjadi penyebab bergandanya nikmat Allah terhadap hambanya...

Kalau kita rujuk dalam al-Quran, kita akan bertemu bagaimana ALLAH SWT menyebut kepada kita betapa banyaknya nikmat pemberianNya itu sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya.

Ada 2 surah yang mempunyai lafaz ayat yang sama yang menyebutkan tentang hal ini. Yang pertamanya ialah dalam Surah Ibrahim ayat34, dan yang keduanya dalam Surah an-Nahl ayat18. Dalam ayat tersebut ALLAH SWT berfirman maksudnya, "Sekiranya kamu cuba menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."...Ayat ini nampak saja ringkas tapi cukup jelas memberitahu kepada kita bahwa nikmat ALLAH terlalu banyak sampai tak terkira.

Saiyyidina Ali karramallahu wajhah telah membahagikan nikmat yang banyak itu kepada 6 bahagian.
1) nikmat yang pertama yang perlu kita kenang ialah nikmat ugama Islam itu sendiri.
2) Nikmat yang kedua ialah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul.
3) Nikmat yang ke3 kata Saidina Ali k.w. ialah al-Quran.
4) Dalam jutaan nikmat ALLAH, yang ke4nya kata Saidina Ali k.w. ialah nikmat kesihatan.
5) Nikmat ke5 ialah tertutupnya aib kamu.
6)tidak mengharapkan bantuan orang lain

Untuk apa tujuan Nabi s.a.w. suruh kita fikir tentang nikmat ALLAH ini?...Tak lain ialah supaya kita jangan besar diri dan menyombong diatas muka bumi...

Selasa, Julai 28, 2009

Jamu mata

Sambil2 jalan terjumpa gambar future laptop nih...macam2 style yg dicipta..tapi syok tengok...

yang nih siap boleh buat penimbang lagi...





boleh buat scroll lagi...


Yang pink nih siap ada alat solek ...hehe


yang nih boleh berubah warna ikut keadaan sekeliling

Isnin, Julai 27, 2009

Cara mengira tarikh jangkaan bersalin

Ramai juga yg taktahu camna nak kira tarikh jangkaan bersalin...disini klong nak berkongsi salah satu dr cara kiraannya.....

1. Pastikan hari pertama period puan yang terakhir.

2. Campurkan tujuh hari.

3. Tolak tiga bulan.

4. Campur setahun

Sebagai contohnya:

1. 1 April 2006 + tujuh hari = 8 April 2006

2. 8 April 2006 - tiga bulan = 8 Januari 2006

3. 8 Januari 2006 + setahun = 8 Januari 2007

Sekarang, pengiraan telah meramalkan kelahiran anak puan pada 8 Januari 2007.

Pendapat Dr David yang menulis buku bersama pengamal kesihatan alternatif, Jill Blakeway, The Fertility Plan. "Ramai doktor mempunyai kepakaran dalam menakutkan pesakit mereka. Mereka memberitahu wanita berusia 37 tahun bahawa sudah terlalu lambat baginya untuk mengandung secara semula jadi......."

Betul kan? la nih kalau pi hospital, Doktor kat Malaysia selalu pesan umuq 40 tkleh mengandung dah...kalau mengandung gak siap kena kutuk lagik...ada ka patut.Pastu kalau mengandung depa nak pula cepat2 bg bersalin...taknak tunggu sakit betul2 ngan alasan takut anak lemas...sakit sana sakit sini...kalau lebih dr tarikh jangkaan mesti doktor dah kalut nak paksa bg cepat...

Ahad, Julai 26, 2009

ku harap biduk lalu, kiambang akan bertaut kembali

Hari ni kami menyambung bisness seperti biasa setelah beberapa hari off.Insyaallah rezeki akan datang jika kita berusaha.Allah sentiasa pemurah terhadap hamba2nya yg menuntut ilmu..

Cuti kali nie benar2 ternganggu dengan kerinduan yg teramat terhadap Malaysia.Setiap hari membilang haribulan di kalendar...saban hari melayangkan sms kpd sahabat bertanyakan kalau2 natijah dah keluar..Tak tahu kenapa ombak jiwa melambung2...hati menjerit sangat dan terlalu...abah!!!Klong nak pulang.

Rindu Benar dengan masakan mak...belum hilang dari kotak rasa....rindu lagi untuk memicit dan menyapu krim pada kaki tua abah seperti dulu.
Tuhanku!! engkau lebih tahu yg terbaik untukku.........

P/s: Beriani yg paling sedap pernah Klong makan adalah semasa berada di Islamabad, Pakistan berbelas tahun yg lalu............

Isnin, Julai 20, 2009

Amanah.....kewajipan yg perlu ditunaikan

amanah

Bila kita bercakap pasal amanah, mungkin ramai yg hanya memahami ia dr sudut tugas yg ditaklifkan, tanggungjawab sebagai pemimpin, amanah untuk mendidik anak2, dan sebagainya yg kita sememangnya sedar.................

Di dalam kamus dewan amanah didefinisikan seperti di bawah:

1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang;

2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang;

3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~;

4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); orang ~ orang yg boleh dipercayai;

5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta;

6. (Eko) peraturan yg menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional;

7. † pesan, amanat;

beramanah † beramanat;

mengamanahkan

1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya;

2. † mengamanatkan;

pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.))))))

Akan tetapi ramai yg terlupa "amanah "mengenai beberapa perkara, contohnya:

1/Sekiranya kita diamanahkan membawa surat atau barang kawan2, sepatutnya kita selesaikan dengan secepat mgkin...mana tahu org sangat memerlukan.Teringat satu kisah yg kawan Klong citer..mengenai seorang ikhwah yg balik Msia .Ketika dia balik ramai jugak yg kirim surat untuk diposkan..tapi kerana sikapnya yg ambik mudah..dia terlupa,sehingga dia mai Mesir semula baru dia perasaan surat2 tersebut ada dicelah beg kargonya....(ada jugak ikhwah yg senggal macam nih hehe!!!


Tapi bab barang nih Klong rasa akhwat lebih cepat bertindak untuk sampaikan kpd org yg diamanahkan.Klong sendiri pun, hari ni sampai Msia esok dah pi pejabat pos hantar surat/brg yg kawan2 minta tolong.Walaupun kena jalan kaki utk ke pejabat pos yg jauh dr rumah tapi bila fikir brg org, kita kenalah cepat....tak gitu!!!


2/ Seorang exco yg diberi amanah sebagai unit ekonomi perlu lebih amanah terhadap barang yg diserahkan kepadanya untuk diletakkan di koperasi.Kalau dia dah turun dr jawatan tersebut dia perlu melangsaikan urusan menyerahkan kembali kpd individu terbabit...atau diamanahkan kpd exco yg mggantikannya...(Bukannya apa, kadang2 brg seperti kad raya,suara kampus,buku,cerpen @ seumpamanya terbiar bertahun2 krn tidak diserahkan kembali kpd BKAn @ individu yg mghantarnya....kesian kan kat depa yg buat benda2 tu untuk cari duit..tapi kita wat hele bele ja..)


Perkara yg kecik2 pun tapi kalau dah amanah org untuk kita....maka wajib untuk kita tunaikan..Mana tahu kalau2 org tak redho dengan apa yg kita buat....pastinya sebesar zarah jua pun yg kita lakukan di atas muka bumi ini akan dihitung di akhirat sana........



Sabtu, Julai 18, 2009

SAIF terbakar !!!


Baru saja nak belek berita ptg ni tup2 terbaca berita pasal Sekolah Saif terbakar..terkejut la jugak coz sekolah tu tempat adik Klong mengajar...malah dia bertindak sebagai PK kat sekolah tersebut..

"Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar kira jam 10.00 pagi 17 Julai kelmarin dan menyebabkan kerugian yang sangat teruk . Anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.


Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad menjelaskan bahawa kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir , bilik guru , perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah.

Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006. Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf."

Khamis, Julai 16, 2009

Pasrah


Assalamualaikum....

Catatan hari ni Klong mulakan dengan cerita mengenai Abglong yg masih mengalami masalah lutut.Kecederaan lutut masa main bola tu dah bertahun tapi kembali terasa selepas bangun dr solat 3hr yg lalu...bunyi letupan yg berlaku pd lutut Abglong menyebabkan dia langsung tak blh mengangkat kaki...Dah 3hari namun masih belum boleh berjalan....(mg cepat sembuh) coz Nadhirul dah byk hari tak boleh kesekolah...

Banyak rancangan yg tergendala beberapa hari nie...kesian jugak pd adik2 hewi yg buat program IMTINAN 09...Sebagai peneraju Klong sepatutnya bersama mereka namun maaf Klong tak dapat bersama menyertai prgm tersebut...Tak tergamak meninggalkan Abglong di rumah coz segala makan minumnya perlu kita tolong..

Beberapa jemputan dr 4 BKAN lain sebagai panel /pengisi, sama ada utk Klong Atau Blong terpaksa di tolak...maaf bebanyak dr kami.Kita merancang Allah jua menentukan....

Buat semua,,,doakan Bglong sihat....


P/s: Al Fatihah buat Arwah toknjang Klong yg meninggal dunia pg tadi waktu Malaysia...mg Allah cucuri rahmat keatas ruhnya.

Sabtu, Julai 11, 2009

Khamis, Julai 09, 2009

Natijah oh natijah

Musim debaran natijah semakin terasa,apatah lagi kawan2 dr syukbah lain ada yg dah tahu natijah....sesekali hati bertanya najaahkah imtihan kali ni?Banyak persoalan yg bermain...3x Klong dan khaujah berjumpa dktr untuk bertanyakan natijah tetapi dktr masih menggeleng kepala...jadilah kami penunggu setia dihadapan bilik kontrol 4lughah ..di kontrol bersebelahan seorg demi seorang adik2 jabatan Hadis dan Tafsir lalu...seorg tersenyum...ada yg tasfiah...ada yg sofi...ada yg jayyid jiddan dan ada yg menangis....

Dah puas menunggu akhirnya Dr Ulfat keluar dan habaq "kami tak boleh bgtau natijah selagi Dr Salwa ada...hiya syadidah" kata Dr Ulfat sambil berlalu pergi.

Erm nampak gaya lambat lagilah nak dapat tgk natijah.....apapun penantian itu sesuatu yg sungguh mendebarkan..

P/s: Tahukah anda perkataan ustaz bukan berasal dr bahasa arab tetapi dr bahasa parsi.Zaman sekarang perkataan ustaz sudah memadai untuk sebutan pd kalimah ustazah kerana ustaz itu membawa maksud yg mahir dalam pelbagai lapangan/bidang...

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você