zwani.com myspace graphic comments

Sabtu, Jun 27, 2009

Isu Purdah lagi!!!!!!!!!

Bukan menjadi suatu kejutan pun jika media perdana menyiarkan berita mengenai Perancis mengharamkan purdah...ini kerana Klong sudah ma'ruf dengan gelagat2 golongan anti Islam dan puak2 orientalis.Mereka ini tidak akan senang dengan Islam sampai bila2....lalu apa yg nak kita hairankan jika mereka mghalangnya....

Ini kerana org Islam sendiri pun perangai lebih kurang sama saja...ditampalnya poster dilarang memakai purdah di sesetengah Rumah2 Negeri....Arma....Safarah...Kalau tetamu VIP Malaysia mai sini pun syarat yg dikenakan "kena buka purdah"malah kat Malaysia sendiri yg majikannya Islam pun melarang pemakaian purdah....Klong takmau nak ulas tentang hukumnya dan kekhilafan para ulama' mengenai purdah coz dalam posting terdahulu Klong dah pernah huraikan bab nie...

kan lebih baik tampal poster begini dr poster dibawah

Jadinya apa nak heran...kalau org kafir sendiri wat tindakan sedangkan org2 tertentu yg mengaku saudara seIslam terlebih dahulu memaksa dilondehkan purdah tersebut...Yg wajib tak pulak diarahkan...kenapa depa tak berani nak letak poster dilarang membuka aurat....???

Isnin, Jun 22, 2009

IKlan..

"Cuti kuliah musim panas telah bermula...

Sesiapa yg berminat untuk menempah mee,koetew (sekilo le5.00)...
atau bermacam2 jenis kuih(sebiji 0.50)antaranya
*karipap
*donat
*popia sardin( kulit popia buatan sendiri...bukan gulash)
*popia sayur( kulit popia buatan sendiri...bukan gulash)
*serimuka @ pulut sekaya
*lompang
*kuih lapis
bg prgram, secara individu atau bazaar bolehlah berbuat demikian dengan mghubungi no hp Bglong 010-6323338"

Ahad, Jun 21, 2009

Siapa Yg Memulakan Idea Hari Bapa?



Hari Bapa adalah hari untuk kanak-kanak menghargai bapa mereka . Seorang wanita bernama Sonora Smart Dodd telah memikirkan idea ini dalam tahun 1909. Dia telah dibesarkan oleh bapanya, William Jackson Smart selepas ibunya meninggal dunia. Oleh sebab itu dia mahu bapanya tahu bahawa dia seorang yang amat istimewa kepada dirinya.

Dia telah memilih untuk menyambut Hari Bapa yang pertama pada 19 Jun 1910 kerana bapanya telah dilahirkan dalam bulan Jun. Bunga ros telah diterima sebagai bunga rasmi Hari Bapa.

Artikel Bahasa Inggeris :

The History of Father's Day

The first known celebration of Father's Day was on July 5, 1908 in Fairmont, West Virginia, where it was commemorated at William Memorial Methodist Episcopal Church South – now known as Central United Methodist Church. Grace Golden Clayton is believed to have suggested it to her pastor after a deadly explosion in nearby Monongah in December, killing 361 men.

It was also during a sermon in 1909 that Sonora Smart Dodd became inspired by Mother's Day. After the death of her mother, Sonora and her siblings were raised by their father William Jackson Smart, a Civil War veteran. Sonora wanted to show how thankful she was to her father and, because William was born in June, she worked to have the first Father's Day celebrated on June 19, 1910.

In 1924, President Coolidge recommended that Father's Day become a national holiday. President Johnson designated the third Sunday of June to be Father's Day in 1966. It was not until 1972 that President Nixon instituted Father's Day as a national observance.

Did You Know – Roses are the official flower on Father's Day, red for fathers who were still living and white for those who have passed on.


Klong sendiri agak kurang pasti asal asul Hari Bapa...tapi setelah mencari klong temui sedikit sahaja maklumat seperti diatas..Sesungguhnya Islam mewajibkan kita membuat kebaikan dan mengingati ayah atau ibu pada setiap waktu tanpa ada batasannya....Menjadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan ibu bapanya...Bukan hanya pada hari2 tertentu sahaja......




Sabtu, Jun 20, 2009

Assalamualaikum...


Setelah beberapa kali dok pilih template yg sesuai untuk menggantikan template lama...akhirnya template ni menjadi pilihan.Masih kekal berwarna pink coz dah try tukar warna lain tapi Klong tak berapa berkenan...so kalau ada org rasa terlalu pinky atau tak best...maaflah ya..

Dua tiga hari Klong tak sempat mengadap komputer coz anak2 plak rajin melayan kartun...kalau tutup kartun nanti ada la yg merajuk...

Esok adik2 thn 1 syariah peksa lagi....madah last...semoga berjaya InsyaAllah.

Muhasabah bersama hari ini>>>>
" Mengapa manusia terlalu ego?? ...mempertahankan perkara yg tidak betul..sekalipun dia bersalah...tapi dia enggan untuk meminta maaf...akan tetapi sebaliknya dia yg mengisytiharkan perang perasaan terhadap org lain.

Kadang2 mulut dia terlalu celupar...kadang2 dia banyak bercakap...org itu salah org ini salah...tapi bila kesalahan itu tercetus dr dirinya...dia terus ego mempertahankannya...

Orang yg ego itu sebenarnya tidak matang, tidak memanfaatkan teguran itu sebagai sesuatu yg membina...tidak profesional..hanya lagaknya saja yg lebih...bercakap macam dia tahu semuanya......

""Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"


Salam muhasabah............

Selasa, Jun 16, 2009

Inilah akhir zaman.........

Setiap hari terpampang dalam media Malaysia kes ragut, yg semakin berleluasa...dikalangan rakyat tempatan atau warga asing.Kes ragut yg menyebabkan kematian menyayat hati terutama wanita, ibu mengandung....Pastinya kejahilan,kemiskinan,kedhaifan...kontangnya didikan agama didalam jiwa penjenayah ini menyebabkan nafsu menguasai akal dan tindakan.

Bukan hanya di Malaysia tetapi hampir serata dunia mengalami kejadian yg sama..Paling menakutkan kes penculikan dan rogol dikalangan kanak2.Berapa ramai kanak2 yg telah menjadi mangsa nafsu serakah manusia bertopengkan binatang....namun penjenayah2 ini belum dapat di kesan oleh pihak berkuasa...masih berkeliaran mencari mangsa yg seterusnya....

Begitu juga di Mesir ini...harapan Klong untuk adik2 akhawat...tingkatkan keselamatan diri...bukan hanya kes ragut,kecurian tetapi kes rogol terpampang setiap hari dalam akhbar...Kes menyayat hati ....seorang nenek yg sudah berusia hampir 100 tahun dirogol oleh lelaki yg sudah berkeluarga...malah diseret nenek tua tersebut kedalam maqam perkuburan...

Malah apalah dosa seorang gadis kecil yg cacat diculik dan dibawa lari ke ladang kurma....lalu dijadikan santapan rakus 5 musang berkepala manusia....

Klong sedih dgn cerita2 begini ....malah loya kerana mengenangkan manusia2 yg dah taktau nak gambarkan macamna....Barangkali juga disbbkan itu, seorg peguam yg bernama Nabih Wahisy meminta pihak kerajaan Mesir membatalkan terus tarian timur@ gelek dr dipertontonkan secara langsung atau dalam filem atau tv....

Untuk adik2 yg masih berdegil..ini bukan cerita rekaan,malah realiti..............berhati2 bila keluar rumah...Gunakankan khidmat musyrif diwaktu malam...lengkapkan keselamatan diri....



P/s: Pesanan utk sesiapa juga yg bergelar Muslimah..pakai skaf kepala@anak tudung@ cekup sebelum menyarung tudung...kalau yg dah pakai tu...masukkan rambut kedalammya..jgn dibiarkan berjuntaian....coz klong ternampak ekor rambut seseorang walaupun Klong berada agak jauh....mgkin adik tersebut tak perasan @ xsengaja,tapi kekuatan angin yg bertiup menyelak tudung labuh tersebut....so pasni lebih berhati2...

Isnin, Jun 15, 2009

Nota untuk Daie

Sabtu, Jun 13, 2009

Ambil peduli


Setengah wanita agak kurang berminat untuk mengambil peduli tentang bola termasuklah k.long sendiri.Sblm berkahwin memang Klong tak suka baca berita bola, malah apa2 saja tentang bola tak pernah nak ambik tahu...

Tapi sejak satu peristiwa yg terjadi...memang Klong akan baca juga walau sedikit pasal bola, berita sukan,saham,ekonomi,dunia dan bermacam2 berita yg ada disiarkan dalam paper...kalau tak tau penuh pun sekurangnya kita tahu letak duduk sesuatu topik.......

Nak tahu kenapa????

Semuanya bermula bilamana soalan imtihan bg madah fannu maqol....adalah berkaitan bola...."Tuliskan sebuah karangan mengenai Mondial Kaksul A'lam 1998( Piala dunia)tidak lebih dr 1000 patah perkataan.................."

Bayangkan diketika membaca soalan imtihan tersebut,dalam kepala kosong....walau secubit maklumat mengenai piala dunia tidak ada dalam fikiran......nak tahu Klong wak camna???

Klong gantikan tajuk tersebut dengan tajuk ciptaan sendiri "kemerosotan ekonomi dunia..kesannya terhadap Malaysia"....

Keluar imtihan memang Klong rasa takdak harapan najah madah tersebut....tapi kuasa Allah mengatasi segalanya bila natijah yg keluar Klong najah dengan baik bg madah tu....alhamdulillah.

Cumanya Klong sekadar berpesan kepada diri dan sesiapa juga...kita sebenarnya tidak boleh meremehkan sesuatu perkara walaupun ia tidak berkaitan kita tapi sekurangnya kita punya sikap peduli.Tapi janganlah pula kita terlampau peduli (fanatik) terhadap perkara yg bukan menjadi keutamaan kita selaku penuntut ilmu.....

Sama juga dengan berita hiburan, setengah org malas mengambil tahu...setengah org terpaksa ambil tahu...setengah pula terlebih berminat untuk ambil tahu...apapun yg kita fikir...golongan artis tetap berada dipundak para daie untuk mengajak mereka melakukan kebaikan meninggalkan kemungkaran...mereka juga sebahagian dr masyarakat...kewajipan kita membimbing diri sendiri, sahabat,taulan,masyarakat dan umat Islam seluruhnya...

Jadi sama2 fikir....


Khamis, Jun 11, 2009

Aku Bukan "Kalis Rindu"

Assalamualaikum semua...

rmm, selesai sudah peperiksaan semester ke2 .Lamanya tidak mengadap blog "Tinta Bicara" ni. Corat coret musim imtihan yg begitu menduga...seronok ..ceria ja kalau ada madah yg boleh jawab...tapi ada 2 madah yg rasa cam 50-50...apapun natijahnya sekarang jalan yg terakhir adalah tawakkal setelah siang malam berhempas pulas mencari ruang waktu untuk study dgn baik.

Klong sempat bertemu dengan 2 sahabat sblm Imtihan hr tu, yg seorang ni Klong begitu kagum dengan semangat dia utk terus menuntut ilmu...saat dia bercerita, hati K.long di pagut rasa simpati tatkala dia menyebut terpaksa menangguh pengajian MASTER nya diAl- Azhar disbbkan faktor anak yg seramai 4org itu,adalah sukar untuk dia hadir ke kuliah krn kehadiran adalah wajib.Akan tetapi yg menarik hati klong adalah kakak ini walaupun tlh memiliki ijazah syariah sblm ini...kini meneruskan pengajian dlm kuliah Usululdin pula...katanya"pengajian peringkat ijazah lebih mudah krn kehadiran kuliah tidak wajib.Boleh juga membaca@menimba ilmu drp duduk saja dirumah...Hebat bukan??

Sempat dia berpesan pd Klong..."
kejayaan @ kegagalan adalah ujian buat kita...gagal tidak bererti bodoh,berjaya tidak semestinya pandai....Bumi Anbia' ini tempat mengutip ilmu...perbetulkan niat...kuatkan semangat...taqarrub ila Allah....Insyaallah"

Seorang lagi syakhsiah yg Klong jumpa adalah seorang kakak,rasanya last sekali Klong jumpa dia adalah 3thn yg lalu,masa tu dia baru menulis tesis (MA Al-Azhar)...tup tup jumpa sblm imtihan baru nie, dia kata mai buat urusan utk sambung PHD Al -Azhar...Mabruk sesangat untuk kak syed....

K.long ada terbaca satu artikel di Kosmo bertajuk "Isteri,Ibu dan Pelajar...."kisah mereka yg bergelar ibu tapi dalam masa yg sama menyambung pengajian.Ada yg sampai menangis,tertekan... krn tidak dapat membahagikan masa antara keluarga dan study..."

Tapi bg K.long mereka bertuah kerana menuntut ilmu di negara sendiri, ada ibu, ayah@ saudara utk tolong membantu menjaga anak...atau sekurang2nya ada pengasuh...tidak semua org bernasib baik...tidak semua org juga bersemangat waja untuk menuntut ilmu, akan tetapi 2 syakhsiah diatas adalah antara contoh wanita& ibu yg bersemangat kental dalam meneruskan perjuangan mengutip ilmu di Ardhul Kinanah ini.............

Selamat bercuti....dan selamat kembali ke Malaysia buat adik2 yg akan berangkat pulang...wahhhhhhh...rindunya mak abah!!!!!

Dah 9 tahun tak jumpa....apa khabar jelapang padi???apa khabar Gurun???ada waktu kita bersua jua nanti...............

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você