zwani.com myspace graphic comments

Isnin, Disember 07, 2009

Pembuka Disember

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kepada semua sahabat2 @ adik2 akhawat yang pernah belajar dengan DR Yusri bg madah Qaah bahas dan Sorof, Untuk makluman... Dr Yusri sekarang sedang sakit dan dirawat di hospital.Menurut Dr, beliau merupakan diantara pensyarah yg pertama mengajar sejak kuliah banat Al-Azhar Kaherah dibuka...

Ketika mengajar, beliau pernah menyebut bahawa : "beliau mengajar bukan hanya untuk meluluskan para pelajarnya dalam imtihan akan tetapi beliau mengajar supaya anak2 muridnya memahami bahasa Al-Quran dengan baik dan supaya anak2 muridnya mampu mempertahankan bahasa Syurga ini jika ia diperlakukan dgn sewenang2nya oleh pihak musuh..."

Jadi sama2lah kita mendoakan kesihatan beliau..

*********************************************************************************

Beberapa hari sebelum ini agak sibuk dengan macam2 benda...di tambah pulak kena buat bahas last minit. Terima kasih sangat abg kerana sanggup kesana kemari mencari kitab rujukan untuk buat bahas...dan Alhamdulillah semalam "ahad" K.long dah berjaya hantar ke tangan Doktor Jamal.

Kelas Adab dah pun selesai, yg belum hanya naqod asrul hadis..itupun hanya ada 3 muka surat lagi yg Doktor Jamal akan sambung ahad depan...Untuk adik2 4lughah>>>minggu depan last muhadhoroh naqd....

***********************************************************************************


Cerita rumah terbuka kami yg sangat meriah
dengan kehadiran adik2 yg begitu ramai..Alhamdulillah...
Dari adik2 Perlis, adik2 Kedah dan adik2 Pimpinan Hewi PMRAM dan beberapa pimpinan BKAN...terima kasih atas kesudian bertandang...dan menikmati juadah nasi kerabu, nasi impit, serunding serta kuih muih kami...

Sebelum terlupa, Selamat Pengantin Baru untuk Fairuz dan Isteri di Tanta...Barakallahu lakuma..
Mg bahagia kekal hingga ke syurga.

Ahad, November 08, 2009

Diari dan Ikhlas

Beberapa hari tak menjengah blog ni...Blog org lain apatah lagi.Seorang kawan sebut ..."wah!semua pakat asah bakat tulis blog...."Erm benar juga!! menulis walaupun kat blog sememangnya mengasah bakat mereka2 yg Allah kurniakan bakat menulis yg hebat cam Ustaz syafiq dan beberapa blogger yg tak tesebut nama. Ramai juga yg menulis pengisian ilmiah untuk memberi kefahaman kpd mereka2 yg sudi membaca...tak kurang yg melontar idea dan pandangan peribadi...erm tapi klong menulis blog sekadar berkongsi diari kehidupan dr pengalaman dan cerita yg pernah ada..cam kita tulis kat buku diari..tapi dibuku kita rahsiakan cuma di blog nie kita sudi paparkan....ikut selera masing2....


Hari nie pula urusan pembelian kitab dan urusan tolab di syuun wafidat selesai...cuma tunggu nak bayar saja..Balkis sebut tadi ada ketetapan baru "tahun 4 hanya dibenarkan bayar pada hari rabu".Erm taktahu lah esok lusa berubah pulak...


Alhamdulillah kasykul bg ke3 buku dah ada....seronok sangat...cuma tang nak menelaahnya saja adoi, jenuh nak perabih....okeh,dah ngantuk....sok awai pagi ada tempahan nasi lemak .


Sebelum berhenti K.long sertakan renungan mengenai ikhlas....mg kita Ikhlas dalam segalanya....




Keikhlasan mengikut persepsi Sunnah

Sabda Rasulullah S.A.W:-

قد افلح من اخلص قلبه للايمان وجعل قلبه سليما ولسانه صادقا ونفسه مطمئنة وخليفته مستقيمة وأدنه مستمعة وعينه نا ظرة

Maksudnya : Telah memperolehi kemenangan barangsiapa yang menyucikan hatinya untuk beriman kepada Allah dan menjadikan hatinya sejahtera, tutur katanya benar, jiwanya tenang, telinganya mendengar apa yang halal didengarnya dan matanya pula memandang perkara kebaikan


Sesungguhnya keikhlasan itu merupakan hati kepada keimanan dimana ia bertindak mengosongkan kesibukan yang berlaku terhadap iman. Menyucikan hati untuk menempatkan iman bermaksud sejahtera hatinya daripada sifat hasad dengki, cemburu dan segala jenis kejahatan, betul percakapannya mengikut tempat dan keadaan, tenteram jiwanya dengan menerima segala ketetapan yang telah Allah tulis ke atasnya dengan penuh keredhaan, sentiasa patuh setiap suruhan Allah dan menjadikan larangan Nya sebagai sempadan, peka telinganya dan matanya yang melihat dan memerhatikan keadaan lalu ia menilai serta bertindak dengan perkara yang boleh memberi manfaat dan keuntungan terhadap agama dan dunianya.


Amalan yang diterima Allah tidak semestinya kita lakukan dengan kadar yang banyak atau melebih-lebihnya tetapi apa yang menjadi kayu pengukurnya adalah keikhlasan seseorang tersebut. Sekiranya disertai dengan keikhlasan dalam amalan tersebut maka cukuplah bagi seseorang mendapat keredhaan Allah walaupun amalan yang dilakukan itu sedikit. Hati seeorang mukmin yang sejati perlulah mempunyai ciri2 tertentu.....

a) Ikhlas amalannya kerana Allah

b) Amalan nasihat menasihati sesama muslim

c) Menggabungkan dirinya dengan kerja2 Islam dan bertindak menyampaikan dakwah sedaya upaya.

d)Tidak pecah amanah




Rabu, November 04, 2009

Catatan ........




Musim sejuk telah kembali mewarnai lembah Nil...Sesekali renyai membasahi malam...panas dan mendung silih berganti tapi yg pasti angin begitu girang menyusun irama..Abglong awal pagi dah bertolak ke Itai.Rumah sunyi bila ke2 hero nyenyak tidur...tinggal si Tompok saja yg sedang bermain dan berlari kesana kemari....

Si Tompok...anak kucing yg baru Abglong ambik dr pejabat PMRAM..Alhamdulillah dah seminggu si Tompok semakin ghab dgn apa yg kita ajar.Mula2 tu 2,3x juga kena pegang tangan dia ajar cakaq pasir...Tapi kesian jugak tengoknya asyik kena buli ngan si Nabil..ermmm

Hari ni masak Asam pedas talapia...tapi char saja alasyan belacan+asam keping kholis...izan Klong gantikan ngan asam limau...perghhhh memang tak sedap,hehe...apapun Alhamdulillah bersyukur masih ada makanan dr org susah yg takdak apap2 nak makan ..tak gitu?

Minggu nie baru nak dapat barang2 makanan dr Malaysia coz hari sabtu ada sedara adik ipaq akan mai...Alhamdulillah...

*****************************************************************************
Sajalah Klong letak ceritera kat bawah ni yg Klong ambik dr harakahdaily...Walaupun ia bukan pengalaman Klong namun disana ada iktibar yg boleh kita kongsikan dr pengalaman org lain.
Setiap apa yg berlaku diatas Mukabumi ini adalah drNYA jua....."Tidak akan menimpa kita melainkan apa yg telah di tentukan oleh Allah".

Tuhan tidak pernah 'tinggalkan' kita...

Azamin Amin(wartawan harakah) Tue | Oct 27, 09 | 11:37:03 am MYT

"...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam ujian."

Kadang-kadang ujian silih berganti, pasang-surut tanpa henti membuatkan saya pernah bertanya apakah sebab dilahirkan ke dunia ini. Adakah untuk merasai kesakitan dan 1000 kepayahan mendatang?

Kata-kata itu terpacul tatkala, saya masih cukup naif agama dan kosong jiwa. Lantas, bertanya kepada seorang tua, di sebuah warung, berhampiran rumah bujang saya kira-kira 15 tahun lalu.

"Azamin...pasti kamu sangka Allah membenci dirimu kerana menurunkan bermacam-macam ujian. Jangan bersangka buruk kepada tuhan," kata lelaki beruban, lewat usia 50an itu, membuatkan saya tertunduk.

"Muhammad, kekasih Allah itu dibaling batu, dilempar najis dan kakinya terpijak duri-duri yang sengaja di letakkan di tepi jalan. Giginya patah dan pipinya berdarah sewaktu perang.

"Pernah disihir dan usaha untuk membunuhnya tidak pernah surut. Lawannya sentiasa mengejek dan menghinanya.

"Lalu adakah ujian-ujian itu tanda Muhammad itu dibenci dan dipinggirkan Tuhan?" soalnya lagi dan kali ini air mata saya mula bergelinangan.

Dan dialog itu, terus menerkam sanubari, bilamana saya dihurung musibah. Kadang-kadang saya merasa penat dan adakalanya hampir putus asa. Sebabnya, tak jemu-jemu ujian dan masalah hinggap dalam kehidupan.

Bila saya mengaji dan terbaca terjemahan surah Al-Baqarah, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"

Saya bertanya lagi kepada pakcik itu, kenapa orang lain bahagia, kaya, berjaya dan hidup aman makmur berbanding saya.

"Sebenarnya kamu lihat dengan mata kepala bukan dengan mata hati...lantas apa yang dilihat hanya zahir semata-mata. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan mereka dinilai dengan apa yang ada di depan mata kamu.

"Kamu tidak tahu di sebalik semua itu. Hutang keliling pinggang, penipuan, kesakitan, kepayahan dan ujian-ujian yang dihadapi mereka. Dan tidakkah Azamin tahu, ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan!

"Jika kita sakit serta susah, kita mengadu dan menyebut Allah tetapi bila sihat dan senang, adakanya kita lupa dan alpa..." katanya membuatkan saya terdiam seketika.

Ya benar, kita sentiasa lupa pada-Nya tetapi Allah tidak pernah lupa dan tinggalkan kita, apatah lagi di kala berlaku kesulitan dan kepayahan.

Kira-kira enam tahun lalu, saya menerima panggilan bahawa bapa saudara saya meninggal dunia di utara. Berat sungguh ujian ketika itu. Sudahlah sayu dan pilu, saya yang 'kurang' harta ini pula bercampur-baur antara mahu pergi ataupun tidak menziarahi jenazahnya yang juga merupakan adik kepada bonda tercinta.

Saya di Kuala Lumpur, ibu di Negeri Sembilan dan jenazah arwah di Kedah sana. Kocek, cukup-cukup tampung perjalanan pergi sahaja. Kereta juga uzur. Saya bertawakal dan berserah diri bulat kepada Allah. Niat saya untuk membawa ibu, dan mengadap arwah buat kali penghabisan.

Dalam perjalanan, hati cukup resah tanpa disedari ibu, isteri yang sedang menyusukan anak sulung. Apakah sampai di sana nanti, saya akan mengemis atau meminta-minta belas ihsan mendapatkan wang untuk 'tambang' pulang.

Ya Allah, saya berdoa, jauhilah diri saya melakukan sebarang aib dan malu dimuka keluarga.

Selesai pemakaman jenazah, saya ditepuk seorang hamba Allah (pun sudah meninggal dunia empat tahun lalu) sambil bersalam dengan saya.

"Nah, wang belanja sedikit untuk Azamin. Pakcik dah pasang niat bila nampak Azamin tiba subuh tadi. Pakcik tahu Azamin pun susah payah datang sini..." katanya menyebabkan saya menangis termanggu-manggu.

Sangka orang, saya sayu menghadapi pemergian bapa saudara tetapi, saya cukup pilu kerana di sebalik kepayahan dan kerisauan, Allah 'menjawab' keresahan dan kerisauan saya dengan bantuan yang tidak diduga.

Peristiwa kedua cukup menyeramkan saya, ketika dalam perjalanan pulang daripada menziarahi pengebumian jenazah seorang bapa saudara (adik ayahanda saya pula) di Setiawan, Perak pada tahun yang sama. Waktu itu kira-kira 12 tengah malam.

Entah macamana, saya tersesat mencari jalan susur keluar menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tidak silap, saya berpusing di tempat yang sama, sekitar kawasan Cenderung Balai, Teluk Intan.

Malam cukup pekat. Tidak ada 'sebiji' kereta pun pada masa itu yang lalu lalang, apatah lagi orang pejalan kaki untuk saya bertanya haluan. Kiri kanan ladang kelapa sawit dan tiada lampu di sepanjang jalan raya.

Lebih menakutkan, tiada papan tanda atau 'sign board' penunjukk jalan kelihatan dan makin mengerikan bilamana minyak kereta sudah hampir habis. Aduhai.

Saya cuba untuk bertenang, supaya isteri yang duduk di kerusi belakang kereta sambil membelai anak berusia setahun tidak berkongsi kepayahan yang dilalui hati nurani ini. Apatah lagi, minyak kereta juga sudah kekeringan yang amat sangat. Lampu minyak, menyala tanpa henti menandakan bahaya bakal menimpa jika tidak diisi.

"Abang...rasa macam lama je...tak jumpa jalan ke?," soal isteri mengesyaki sesuatu.

"Taklah, abang tengah cari stesen minyak ni..." kata saya berselindung. Memang benar kata isteri, sudah lebih sejam saya memandu di kawasan yang sama, sama gelap dan likat tanpa jumpa jalan keluar.

Tiba-tiba saya nampak sebuah warung dipenuhi orang di sebelah bertentangan kanan jalan. Asalnya mahu gembira, tetapi terbit rasa aneh dan ganjil, bila sebuah warung, di sepanjang jalan gelap dipenuhi orang, jam 12 tengah malam. Sedangkan saya sudah melalui jalan tersebut berkali-kali, tetapi baru kini bertemu warung aneh di malam hari.

Sesat selama sejam

Lantas, dengan kocakan dada yang cukup berdebar, saya memberhentikan kereta di kiri jalan. Pada hemat saya, akal, minda dan perasaan saya sudah cukup letih dan berselirat sehingga melihat perkara-perkara aneh pula.

"Abang...kenapa berhenti?

"Rehat sekejap...rasa mengantuk sikit," kata saya menyembunyikan perasaan takut tadi. Sah..isteri saya tidak nampak, apa yang saya lihat.

Lalu, dengan kekuatan yang saya ada, saya baca surah-surah pendek seperti al-Ikhlas, al-Kafirun dan an-Nas. Lebih kurang 10 minit juga, saya cebiskan beberapa doa yang diajar bonda antaranya:

"Dengan Nama Allah yang dengan nama-Nya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

"Ya, Allah selamatkan aku, isteri dan anakku daripada sebarang malapetaka. Kasihanilah anakku yang tidak berdosa," doa saya kepada Tuhan sambil merenung sikecil yang tidur lena sejak dari tadi.

Saya tarik nafas panjang, dan berserah pada Allah. Kelibat warung sudah tidak kelihatan dan kemudian saya memandu dan terus memandu tanpa hala tuju.

Tiba-tiba, kurang lima minit saya terlihat sebuah papan tanda tertulis 'Kuala Lumpur' dan lima minit kemudian, sebuah stesen minyak kelihatan di sebuah simpang empat.

Alhamdullilah, Allah menyelamatkan saya ketika saya berharap benar pertolongan-Nya.

Suatu hari, sekitar tahun 2002, rumah saya kehabisan, barang keperluan. Ketika itu, dalam hati saya berdoa, janganlah ada tetamu yang datang kerana tidak ada sebarang 'habuk' pun untuk dijamu. Buruk sungguh kelaku saya sehingga berdoa begitu. Bukan apa tetapi saya malu dan khuatir tidak dapat meraikan tetamu dengan juadah yang boleh dijamu.

Ya, kita fikir perancangan dan doa kita betul padahal Allah itu lebih menyayangi kita. Sebenarnya, sudah diajar jika ada tetamu, jamu dan layan sedaya mampu kerana kehadiran mereka, 'membawa' rahmat dan 'membersihkan' dosa.

Bonda saya ada berpesan, jika ada tetamu, apa yang ada di dapur jangan disimpan. Jamulah semuanya kerana utamakan tetamu adalah ajaran Nabi dan agama.

Lantas, selesai sahaja berdoa, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Doa saya tidak diperkenan, dan tetamu pun datang. Hati saya berbolak-balik. Saya memandang wajah isteri dan memberi isyarat bertenang. Dalam keadaan gelisah, kami mampu jua hidangkan 'teh o bujang' tanpa sekeping biskut pun ada sebagai hidangan.

"Tak pa, Min...kami datang ni nak tengok anak sulung awak, janganlah susah-susah. Lagipun kami ada hal lain lagi," sambil tetamu bersalaman, mengepilkan wang not RM50.00 ke telapak tangan.

Kemudian, air mata basah mula menjadi teman...

Benarlah kata Tuhan, Nabi dan agama. Janganlah kita memandai-mandai berdoa yang tidak baik atau berfikir yang bukan-bukan sedangkan Allah tidak pernah tinggalkan kita.

Apa-apa yang kita rasa dan lalui, adakalanya kita rasakan tidak baik bagi kita sedangkan ianya elok untuk kita dan hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.

Ujian yang bertindih, bertali-arus adakala membuatkan saya kerdil dan 'menyumpah' diri dengan kata-kata tidak baik seolah-olah dimurkai tuhan sedangkan ujian itu cukup baik dan manis bagi saya selepas itu.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)

Teringat ketika, putus cinta lantaran kekasih meninggalkan diri saya yang sudah menjalinkan hubungan yang agak lama. Remuk hati dan berkecai perasaan.

Kasih yang dibaja, kononnya untuk membina mahligai, hancur di tengah jalan. Tahun itu, sekitar 1994.

Saya sujud dan bermunajat duka bahawa selepas ini, hanya Allahlah yang menentukan dan memilih buat saya tanpa perlu saya tercari-cari lagi, getus hati kecewa.

Saya adukan keperitan yang ditanggung kepada majikan, yang menjadi kawan rapat saya juga di kala susah. Saya ketika itu berusia 20an manakala majikan yang dikenali Encik Rakha itu, berusia lewat 40an.

"Beginilah min...kau rasa kereta proton Satria itu segak bergaya dan cukup cantik bagi kau sedangkan Allah nak 'mengurniakan' sebuah 'Mercedez Benz' bagi kau di kemudian hari...tetapi kau tak tahu lagi.

"Jika suatu hari nanti, kau dah dapat yang jauh lebih baik dari sekarang...jangan lupa beritahu aku," kata bos lelaki itu yang suka membahasa diri sebagai 'aku'.

Ya, setahun selepas saya berdoa duka lara itu, Allah sekali lagi 'menjawab' keresahan hati saya dan kini saya sekali tersenyum dengan simpulan kata-kata bos lelaki itu tatkala memandang tiga cahaya mata hasil perkongsian kasih nan bahagia bersama jodoh, isteri yang tercinta.

Ya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Dan tidak berlaku sia-sia. Sungguhpun perit dilalui ketika berlaku, di kemudiannya, Allah persiapkan kebahagiaan dan kejayaan setelah lama bersabar.

Dan selepas itu, ujian demi ujian terus datang dari Allah yang cukup sayang pada hambanya dan tidak pernah menghampakan, jika diperlukan.

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)

Sabtu, Oktober 31, 2009

Nilai Hidup Menurut Islam

Dalam pegangan hidup seorang insan, dia hendaklah mengambil neraca dan nilai syara’, dan tidak seharusnya mengambil nilai-nilai yg lain. Kebaikan dan keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kaedah:

“Yang baik ialah apa yang dipandang baik oleh syara dan yang buruk ialah apa yang dipandang buruk oleh syara’.”


Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai syara’ dan melarang daripada mengambil nilai yang lain daripada syara’.


Antaranya Firman Allah SWT :

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) daripaa urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”

- Surah al-Jaatsiyah: ayat 18


"Ikutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadaNya).- Surah al-A’raf: ayat 3


Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada hal mereka telah diperintahkan agar mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 60


Terdapat keterangan yang memberi peringatan bahawa memilih dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam adalah merupakan kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah SWT.


Firman Allah SWT:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT).”- Surah al-An’am: ayat 116


“Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkansesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”

- Surah al-Ahzab: ayat 36


Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman beredar dan berubah.

Dalam hal ini al-’Allamah Abu al’Ala al-Maududi telah menyatakan dalam risalahnya, Ila AyySyai’ Yad’u al-Islam, bahawa Allah SWT tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertingi (Supreme Law) melalui Rasul bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap (Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al-Quran dan sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya. Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu maka ia tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah golongan atau jamaah yang melepaskan dan membebaskan diri daripada Islam.


Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at-Tasawwur al-Islami Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath-Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu diperingatkan sekiranya ketetapan Allah SWT itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.

Firman Allah SWT:

Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan tersebut.” - Surah al-Mu’minun: ayat 71

Islam telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai suatu sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam kehidupan mereka


Ringkasan dr Teks asal Al Marhum DR Fathi Yakan




 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você