Khamis, Februari 28, 2008
Coretan ku
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Mutiara Kehidupan
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.
Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.
Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Selasa, Februari 26, 2008
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, Februari 24, 2008
Rehlah Port Said/Raksu Bar
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Jumaat, Februari 22, 2008
Berhati2 dgn kereta merah
peringatan untuk akhawat yg melalui jalan sekitar hadiqah dauliah,jalan pejabat pmram dan jalan2 dibelakangnya sehingga sampai ke jalan sebelum rumah Melaka.......diingatkan supaya berhati2 dengan kereta berwarna merah tanpa nombor plat kerana kereta tersebut sering meragut bag orang ramai bukan saja orang asing tapi warga arab sendiri.....so berhati2 sebab tadi akhawat perlis hampir menjadi mangsa.
Juga berhati2 dijalan sekitar kedai mesir wa sudan hingga ke hadiqah kecil berhadapan rumah perlis kerana seorang lelaki menaiki basikal didapati selalu mengambil kesempatan meraba.
Buat adik2 berjaga2 selalu....siapkan botol spray alcohol bila keluar rumah.....dimana2 pun ada penjenayah.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Satu hari diRumah Hewi Perlis
Bersua kembali.....mengikut perancangan sepatutnya kelmarin K.long postkan sambungan cerita pasal jejak serikandi hari kedua tapi kelmarin tu tak berapa nak sihat dan banyak perkara nak study so malas nak taip...tapi hari nie pas habis usrah K.long rajinkan tangan menaip supaya cerita hari tu tak tergantung..
Masa K.long sampai kat Rumah Hewi tu dah start program pengurusan jenazah....Ustazah Shahidah dari Terengganu yang bentangkan,coz dia dah ada pengalaman mandikan mayat...yang jadi mayat pulak semestinya orang sama yang jadi mayat pd program tahun lepas.....hehehe(mayat hidup kembali)...pas habis tu pakat bergambar ngan mayat....so kalau kematian betul takdalah orang nak bergambar dengan mayat sambil tersenyum kan....mestinya muka sedih seposen....pastu sambung ngan acara nasyid......K.long jadi pengadil masa tu tapi K.long lah orang yang gheja gelak kat depa....nak tau pasaipa????hehehe rahsia laaaaaaaa.
Pada sebelah malam ada talk show....yang bertajuk Globasisasi dan wanita.....kalau ikut tajuk tu sebenarnya banyak lagi yang perlu dirungkai dan dihurai pd adik2 baru yg hadir malam tu,mgkin juga masa yang sedikit mencemburui menyebabkan ahli panel tak dapat jelaskan dengan detail.Apapun alhamdulillah walaupun tak padat tapi sedikit sebanyak membantu...
Oklah hanya ini yang dapat K.long ceritakan.....
p/s: esok kami ke port said.........jomlah sama join....
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Rabu, Februari 20, 2008
Jejak Serikandi 3
Kelmarin Hewi telah pun menganjurkan program jejak serikandi untuk kali ke3 nya.....tahniah juga buat mereka...walaupun dengan ahli yang sedikit....itu la ad-Hoc nya itulah pesertanya...tapi semangat mereka menjayakan menjadikan hati K.long berdoa.....Moga tautan ukhuwah mereka terus utuh dan saling memahami macam adik beradik.
Meriah program disebelah pagi dengan Motivasi dan ceramah,terus bersambung pulak dengan acara menjahit.Slepas asar pulak acara kuiz yang menjadikan rumah Hewi gamat....alasyan K.long mintak depa tekan button sapa cpat dia dapat.....nak tau button apa????hehe button tepuk carpet laaaa....
Nak tau acara apa pulak selepas tu??kena tunggu pasni la.....coz selepas habis talkshow malam nie baru K.long citer kannnnnnnnnnnnn..
p/s: Biarlah kita syadid tapi jangan Jumud......apa itu jumud????Kesimpulannya>>>>>.jumud itu adalah kita mempertahankan apa yang tidak sepatutnya,mengikut sesuatu tanpa berilmu,ketinggalan zaman dari sudut ilmu dan thaqafah,bangunlah!!!Kita adalah muslimah mukminah mujahidah ansorullah.....
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Kembali Bertugas..........
Dicatat oleh ummi 0 ulasan