Hari nie 21hb tamatlah imtihan semester pertama untuk tahun 2008, macam2 yang berlaku disepanjang waktu2 imtihan tersebut.....Alhamdulillah setiap dari kita telah cuba melakukan yang terbaik dan termampu mengikut keupayaan masing2..dan setelah itu jalan terakhirnya adalah berdoa dan tawakkal kpd Allah.....Dengan penulisan ini tak bermakna K.long isytiharkan meeeerdeka!!!!! (macam zaman sekolah dulu kalau dah habis peksa mesti kawan2 laung slogan meerdeka kat bilik asrama),sebabnya kuliah hanya cuti beberapa minggu dan selepas itu kuliah akan bersambung semula hujung bulan 2 nanti....macam tahun lepas, pensyarah K.long Doktor Yusri adalah antara tenaga pensyarah yang masuk mengajar paling awal.....hujung bulan februari dah siap ada kitabnya.....Wah!!! untuk sem 2 nanti banyak madah yang akan menunggu K.Long coz thn lepas 5 subjek k.long tak dapat hadirkan diri kerana ....kena operate<<>>......
Isnin, Januari 21, 2008
Rabu, Januari 09, 2008
MUHARAM 1429
Semoga semua beroleh keberkatan dan kebahagian didunia dan di Akhirat.....Salam awal Muharram.............jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun..........
Peristiwa Penting
*1 Muharram Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
*10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
*Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
*Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
*Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
*Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
*Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
*Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
*Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
*Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
*Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
*Nabi Isa diangkat ke langit
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Selasa, Januari 01, 2008
Selamat tahun baru 2008
2007 dah pun melabuhkan tirainya...pelbagai perkara,rencah kehidupan pahit manis yang kita lalui sepanjang meniti tahun tersebut.Barangkali pengalaman tersebut akan mematangkan tindakan dan fikiran kita untuk terus mengatur tapak bagi meyoroti detik 2008 pula...atau adakah yang masih berwaham menganyam mimpi seindah impian berada disundus.....
Namun apapun jua yang akan kita rasai kala ini,perjuangan atau kehidupan perlu diteruskan dengan semangat yang lebih baik dari semalam...setiap langkah kita adalah pengorbanan yang pasti, malah meletakkan hadaf yg paling jitu dalam erti kata kita menterjemahkan impian kita kearah mana sekalipun....dengan harapan tetap tercapai...kiranya cepat Alhamdullillah ....kiranya lambat....bersedialah !!!!Tuhan masih ingin menduga....sematkan dihati tiap sesuatu itu ada tersirat hikmahnya....
Bagi yang ingin membina Daulah sughro ditahun 2008 ini....letakkan sebaik2 niat perkahwinan adalah ibadah...percaturan yang baik akan melahirkan paradigma generasi agung AlQuran lantas dengan itu Islam akan kembali gemilang bila daulah kubra tertegak hasil wawasan daulah sughro yang mantap....
oklah jumpa lagi dilain catatan wahai adik2ku........
Semoga Taufik dan Hidayah Allah bersama kita selamanya....
>>>>k.Long>>>>>.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)