zwani.com myspace graphic comments

Ahad, Oktober 21, 2007

kisah rumah terbuka

seronok berhari raya!!!! ya memang seronok raya kali ni coz adik2 sendiri ada bersama tapi depa semua dah nak balik bulan 11 nanti, tu yg buat hati k.long sedih sangat...pasni tinggal kami ja sekeluarga cam dulu2 balik.
Bercerita pasal raya baru2 nih kami wat rumah terbuka...memang ramai yg datang sampai tak muat rumah...yg letak atas katil pun ada...yg bg patah katil kami pun ada...dahsyat tu raya kali nie..kuah laksam yg periuk besar tu pun tak cukup sampai kena tambah lagik satu periuk...apapun mekasih banyak coz sudi jenguk dan ziarah kami dipedalaman ni.

Td pulak dapat berita ada pelajar mesia accident sampai meninggal....innalillahi wainna ilaihirajiu'un....takziah kpd keluarga Allahyarham...Mg dicucuri rahmat ke atas ruhnya...Al-Fatihah

Khamis, Oktober 11, 2007

Sensitiviti kita dicabar lagi!!!

Musuh Islam tidak akan duduk diam....sehingga kita mengikut telunjuk mereka.Andai mereka bersatu menentang Islam mengapa tidak kita umat Islam sendiri,bersatulah dalam menegakkan Islam,julanglah hukum yg Allah telah tetapkan,pasti disana musuh gentar untuk bersandiwara.
Terkini!!!!

Denmark sengaja mencari nahas,slps satu demi satu agenda diatur untuk mghina Islam...kini mereka buat hal lagi!!!!(barang mainan kanak2 berjenama' LEGO') yg amat jelas ketaranya kebiadapan mereka....maka wajiblah kita selaku umat Islam yg sayangkan Rasullullah memboikot setiap brg keluaran negara tersebut...

Rabu, Oktober 10, 2007

tahniah!!!! exco baru KPP

Bismillah...
Dah banyak hari tak post kat blog...kelam kabut sikit minggu nie.Raya pun dah dekat,macam2 nak kena buat....persiapan raya ala kadar saja.

8hb baru2 nie Mesyuarat Agung persatuan anak-anak perlis...Ahamdulillah semua berjalan lancar...Tahniah buat adik2 exco kepimpinan baru dan syabas buat yg menamatkan tempoh jd exco..apapun dan walau dimana kaki kita berada, kita tetap perlu meneruskan wasiat warisan Nabi SAW.

okey...jemputlah datang ke rumah raya nanti...pintu hati kami tetap terbuka menerima kehadiran adik2.

Selamat Hari Raya


Selasa, Oktober 02, 2007

Peristiwa Yg Terpahat Dalam Sejarah Ramadhan


1/ Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sebanyak yang boleh.

2/ Thn ke2 hijrah, >>>>>> peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an sebanyak yang boleh.
Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.

3/ Pada thn ke2 hijrah juga, zakat fitrah mula disyariatkan. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta.

4/ Di bulan ini thn ke5 Hijrah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjadi pada bulan Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga sebagai peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

5/ Pada 21 Ramadhan tahun ke8 Hijrah>>>pembukaan kota Mekah Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda memasuki kota Makkah.

6/ Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

7/ Pada tahun ke 9 Hijrah>>>>> peristiwa peperangan Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga.

8/ Di bulan Ramadhan tahun yang sama rombongan dari kota Taif tiba di Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

9/ Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

10/ Pada tahun ke10 Hijrah>>>>> Baginda mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.

11/ Pada tahun 53 Hijrah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau Rudes.

12/ Pada tahun 91 Hijrah pejuang Islam mula mendarat di Selatan Andalus.

13/ Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

14/ Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

15/ Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijrah>>> berakhir sudah pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.
16/ Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami'ah al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat beribadat dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara'.

17/ Pada tahun 584 Hijrah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pehak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

18/ Pada tahun 658 Hijrah Kerajaan mamalik dapat mengalahkan dan membencung kemaraan tentera Tartar di 'Ain Jalud. Tentera ini bermaksud menguasai selurh negeri Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui Mesir.


Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwa dan ia memberi pengajaran untuk difikirkan bersama kearah membina intelektual Islam berjaya.

Antara Dua Kisah

7 Mei 2000 tercetusnya demontrasi dikalangan Mahasiswa Universiti Al-Azhar,Universiti Kaherah dan Universiti Ain Shams dan dilaporkan bilangannya mencecah 20,000 orang.Berslogankan “Allahu Akbar!”, “Suara Azhar akan bangkit!”, “Kami rela mati asal Islam tetap hidup!”, “Dengan darah, dengan nyawa, kami perjuangkan Islam!”, demonstrasi yang terbesar dalam sejarah Mesir ini menjadi tragedi yg tidak pernah dilupakan.Demontrasi itu terjadi apabila BUku kontroversi" pesta rumpai Laut"yang ditulis oleh Haidar BIn Haidar (warga syria) diterbit dan diedarkan oleh Kementerian Kebudayaan dibawah menterinya Farouk Husni.
Antara isi kandungan buku kontraversi tersebut adalah menyamakan Allah dengan kura-kura yang merangkak di padang pasir, menggelarkan Allah sebagai seniman yang gagal, menuduh Rasulullah saw mempunyai 20 orang wanita yang dimiliki secara perkahwinan yang sah, kekasih dan mut‘ah, menuduh isteri para sahabat curang sewaktu mereka keluar berperang dan sebagainya.
Ketua Pengarang akhabar as-Shaab, milik Hizbul ‘Amal, Ibrahim Syukri mempertikaikan kedegilan Farouq Husni untuk meletak jawatan dan beliau menggesa agar kerajaan pimpinan Husni Mubarak memecat menteri itu.
Begitulah sahabat2 seakidah serba sedikit yg dapat k.long simpulkan tentang demontrasi yg berlaku dihadapan mata sendiri.Sungguh yahudi dan nasrani itu tidak akan redho sehingga mereka mencipta pelbagai perkara untuk menyakiti umat Islam. Namun sehingga kini 7thn berlalu tak dapat dipastikan lagi samaada penulis berkenaan sudah mendapat hukuman atau bagaimana kesudahan jalan cerita tersebut. Mungkin anda tahu kesudahannya????
Dan cerita diatas sebenarnya k.long nak kaitkan dengan penangkapan Taslima Nasreen,juga seorang penulis asalnya beragama Islam dan kemudian menjadi atheis, berasal dr Bangladesh yg mana penulisannya sering menyerang Islam dan menyinggung perasaan warga Muslim. berita penangkapan tersebut k.long baca di dalam tranungkite...Dulu masa tingkatan 4, k.long dengar kengkawan bercerita pasal Taslima mengenai isu kenyataanya menyuruh Alquran disemak semula..
Alhamdullillah andai benar berita penangkapan tersebut...Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui tiap sesuatu.Moga mereka yg menghina dan memperlakukan agamamu akan segera mendapat balasan.

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você