CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 22 September 2011

Pantang JUmPa-Cinta KonTrak

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada yang masih sudi baca blog aku ini yang sudah lama xupdate. Almaklum lah kemalasn dan kesibukan aku memyebabkan aku ini malas nak update blog. Apa lagi time rajin ini lah aku gile nak update blog. ok berbalik pada tajuk cerita aku, korang mesti pelik apa kaitan antara dua itu kan... hahahah bila aku teringat aku mesti gelak besar versi sopan... hahahahha

Ok lah, pada 2 minggu yang lepas, aku dapat panggilan telephone dari syarikat MSC camp, nak bagi aku training lah. Dia cerita serba sedikit tentang ape yang dia buat ini. Aku pun tertarik lagi pun dia kata time itu elaun training sebulan sebanyak 1800-2500 ringgit. Mak ai banyak gile, so aku cerita lah kat ayah aku pasal ini so dia berikan aku kebenaran untuk pergi KL a.k.a Kuala Lumpur. tapi mase uncle 2 telephone dia tak cakap dekat aku yang akan ada sesi interview. Apa lagi aku suruh lah my cousin a.k.a cik lia nie beli tiket. Terima Kasih banyak-banyak cik lia ku sayang.

21 September 2011
8.00 pagi -aku pu dalam perut bas menuju ke Kuala Lumpur. Aku nie kalo pergi jauh-jauh pantang tayar bas bergolek sikit mesti mata 2 nak tido saje.

11.00 pg -aku pun sampai ke perhentian bas perkeliling a.k.a titiwangsa.
tiba-tiba aku dapat mesej dari uncle a.k.a MSC camp bagitau apa yang perlu aku bawak, lagi pun aku dah listkan masa uncle 2 tepon aku. so aku xambik port pun tapi yang aku hangin satu badan tibe dalam mesej 2 kata ada interview, mangku tingkat lah kena dengan aku, tak cakap awal-awal, boleh lah kau baca apa yang patut.

Aku menuju ke KLCC sebab pejabat dia berhampiran dengan KLCC. Aku ingat nak datang awal nak tengok tempat dia. Tapi bila sampai hrm senang gile nak pergi kesitu. Waktu aku jumpa orang 2 sepatut pukul 3.30 ptg, jam kat hanset aku menujukan baru kul 11.30 pg.

Hrm apa lagi aku pun baru teringat. hahahah kalau aku pergi mana-mana tempat shoping complex kan aku mesti cari satu kedai ini, KEDAI BUKU( tidak kisah apa namanya) janji dia jual buku ilmiah or novel.. aku memang pantang jumpe kedai buku, pantang sangat-sangat, lagi-lagi duit ada, alamat nya penuh umah aku dengan novel-novel aku. pernah sekali aku borong novel sampai 5 buah novel aku beli. sebab kat area umah aku ini susah sikit nak dapat novel-novel, kalau ada pun bukan cita rasa aku. so aku pun pusing lah setiap tingkat kat KLCC nie mencari kedai buku. dah lah besar dah pulak itu aku pakai kasut ladies, hrm alamatnya melecet lah kaki aku. Dah aku penat aku pergi tanya pak cik guard baru lah aku terpikir nape tadi x pergi tanya dulu, ini tidak dah penat baru nak tanya. akhirnya aku pun jumpa lah kedai buku kat KLCC nie, memang lah aku tidak jumpa sebab nama kedai ini pun pelik (KINOKUNIYA) nama macam jepun je.

aku masuk je kedai buku 2, hrm apa lagi aku pandang atas, sebab aku nak cari signboard dia kot-kot ada tulis tempat novel 2 sembunyi.. hehehe akhirnya aku pun jumpe, ape lagi aku pun mencarilah kot-kot menarik untuk aku baca. Satu buku sudah aku dapat sebab buku ini dah lama aku nak STANZA CINTA, tapi xbeli-beli so masa kat sini ape lagi aku pun beli novel itu dan yang lagi satu sepatutnya aku nak beli satu buku ini, tapi aku tidak jumpa, sebab buku kat sini xbanyak buku-buku ilmiah dan islamik . so memang xde lah buku lagi satu yang aku nak cari.

Aku belek-belek novel supaya aku nak menambah koleksi novel aku, mula ingat nak beli novel fatima syarha tapi xde gak so aku pun cari lah novel lain, belek punya belek dah malas + letih akhirnya aku jumpa satu buku nie, aku just baca 2 perkataan di belakang novel itu terus aku tertarik (CICAK KOBENG!!) hahah nak tahu tajuk dia apa (CINTA KONTAK) simple je tajuk dia hasil kerja tangan NUR AIN SYUHADA, aku beli 2 novel kat kedai 2.

aku tengok jam kat hanset aku baru kul 1230tgh. ape yang aku nak buat. nak makan hrm xde mood lagi, so ape lagi aku start lah baca, mula-mula aku bacakan aku nak gelak tapi xkan aku nak gelak tengah-tengah orang lalu lalang pulak, kang kata aku gile pulak. so aku gelak dalam hati.

Dan masa aku nak balik dari KL-Kuala Lipis, aku selalunya pantang tayar bas bergolek aku mesti tido tapi nie aku sambung balik baca novel tadi sampailah aku xsedar rupanya dah nak dekat dengan destinasi tempat aku nak turun. Aku nak cakap novel ini novel yang paling best sebab dia orang bercinta selepas kahwin. dan buku ini adalah buku islamik coz watak utama adalah perempuan ini muslimah tapi burtal sikit, pakai baju labuh+stokin+tudung 60". hahahaha. memang saya boleh bagi markah 500% bestnya cerita itu. banyak gelak dari menangis, yang paling best dia letak unsur-unsur nasihat dalam cerita itu.  nie aku showkan dua novel yang aku baru beli untuk menambah koleksi novel aku kat umah nie..

hehehehe, nasiblah siapa suami aku nanti, kena duduk dengan novel-novel aku.





  ini lah buku yang aku cakap tadi.. TERBAIK!!!




  ini pulak buku yang aku nak sangat, tapi tak bukak lagi.. hehehhe

Rabu, 10 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....

Hampir dua bulan saya tidak menulis coretan dan warkah di blog ini. Sebenarnya banyak yang ingin diulaskan tapi apa kan daya, masa tidak mengizinkan saya untuk menambah coretan buat masa ini.
Belum terlambat lagi saya, untuk menyampaikan salam ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia.
Alhamdulillah, ramadhan kali ini, dengan izin ALLAH s.w.t saya dapat menunaikan ibadat puasa di kampung halaman dengan keluarga tercinta.

Dan tidak lupa jugak, kali ini, saya berkesempatan untuk membantu Mak Cik saya untuk berniaga kerepek bawang. Alhamdulillah, sampai hari ini tidak putus-putus tempahan kerepek bawang. Sesibuk mana kita di dunia ini, tidak lupa akan akhirat. Alhamdulillah, walaupun tempahan banyak, ibadah di bulan puasa pun dilakukan.


tempahan kerepek bawang.




Sebenarnya saya  ingin menyampaikan SALAM RAMADHAN kepada umat islam di seluruh dunia. Dan jadikan ramadhan ini ramadhan yang penuh keberkatan. InsyaALLAH..





Ahad, 29 Mei 2011

Tidak Kesempatan Tanam Anggur

Assalamualaikum.... selamat sejahtera dan harap pembaca sihat selalu disamping orang yang tersayang. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi ku masih berpeluang menulis dan menaip coretan di dalam blog ku ini.
Alhamdulillah sekali lagi akhirnya perjuangan ku bergelar pelajar sudah pun tamat setelah ku menghantar thesis kepada supervisor ku. Dan sekarang ku berada di rumah dan baru sahaja selesai satu majlis walimatul urus akak saya yang no 4. Agak penat jugak tapi seronok kerana semua sanak saudara berkumpul di majlis perkahwinan akak saya ini.

Mungkin orang kata selepas ini saya akan mula "tanam anggur" di rumah, tapi selepas pulang sahaja dari shah alam saya tidak kesempatan untuk " menanam anggur", ini kerana selepas ini saya mempunyai program untuk pelajar kampung relong. Bermula dengan program kem bahasa inggeris UPSR dan selesai sahaja program ini saya harus pergi ke kedah untuk kenduri bagi pehak lelaki. abg ipar saya ini, dia asal dari Jitra, Kedah. Selepas sahaja pergi ke kedah selama 3 hari, ada satu program lagi iaitu Kem ibadah 2011. Dan selepas itu saya akan menolong Mak cik saya untuk perusahaan kerepek bawang sehingga lah saya mendapat kerja barulah saya berhenti.. itu lah jadual saya yang agak padat.

Disamping itu saya akan mengisi dan menghantar resume saya, seronok jugak kerja di kampung ini, walaupun income nya tidak lah tinggi tapi sekurang-kurangnya tidak hanya membuang masa. Rezeki ada di mana-mana sahaja, kita perlu berusaha untuk memperolehi dengan secara yang baik dan berkat.

Selasa, 10 Mei 2011

ThEsiS KU.....

Salam... Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ku kepada mu Ya ALLAH kerana thesis ku telah siap dan telah selamat hantar ke my supervisor ku iaitu Miss Noor Hafizah.. 

Berminggu-minggu ku siapkan thesis ini selepas presentation ku... dan alhamdulillah berkat kesabaran supervisor ku dan jugak diri ini aku telah menyiapkan thesis ini untuk ijazah ku...

tidak terhingga ku ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat, kakak senior dan jugak pensyarah yang banyak membantuku dalam menyiapkan thesis ku ini...

xpecially kepada sahabat karib ku Farah Ziela dan kawan-kawannya, dan tidak lupa jugak kepada housemate FArah yang banyak membantu ku dalam proses membuat hardcover... dan jugak sudi menumpangkan diri ini di rumah Farah... Jasa korang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila...

Tidak lupa jugak kepada housemate ku Daisy dan Shuhaida kerana telah menolong ku ...

Thank ALL...

Dengan izin Mu Ya ALLA ku telah berjaya menyiapkan thesis ini dengan sempurnanya.... ALHAMDULILLAH...........



Jumaat, 6 Mei 2011

Hidayah MU

Assalamualaikum... 
sudah lama saya tidak menulis warkah ini....
mungkin kesibukan yang tidak ada masa untuk ku menulis coretan-coretan nie blog ini...
banyak sawang-sawang yang harus ku buang....

06/05/2011

kembali flash back 3tahun dahulu, mulanya saya menjejaki kaki disini. Untuk segulung ijazah dan harapan Ayah ku untuk aku melanjutkan pelajaran aku di peringkat ijazah. bermula kembali hidup aku sebagai seorang student... Dengan keseronokan dan kegembiraan diri ku ini, ALLAH berikan ku satu ujian dgn sahabatku jatuh sakit dan akhirnya pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..Diriku ini mula rasa hilang semangat dan ku dikejutankan dengan  keputusan peperiksaann semesta ku agak teruk.. akhirnya ku tersungkur. Tapi ALLAH masih syg kan diri ini.. dia memberikan kesedaran dan kekuatan untuk diriku bangkit semula.. Alhamdulillah.. aku bersyukur pada mu YA ALLAH.. engkau berikan nikmat yang aku rasa terlalu besar yang ku terima iaitu nikmat hidayah dari mu. Engkau berikan ku " rasa" untuk diri ini berfikir mana baik mana buruknya..


Ya ALLAH, 
Aku memohon padaMU..
Engkau kekalkan lah hidayah ini dalam diri hambamu..
Engkau berikan aku kekuatan unuk aku menempis segala bisikan syaitan
dan keteguhan iman hambamu ini supaya tidak terjebak di dalam api neraka..

Ya ALLAH..
Aku memohon keampunan Mu 
Ya ALLAH...
Aku telah melakukan kesilapan...
Aku telah calitkan dosa dalam hati ini...
Aku bertaubat padamu 
Ya ALLAH...

kekalkan lah Hidayah Mu dalam diri ini 
sehingga ke akhir hayat ku....


Bagaimana haru aku lalui masalah-masalah yang telah terjadi melalui mainan perasaan.. jauh mana ku lari dari masalah ini, masalah tidak selesai.. semakin rumit... Apa yang aku harus buat YA ALLAH... masalah perasaan ini hanya boleh dilupakan seketika dgn menyibukan diri dan mendekatkan diri pada MU YA ALLAH..

Aku bersyukur pada MU YA ALLAH
Sujud syukur ku  pada Mu...


p/s : semangat ku pulih setelah ku mengadu kepada Yang MAHA ESA....  1 potong peria mendapat satu gelas madu... 

Jumaat, 1 April 2011

MuHasabaH diRi~~~

Assalamualaikum... buat pembaca sekali~~ sudah lama saya tidak menaip blog saya ini. Apakan daya kesibukan mencemburu diri ini. Sebenarnya kesibukan diri ini datang dari saya sendiri yang tidak pandai uruskan masa dengan baik. Ikut suka hati sahaja.

Oklah berbalik pada tajuk~Muhasabbah diri~ semua orang tidak dapat lari dari membuat kesalahan sama ada dengan sengaja atau pun tidak sengaja.

Ya ALLAH Ya Tuhan Ku.. aku memohon padaMU, permudahkan lah urusan ku... dan Engkau permudahkan lah urusan Final Project ku........................................

Diri ini tidak pernah putus untuk berdoa. semoga ALLAH memperkenankan doaku ini, Apa yang aku hendak ceritakan ini bukan lah untuk menjaja tentang kehidupan tapi aku hendak berkongsi pengalaman diri ini untuk dijadikan ikhtibar pada semua orang.

Akhirnya sudah lama diriku ini tidak jumpa dengan Supervisor ku. Aku meletakkan prinsip dalam diriku ini, selagi xde progress baru aku tidak akan jumpe dengan Supervisor ku. Akhirnya aku pun telah siap analysis data ku untuk ditunjuk kan kepada Supervisor(SV). aku buat anlysis data tanpa mengkaji dulu sebab-sebab dan kenape aku buat menda ini. aku hanya buat sekadar alar kadar sahaja, seperti melapaskan batuh ditangga.

Aku ingat dengan progress ini aku akan berasa lega dan hanya sedikit sahaja yang tinggal untuk project aku. Tapi sangkaan aku merosot bila SV aku bertanya macam-macam pada graph yang aku analysis kan itu. aku tidak dapat menjawab dengan cara menyakinkan beliau. Akhirnya dia amat kecewa dengan sikap aku yang ambik sambil lewa dalam project ini memandangkan lagi tinggal beberape minggu sahaja lagi untuk hantar Technical Paper kepada Koordinator....

dengan teramat kecewa, dia berasa sedih sangat dengan sikap aku, Macam-macam dia luahkan rasa kecewa nya kepada aku. Pada mulanya aku hanyak pasrah mendengar nasihat-nasihat dan luahan kekecewaan dia, bila ader titisan air mata dia, aku mula rasa sedih. Ya ALLAH aku telah buat SV aku nangis. YA ALLAH aku bersalah padanya dengan sikap aku ini. Selama 2 jam aku menerima nasihat-nasihat beliau supaya aku bangkit menjadi manusia yang bertanggungjawab sebagai seorang Engineer.

Aku pun pulang dengan keadaan mata aku merah. Samapai je ke  rumah aku siap-siap untuk membersihkan diri ini untuk menghadap MAHA PENCIPTA.

selepas solat Maghrib, macam biasa aku duduk seketika muhasabah diri ini. YA ALLAH. baru aku sedar dengan cara ini engkau mempermudahkan urusan Final project aku.. Sujud syukur aku padanya bila dengan cara yang mulia ini engkau memperkenankan doaku, dalam masa yang sama engkau berikan aku petunjuk untuk aku lebih bertanggungjawab dan bersemangat untuk menyelesaikan project ini. YA ALLAH Besar sungguh kuasa MU... Aku bersyukur engkau berikan aku hidayah pada ku..


selepas kejadian itu aku semakin bersemangat menyelesaikan Task-task yang diberikan oleh Supervisor aku. Aku manusia biasa yang tidak lari membuat kesilapan.

Aku Ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Supervisor aku kerana memberi aku nasihat untuk menjadi manusia yang berguna.Aku tidak menyesal mengambil beliau sebagau Supervisor kerana dia bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai seoarang pensyarah tapi dia telah menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik untuk membimbing dan mendidik anak bangsanya manjadi seorang yang sangat berguna pada masyarakat..


p/s: cerita ini bukan untuk ambil simpati tapi cerita ini untuk aku kongsikan untuk dijadikan ikhtibar. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. cuma kita harus berusaha untuk mencari hikmah itu... hikmah yang ALLAH s.w.t sangat manis.

Wassalam~

Khamis, 3 Mac 2011

RTM- JM Beraini- Melaka

Assalamualaikum.... alhamdulillah... dengan nikmat ALLAH berikan kepada saya, saya boleh menaip menulis entri yang baru....
kali ini saya ingin menceritakan kisah minggu lepas...sibuk-sibuk buat Final Year project (FYP) sempat lagi saya pergi berjalan-jalan... ini untuk merehatkan otak yang sudah lama tidak rehat..(alasan jer 2)..

bermula 25 haribulan Februari 2011(Jumaat) , saya dan sahabat-sahabat saya dari major communication pergi lawatan sambil belajar ke angkasapuri (RTM).... 
bertolak dari UiTM Shah Alam pada pukul 8 pagi... dan sampai disana dalam pkul 9 pagi.... sampai disana kami menunggu lecturer selected topic Puan Faraza.. 
kami dibawa kebeberape tempat..
ini saya serta kan gambar kenang-kenangan kami disana...


gambar kenangan....
                     
gambar ramai-ramai....



ok.. pas saya pergi RTM pada hari jumaat.... keesokkan hari ada kelas selected topic... kelas pada minggu nie sampai kul 1 tghari... coz kelas petang tidak ada... so apa yang dirancang oleh my housemate untuk belanja Sariyusmida n adilah... kalau nak tahu knpe itu kena tanya tuan punye badan lah....
pas kelas itu saya dengan budak2 nie termasuk aini n kak jaz pergi ke JM Beraini House...
Nasi Beraini nya memang tip top.. sedap sgt... tapi apa kan daya time kitaorg makan kat situ, services lambat lah plak... dah tgh lapor... sabor jelah...
almaklum lah ktorg pg ke kedai makan itu kul 130 tghari tapi pukul 230ptg baru sampai makanan... saper xhanginkan...

Makanan kat situ sgt sedap, nasinya banyak, ayamnya besar.. oklah.. harga pun boleh tahan lah.... nie sedikit gambar kenang-kenangan kitorg mkn kat situ... cadangannya bile nak wat gadering budak comm nak tempah kat situ.. tapi ... tgk lah mcm ner.. baru cadgn...

  JM Beraini House



tanggal 27 Februari 2011, saya dan my housemate iaitu Daisy pergi jalan-jalan ke seremban utk jumpa sahabat saya disana.. sudah lama kami xberjumpa selepas dia habis study pada tahun lepas.. so kami merancang nak jumpa dia ke sana... kami tolak dari rumah pada pukul 8 pg... kelewatan amat dikesali.. lewat itu disebabkan diriku ini... hehehehe.. so sampai ke seremban pkul 11pg.. cik nikmah a.k.a mama telah menjemput kami di station komuter seremban... dan bincang punye bincang kami pun pergi ke melaka... akhirnya sampai lah di bumi melaka... sebenarnya, bila saya pergi ke melaka membuat saya mengimbau kembali kenangan saya dengan seorg sahabat saya yg telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.. 

kami melawat banyak tempat pelancongan.. seperti A famosa, muzium kapal,menara taming sari, dan bnyak lagi tempat menarik...
ada sedikit cedermata saya bawa dari Melaka... insyaALLAH kalau panjang umur saya akan menjejak kan kaki di sini lagi... di gambar kenangan kami...





gambar kenangan... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20