CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 29 Mei 2011

Tidak Kesempatan Tanam Anggur

Assalamualaikum.... selamat sejahtera dan harap pembaca sihat selalu disamping orang yang tersayang. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi ku masih berpeluang menulis dan menaip coretan di dalam blog ku ini.
Alhamdulillah sekali lagi akhirnya perjuangan ku bergelar pelajar sudah pun tamat setelah ku menghantar thesis kepada supervisor ku. Dan sekarang ku berada di rumah dan baru sahaja selesai satu majlis walimatul urus akak saya yang no 4. Agak penat jugak tapi seronok kerana semua sanak saudara berkumpul di majlis perkahwinan akak saya ini.

Mungkin orang kata selepas ini saya akan mula "tanam anggur" di rumah, tapi selepas pulang sahaja dari shah alam saya tidak kesempatan untuk " menanam anggur", ini kerana selepas ini saya mempunyai program untuk pelajar kampung relong. Bermula dengan program kem bahasa inggeris UPSR dan selesai sahaja program ini saya harus pergi ke kedah untuk kenduri bagi pehak lelaki. abg ipar saya ini, dia asal dari Jitra, Kedah. Selepas sahaja pergi ke kedah selama 3 hari, ada satu program lagi iaitu Kem ibadah 2011. Dan selepas itu saya akan menolong Mak cik saya untuk perusahaan kerepek bawang sehingga lah saya mendapat kerja barulah saya berhenti.. itu lah jadual saya yang agak padat.

Disamping itu saya akan mengisi dan menghantar resume saya, seronok jugak kerja di kampung ini, walaupun income nya tidak lah tinggi tapi sekurang-kurangnya tidak hanya membuang masa. Rezeki ada di mana-mana sahaja, kita perlu berusaha untuk memperolehi dengan secara yang baik dan berkat.

Selasa, 10 Mei 2011

ThEsiS KU.....

Salam... Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ku kepada mu Ya ALLAH kerana thesis ku telah siap dan telah selamat hantar ke my supervisor ku iaitu Miss Noor Hafizah.. 

Berminggu-minggu ku siapkan thesis ini selepas presentation ku... dan alhamdulillah berkat kesabaran supervisor ku dan jugak diri ini aku telah menyiapkan thesis ini untuk ijazah ku...

tidak terhingga ku ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat, kakak senior dan jugak pensyarah yang banyak membantuku dalam menyiapkan thesis ku ini...

xpecially kepada sahabat karib ku Farah Ziela dan kawan-kawannya, dan tidak lupa jugak kepada housemate FArah yang banyak membantu ku dalam proses membuat hardcover... dan jugak sudi menumpangkan diri ini di rumah Farah... Jasa korang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila...

Tidak lupa jugak kepada housemate ku Daisy dan Shuhaida kerana telah menolong ku ...

Thank ALL...

Dengan izin Mu Ya ALLA ku telah berjaya menyiapkan thesis ini dengan sempurnanya.... ALHAMDULILLAH...........



Jumaat, 6 Mei 2011

Hidayah MU

Assalamualaikum... 
sudah lama saya tidak menulis warkah ini....
mungkin kesibukan yang tidak ada masa untuk ku menulis coretan-coretan nie blog ini...
banyak sawang-sawang yang harus ku buang....

06/05/2011

kembali flash back 3tahun dahulu, mulanya saya menjejaki kaki disini. Untuk segulung ijazah dan harapan Ayah ku untuk aku melanjutkan pelajaran aku di peringkat ijazah. bermula kembali hidup aku sebagai seorang student... Dengan keseronokan dan kegembiraan diri ku ini, ALLAH berikan ku satu ujian dgn sahabatku jatuh sakit dan akhirnya pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..Diriku ini mula rasa hilang semangat dan ku dikejutankan dengan  keputusan peperiksaann semesta ku agak teruk.. akhirnya ku tersungkur. Tapi ALLAH masih syg kan diri ini.. dia memberikan kesedaran dan kekuatan untuk diriku bangkit semula.. Alhamdulillah.. aku bersyukur pada mu YA ALLAH.. engkau berikan nikmat yang aku rasa terlalu besar yang ku terima iaitu nikmat hidayah dari mu. Engkau berikan ku " rasa" untuk diri ini berfikir mana baik mana buruknya..


Ya ALLAH, 
Aku memohon padaMU..
Engkau kekalkan lah hidayah ini dalam diri hambamu..
Engkau berikan aku kekuatan unuk aku menempis segala bisikan syaitan
dan keteguhan iman hambamu ini supaya tidak terjebak di dalam api neraka..

Ya ALLAH..
Aku memohon keampunan Mu 
Ya ALLAH...
Aku telah melakukan kesilapan...
Aku telah calitkan dosa dalam hati ini...
Aku bertaubat padamu 
Ya ALLAH...

kekalkan lah Hidayah Mu dalam diri ini 
sehingga ke akhir hayat ku....


Bagaimana haru aku lalui masalah-masalah yang telah terjadi melalui mainan perasaan.. jauh mana ku lari dari masalah ini, masalah tidak selesai.. semakin rumit... Apa yang aku harus buat YA ALLAH... masalah perasaan ini hanya boleh dilupakan seketika dgn menyibukan diri dan mendekatkan diri pada MU YA ALLAH..

Aku bersyukur pada MU YA ALLAH
Sujud syukur ku  pada Mu...


p/s : semangat ku pulih setelah ku mengadu kepada Yang MAHA ESA....  1 potong peria mendapat satu gelas madu... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20