CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 30 Oktober 2015

UPDATE KAIT, BLOUS, KEREPEK, KELUARGA DAN JUGA PERSONAL

hai kawan-kawan semua.. lama sudah tidak mengupdate blog ini,, dah lama2 sangat.. ini dah pengujung tahun 2015... huhuh hampir setahun tidak update coz banyak sangat yangberlaku sepanjang 2015. Ada pahit ada manisnya

bermulalah dengan episod awal tahun 2015 saya dengan menghasilkan kait saya. rasa seronok juga sebb belajar benda baru seperti set baby, kasut baby, headband baby, bunga dan lain2. alhamdullilah dengan hasil itu saya boleh bukak business..

ini hasil kait saya yang kedua
set baby kasut, headband, sarung tangan, beanie














selepas itu saya belajar pula menjahit. alhamdulillah hasil blous saya pun mengalakkan.. mengunakan networking yang sedia ada, saya kembangan lagi hasil kreatif saya dengan buat tempahan baju bloues dan baju kurung. 
ok gambar saya sertakan part 2 akan datang.
berbalik pada sepanjang tahun 2015 ini family md dahan kerja berjalan iatu family day dan happy raya



ok belanja satu gambar dulu. next part akan menceritakan kemeriahan keluarga tautan hj hussin ke 3

Rabu, 23 Julai 2014

HASIL KREATIFKU KOPIAH KAIT BERNAMA

salam rakan-rakan semua.. tak ku sangka cempedak jadi nangka.. heheheheh, setelah sekian lama berguru alhamdulillah sekarang saya bukak business secara kecil-kecilan..
ini adalah bakat yang turun dari arwah mak saya... hehehe tada saya boleh mengait,,, lihat lah hasil kait saya... boleh tempah dengan saya pun boleh..


rosesyieda






















inilah hasil yang rakan-rakan sekeliling saya menempah kopiah kait. sesiapa yang berminat boleh lah hubungi whatsapp sy 0132458957

Rabu, 7 Mei 2014

Projek Seni Baru kait benang

Assalamualaikum..... sudah lama tidak mengupdate blog saya ini... siri kedua pelajaran master saya terhenti seketika memandangkan banyak kesulitan saya alami dalam tempoh ini... tapi saya bersyukur sangat-sangat, dalam kesulitan itu ALLAH berikan saya peluang yang selama ini saya tidak pernah cuba. Peluang ini dulu sebagai hobi menjadi business partner dalam penghasilan barang kreatif selama ini yang saya tidak sangka yang saya pun tangan berseni juga.

Ok berbalik kepada projek itu, saya dengan sahabat saya telah bergabung untuk menujukkan hasil seni kami melalui dalam bidang mengait. bermula dengan seronok bertukar menjadi serius atas dorogan sahabat hadal dan family kami.

so siapa ingin menempah atau melihat hasil kait kami sila lah berkunjug di blog ini. blog ini baru sahaja di buat untuk tempahan dan perkongsian hasil kait kami berdua. dan saya banyak tertumpu kepada kopiah kerana ramai yang mahu tempah kopiah kait sama ada bernama atau corak biasa. tetapi kawan saya seorang ini mahir dalam pembuatan kopiah, headband, kasut dan sebagainya..

ok jangan segan silu.layari lah blog kami ye.


http://kaitbenangkreatif.blogspot.com/


hasil kait saya

Rabu, 23 Mei 2012

Hiking Bukit Tabur.. Satu Pengajaran Yang tidak Aku Lupa Sampai Bila-Bila

Alhamdulillah... saya masih diberi kesempatan utk menaip blog ini walaupun agak busy yang amat.. dalam bulan ini sahaja beberape tempat saya pergi.. hujung minggu tidak diisi dengan duduk dekat umah saja tapi kena pergi buat menda lain...

Kesempatan ini, saya bersama kawan-kawan saya dari student master dan lecturer dari Fakulti Kejuruteraan Awam buat satu aktiviti yang sangat adventure sangat-sangat. Pergi hiking di bukit Tabur, Titiwangsa, Kuala Lumpur..

Kalau korang tgk bukitnya agak tinggi lebih kurang 400 meter.. Bertolak awal pagi supaya sampai diatas puncak tidak terlalu panas dan sampai petang.. so kami gerak dalam pukul 715 pg dari Shah Alam.. terdiri dari 2 orang kaum adam dan selebihnya semua kaum hawa.. sebenarnya ini first time saya join group hiking kat sini.. dulu dalam 3 tahun sebelum ini pernah naik dan panjat Gua Bama dekat kampung je.. sebenarnya dah lama x buat aktiviti yang agak lasak ini.. after diploma terus je berhenti... mgkin sebab itu berat badan saya bertambah-tambah..

Ok, balik pada aktiviti disana, kami sampai dekat bukit itu lebih kurang pukul 9.00 pg dan panaskan badan sebelum naik. permulaan mendaki bukit agak biasa sahaja tapi sampai suku sudah semput.. kalau nak tahu, dalam kumpulan kitaorang, seramai 10 orang naik, dan aku lah yang last sekali, sebenarnye tak nak susahkan sape-sape, suruh mereka pergi dulu. semua sekali ada 12 puncak, tapi kumpulan kami naik setakat 11 puncak je coz yang last sekali agak berbahaya untuk didaki.. Pada permulaan aku dah give up sangat-sangat, sebab pelbagai cabaran yang aku kena tempuhi.. dari panjat batu-natu, sehingga lah kena turun naik.. banyak sangat cabaran dengan keadaan badan aku yang jarang bersenam, lagilah.... so sampai peak yang ke 7, aku sudah putus asa, aku suruh diorang semua pergi sahaja, biar aku jelah yang tunggu kat sini... tapi ada hamba ALLAH ini, berkenalan dengan aku, dia cerita, sebenarnye xboleh duduk sorang-sorang kat sini, coz takut diorang ikut jalan lain. Dengan kaki yang berat dan badan yang sudah letih aku gagahkan jugak untuk terus mendaki..

Akhirnya aku sampai juga ke puncak ke 11... hohohohoh rasa macam caya tak percaya je... Alhamdulillah akhirnya aku selamat naik dan turun... Apa yang aku pelajari semasa aku panjat bukit itu adalah, aku rasa bukit itu satu kehidupan aku sekarang, yang banyak cabaran dan dugaan yang harus aku tempuhi dengan penuh kesabaran... dan dengan izin ALLAH, DIA menghantar orang-orang yang sangat baik dan sebelum ini aku tidak kenal untuk membantu aku terus hidup dan mengharugi kehidupan dengan penuh kesabaran... ALHAMDULILLAH aku bersyukur kepada Mu yaALLAH, kerna engkau menyedarkan diri ini...


 semua geng sampai ke puncak ke -11



geng student master


sampai ke puncak.. hoorey!!! thanks geng kerna bagi semangat utk panjat...







Jumaat, 2 Disember 2011

Pandangan Masyarakat Orang Zaman Sekarang

Assalamualaikum..... salam sejahtera saya ucapkan kepada yang masih sudi membaca blog saya ini.. Ok kali ini saya akan memberi pandangan saya tentang perfective(entah betul atau tidak ejaan saya) tentang wanita memakai tudung labuh..

Ok... saya terpanggil untuk menulis entri yang bertajuk demikian adalah kerana, pengalaman saya semasa saya pulang dari kerja. Pada petang itu, saya melalui deretan kedai-kedai di bandar Kuala Lipis, tiba-tiba saya disapa oleh orang tua yang agak tidak sedarkan diri untuk duduk dengan dia dia berkata " hai ustazah meh lah duduk disini"... sebenarnya banyak kali dah orang memanggil gelaran ustazah pada diri saya ini. Saya tidak berape selesa dengan gelaran itu.

Ok.. saya rasa sangat pelik, pandangan masyarakat terutama orang Melayu. Bila kiter bertudung labuh menutupi dada mesti kena panggil gelaran itu. Bila perangai agak tidak elok, mula lah dengar kata-kata yang agak tidak enak, " Hrm dia itu ustazah tapi perangai hrm teruk..." dan macam-macam lah lagi...

Sebenarnya disini saya ingin menegaskan ustazah bukan lah malaikat kadang-kadang ada juga tersalah laku. manusia tidak lari dari kesilapan.
Dan jugak, saya ingin menegaskan yang pakai tudung menutup dada atau labuh tidak semestinya ustazah dan tinggi ilmu agamanya. Sekurang-kurangnya dia melakukan perintah ALLAH yang telah disebut dalam kitab AL-QURAN

firman ALLAH :
" Wahai Nabi , suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani" (AL-Ahzab: 59)


lagi satu yang saya agak kurang setuju dengan pandangan masyarakat diluar sana, tentang kalau orng itu tudung labuh mesti ilmu agama nya mesti tinggi. macam itu..Kadang-kadang diorang masih berlajar dan menimba ilmu, kalau korang bertanya kan sesuatu tapi mereka tidak tahu, jangan lah terus menghukum mereka... ini tidak, mulalah kata, eleh nama sahaja tutup aurat tudung labuh tapi ilmu tidak seberapa. Saya ingatkan lagi sekurang-kurangnya dia mengikut perintah ALLAH, kamu pula...

Kadang-kadang, saya pernah bertanya beberapa orang kawan saya, bila nak berubah seperti saya, menutup apa yang wajib tutup.
Dan inilah jawaban yang diberi oleh mereka...
" Hati saya tidak terbuka lagi hendak tutup aurat dan hendak memakai yang wajib ditutup"
" Pakwe saya suka saya pakai macam ini, kalau pakai macam itu macam makcik pulak"
dan pelbagai jawaban yang saya terima..

Dengan sini wahai kaum HAWA, menutup aurat itu adalah satu kewajiban, bukan tunggu hidayah lah, apalah... takut-takut bila korang tunggu, takut korang mati dulu macam mana?
Mati ini tidak kenal usia, pangkat atau darjat, kalau saat itu dia diambik nyawanya tidak boleh ditangguh lagi..

Saya agak terkilan dengan fesyen zaman sekarang yang memakai baju seperti bertelanjang... jubah pun telah dirosakkan... saya ingin bertanya kepada pereka-pereka fesyen  adakah ini dinamakan fesyen muslimah...
Menutup aurat bukan lah fesyen tapi adalah satu kewajiban...
Islam itu indah.....



pakaian muslimah zaman sekarang pakai tapi bertelanjang.




 ciri-ciri pakaian dan etika wanita muslimah




Pakaian yang tidak mengikut ajaran dan garis panduan yang betul.


P/s: 1 )  bila korang campak dua biji gula-gula yang satunya bersalut penuh satu lagi separuh salut separuh tidak ke atas tanah, yang mana korang pillih.... Tepuk dada tanya iman...
2) Baru saya tahu kenapa sesetengah sahabat saya tidak menyukai bila saya gelarkan mereka ustaz... huuhuhu baru aku paham... thanks bro... saya dah paham, bila saya ada dituasi kamu... 
Islam Itu Sangat Indah....

Isnin, 28 November 2011

Menutup Aurat Tetapi HAti Jahat

Assalamualaikum.... selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang sudi membaca entri kali ini. Sudah lama tidak mengupdate status blog, kesibukan kerja dan komitmen dalam pekerjaan, membuatkan saya agak terbatas dalam menulis blog kali ini...
Sebelum - sebelum ini, saya selalu di tanya kan soalan yang agak menarik dan agak menarik dikupaskan,
soalan nya berbunyi " Eh napenye, dia itu pakai sahaja tudung labung, pkai sahaja tudung tapi perangai dia lagi teruk dari orang yang tidak memakai atau menutup aurat" 
            Bagi saya pula, orang yang menutup aurat itu lebih bagus dari orang yang tidak menutup aurat sebab, sekurang-kurangnya dia telah melakukan perintah ALLAH S.W.T.

Ok, baru-baru ini, saya telah membeli majalah kegemaran saya iaitu SOLUSI, majalah ini memang bagus sangat-sangat. Bila saya membaca satu persatu bab dan bahagian yang terkandung di dalam majalah itu, saya terbaca satu tajuk yang sangat menarik dan sangat sesuai dengan apa yang terfikir didalam ota saya, iaitu "Menutup Aurat Tetapi Hati Jahat"


dalam entri dan bahagian ini, seorang hamba ALLAH telah menanya kan hal atau pekara ini kepada seorang ustaz,

ok sekiranya dia tidak menutup aurat tetapi hati dia baik, jujur dan amanah. dia baik dari sudut akhlak, tapi dia tidak baik dari segi melanggar perintah ALLAH kerana hukum membuka aurat telah termaktub dalam AL-QURAN.walaupun dia baik dari segi itu, tetapi Orang yang benar baik adalah orang yang baik hubungannya dengan ALLAH disamping hubungannya sesama manusia.sekiranya betul-betul dia(yang tidak menutup aurat) itu baik, InsyaALLAH, lambat laun dia jugak akan menutup aurat sebab hal ini berlaku
kisahnya seorang pelacur wanita berbangsa Yahudi yang telah memberi minum kepada seekor anjing kehausan, atas sifat belas kasihannya dia telah mendapat hidayah lalu menjadi wanita solehah.- Hadis Riwayat Al Bukhari.

Sekiranya hati dia benar-benar baik, InsyaALLAH labat laun dia akan menutup aurat jugak sebab ALLAH menilai pada hati seseorang itu, jika hati dia baik, lambat laun luaran jugak akan baik.

ini kes sekiranya seorang yang tidak menutup aurat hati nya baik, apa pulak kalau seorang yang menutup aurat tapi hatinya jahat. Jom ikuti kupasan yang telah saya baca dari majalah itu tadi.


ok bila seorang itu telah menutup aurat tapi hatinya jahat, bab menutup aurat hamba ALLAH ini telah selamat sebab dia mengikut perintah ALLAH. tapi dia perlu membaiki akhlak dan perangai buruknya itu.

sekiranya hamba ALLAH  itu tadi menutup aurat bukan kerana perintah ALLAH atau bukan kerana ALLAH S.W.T, hanya lah semata-mata fesyen , lambat laun dia akan membuka nya jugak sebab menutup aurat itu adalah pakaian wanita solehah.

tapi jangan fikirkan yang Hati yang baik semestinya menutup aurat, mungkin yang tidak menutup aurat terdapat halangan-halangan atau apa jua sebab munasabahnya, kita tidak tahu sebab hanya ALLAH sahaja MAHA mengetahu apa yang terjadi. Dan yang menutup aurat itu pula alhamdulillah dia telah melakukan perintah ALLAH cuma perlu berubah akhlaknya supaya seiring dengan wanita solehah.

Apa yang harus kita patut lakukan, jangan terus menghukum atau meletakan sesuatu itu tanpa berfikir, kita perlu berdoa supaya golongan-golongan ini mendapat HIDAYAH daripadaNYA supaya menjadi umat manusia yang berakhlak dan jugak mengikut perintahNYA..

Wassalam, akhir kata dari saya Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1433
berhijrahlah dari yang buruk kepada yang baik, buang yang keroh ambik yang jernih...
SALAM MAAL HIJRAH dari saya penulis dan pemilik blog ini... ^_^



Wanita Muslimah 


  wanita yang tidak menutup aurat-sekadar gambar hiasan










Khamis, 3 November 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.... aku bersyukur kepada Mu YA ALLAH kerna Engkau telah memberikan aku ujian demi ujian supaya aku sedar dan semangat untuk terus hidup di dunia yang sementara ini...

" Ya ALLAH engkau tanam kan dalam hati hambaMU nie kesabaran dalam menghadapi ujian dan rintangan hidup... " setiap kali solat aku selalu berdoa.....supaya dalam hati aku ini ada sifat sabar....ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.... dengan memberi ujian demi ujian untuk aku belajar erti sebuah kesabaran....

Biasalah bila iman agak nipis, mulalah kita salahkan ALLAH S.W.T, tapi hakikatnya, ALLAH sayangkan kita sebab itu lah DIA memberi ujian kepada kita...

Seronok sangat bila dapat tahu yang semua sahabat saya kerja, boleh memberi duit pada MAK dan AYAH kita.. tapi aku...... kerja kampung sahaja lah yang aku buat untuk aku mencari rezeki... tapi alhamdulillah, dengan kerja-kerja kampung inilah aku tahu erti kesusahan dan erti kehidupan... aku sudah pandai bergaul dengan masyarakat.. kadang seronok jugak, kerja dengan MAKCIK-MAKCIK yang lebih tua dari kita.. pelbagai nasihat dan berkongsi ilmu yang bermanfaat. paling seronok bila bincang soal agama dapat kongsi ilmu yang berguna untuk di bawa di akhirat.. macam itullah yang best, mencari rezeki dan menimba ilmu agama..

minggu nak konvokesyen nie saya agak sibuk dengan business kerepek bawang, program ADC(Anugerah Desa Cemerlang) dan jugak konvokesyen. kalau nak ikutkan masa entah  berapa jam je aku rehat.. start pada 

25/10/2011
7.30pg-12.30tgh = kerja kerepek bawang
12.30 tgh - 1.30 tgh = masak untuk ayah dan adik saya
2.00ptg-3.00ptg = rehat
4.00 ptg -6.00ptg = sambung packing kerepek bawang
8.00mlm-12.00mlm = buat laporan ADC.
sampai lah seminggu... huhuhuh memang penatlah, lagi-lagi terasa penat time ambik jubah hari itu .. mlm selasa tido sampai kul 1 pgi... pas 2 kul 8.00 pgi dah kena bertolak ke KL untuk ambik jubah konvokesyen... dalam kul 10.30 smpai kat KL. duduk kejap lepas itu pergi shah alam.. sampai  je.. solat dan terus pergi ambik jubah... ramai nyer manusia... pas siap ambik jubah , tiba-tiba dapat masej ada masalah .. YA ALLAH, kuatkan hati ku ini supaya tidak berbolak balik... huhuhuhu.. time itu rase nak nangis, coz terlalu bnyak cabaran dan dugaan yang menimpa2... mlm duk rehat esok dah nak balik... mlmitu aku duduk jap muhasabah diri aku nie... hanya padaMU aku mengadu YA ALLAH... time itu aku rasa down sangat-sangat... mungkin time itu aku rasa keciknya aku, yelah semua org dah dapat keje, tapi aku... mgkin serba sedikit aku terasa dah plak itu, macam-macam ujian yang timpa aku.... sedih memang sedih.... tapi aku kena kuat dan ALLAH sentiasa ada di sisi kita... pesanan itulah buat aku bangkit...Pada hari khamis, aku pun balik, time aku nak balik, tiba-tibe komuter rosak pulak, aku teperangkap dalam komuter hampir 1 jam jugak lah, dah lah berdiri, naik leguh jugak lah aku berdiri. aku sampai terminal bas pekeliling kuala lumpur dalam kul 1.45ptg. nasib ada bas kul 2 ptg.. memang aku tak nak duk kat KL itu lama-lama. sampai ke Kuala Lipis pada pukul 430 ptg. kebetulan supupu aku ada kerja berhampiran terminal bas so aku tumpang jelah dia balik.sampai je kat dewan persiapan belum siap lagi sebab besok nak present kat panel...

balik letak beg, rehat-rehat jap terus pg dewan... huhuhu penat 2 tak payah kata lah.. mmg penat.. sambung mlm pulak selepas solat isyak.. hari jumaat pulak, hari presentation untuk Anugerah Desa Cemerlang, tapi dalam kesibukan, ayah aku, tidak berape sihat,kaki dia patah, sudah 2 minggu dia macam itu... sedih memang sedih, tapi tengok ayah aku kuat sangat, nape aku tak boleh jadi sekuat dia... kalau diikutkan terlalu banyak dugaann yang ayah aku hadapi... tapi dia tetap sabar...

" Setiap ujian yang ALLAH berikan ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa diri kita, cuma kita perlu cari hikmah itu..."

memang betul, YA ALLAH dengan ujian yang engkau berikan ini lah aku bangkit, dan selepas itu banyak sungguh berita gembira yang aku dengar dan dapat.... sujud syukur ku kepada MU YA ALLAH.. akhirnya aku dapat pekerjaan.

# betul kata orang, kawan beribu-ribu, tapi sahabat itu hanya beberapa sahaja...
susah nak cari sahabat time kita susah kan.... terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sudi memberi nasihat dan semangat kepada saya.. saya sayang korang....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Firman ALLAH s.w.t bermaksud

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."-Surah Al-Furqan:ayat 20