Memaparkan catatan dengan label Kekeluargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekeluargaan. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 15, 2009

Bertunang

Pertunangan merupakan satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan hasratnya untuk mengahwini seorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya.Ia boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang ingin berkahwin atau melalui wakilnya.Sekiranya hasrat lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan dan disetujui kedua-dua belah pihak,maka ia sudah dikira bertunang disisi syarak.Ia adalah satu perjanjian diantara dua pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan untuk melangsungkan perkahwinan.Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan.

Dengan bermulanya penerimaan wanita tersebut hinggalah tiba masa Ijab dan Qabul,ia dinamakan sebagai tempoh pertunangan.Bagi seorang lelaki sebelum memulakan peminangan, adalah penting baginya merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya.Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting bagi mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik.Tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita,melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya.Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam

PERTUNANGAN DALAM SYARAK


Dari segi syarak,pertunangan ini terbahagi kepada beberapa cara iaitu :

■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

■Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

■Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

■Wali menawarkan anak perempuannya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

■Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Jika kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dan menerima ( menggunakan salah satu daripada cara tersebut ) maka ia sudah dikira bertunang disisi syarak.Nabi bersabda :

" Apabila datang kepadamu seorang lelaki,datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya.Maka nikahkanlah dia.Bila tidak engkau lakukan,maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi "

( Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad )




PERTUNANGAN DARI SEGI ADAT

Dari segi adat,pihak lelaki kebiasaannya akan membawa hantaran ke rumah pihak perempuan dan memberikannya ketika majlis pertunangan yang sudah ditetapkan.Kemudian pihak perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang.Pihak perempuan akan membincangkan dan menetapkan hantaran perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan tersebut.Ia diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.Majlis ini akan diadakan selepas kedua-dua pihak setuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin ketika pertunangan sebenarnya merupakan adat yang diamalkan dalam masyarakat melayu dan ia juga bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.Akan tetapi tidak menjadi kesalahan jika pemberian cincin itu sebagai tanda pertunangan selagi mana ia tidak bertentangan syariat. Dalam masa yang sama haruslah diketahui bahawa perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda putusnya pertunangan itu adalah bercanggah dengan Islam.

Jumaat, Jun 19, 2009

Koleksi Nama Yang Dilarang

Abkam – buta,tidak celik

Abiqah – hamba yang lari dari tuannya

Afinah – yang bodoh

Asyar – paling jahat

Asyirah – yang tidak bersyukur atas nikmat

Amah – hamba suruhan perempuan

Baghiah – zalim,yang jahat

Bahimah – binatang

Balidah – yang bodoh

Bakiah – yang menangis,merengek

Baqarah – lembu betina

Batilah – yang batil,tidak benar

Dabbah – binatang

Dahriyah – yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya

Darakah – kedudukan yang rendah

Daniyah – yang lemah dan hina

Dami’ah – yang mengalir air matanya

Fasidah – yang binasa,yang rosak

Fasiqah – yang jahat,fasik

Fasyilah – gagal

Fajirah – yang jahat,berdosa

Faji’ah – kecelakaan

Khamis, Jun 04, 2009

Isteri Solehah



“ Barangsiap diberi Allah seorang isteri yang solehah,sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya ”

Begitulah kata-kata Nabi s.a.w. dalam hadisnya yang ringkas tetapi mengandungi intipati yang cukup bermakna buat para isteri yg di sebut sebagai ” Qurrota A’yun ” iaitu penyejuk mata memandang bagi suami.Bila mana di terikatnya ijab kabul antara pasangan suami isteri maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya.Dan bermulalah pelayaran bahtera rumah tangga.

Bagi mereka yang bergelar isteri,gelaran " isteri " sebenarnya adalah cukup sinonim bagi mereka dan amat bermakna dalam erti bergelar sebagai isteri yg mukminah dan dalam masa yg sama menjadi isteri yg solehah.Seperti yang dilakarkan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah "

Bagi wanita yang Allah berikan keistimewaan kepada mereka sebagai seorang isteri,Islam mengajar kepada kita bagaimana seorang isteri harus taat dan berbakti kepada suaminya.Dan begitu juga sebaliknya bagi seorang suami melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya dengan baik sebagai amanah yg Allah taklifkan pada dirinya sebagai pemimpin rumah tangga.Di dalam agama digariskan beberapa ciri-ciri sebagai panduan sebagai seorang isteri :

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

Ketaatan kepada Allah akan dapat dilihat iaitu segala perintah dan larangan yg telah ditetapkan agama dipatuhi dengan sebaik-baiknya.Menunaikan apa yg diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yg dilarangNya.

2. Akhlak mulia dan sempurna

Bagi seorang yg isteri yg mempunyai akhlak yg baik dan diasuh dengan nilai-nilai agama dalam diri mereka mengetahui akan batas-batas mereka ketika mana bergaul sesama rakan,suami, keluarga dan juga saudara-mara yg lain.Dalam erti kata yg lain mereka tahu batas-batas perhiasan mereka dan bentuk-bentuk gaya pemakaian yang perlu dititikberatkan dalam keadaan tertentu,berupaya untuk mengawal budi bicara dan mengetahui batas-batas pergaulan antara sesama rakan,suami,keluarga dan saudara-mara yang lain.

3. Menitik berat kewajipan rumah tangga

Disebut dalam satu hadis Nabi s.a.w. " Mahukah aku berikan kepada kamu sebaik-baik benda yang disimpan ?iaitu wanita yang solehah.Apabila suaminya melihat kepadanya,girang dia, apabila suaminya perintah akan dia,taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suami "

Melalui gambaran hadis ini diceritakan oleh Nabi s.a.w. ukuran bagi seorang isteri yg baik.Ia mampu melayan suami dengan sebaik yang mungkin dalam segala hal dan aspek dalam masa yang sama ketaatannya pada suami tidak berbelah bagi asalkan ia diredhai Allah dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika suaminya tiada.Selain itu juga,kecekapan dan kebijaksanaan seorang isteri yg solehah dalam melayani suaminya dan menjaga serta mendidik anak-anak,menyediakan makan minum dengan sebaiknya,mengemas tempat tinggal dengan baik adalah juga sebagai ukuran bagi seorang isteri yang baik dalam menunaikan kewajipan rumah tangganya.

4. Malu dan taat

Sifat dan perasaan malu adalah fitrah semula jadi yg sudah Allah kurniakan kepada seorang wanita. Malu seorang isteri kepada suaminya sebenarnya adalah tanda rasa hormat dan taat yang sebenarnya kepada suami selagi mana suaminya taat kepada Allah dan RasulNya.

Diceritakan oleh Nabi s.a.w. " Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu,tidak ada kekuasaan sedikit pun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu kecuali jika mereka itu mendatangi atau mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata.Jika mereka berlaku curang, berbuat derhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan.Kemudian bila mereka patuh dan taat kepadamu janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka.Ketahuilah sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu dan ister-isterimu ada kewajipan pula ke atas kamu. Adapun kewajipanmu ( suami ) atas isteri-isterimu ialah mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai,dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu dan kewajipan mereka ( isteri ) atas kamu ialah kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dapat dilihat disini bahawa sifat malu dan taat kepada suami adalah perkara yang berkaitan dan bersangkut paut dalam pergaulan rumah tangga

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More