Saturday, October 21, 2006

in Miri

at 2315 hrs... i already landed in Miri airport from KLIA. a very tired journey for me, because i fly from johor at that evening. i fly from johor at 1840 and breaking my fasting on the flight with a cup of fresh orrange and peanut. this is only complimentary from MAS no other thing...

afler landed at 1950, i rush to another gate to catch my flight to Miri. (landed at gate B6 and boarding to miri at get A6). i never get a change to have my dinner in airport. after waiting for a half an hour, my flight depart from KLIA. then, in this flight i can took my dinner.

currently, i'm at home with my dial-up service. so, some of the pic that i took can't be upload at this moment (lazy to upload because of slow internet connection). This morning, as early as possible, before the workshop open, i already there to service my car. this is due to this comming hari raya, where i plan to back to Mukah. (my grandmother hometown)

will update again later.

Wednesday, October 18, 2006

i'm fly again

hush... today, i'm fly again. but not to kl. i need to go to Johor.

as i said, i just arrive last sunday and on monday i settle down my passport issue. and on that day also, i get a confirmation called for me to attend the kick off meeting in Teluk Ramunia Johor. Luckly i got my passport already...

This time, company need to spend a bit for my tickect, because, airasia no more seat. huh, fully seat to johor yeah? actually if fly to johor from miri, i'm prefer to fly with airasia, not because of the fare is cheap but it's direct flight from miri. now, i've no choice and need to used mas, where i need to transit at kuching for a while. sometimes, not a while but take a longer time to transit.

for this trip, my schedule;
18oct 1425 : Miri-Kuching
18oct 1755 : Kuching - Johor Bahru
20oct 1840 : Johor Bahru - KLIA
20oct 2040 : KLIA - Miri

so, tentatively, i'll be back to miri friday nite.

Monday, October 16, 2006

imegresen miri

aku sampai di miri malam tadi. dalam kol 9 lebih cam tu ler. ayah aku dah tunggu dah kat airport nak amik anak dia ni. hahahahaa.... tapi aku plak cam takder perasaan aper balik... tak macam zaman study dulu, aku xcited sungguh kalau balik miri.

pagi tadi aku bangun awal dan terus ke imegresen miri. hampir kol 8.00 aku dah sampai imegresen. sampai je, dah parking, belom lagi aku masuk pejabat tu, dah kena sambut oleh seorang pegawai imegresen. tanya nak buat passport ker? lepas tu minta document aper semua. dan dia komen, photo aku tak ok. suruh reprint lagi.

dan tak sempat pun aku masuk office tu, dia suruh aku reprint photo dan bila dah siap datang terus ke kaunter dia. balik dari print photo, aku ke imegresen semula. aku terus ke kaunter dia. tanpa ada banyak bersesak dan perlu amik nombor. lepas sampai kat kaunter tu, rupanya borang aku dah siap di isi. cuma untuk aku check ajer. dan dia suruh tengok, dan isi mana yang belom di isi. alah aku cuma nak isi status aku je dan sign. siap semua, turunkan cap jari dan scan jari aku.

lepas tu proses siap dan tunggu tok bayar. lepas bayar dah selesai. dalam resit tertulis,
"TARIKH KUTIPAN 17/10/2006 SELEPAS PUKUL 02:00 PETANG"

huh, kejap sungguh prosess buat passport dan yang aku respect... cepat, tepat dan effisyen. orang lain pun aku tengok, sampai tak sempat nak photostat lagi, sebab cepat.

ekceli ada gak yang amik nombor, tapi lepas amik nombor, tak lama lepas tu dah boleh prosess. takder ler nak tertunggu-tunggu sampai ke petang. macam di shah alam.

Tahniah imegresen Miri. effisyen.

Sunday, October 15, 2006

posting dari dalam flight

Masa: 2000hrs.
Lokasi: salah satu tempat duduk dalam A320 AirAsia.

Sekarang ni aku dalam perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport LCC Terminal ke Bandaraya Miri. Nasib baik dalam pesawat ni takder accsess internet, kalau ada, memang live ler posting aku ni ke blogspot ni.

Walauapapun, ni adalah siaran tertunda. Ahaks. Kira delay sikit ler... aku akan load tulisan ni dalam blog sesudah aku mendarat di Miri nanti. Sajer je nak nulis sikit, bukan apa, aku rasa sekarang ni ada masa terluang sikit. Lagipun perjalanan dari KL ke Miri mengambil masa 2 jam 15 min. Tapi pilot dalam pesawat ni cakap tadi 2 jam 20 min. Tak per lah, kita saksikan nanti berapa lama. Tapi dari pengalaman aku biasa dalam 2 jam 10 min cam tu je.

Tadi aku bertolak dari umah di puchong dalam pukul 1100 dan memang awal kan? Bukan apa dah udah bersiap aku ke gerak ajer ler... aku kira semua dah ok kot. Takder yang terlupa. Mula sekali aku akan menuju umah awek aku. tujuannya nak jumpa dia sebelom balik dan nak pass kat kira apa-apa yang nak di cuci nanti, cam baju dan selimut aku ler. Tapi aku lepak jap umah dia, tolong dia jahit baju raya dia. Mungkin bagi sesetengah orang, kelakar lelaki ajar pompuan jahit baju. Tapi itulah hakikat kami berdua. Sebelom ni, awek aku hanya jahit sikit-sikit je, dan tak pernah lagi dia jahit satu baju lengkap. Dan kali ini buat pertama kalinya dia nak jahit sendiri. Bukan apa, dia kesian kalau suruh mak dia jahit lagi. Lagipun dia tahu, ada orang yang tolong guide dia tok menjahit nanti. Aku lah tu.

Alhamdulillah, petang tadi dia sms aku, bagitau dah selesai dah semua. Sebelom ni, aku just terangkan pada dia cam ner nak jahit dan tunjuk apa yang patut selain bagi tips. Dia jenis yang cepat belajar, so mudah ler. Tak jadi masalah sangat.

Dalam kol 1330, baru aku gerak dari umah awek aku ke umah boss aku. tujuan, nak hantar kereta aku dan dalam masa yang sama, suruh boss hantar aku ke kl central.

Sejam lebih gak ler kejadian ini berlaku. Lepas tu aku cepat-cepat naik bas 'skybus' ke LCC. Sebenarnya ada cerita menarik yang berlaku sepanjang perjalanan ini tadi. Ahaks.

Masa nak bertolak dari kl central, bas yang aku naiki tu tinggal 2 seat kosong. Dan seat tu bukan bersebelahan, sebaliknya satu di tengah dan satu lagi di belakang. Aku plak duduk di belakang sekali.

Lepas tu, ada satu couple ni naik bas tu. Nak dijadikan cerita, couple ni memang manja sungguh ler, berkepit ajer. Yang si awek ni duduk belakang, dan pakwe dia tiada pilihan selain duduk yang kat depan tu. Tak lama lepas tu, si pakwe dia ni ke belakang, duduk kat ruang tengah bas tu. Huh... takan tak leh nak pisah kejap.

Dari pengamatan aku, couple ni cam student lagi ler. Dan masih muda sungguh. Selain tu, dari permerhatian gak, mungkin si lelaki ni orang semenanjung dan awek tu orang borneo. Masa tu aku tak tahu lagi. Just agak-agak jer.

Tak lama pakwe tu duduk tengah, dia mungkin rasa tak selesa kot, then dia kedepan. Ke tempat duduk dia. Rupa-rupanya dia negotiate ngan brother kat seat sebelah tu tok duduk belakang kat tempat awek dia. Kira tukar tempat duduk, supaya awek dia tu leh dok sebelah dia. Brother tu, agak sporting gak ler. Chinese.

Huh... cam mengada pun ada gak aku tengok. Si pakwe tu ngan mula selamber ajer suruh brother sebelah pergi belakang. Itu tak per lagi... satu kes selesai... tapi memang manja abis ler dalam bas tu.

Masa dah sampai LCCT, masa nak turun, orang lain sibuk nak turun dan bayar, couple ni masih pegang-pegang tangan lagi tu, terhegeh-hegeh nak bangun nak kuar. Adeh... macam ler makwe dia nak lari jauh...

Aku pun buat bodo jer ler... bukan aper... berpada le sikit. Tau ler couple yang romantis di abad ini. kena plak tu, awak melayu islam. Ni bulan pose. Belakang lain cerita ler. Ni depan orang ramai.

Memang aku nampak dan aku boleh agak yang si pakwe ni hanya menghantar awek nyer ajer. Sebab dari gaya beg yang dibawa dan dari gaya cam baru pernah sampai airport ajer. Huh... maner tah asal mamat ni.

Masa check in tu pun aku tengok mamat ni masih kepit lagi ngan awek dia. Nasib baik ler kawasan tak crouded sangat. Sebab kalau crouded, biasanya hanya penumpang pesawat ajer yang di benarkan untuk berada di kawasan check in tu.

Bila aku tengok, huh... orang miri rupanya... check in kat kaunter miri. Dan satu flight dengan aku. dan memang betol jangkaan aku yang hanya awek dia saja yang balik. Lepas check in, dorang gerak. Kemana tah aku tak kisah sangat. Aku g semayang asar dulu kat surau situ.

Masa check in tu, memang aku nampak cam ramai couple muda-muda. Wah... mulanya aku tengok. Bila dah masuk balai berlepas, huh... rupa-rupanya si awek ajer yang naik pesawat. Yang pakwe semua penghantar ajer. Heheheheheee....

Masa aku nak masuk balai berlepas, aku nampak si pakwe ni, macam kehilangan bini ajer. Kemain, siap call cam tak nak berpisah ajer. Hehehehe... tunggu plak tu kat luar balai tu.
aku masuk ke dalam tu dan tengok awek dia. huh, tak lepas h/p tu sampai nak beratur kat flight. sms tu... ahahahha..

dalam flight, aku hanya berbuka air ribena ajer. tu pun masa nak berlepas. lepas tu baru aku beli makanan dalam flight. beli nasi lemak. ok la... sampai nanti mungkin nak makan lagi...

ok lah... flight aku dah sampai... nak kena off laptop ni. kang menganggu navigasi plak.

Wednesday, October 11, 2006

virus shai

lama dah aku tak terkena virus, dan tetiba aku jenguk blog shai, rupanya aku kena virus baru ciptaan dia. so, aku pun nak menjawab dengan seikhlas hati... hehehehe

menurut shai, ni edisi istimewa sempena Ramadhan kali ini tahun 1427 Hijrah. inilah jawapan dari aku...

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?
aku berbuka dengan awek aku di rumah dia. bersama kakak dia jugak.

2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?
aku tak tahu apa persiapan tahun ni. cuma yang wajib tu bayar zakat ler. yang lain ntah ler. bukan apa, hidup aku umpama nomad. mulanya dulu aku sendiri tidak tahu dimana aku akan berada di hari raya nanti.

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?
tak tahu ler maner. tapi yang pasti aku nak berbuka di kampung awek aku (dah dapat pun minggu lepas). lain dari tu, ntah ler...

4) Pendapat anda, berbuka puasa di Hotel?
di hotel ok. huh, baru aku perasan, tahun ni macam belom ada invitation lagi tok aku berbuka di hotel. sebelom ni selalu gak. cuma, kalau nak berbuka sendiri tu, kekadang cam membazir jer... bayar banyak, makan sikit terutama yang buffet tu ler.

5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?
aku dah beli beberapa keping kad dah nak hantar. itu satu keunikan, walaupun dah ada teknologi baru. aku lebih suka hantar kad. ada nilai estetika.

6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada romzi di alamat berikut :-

romzi seli
lot 1186, jalan kg luak 4b/2,
kampung luak,
off jalan miri-bakam,
98000 bandaraya miri,
sarawak.

7) Orang - orang yang namanya ada dibawah kena jawapan entry nie. + with alamat ye.. Mereka ialah :-
sesiapa sahaja yang membaca blog ni.

Sekian, terima kasih

Tuesday, October 10, 2006

sambung cerita semalam...

ok... sambung balik kes di imegresen tu...

"ehh... kenapa i.c awak ni rosak?" akak tu mulakan topik lain.
"biasalah kak, saya selalu pakai i.c tu, bukan simpan dalam almari..." balasku.

"awak buat apa dengan i.c ni, sampai cam ni sekali... ni ntah boleh baca ke tak maklumat dalam chip ni" komel akak tu.
"boleh kak, minggu lepas saya kat kwsp, ok jer. boleh baca maklumat. kat klinik aritu pun boleh baca maklumat dalam ni. saya kerja salesman kak, jadi selalu ke kilang dan mana-mana. sampai sana, nak kena tinggalkan i.c kat pondok guard nak dapatkan pas pelawat. tu yang jadi cam ni" terang aku jelas-jelas kat dia.

"itu kwsp, sini lain"
"ai, takkan sini tak ok sistem dia... sedangkan kwsp tu ok ajer" aku balas balik.

akak tu, masukkan i.c aku dalam kad reader dia.
"nasib baik boleh baca" dia komen.

sejurus lepas tu;
"orang sarawak ni memang susah. kalau nak buat pasport, kena ada sijil lahir, lepas tu tak boleh siap cepat. dalam sebulan baru siap. tu pun kalau pengarah negeri awak izinkan awak buat pasport." akak tu sambung.

aku tercengang gak ler sekejap...
"kenapa dari awal tadi tak cakap, padahal dah jelas dalam borang ni, saya tulis alamat sarawak dan i.c saya alamat sarawak." aku cuba pertahan pendirian aku.

"awak tak tanya?" simple je akak tu jawab.
"saya dah tanya, lengkap tak permohonan saya kat abang bagi nombor tu, dia cakap lengkap"
"awak tak cakap awak orang sarawak" dia sambung lagi, cam tak puas hati...
aku jawab balik, "takkan dia tak reti membaca kot. tak der pun saya tipu maklumat dalam ni. semua jelas dan nyata ada tulis sarawak. hah, akak pun boleh perasan. tak kan abang tu tak perasan kot."
"lain kali tanya betol-betol, sabah sarawak memang menyusahkan sikit. sedangkan kami nak ke sana pun pakai pasport. ni kan pulak nak bagi awak buat pasport sini. kalau awak nak buat jugak, sertakan sekali salinan surat beranak 2 copy, i.c 2 copy. dan gambar 2 copy gak. nanti kami nak kena hantar ke sarawak dulu. bila pengarah di sarawak approve baru boleh proceed. biasa dalam sebulan ler." sambung akak tu lagi.

"apsal dari tadi tak cakap yang orang sarawak ni susah nak buat pasport?" aku saja tanya.
"awak tak tanya..." ringkas je dia jawab.
"lain kali bagitau kawan-kawan senegeri awak, kalau nak buat pasport tu, balik je negeri sendiri. tak payah sini. susah" sambung akak tu.

huh, aku pun amik keputusan tok amik balik semua dokumen aku tu dan balik. nasib baik bulan puasa. kalau tak, memang terlepas gak hangin aku. apalah pegawai kerajaan. tidak bersopan sungguh bercakap. aku tau ler aku ni budak lagi, tapi untuk apa kempen budi bahasa tu. kalau dia tak leh nak hormat orang, cam ner orang nak hormat dia.

aku terus blah ajer dari situ. next week aku balik miri. nak buat sana lah. semalam, aku call imegresen miri, tanya cam ner prosess nak buat dan berapa hari siap. mengikut dia, kalau takder masalah, boleh siap 2 hari bekerja. huh, lagi cepat dari shah alam. aku harap aku boleh buat next week. kalau tak, sayang woooooo....

kenapa sayang... nanti aku ceritakan...

Monday, October 09, 2006

imegresen

satu lagi cerita tok aku share, pasal kejadian aku di pejabat imegresen minggu lepas. hari jumaat.

aku ke pejabat imegresen di kompleks pkns shah alam. mungkin agak lewat sikit, maka orang pun dah ramai berada di sana. masuk-masuk ajer aku ke pejabat tu, aku dah blur nak buat cemana, sebab tak banyak papan tanda yang beritahu apa. then , aku toleh sana sini, nampak ler satu kaunter ala-ala kaunter pertanyaan. tapi kat kaunter tu hanya ada security guard. baru je nak tanya nga security tu camner prosess, tetiba security tu cakap-cakap sorang. rupanya dia pakai telephone bluetooth. huh, canggih gak guard sekarang ni. lepas tu aku tanya lah dia. dia suruh aku q kat satu kaunter tu tok dapatkan angka giliran.

dalam masa yang sama gak, ada satu mamat, aku rasa dia memang pekerja imegresen tu ler yang sepatutnya duduk kat kaunter pertanyaan tu. aku tanya dia, adakah dokumen dan borang aku lengkap, bila dia tengok, aku kurang salinan kad pengenalan. so, aku g photostat kat situ gak. huh, memang wat untung ler pakcik photostat tu. ic aku 2 copy seringgit. tapi takper.

dah siap, dia check maklumat dalam borang aku tu, dia cakap ok. lengkap. aku apa lagi baris ajer ler tok dapatkan nombor giliran tu. dah sampai turn aku, aku tanya lagi kat kaunter tu. ini untuk kepastian ler. lepas dia check semua dokumen aku, dia cakap lengkap dan bagi nombor kat aku. selalunya dia tak kan bagi nombor kalau permohonan tidak lengkap.

mungkin sebab aku lewat sampai pagi tu, maka nombor tok sebelah pagi dah takder. yang ada hanya nombor untuk sebelah petang. aku tak kisah ler. aku datang balik ler petang tu, tapi nombor aku kutip dulu.

bila tengok aku kena giliran nombor petang, aku gerak jer ke kl, tok hantar dokumen dan teruskan kerja aku. aku buat kerja memang tepat-tepat, dan masa tok aku sampai masjid shah alam pun tepat-tepat tok sembahyang jumaat. lepas sembahyang jumaat, aku terus ke pejabat imegresen tu balik. agak lama gak tunggu. aku tak kisah ler...

bila sampai turn aku, tetiba; akak yang jaga kaunter tu plak pergi jalan-jalan kat tempat lain jap. hantar dokumen dia. dalam hati aku cakap, kalau dah nak hantar, tak payah panggil nombor dulu. hal tu, aku tak kisah lagi. almaklum ler bulan puasa. kena sabar.

tak lama lepas tu, baru dia layan aku;

"assalamualaikum kak"

akak tu diam ajer... nak cakap bukan muslim, pakai tudung. nak cakap aku salah cakap, terpanggil dia akak, tu kira baik lagi dari aku panggil dia makcik, walaupun muka dia layak di panggil makcik.

"alamak, awak orang sarawak yea?" tetiba dia tanya.
"yea, orang sarawak. kenapa?"
"ada bawa sijil lahir?" tanya dia lagi.
"takder, tadi masa amik nombor orang tu tak bagitau pun pasal sijil lahir"
"awak tak tanya..." dia komen lagi.
"saya dah tanya... lengkap tak dokumen saya, dia cakap lengkap. kalau tak lengkap cam ner dia boleh beri nombor giliran ni" balas aku balik.
akak tu diam ajer. aku tengok cam saje jer nak cari salah aku lagi.

"mak ayah orang sarawak jugak ker?" dia tanya lagi.
"yea, semua orang sarawak. kenapa? aku tanya lagi kenapa. sebab rasanya soalan kenapa dia awal tadi macam belom berjawab lagi.

...bersambung.

Thursday, October 05, 2006

aku di kl

hahaha.... last entry aku tulis "aku di miri". sekarang ni aku tulis aku di kl plak. yea, memang benar aku di kl. aku sampai semalam (rabu). aku hanya di miri seminggu je.

dan, bak kata iemah, macam chipsmore. hehehe... ntah mana tah chipsmore tu... aku pun sempat jumpa dia kejap ajer kat bazar ramadhan, dan tak sempat nak borak panjang. tak per, insyaALLAH, kalau takder paper aku balik miri lagi. but tak tahu bile. sebelom raya atau lepas raya.

untuk pertama kalinya tahun ni, aku tak beli tiket raya. aku relex ajer. kalau dulu aku dah gelabah dah tak beli tiket, dan biasanya aku akan beli tiket raya awal. tapi aku biarkan ajer. bukan apa kalau aku beli tiket awal nak balik raya, tetiba ada call out ke offshore, so, aku kena datang awal dan rugi jer tiket aku beli. tapi, kalau tak der call out, aku balik nak raya ajer ler nanti.

aku teringin nak beraya di perantauan, tapi ayah aku dah cakap awal-awal, tahun ni tak yah di perantauan. just di kampung je. kalau nak di perantauan, next year. adeh... nasib ler... ntah ler.

hari raya bagi aku, tak semeriah mana lagi dah sekarang ni. terutama kalau aku berada di rumah aku di miri. even nama tempat kat umah aku tu kampung luak, but, tak der suasana kampung lagi dah aku rasa. aku rindukan suasana kampung, suasana anak-anak bermain bunga api di halaman rumah, anak-anak kecik bermain riang, beraya dari sebuah rumah ke rumah. kini semua tu dah takder aku rasakan di kawasan rumah aku. memang arus pemodenan telah melesapkan segalanya keriangan sebegini.

dari dulu lagi aku impikan untuk merasa, satu suasana raya yang menarik. suasana yang aku impikan adalah, kawasan rumah, kampung yang di kelilingi oleh sawah dan bendang. bila balik kampung jer, balik berjalan di atas bendang. bertegur dengan orang kampung, kanak-kanak riang bermain kejar-kejar. waktu malam di penuhi dengan keriangan kanak-kanak bermain bunga api dan sebagainya. itu yang aku impikan, satu suasana seperti dalam cerita di tv ajer. tapi aku tak pasti, bila aku boleh merasakan suasana sebegitu.

tapi, walaupun takder bendang atau sawah, hakikatnya aku nak merasa suasana kampung. sebab tu aku rasa seronok sangat kalau dapat balik pahang. bukan saja sebab balik umah awek aku, tapi aku dapat merasakan suasana kampung. suasana sejuk pagi-pagi, mandi air sejuk. kalau ada air telaga lagi best. pastu petang-petang tengok kanak-kanak riang bermain.

well, ujung minggu ni nak balik pahang.

semalam, sampai je dah hampir petang dan aku hanya habiskan masa tok download e-mail dan kemudian, jemput awek aku balik kerja. berbuka bersama. hari ni, seharian ada meeting dan esok akan bersambung lagi tok beberapa meeting. dan pagi esok, harap aku berjaya ke imigration. aku nak wat passport.

huh... dah malam dah... tak perasan plak. nanti sambung balik bila aku ada kesempatan...

Tuesday, October 03, 2006

aku di miri

huh,
masa memang sungguh tigh bila aku berada di miri. aku balik miri sebab nak prepare presentation dan conduct training tok staff petronas carigali, operation team.

dah bertambah capability aku kali ni. aku dah jadi trainer. bertambahkan value aku lepas ni.

dan... seperti biasa, aku akan berkejar dengan beberapa projek, untuk memastikan aku on the top of the list.

hari ni last day aku di miri ni. esok aku nak fly semula ke kl. ada beberapa meeting lagi yang sedang menanti untuk aku attend.

betapa sekejapnya masa berlalu, hingga aku tak terasa pun. 26 sept aku fly ke miri dan esok fly ke kl. mungkin aku salah seorang pengguna kapal terbang yang regular? ahaks.

well, esok petang aku nak berbuka dengan awek aku. nak berbuka kat luar plak kali ni... errr... sapa ada cadangan maner ada buffet yang best, sila bagitau aku yerk... kat muzium cafe tu ada lagi ke buffe dia yerk?

ok dah petang baru sempat menulis ni. aku nak gerak tak lama lagi. nak berbuka dengan kawan-kawan aku di miri ni. diaorang pun terkejut aku dah balik miri, dan tetiba dengar aku nak balik kl smule. hahahhahhaakk...