Monday, July 31, 2006
Hilang Dalam Terang
Bulan masih mengambang
Dan kita pun terhenti di pingir jalan
Di sinilah kelohannya
Membuka mataku
Dan layu sekuntum mawar
Yang hendak kuberi padamu
Mengapa kau membuat ku serba salah
Melayani perasaan penolak kebenaran
Setelah aku dilanda gelora
Mabuk asmara
Sedangkan engkau tahu kelemahanku
Mudah jatuh cinta
Mengapa begini kau akhiri
Dengan menyingkap tapi rahsia
Percintaan kamu berdua
Terjaga mentari kau lenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang jalan
Ku hilang dalam terang
Thursday, July 27, 2006
kenapa?
mulanya isu kawin/cerai ni. setiap orang punya cara sendiri tok kawin. ada yang buat satu kampung tahu dan ada yang diam-diam aje. alih-alih gambar perkahwinan tersebar luas. walaupun dia personality. ada yang kawin wat gempak, 7 hari 7 malam tak siap lagi. siap liputan meluas... akhirnya... hilang begitu saja.
isu aku plak lebih tentang perceraian. kerana, bagi aku perkawhwinan itu satu yang sukar dipahami. maksudnya cara berkahwin. itu terpulang kepada pasangan masing-masing. kenapa mereka memilih untuk berkahwin. pastinya mereka punya alasan.
tapi, bagaimana dengan perceraian? kalau perceraian yang membabitkan pasangan tiada zuriat, mungkin aku masih tidak berapa kisah, kerana itu antara mereka. dan keputusan perceraian itu pulak kenapa harus dibuat, sedangkan pada awalnya beriya-iya nak kawin.
yeah... seperti aku selalu kata... life is gamble... kehidupan itu satu perjudian.
berbalik pada perceraian yang telah punya zuriat, yang menjadi mangsa adalah anak-anak. jika anak telah dewasa, mungkin mereka tahu akan erti kehidupan, namun mereka pun sama, tidak mahu perpisahan berlaku pada orang tua mereka. bagaimana dengan anak yang masih kecil? anak yang masih dahagakan kasih sayang sebuah keluarga?
aku menulis ini bukan kerana apa, cuma untuk mengingatkan diri aku sendiri tentang hakikat perkahwinan. jika telah berkahwin, gelora, dugaan, memang hebat. jadi, bersediakah seseorang itu untuk menjadi kapten yang terbaik untuk mengatur dan melayari sebuah perkahwinan. bagi aku, pastinya punya cara dan kaedah untuk mengelak perpisahan berlaku. fikirlah demi masa depan anak-anak sendiri.
sepertimana berlaku pada norman & abby. satu keputusan yang bagi aku terbaik, muhasabah diri dan kembali bersama.
huh... emosi aku nak kupas pasal kawin cerai ni. ermmm... pasal palestine tu nanti lah sambung... mud aku takder sangat dah. yang aku pasti aku memang mengutuk kekejaman israel terhadap lubnan dan palestine itu. semoga ALLAH menyelamatkan umat islam seluruh dunia.
Tuesday, July 25, 2006
Sensitifkah orang yang peramah?
Aku menulis ini kerana aku melihat satu situasi dimana jika seseorang itu jenis yang mudah bergaul, maka dia memang sensitif dalam bercinta. Sensitif dengan pasangan masing-masing. Mulanya aku tidak perasan akan perkara ini. tapi, setelah aku meneliti diri aku, melihat kawan-kawan aku, kiranya aku membuat kajian ringkas, aku mendapati memang benar. Aku, dan beberapa lagi kawan aku yang mana kami memang jenis yang mudah mesra dengan sesiapa dan mudah bergaul dengan sesiapa, agak sensitif dengan pasangan masing-masing. Kami mudah terasa dengan apa saja yang berlaku pada pasangan kami. Namun, kami jenis yang suka menyimpan rasa hati itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dalam hubungan.
Berlainan pula dengan rakan-rakan aku yang jenis pendiam dan jarang bergaul. Mereka lebih 'cool' dan tidak terlalu sensitif dengan pasangan masing-masing. Malah mereka berjaya mengawal emosi mereka terhadap pasangan masing-masing yang akhirnya membuatkan perselisihan paham akibat sensitif jarang berlaku.
Aku tidak pasti samada pemerhatian aku ini satu yang hakiki atau secara kebetulan kerana kajian aku bukan melibatkan orang ramai. Kajian hanya melibatkan beberapa orang sahaja.
Jadi untuk sesiapa yang mempunyai pasangan jenis peramah tu, jagalah hati pasangan masing-masing kerana mereka ni jenis yang sangat sensitif. Mereka ini juga jenis yang agak sukar untuk mengawal emosi apabila dalam percintaan. Mereka hanya mampu berbuat sebaliknya dengan sekeliling sahaja, namun sukar dengan pasangan mereka.
Monday, July 24, 2006
wajah-wajah offshore...
salah satu permandangan indah di salah satu pelantar minyak... indahnya alam...
gambar ni aku ambil masa waktu pagi di perairan bintulu. masa ni aku baru lepas toolbox meeting dan tengok cam lawa ajer langit tu, so aku amik ajer ler...
gambar waktu petang di pelantar yang berada di perairan bintulu. pelantar milik Sarawak Shell Berhad. aku amik dari helideck.
pun sama.. satu permandangan sunset yang indah...
gambar aku di atas helideck. mungkin aku bukan jurugambar profesional. jadi gambar pun tak berapa nak menjadi...
helicopter atau chopper yang di gunakan untuk membawa crew selain dari boat untuk perairan sarawak. ni lah chopper yang aku pakai kalau aku di sarawak.
platform E8DR-A milik Sarawak Shell Berhad di perairan bintulu. permandangan pada waktu petang... masa ni baru lepas bad weather... barge pull out. sebab tak leh nak longside. bahaya... namun, nampak tenang ajer air laut kan? setenang air itu, ia boleh menjadi ganas dalam sekelip mata sahaja.
platform yang sama. cuma waktu yang berbeza. aku try nak amik gambar ni bila dah senja berlabuh. bila lampu di pelantar dah menyala. satu pemandangan yang indah bagi aku...
bayangkan kalau anda berada dalam boat ni. bagaimana anda rasa. ini kejadian sebenar bilamana air laut bergelora. bad weather. laut mula mengganas... segala jenis muntah boleh keluar kalau tak biasa. ahaks.
ini boleh di kira mini twister. taufan kecil. effect tak banyak pun. cuma nampak lawa ajer tengok benda tu bergerak kat laut. ye lah... kat darat di malaysia ni susah nak tengok live kan... kalau ada pun dalam cerita smallville. ahaks. itu bukan live.
gambar ni bukan aku yang amik. ni ada orang amik dan forward kat aku. ni crew boat. milik sisma enterprise kalau tak silap aku...
mungkin ramai orang akan kata... "wah kerja laut... income banyak..." sekarang aku baru merasa... tak sebanyak mana pun income. semua bergantung kepada syarikat tempat kita bekerja. dan memang agak setimpal dengan keadaan di laut. tekanan bilamana berada di laut. di kelilingi air sahaja. tiada apa.
mungkin bagi aku, ia menarik sebab menampakkan kebesaran ILAHI. menyedarkan aku betapa besarnya kuasa ALLAH, menyedarkan aku, betapa kecilnya aku ini dibandingkan dengan apa yang ada. kekadang aku selalu terfikir... bila aku duduk sorang-sorang kat platform tu, (time takder keje lah) aku selalu membayangkan, jika ALLAH nak tenggelamkan aku dalam laut tu, sebagaimana kisah Nabi Musa dengan Firaun dulu, bagaimana dengan amalan aku. ye lah... bila di darat ni, tidak banyak kesedaran sebegini timbul berbanding di lautan biru. itulah hakikatnya.
semoga ALLAH memberi hidayah dan petunjuk kepada aku. meneguhkan iman aku. menguatkan ketakwaan aku kepadaNya.
Sunday, July 23, 2006
masa membatas segalanya....
haritu, aku ke kelantan. negeri terakhir dalam malaysia yang aku tak pernah pergi. dan trip itu telah melengkapkan diri aku bahawa satu malaysia pernah aku jejak. termasuk sabah. aku dah sampai low's peak jugak. ahaks.
aku ke kelantan sebab nak ke pelantar di sana. nak wat work scope pasal satu project lagi kat sana. boleh tahan gak jauhnya dari darat. dalam sejam naik helikopter. dan banyak pengalaman menarik aku peroleh sana, terutama pasal crew transfer. pakai basket. huh... gigil gak sebab first time pakai basket tok transfer. kepada sapa yang tak tahu, ni gambar dia...
dia pindahkan crew dari pelantar ke transfer boat guna basket. dari boat ke kapal pun sama. ni gambar masa aku nak ke kapal FSO tok accomodation.
Ni gambar pelantar yang aku pergi. Bunga Raya A, so korang tengok ler tingkat atas tu, tempat helikopter landing. so dari situ ler naik basket tok ke dalam boat yang kecik kat bawah. ketak jugak aku. ye lah first time. selama ni nak transfer semua jadi tarzan.
kapal FSO tempat tinggal. FSO ni sebenarnya Floating Storage Ofloading. kapal besar. sunyi ajer. best sungguh tido kat situ. ahaks.
dah balik dah. kat pengakalan chepa.
so, lepas abis je trip ni aku ke kl. ada beberapa meeting di kl dan dalam masa yang sama aku jumpa awek aku. dah lama tak jumpa sebab aku selalu di miri ajer. sian dia kena berjauhan.
dua minggu aku habiskan masa di kl untuk settlekan semua kerja, prepare report dan sebagainya. then aku balik miri semula untuk bokor aku balik.
malam jumaat lepas aku baru balik dari bokor. dan malam ni, baru aku menulis apa yang kekadang terfikir aku nak tulis. semalam aku hanya update layout aku. aku rasa nak tukar. ahaks. atas ni gambar bokor yang aku amik masa dalam transfer boat. huh... besar jugak tu nak wat. adeh... tapi takper dah namanya kerja.
Saturday, July 22, 2006
hari ini
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi membaca apa yang aku tulis ini. ini adalah catatan perjalanan aku bermula dari dari bulan Jun 2004. huh... lama jugak yea aku dah menulis catatan ini. dah lebih dari 2 tahun. Aku imbas kembali catatan pertama aku pembuka bicara pada 8 June 2004.
Ahlan Wasahlan... selamat nongkol di atas jaringan lelebah ini...
Salam perkenalan diukir buat kalian semua... ini adalah coretan mimpi-mimpi yang telah aku lalui selama ini. semoga mimpi-mimpi ini akan berseni selamanya dan menjadi denai buat diriku dan sahabat sekalian...
semoga ada yang mendapat sesuatu darinya...
dari hujung jari jemari... romzi
Selepas dari itu, aku tidak menulis untuk beberapa bulan kerana kesibukan. Aku mula menyambung kembali pada November 2004. dan selepas itu, aku mula aktif menulis hampir setiap bulan. Walaupun bukan setiap hari, tetapi dalam sebulan pasti ada posting yang aku hantar. Semuanya kerana aku ingin meluahkan rasa hati aku. aku merasakan, yang aku menulis di sini kerana ingin meluahkan apa yang terbuku dihati yang pada aku kekadang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata dan sukar untuk di bicara pada sesiapa pun. Aku mencari alternatif dengan meluahkan ia di sini.
Hari ini aku nak ubah layout blog ini, ubah untuk menjadi yang terbaik buatku. Dan untuk anda semua. Ahaks. Ada ker orang baca yerk? Tak per lah....
Bagi aku cukuplah nukilan aku kat dalam ni sebagai bahan sejarah aku sendiri. Maner tahu suatu hari nanti boleh aku belek2 lagi untuk aku lihat apa yang telah berlaku dalam diri aku selama ini.
Jika kau menjadi aku, aku yakin kau akan mengerti segalanya...
Thursday, July 06, 2006
al-fatihah
dia pernah menjadi kawan aku, kekasih aku, tunang aku.
nadira binti mohammad.
al-fatihah untuk beliau. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
dari kami yang masih mengingati mu.