Tuesday, January 24, 2006

aku

beberapa hari ini, seperti posting aku yang sebelum ini, memang macam ada ribut malanda dalam perhubungan, namun aku cuba sedaya upaya mengawal kemudi agar tidak karam begitu sahaja.

dengan posting ini, aku baru punyai sedikit masa untuk menjenguk ke blog aku ni, lantas sempat menulis serba sedikit. sebelum ni, bermula dari minggu lepas aku memang banyak kerja yang perlu di uruskan. rabu, khamis, jumaat - 3 hari dah aku habiskan untuk pergi training sea survival. training untuk aku apply passport ke offshore. kalau yang biasa dengan dunia oil and gas tu tahu ler ape benda ni, kalau dunia biasa, mungkin tertanya-tanya apakah menatang ni. ahaks.

ermm... saje nak share... sebab aku rasa ada yang masih kabur benda alah ni. kursus ini merangkumi, combine sea survival, fire fighting, first aid, helicopter/huet.

sea survival ni mengkhususkan untuk usaha menyelamatkan diri andaikata pelantar/platform minyak terbakar atau berlaku kecemasan yang menyebabkan kita terpaksa terjun ke laut. atau dalam keadaan dimana helikopter terhempas di perairan sementara menanti bantuan. jadi, kita di ajar untuk cara menyelamatkan diri, cara terapung, dan beberapa lagi signal untuk menarik perhatian orang di udara.

lepas tu, training fire fighting. belajar cara-cara pencegahan dan tindakan awal jika berlaku kebakaran, sama gak ngan first aid.

yang agak best ialah huet atau helicopter underwater escape training. nama dah escape underwater, tu yang buat cemas. training, kitaorang kena duduk dalam helikopter simulation, pastu di selam dalam air dan cuba keluar dari heli tu untuk selamatkan diri. itu mungkin tak berapa sangat. yang mencabar bila heli tu terhempas dalam air dan terbalik. haa... situ ler yang cemas nak selamatkan diri dari heli tu. kalau tak jumpa pintu/tingkap kecemasan... hehehhee... alamatnye lemas ler... [dalam training ada orang tarik ler- tapi tu kira fail]

dalam kursus 2 hari setengah ni, aku akhirnya lepas. huh... selamat.

Wednesday, January 18, 2006

awak

hari ni, esok dan lusa... aku tak masuk opis. g training kehidupan laut. hahahhaaa... saje jer. nak kerja di pesisir pantai nanti.

awak, saya tahu saya banyak buat silap dengan awak. saya terlalu emosi dan kekadang buat awak marah dan menyesal bersama saya. dan saya akui memang saya tidak pernah menjalankan percintaan jarak jauh dan saya seperti awak dulu, mencuba untuk bercinta jarak jauh. namun begitu, saya kurang berjaya mengawal emosi saya secara jarak jauh.

awak, maafkan lah saya. saya sayang perhubungan ini dan berharap perhubungan kita ini akan berterusan sampai akhir hayat. ermmm... jika ada sesuatu yang awak rasa tidak puas hati pada saya, saya harap awak boleh luahkan pada saya dan beritahu pada saya. kerana sebagai manusia biasa, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

awak, agaknya apa yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki hubungan kita ini agar menjadi lebih baik?

saya mengharapkan awak bersedia berkongsi suka duka, malah apa saja agar perhubungan kita ini boleh di baiki.

awak, berilah peluang untuk saya mengenali dengan lebih dekat lagi pasal awak, hati budi dan segalanya tentang awak terutama nanti bila saya dah menjejakkan kaki ke semenanjung. kerana bagi saya, kedudukan saya kini memang memberi seribu satu cabaran tok saya mengawal emosi dan sebagainya.

percaya lah... saya memegang kata-kata, "what i said, i really mean it"
saya sayang awak sepenuhnya. as i said before... 100% bukan 60% atau beberapa % yang orang bagitahu. saya tidak boleh nak bahagi kasih ngan orang lain. kasih saya just for you.

Wednesday, January 11, 2006

bodoh ker aku?

semalam hari raya haji. aku sebenarnya menangis tatkala mendengar takbir raya dan seharian aku bersedih. aku mengharapkan sesuatu untuk membantu aku, namun aku tidak menemuinya. emosi aku lantas terganggu. hingga aku hampir jadi mereng.

malam aku chatting dengan kakak angkat aku. meluahkan apa yang berlaku. akhirnya, dia mengajar aku untuk sayang seseorang itu hanya 60% dan bukannya 100% seperti yang aku buat.

tapi yang menjadi masalah aku ialah, cam ner nak sayang 60% tu? aku tak reti... kerana hati aku bukan untuk mempermainkan orang. itu prinsip aku. dan tambahan pula, aku memang akan menyayangi seseorang itu sepenuh hati. aku tak reti nak bahagi-bahagikan sayang ni.

aku tahu dulu aku pernah disayangi oleh arwah tunang aku hanya 60%. malah kepercayaan dia pada aku pun bukan 100%. tapi aku masih tidak mampu untuk ikut cara itu. kenapa? adakah aku ini bodoh?

sekarang ini, aku masih lagi kelam kabut. jiwa kacau. kena plak pagi tadi aku kena saman traffic sebab tak pakai safety belt. hish... lepas satu, satu lagi masalah timbul. arghhh... kenapa... why?????

Friday, January 06, 2006

aper kaler aku...

Aku jumpa satu entry dari blog zali dan pasal warna ni... seperti biasalah... aku akan mencuba ajer dan hasilnyer...

err... cam tak der kaler lain agaknyer nie eh...







Green



You are a very calm and contemplative person. Others are drawn to your peaceful, nurturing nature.




Find out your color at Quiz Me!


Thursday, January 05, 2006

Ada Apa Dengan Cinta ?

Ada apa dengan cinta - untuk orang yang bercinta dan bakal bercinta...

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua itu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta.

Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Tuesday, January 03, 2006

new year bbq

HAPPY NEW YEAR... konon ler...

aku ngan kengkawan yang wujud di bumi miri yang dapat aku contact telah buat bbq sendiri di pantai tanjong lobang berdekatan ngan taman selera. ermmm ini ajer gambar yang berjaya di celok oleh aku sebab lupa bawak battery spare... tu lah... pakai digital camera ni battery cam cepat ajer abish... huhuhuhu...

ops... bbq ni kitaorang buat pada 2 January [semalam] dari lepas zohor sampai maghrib. hehehe nak tgk sunset. tapi sayang, tak dapat nak rakam... battery abish...








Sunday, January 01, 2006

Profile Blogger



"Kalau ada 100 orang yang terbaik di kumpulan kamu, hendaklah kamu berusaha untuk menjadi salah seorang dari mereka,

Kalau ada 10 orang yang terbaik di kumpulan kamu, hendaklah kamu berusaha untuk menjadi salah seorang dari mereka...


dan, jika hanya ada seorang sahaja yang terbaik di kalangan kamu, hendaklah kamu berusaha dan memastikan yang sorang itu adalah kamu."



Profile Blogger;

Name: Romzi Seli
Permanent Address: Lot 1186, Jln Kg Luak 4B/2, Kampung Luak, Off Jalan Miri-Bakam, 98000 Bandaraya Miri, Sarawak, Malaysia.
Contact No: +6. Celcom. 359.7530.
E-mail: kelibui[at]yahoo.com
Friendster: http://www.friendster.com/romzie
MySpace: http://www.myspace.com/romzi
Age as 2006: 26 years.
Date of Birth: 11 April 1980
Place of Birth: Mukah, Sarawak.
Gender: Male
Race/Religion: Melanau/Muslim
Status: Bachelor
Spoken/ Written Language: English/ Malay
Hobby: No specific hobby, follow the flow.
Education:
1. Dip. Aeronautical Engineering (Mechanical) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
2. Sijil Pelajaran Malaysia St. Joseph Secondary School, Miri.
3. Penilaian Menengah Rendah Sekolah Menengah Kerajaan Luak, Miri.
4. UPSR Sekolah Rendah Kerajaan Luak, Miri.

Company: Petro-Excel Sdn Bhd
Designation: Manager, Peninsular Operation. (Sales & Project Division)

Something about me;
sesuatu yang sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata. aku sengaja menulis dalam bahasa kebangsaan, kerana aku ingin melimpahkan apa yang ada terbuku di kotak minda aku. lagipun aku bukan pakar dalam bahasa omputeh.

aku dilahirkan di mukah, satu kawasan pedalaman suatu ketika dulu. kampung terpencil, di tepi pantai. namun kini ia dah jadi bandar. dah menjadi satu daerah sendiri di sarawak ni. walaupun di lahirkan di mukah, aku membesar di miri. bandar minyak, sewaktu itu, yang akhirnya pada 20.05.2005 menjadi bandaraya.

semua telah berubah. dari kecik ke besar, dari mundur ke maju. dan begitulah kehidupan aku. berubah. manusia berubah. banyak kenangan, suka duka dan segalanya aku nak coret kat sini. kerana aku tahu hanya sini tempat untuk aku menulis dan meluahkan segalanya.

siapa aku? kalau tgk profile atas tu... itu lah aku secara zahirnya dan hakikatnya aku sendiri tidak boleh beritahu siapa aku. bukan kerana aku nak merahsia, tapi aku sendiri tidak boleh menilai diri sendiri.

kalau tak silap, awal april 1998, aku mula merantau ke negeri orang. buat pertama kalinya aku keluar dari tanah borneo. aku ke kuala lumpur. satu tempat yang memang aku punyai keinginan untuk pergi dari zaman persekolahan lagi. kerana aku melihat classmate aku semua selalu ke kl bila cuti sekolah. niat awal aku nak ke kl. akhirnya aku dapat, walaupun awalnya aku dikhabarkan untuk melanjutkan pelajaran ke utm. asalnya aku ingat aku di skudai, tapi kerana niat aku nak ke kl, akhirnya aku di utm kl.

3 tahun mendambakan diri di utm. banyak kenangan aku perolehi. banyak suka duka, pahit manis semasa di sana. hingga aku berjumpa si dia di sana. tamat pengajian, aku bekerja. mulanya aku bekerja di seri petaling. walaupun awalnya bukan itu kerja pertama aku. aku mula bekerja sebagai jurujual jalanan. di pinggir jalan aku menjaja. lepas di seri petaling, aku ke subangjaya dan akhirnya aku bekerja di syarikat aku sekarang ni. aku resign dari sini dan aku kembali semula.

dalam menjalani kehidupan seharian, aku mula merancang untuk berumahtangga. hakikatnya aku dah mula merancang dari tamat pengajian. aku masih bersama dia. akhirnya 27 june 2004, kami bertunang. merancang setahun kemudian untuk berkahwin. namun, langit tak selalunya cerah. kami di uji dan di duga. dia pergi meninggalkan aku untuk menemui pencipta pada 6 julai 2005. dikala aku masih memerlukan dia dalam hidup ku. dia banyak mengubah aku. merubah kehidupan aku.

aku punya impian. impian untuk bergelar sorang ternama. cuma aku tidak tahu boleh ke idak aku mencapainya. mungkin nanti aku boleh bergelar businessman untuk mendapatkannya?

perjalanan penuh pancaroba ini, telah menemukan aku dengan seseorang. adakah memang sudah ditakdirkan kami akan bertemu? satu pertemuan yang unik, kerana baru kenal dia dah beri kepercayaan kepada aku. dan aku percaya yang ini, mungkin hikmah ALLAH berikan pada aku. menggantikan yang telah pergi.

aku berdoa semoga aku berjaya mencapai apa yang aku idamkan. dan impikan selama ini.

Versi Inggeris
It's difficult to describe it by myself. But as far as I know, I like to meet with people. I'm a talkative guy especially with those who already meet for a few times. But it not means with the first timer, I'm not. I like to share with my entire friend what news and anything. To share for me is to gain more knowledge. Some of friends told me that I'm a bit 'laser' while talking. Dunno, maybe because of Aries man I think. To know more, just be one of my friends. Then you will know.

There a lot of memory that I've been through in a past few years. The most memorable is, when my first time going out from my town. I went to KL. On April 1998, I was landed at Subang Airport (At that time, most of domestic flight landed at Subang Airport). The first place where I stay is at PUPAPOL with my uncle. Then the next day, I went to register at UTM which is just in front of PULAPOL. During school time, I always dream to come to KL. All this is because most of my classmate always went to KL when school holidays come. I've no opportunity to go, so I always pray and dream that one day that I will be in KL.

Pray to God. After a few years study, July 2001 I'm graduated. I start work as sales engineer with local company in Sri Petaling. I don't want to continue study, because I want to get married early. Then June 2004, I engage with my dream girl which I meet during study. We take 4 years in love before we engage. However, God planed everything. July 2005, my fiancé passed away due to Cancer Disease. I resign a while from Petro-Excel and try to join another company in small town in Sarawak, Bintulu. But, I feel worst to be in small town. Then I re-join Petro-Excel again until I became as this stage.

September 2005, I meet one girl, which is introduced by her sis. I believed all this has been planned by God earlier. So, just pray for me.

So, thanks for spending your time by reading my blog. If you have any comment, please forward to me so that I can improve it.